Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Thursday, January 8, 2009

Warna Cinta Kita episod 12

Kelibat Farina dan Suzana yang semakin menghampiri meja mereka menarik minat Zahid untuk terus mengamati penampilan Suzana. Simple tapi masih mengekalkan kesopanan. Matanya bagai tertarik oleh magnet padahal semalam pun jumpa juga masa lunch.

‘Assalamualaikum sayang.Lawa malam ini?’

Suzana segera menoleh Zahid di sebelahnya sambil menjawab salam di dalam hati.Memang tak boleh tengok aku senang jer dia nie.

‘Apa sayang-sayang?Ada ker cop ‘sayang’ kat dahi aku ni?’

Dahinya disua ke muka Zahid.Zahid pula dengan selambanya menyentuh dahi Suzana yang menggamit tangannya untuk singgah di situ meskipun dia tahu dia tak layak begitu..Segera Suzana melarikan mukanya.

‘Apa sentuh-sentuh nie?Nak kena luku ker?Memandai jer?’

Zamri dan Farina hanya memerhatikan saja pertengkaran di depan mereka.Baik Zahid mahu pun Suzana memang tak boleh jumpa,pantang betul.Zahid kaki sakat,Suzana pula tak nak mengalah.Sepadan betul,kalau mendirikan rumah bersama,boleh ribut taufan la nampaknya.

‘Dah Sue yang menyuakan dahi tadi,ingatkan ada apa-apa yang terlekat kat situ.’

Zahid sengaja menyimbah minyak ke api.Makin maraklah jadinya.

‘Sesedap rasa jer. Hilang 5 peratus kesucian dahi aku nie,siapa nak bertanggungjawab?’

Meletus ketawa Zamri,Zahid dan Farina.Ada ker patut kena sentuh sikit pun hilang kesucian dahi dia..aduii..

‘Baru jer 5 peratus.Dan dengan segala hormatnya,aku yang bernama Zahid Fikri dengan segenap jiwa dan raga ku yang suci ini akan bertanggungjawab.’

Suzana mengigit bibirnya tanda kegeraman yang amat sangat dan hamper ketandusan idea.Tak boleh jadi nie..hampeh betul mamat nie..

‘Really darling?Kalau camtu apa kata ling sara Sue seumur hidup..tak payah kerja,tapi income mesti masuk bank every month, pergi melancong sebulan sekali..opps..ada penambahan,kena sara Ina juga..Boleh kan,ling?’

Dikesap-kesapkan matanya memandang Zahid lagak menggoda jer.Sengaja suaranya dilunakkan.hehe..tak sangka boleh gak aku nie membawa watak menggoda nie..kalau la umi tengok,memang kena piat telinga gamaknya.

Zahid melopong,Zamri tercengang.Kemudian, saling berpandangan.Kembali memandang Suzana dengan pandangan yang sukar dimengertikan maksudnya.

‘Wehh..pandang semacam jer.Aku just joking la..geli aku!’

Suzana memalingkan mukanya mengitari ruangan restoran tersebut.Tenang dan damai.

‘Ala, kalau betul pun apa salahnya!’

‘Apa?’

Suzana menanya kembali.Rasanya dia ada mendengar Zahid mengumam sesuatu tadi.

‘Nothing. Haa,makanan kita dah sampai pun.Yummy..’

Suzana hanya menggelengkan kepalanya melihat perangai Zahid yang berubah-ubah.Sekali tak ubah macam kanak-kanak ribena.Nakal dan riang.

‘Dahlah tue Sue,abang Ayid,Ina dah kebulur menunggu korang ‘bersyahdu’ dari tadi.Kan Zam?’

‘Ya..ya..’

Zamri segera menyokong Farina di sebelahnya.

‘Bersyahdu?Oh..someone..please help me!Please la..takde masa.’

Suzana mendengus geram sambil menyuapkan makanan ke mulutnya.Zahid menjeling geram.Zamri hanya memandang telus.Hingga ke hari ini memang jarang ada yang mengetahui status sebenar mereka..anak Dato’ Imran. Kalau ikutkan, memang mereka mampu menanggung Farina dan Suzana.Entah macam mana lah reaksi Farina dan Suzana bila mendapat tahu siapa mereka sebenarnya.Zamri belum bersedia untuk memikirkannya,takut akan risiko yang mungkin memisahkan mereka.

‘Hai guys.Kenapa tak ceria jer you all nie?Cuba macam I yang ceria,berseri dan happy nie.’

Aik, minah nie..tak boleh ker tengok kitorang makan dengan senang..tiba-tiba jer menyapa..bala betul..Suzana malas hendak membelek muka bakal tunang kesayangan Idham,jadi dia lebih rela menekuni pinggannya seolah-olah ada harta karun di dalamnya.

‘Assalamualaikum Cik Ceria,Berseri dan Happy..kitorang nie nak makan bukan nak berlakon.’

Sebiji peluru dikeluarkan Zahid.Anti sungguh dia dengan minah tak cukup kain nie.Azab sungguh menengoknya.Entah kenapalah Idham boleh terpikat dengan perempuan macam ni..Kalau aku,dibagi free pun aku tolak!Baik aku ambik Suzana nie sebagai wife..opps,melenting dia kalau tau..hehe..

‘Well..I kan nak bertunang kenalah maintain ceria.Ini kad pertunangan I,jemputlah datang.We guna catering dan chef terkenal yang handle,bolehlah you all rasa makanan mahal-mahal nanti.’


Wah,berasap telinga Suzana dan yang lain mendengar ayat Nisha.Lebih pulak minah ni!Memang nak kena dengan aku.Kad pertunangan Nisha dan Idham dipandang sekilas.

‘Cik Puan Ceria,Berseri dan Happy…jangan risau kitorang akan datang dengan sukarelanya demi menghabiskan makanan kat majlis you nanti..Kita ni dahlah anak yatim piatu,mana pernah merasa makanan mahal-mahal nie..So,kita sure takkan missed peluang di depan mata..Siap nak bawa big Tupperware untuk take away nanti..Don’t worry..gerenti licin punye.’

Suzana berkata dengan bangganya.Zahid,Zamri mahu pun Farina masing-masing menahan gelak.Anak yatim?haha..pandailah mengarut Sue nie.Jelas berubah air muka Nisha.

‘Ok..see you all nanti..’

Nisha berlalu diiringi gelak tawa Suzana dan yang lain.

‘Sue nie..cakap tak berlapis betul.’

Farina merungut perlahan.

‘Betullah tue..menunjuk betul minah tue..Sakit mata tengok dressing dia..sakit hati mendengar kata-katanya..Lepas nie, aku ingat nak buat medical check up la..harap-harap tiada yang terjejas.’

Sekali lagi meja tersebut diselubungi ketawa mereka.Gembira mengenakan Nisha dan gelagat sempoi Suzana.Zahid tersengih memanjang.Sue..Sue…Banyak betul idea dia nie..

4 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

Anonymous said...

hahaha
sempoi r sue
adoyai,nape la wujud org cm mianh xckup kain tu
xsbr nk tgk cmne rupe minah tu bile idham da xmo kt dia
wakakakaka

-che na-

keSENGALan teserlah.. said...

adooyy..
klaka2...
ader je idea si sue nieh nk ngenekan orng..zahid tuh pon sme..
hehee..
ske2..

DianaTakyuddin said...

byk idea giler suzanna ni..
best ni klau wat kawan..hikhik

the sedo gang said...

suke la kt sue tuhs..
epi g0 lucky jew...
hak3..