Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Tuesday, November 24, 2009

Ceritera Kisah Kita episod 19

‘Aku cintakan kau.’

Burr..Jus oren yang baru hendak ditelan tersembur keluar.Bulat mata Aleya memandang wajah di depannya.Demamkah mamat ini?

‘Apa?’

Duduk Aleya mula tak selesa.Matanya dihalakan terus pada wajah berjambang di depannya.Ya, Musang Berjanggut!Lantaklah, dah muka mamat di depannya itu penuh jambang, ditambah dengan kanta mata entah berapa inci itu.Nerd segala king nerd jer.Ahh, tak kuasa nak menilik penampilan mamat bertentangan dengannya.Perlahan Aleya meliarkan pandangan matanya melihat gelagat pengunjung restoran tersebut.

‘Aku cintakan kau.’Direct betul.Budak kecik pun akan faham terus.

Burr…Aleya tersembur jus orennya kali kedua.Mamat ni kalau ya pun nak usha ker nak meluah perasaan dia, agak-agaklah time tue.

‘Sorry, buat masa ni..’

‘Aku cintakan kau.’

Aleya membulatkan matanya yang sedia bundar bila Musang Berjanggut di depannya mengulang ayat mautnya buat kali ketiga.

‘Tapi masalahnya awak tak kenal saya lagipun,kita baru jer satu minggu berada di bumbung syarikat yang sama.That’s impossible for me.’

Nah, hambik kau la musang berjanggut!Aleya menghirup jus orennya yang tertunda dari tadi.

‘Tapi aku cintakan kau.’

Mamat di depannya mula bersuara separuh merayu.Aleya telan air liurnya.Mamat ni tak faham bahasa ker?Nak aku pakai bahasa telegu ker?

‘Buat masa nie saya tak dapat menerima sesiapa pun.Saya harap awak faham.’

Aleya berkata tegas.Mukanya diseriuskan.

‘Aku cintakan kau, sunguh-sungguh.’

Laa, musang berjanggut yang sungguh nerd nie,tak faham ayat betul.Kalau aku luku dahi dia, tak apa kan?Bisik akal jahat Aleya.Geram.

‘Maaf, keputusan saya muktamad.Lagipun, hati saya tak berdetak kencang memandang awak.Tiada apa-apa perasaan.Maaf.’

Aleya angkat dari kerusi yang didudukinya.Berhenti di depan musang berjanggut nerd yang formal dengan neck tie nya.Pantas Aleya sua beg kertas.

‘Nah, ambik balik pemberian awak.Saya tak dapat terima.’

‘Aku cintakan kau.’

Mamat tersebut merayu dengan nada sedih.Emo betullah la musang berjanggut nie, getus hati Aleya.

‘Sorry, I’ve to go.’

Aleya berlalu tanpa menoleh lagi meninggalkan musang berjanggut yang namanya pun Aleya tak tahu pun.

‘Gila punya musang berjanggut.Ada ker meluah perasaan macam tue.Kalau bukan aku sekalipun dia kena reject juga.Ish..ish’

Aleya mengomel sendiri sebelum menekan alarm keretanya.

**

‘Assalamualaikum pa.’

Aleya memberikan salam bila matanya terpandang papanya yang duduk menghadap berita di televisyen.Salamnya di sambut perlahan.

‘Lewat Leya balik.Pergi mana tadi?’

Aleya duduk di sebelah papanya seraya meletakkan kepalanya di bahu papanya.Sudah lima tahun dia membawa diri ke luar Negara selepas peristiwa yang dia sendiri tak ingin mengingatinya.Malah, dia mengambil keputusan drastik meletakkan jawatan sebagai polis juga.Membawa diri ke Negara matahari, menyambung study di sana.Kepulangannya seminggu yang lepas pun kerana permintaan papanya yang tidak memberikan langsung pilihan.Pilih antara dua.

‘Dikahwinkan atau bekerja di Malaysia?’

Semestinya dia tak nak perkahwinan yang diatur, dia tak nak dikongkong lagi. Masih banyak yang ingin dicapai dan dikejar.Lagipun, setakat ini, hatinya belum pernah berdetak kencang bila memandang lelaki di sekelilingnya.Ahh, hatinya pernah berdetak lima tahun lepas tapi mungkin jodohnya lambat lagilah nampaknya. Makanya dia memilih untuk bekerja di Malaysia.Itupun masih ada syarat papanya.Bekerja dengan teman lama papanya.

‘Ahh papa memang ada saja alasannya.’

Aleya tiada pilihan lagi selain bekerja dengan teman lama papanya.Dengar khabar, anak tunggal teman lama papanya dah berubah dari dirinya yang sebenar.Berubah macam mana, itu Aleya tak nak mengambil tahu.Yang penting dia tak akan dikahwinkan dengan lelaki yang dia tak kenal.Dan, begitulah ceritanya hingga dia sekarang kerja di pejabat yang berada di ibu kota, yang terkenal di kalangan sama bidang.Siapa yang tak kenal Mesra Holdings Sdn Bhd.

‘Humm..’

Aleya mengeluh dalam diam.

‘Leya, papa Tanya tadi pergi mana.Sempat pula dia termenung.’

Suara papanya mengembalikan Aleya ke dunia nyata.Dipandang wajah papanya.

‘Owh, Leya jumpa kawan tadi pa.Itu yang lambat sikit.’

‘Lelaki ke perempuan?’

Aleya tarik nafasnya perlahan, takkan nak bagitahu papa pasal musang berjanggut tue.Ish, minta simpangla.

'Papa...'

Aleya merengek manja.

'Kalau lelaki, tak lama lagi nak bermenantu la papa nie.'

‘Pa, Leya naik atas dulu ya.nak mandi.’

Aleya segera angkat untuk mengelakkan dirinya kena soal selidik oleh papanya.Dasar polis la papa nie!

‘Pandai Leya nak mengelak soalan papa.’

‘Leya sayang papa.’

Dicium pipi papanya sebelum berlalu naik ke bilik.Selamatkan diri, Leya!

4 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

Aishah Hamzah said...

heh.....ntah2 musang berjanggut tu aizad x......wakakakaka

ceritaku MEMORIKU said...

confirm
yang berjanggut tu aizad.
kan dah frust menonggeng
tu lah.g sound ag asal.
-na'dz

keSENGALan teserlah.. said...

tuhlaa..
rse yg sme gak..
si aizad nieh da berubah gler2 pas leya pergi..
jd musang berjanggut..
hah..smbung2..

❤❤sωɨт ɦɑииɑ❤❤ said...

hahahha~
akk tumpang gelak jer...^_~
hug2 aisha,na`dz & zaty arr..