Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Wednesday, January 7, 2009

Warna Cinta Kita episod 9

Hari ini,bermulalah kehidupan baru bagi Farina.Akhirnya dia menerima tawaran Zamri untuk bekerja sebagai setiausaha Zamri dengan disediakan seorang pembantu bagi Farina. Rasanya sudah lama dia dah tak bekerja mahupun berurusan dengan dunia luar atau pun orang ramai.Tapi bila mengenangkan dia tak boleh selamanya menganggur hanya kerana keadaan dirinya yang tidak sempurna, dia harus memulakan sekali lagi kariernya tanpa penglihatan.Bila begini, barulah dia mengerti bagaimana rasanya insan-insan yang kurang upaya di luar sana berjuang untuk meneruskan kehidupan mereka.

'Zaza,I nak you bacakan serta catatkan apa saja yang diberitahu oleh Cik Farina.Ina,kenalkan your assistant,Nur Zaza.'

Farina cuma menguntum senyum manisnya buat Zaza.Zaza membalas dengan senyuman terukir sama di bibirnya walaupun dia tahu Farina takkan melihatnya senyumannya.

'Hai,Cik Farina.Saya Zaza.'

'Zaza,just panggil Ina jer.Kekok pulak nak bercik-cik nie.'

Tawa meletus di bibir Zaza dan Zamri.Farina tersenyum lagi.

'Nampaknya Ina ni jenis cepat tersenyum dan cool jer,senanglah sikit kerja aku',bisik hati Zaza sambil memerhati Farina yang di depannya.Wajah Farina yang tersenyum itu memukau pandangan matanya walaupun terselit suatu keperitan di situ.

'Ina,I ada meeting outside hari nie.Lunch nanti kita lunch sama dengan abang dan Sue.Zaza,please take care of her for me.'

Zamri berlalu sejurus meghabiskan ayatnya.Zaza mengangguk dan diam-diam memahami sesuatu.Mesti bossnya itu ada hubungan istimewa dengan gadis yang sudah duduk di mejanya itu.Mungkin lebih kurang sebaya dengannya, namun Zaza tidak ingin mengambil tahu hal tersebut.Biarlah,mugkin ada kisah tersembunyi,bisik hatinya lagi.

'Zaza,kalau ada apa-apa yang perlu Ina buat,jangan lupa bagitau Ina.'

Suara Farina membuat Zaza tersentak.Kemudian,dia dan Farina berbincang tentang beberapa fail penting dan Zaza kelihatan sibuk mencatat hasil perbincangan mereka berdua.

'Za,boleh tolong tak?'

'What?'

Zaza mengalih pandang dari komputernya dan memandang Farina yang seakan memandangnya.Kesiannya dia!

'Ina nak jumpa Dr. Tan la..'

Zaza mengerutkan dahinya, tidak memahami maksud Farina sudah mula kedengaran ketawa halusnya.

'Ina,sakit ker?'

Cepat saja Zaza angkat dan menghampiri Farina yang ketawa kecil.

'Sakit..sakit sangat..dah emergency dah nie...'

'Kenapa tak bagitau Ina tak sihat jer..patutlah Zaza tengok semacam jer dari tadi.'

'Sakit tak tertahan nie Za..Ina nak jumpa Dr. Tan sekarang juga..boleh hantarkan tak?'

Zaza mencapai tangan Farina dan juga kunci keretanya.

'Rasanya Ina dengar bunyi kunci jer.Zaza nak pergi mana?'

Farina pula yang bengang dan tak faham.Zaza makinlah confused.

'Ina kan sakit,so..Zaza ingat nak hantar pergi jumpa doktor la.'

'Za,Ina maksudkan Dr. Tan..tandas.'

Membulat mata Zaza bila mengetahui niat sebenar Farina.Serentak itu,ketawanya meletus.

'Ish Ina nie..buat Zaza takut jer..Kalau boss balik..Zaza yang kena tau.'

Farina tayang muka kayunya di depan Zaza.

'Jomlah Ina,Za hantarkan jumpa Dr. Tan kesayangan Ina tue.'

Setelah hajatnya dilepaskan,Zaza membimbing Farina menuju ke biliknya.

'Huh,tak sedar diri tue buta,masih juga terhegeh-hegeh nak kerja sini.Menyusahkan adalah.'

'Yalah, entah-entah dia buat 'black magic' kat boss kot,pasal tue diterima kerja sini.'

'Tak sedar diri betul.Kalau dia menyusahkan hidup aku,siaplah dia nanti.'

Zaza tidak dapat menahan sabarnya lagi mendengar staff yang mengumpat Farina.Sakit telinganya mendengar.Jelas berubah muka Farina di sebelahnya.

'Weh..takde kerja ker?Dah siap menganyam ketupat tue?Kalau ketupat awak berdua dah masak,jangan lupa sedekahkan kat anak-anak yatim.'

'Dahlah Za.'

Farina berkata sebelum berlaku debat mulut di antara Zaza dan staff tersebut.Kesian Zaza terpaksa campur tangan dengan dirinya yang tidak berdaya.Memang menyusahkan!

'Oh ya sebelum tu, kalau nak mengata tue,cermin diri sendiri dulu.'

Zaza menarik jemari Farina ke biliknya,bimbang dia akan terus 'menggaji free' minah dua orang tue. Farina hanya berdiam diri,walaupun dia cuba untuk tidak menampakkan rasa sedihnya tapi hati terluka dan tercalar.Oh Tuhan, tiadakah bahagia untuk insan seperti kami yang tak berupaya ini!Seseorang..tolonglah terangkan apakah silapnya jika diri kurang sempurna!

6 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

keSENGALan teserlah.. said...

adooyy...
dr.TAN??
hehehe...
terkene si zaza nieh...cm zatie gak terkene ngn kak hanna...
isk2...
lawok2...
tp npe mesty dowang ngutok ina??
engt dowang uh perfect sgt ker??
cam bagos jer..huhu...nyampah btol...
smbung2...

the sedo gang said...

hahaha...
lek2 r zatie...
hu~
wa!!!
lwk r akak niex..
dr.tan???
muahaha~
k.hanna la suke sgt jumpe dr.tan...
wakaka~
bese r 0wng buta mmg slalu dpandg hina!
ekekeke...
dye0wng yg wat ktupay tuhs la..
dpt d0se b'timbun2...
ahakz!

Anonymous said...

fitrah manusia xske ngn kesenangan org len
tp tu fitrah utk org yg hati busuk r
cm org2 yg ngumpat ina
cian ina..tp byk pahala dia
sabar sokmo
nk lg~~ (da gian nih..hihi)

-che na-

DianaTakyuddin said...

mcm r diorg tu perfect sgt nk kutuk2 org..huhu

❤❤sωɨт ɦɑииɑ❤❤ said...

besa la tue manusia nie mmg xleh tgk sst yg pelik or krg sempurna..
mlt xleh duk diam...
xpe r dorang gak yang mnimbun dose haa..
:)

eija said...

lawak r..hehehe..

aduhai fitrah mnusia skrg, mmg xlgkg dgn ktupat..

sbung2..