Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Sunday, December 28, 2008

Warna Cinta Kita episod 3

Pagi itu, Suzana terbangun dan memandang jam di tangannya.Mujurlah dia 'cuti', so tak mengerjakan suruhan-Nya.Dipandang sebelahnya sudah kosong, bermakna Farina telah turun ke tingkat bawah la tue. Rumah Farina umpama rumah kedua bagi Suzana. Setelah kemalangan yang menyebabkan Farina buta,Suzana banyak meghabiskan masanya bersama Farina.

'Ina..'sergah Suzana di telinga Farina yang kelihatan termenung di kerusi rehat di depan rumahnya.

'Ish,Sue nie.'

Spontan tangan Farina melekap di dadanya,mungkin cuba mengatur kembali aturan nafasnya.

'Itulah kata orang dulu-dulu tak baik termenung tau.'

Suzana mengambil tempat duduk di sebelah Farina.Perlahan diusapnya tangan sahabatnya itu lembut,ingin mengalirkan ketenangan mungkin.Dia tahu tak mungkin Farina dapat melupakan peristiwa semalam dengan serta merta.

'Kenapa?'

'Sue nak bagi Ina kekuatan yang ada kat diri Sue nie haa..bukan senang Sue nak bagi free-free tau.'Usik Suzana.

Farina tertawa lepas.Suzana tersenyum senang. Dia tak nak menambahkan lagi beban derita di hati Farina.Dalam hatinya berdoa moga akan ada penderma mata untuk Farina tak lama lagi.Saban hari dia dan Farina menanti panggilan dari pihak hospital kalau-kalau ada yang sudi menderma mata.

'Banyaklah Sue punye kekuatan.'

'Ish,mak cik nie..tak bersyukur betul..Nah,amik kau.'

Diketip sayang lengan Farina.Ketawa mereka bersatu lagi.Kelihatan kereta Encik Nazrin memasuki garaj rumah mereka.

'Abah ngan umi ker Sue?'

'A'ah'.

'Ina,Sue,buat apa duduk sini.Mari masuk dalam.'

Puan Karuni memimpin Farina dan dibantu oleh Suzana.Mereka seiring melangkah ke dalam rumah.Seketika Suzana dan Farina bersendirian di ruang rehat dan bergurau-senda.Tak lama kemudian, Puan Karuni dan Encik Nazrin menyertai mereka.Suzana dapat melihat ada ketegangan dan kesayuan di wajah keduanya.

'Ina,abah dan umi ada nak bagitau nie.Umi harap Ina bersabar banyak-banyak.Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.'

Puan Karuni menahan sebak di dalam dadanya,berita yang diterimanya dari mulut bakal besan tak menjadi nya rupanya berita yang amat melukakan hati tuanya.Puan Amirah mengatakan pertunangan antara Idham dan Farina tak jadi dilangsungkan.Dia ada calon menantu yang sesuai dan sempurna katanya.Angkuh!Ingin dihempuknya kepala Puan Amirah yang berlagak itu kalau tak menahan diri tadi.

'Apa Umi?'

'Begini Ina, Puan Amirah ada berjumpa ngan umi dan abah dan ..'

'Putuskan majlis pertunangan dengan anak tak bertanggungjawab dia tue.Tak payah nak putuskan sedangkan majlis tue belum jadi lagi pun.'

Kata-kata Puan Karuni segera dipintas oleh Farina.Suzana melontar senyum sumbang.Encik Nazrin kaku tak bersuara.

'Macam mana Ina tahu ni?Sue?'

'Sebenarnya umi, semalam si Idham tu dah bagitau keputusan dia kat Ina.'

Puan Karuni segera memeluk Farina.Kesiannya dirimu wahai anakku,umi tersilap menilai siapakah Idham sebenarnya dahulu..Diusapnya penuh kasih sayang.

'Umi,Ina tak apa-apa,jangan risau,Ina dah ada tulang belakang yang selalu di sisi Ina.'

'Siapa?'

'Miss Suzana kepoh.'

Farina ketawa lepas.Cuba untuk mengusir air matanya yang mengalir di taman hatinya. Kepedihannya kian terasa.Kenapa harus melukakan orang tuaku juga..Idham, puaskah hatimu menyakiti hati Ina sekeluarga? Ditahan sebak yang bertamu di hati..Dijana kekuatan diri.



3 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

the sedow geng said...

hu~
x dpt byg la...
jd buta...
nauzubillah!!!
cam redha jer farina tuhs..
hak3..
tbh to0l..
ngeh3..

ceritaku MEMORIKU said...

warghhhhhhhhh.
agak-agaknye.
spe pnderma2 an?
xsbr.
agagaga.suke2
-na`dz

keSENGALan teserlah.. said...

miss suzana kepoh...
ske title nieh..klako jer..
heheehehe...
ske2..
smbung2..