Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Saturday, December 27, 2008

Warna Cinta Kita episod 2

Hujan yang membasahi bumi seakan mengerti isi hati Farina yang terluka. Hatinya menangis hiba namun tiada air mata yang kelihatan. Pili air yang terbuka dibiarkan mengalir begitu saja. Dia menangis di dalam hati dan menangis begini amat menyeksakan.Masih tengiang-ngiang suara Idham yang bertemunya petang tadi.Ingatkan khabar gembira tapi..

'Ina, Am rasa biarlah setakat ini saja hubungan kita.'

Perlahan namun cukup jelas di pendengaran Farina. Matanya memang tidak berfungsi tapi pendengarannya cukup tajam.Dan dia tak salah dengar tiada lagi panggilan abang yang menyapa telinganya.

'Kenapa bang?Ina ada buat salah ke?'

'Family Am dah ada calon isteri buat Am.'

'Jadi,Ina ni apa?Bukan ke lagi seminggu majlis pertunangan kita bang.'Lirih suara Farina mengungkapkan kalimah tersebut.

'Am minta maaf. Am tersilap langkah tapi Am juga lelaki biasa yang inginkan kesempurnaan.'

Farina tersentap mendengar kata-kata yang muncul di bibir Idham. Siapakah yang pernah merayu-rayu kasihnya dulu? Siapakah yang mengatakan menerima kekurangan dirinya seadanya?Lelaki di sebelahnya ini tapi lelaki di sebelahnya juga yang merobek-robek hatinya.

'Sempurna?'Sinis.

'Ina, Am harap setakat ini saja hubungan ini.'

Idham mengangkat punggungnya dan beredar meninggalkan Farina yang sebak. Idham, lelaki yang dicintainya meninggalkan dirinya yang serba kekurangan. Adakah salah mataku yang tidak dapat melihat?Salah siapa?Bukankah ini semua berlaku kerana Idham yang menggila bila aku menyatakan belum bersedia bertunang dua bulan yang lalu lantas kereta dipandu selaju mungkin..Akhirnya hilang kawalan..Akibatnya,aku yang menjadi mangsa keadaan,mataku terkena serpihan cemin dan inilah jadinya.

'Salah aku jugakah?Bahagia yang dinanti akhirnya derita menjadi milikku.'Sedunya makin menjadi-jadi.

Ketukan di pintu bilik air mengejutkan Farina.Segera dibukanya pintu,mungkin umi.

'Laa..Ina kenapa ni?'

Suzana!Farina terus memeluk Suzana dengan pakaiannya yang basah kuyup.

'Sue, dia dah tinggalkan aku.Dia kata nak pasangan yang sempurna.'

Farina terus tersedu-sedu dipelukan Suzana.

'Siapa?Idham?'

Farina hanya menganggukkan kepalanya.Hati Suzana mendongkol mengenangkan Idham.Dasar lelaki pengecut!Kalau tak kerana dia, Farina takkan macam ni.Dah berbuat salah tapi lari dari tanggungjawab. Sumpah seranah diberikan untuk Idham tapi tidak diluahkan di mulut. Suzana tak nak menambahkan kesedihan di hati teman baiknya itu.

'Dahla Ina..meh aku tolong kau tukar baju.'

Suzana cuba menenangkan Farina yang masih tak dapat menerima kenyataan. Siapa tak sakit sekiranya majlis pertunangan yang tak sampai seminggu lagi dilangsungkan tetapi diputuskan hanya kerana alasan yang tak diterima akal.

'Idham,kau memang lelaki pengecut.'Suzana memaki hamun di dalam hati.Tangannya masih mengusap kepala Farina yang masih tak melepaskan pelukannya.

2 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

the sedo gang said...

eee.......
jhtnyer idham!
dsr laki hip0krit>>>
cian gler kt farina!!!
seseng kt hanna wat jeQ...
idham tuhs nnt kna s0meting bad!!!
har3!
juz cdgn....
kui3...

keSENGALan teserlah.. said...

apehal sengal sgt si idham nieh...
dye engt dye tuh perfect sgt ker??
nobody perfect in this world la pkcik..
isk2..
emo plak..
huh..