Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Tuesday, January 13, 2009

Warna Cinta Kita episod 16

Walaupun pembedahan mata ke atas Farina berjaya, namun Farina masih belum sedarkan dirinya. Zamri langsung tak dapat menumpukan perhatian pada kerja-kerja bertimbun dan terabai di atas mejanya.Saban hari dia berdoa moga Farina dilindungi oleh-Nya dan sedar.Dua hari bagaikan dua tahun lamanya bagi Zamri.Dia tak betah menatap Farina yang kaku terbaring tanpa berbicara dengannya.

'Zam,dahlah tue.Jom lunch sama.'

Suara Zahid kedengaran di tepinya.Zahid sedar betapa adiknya sayangkan Farina cuma tidak terucap.

'Zam takde seleralah bang.'

Dipandang Zahid dan dilontarkan pandangan meminta pengertian di situ.

'Abang tak nak Zam menyeksa diri macam nie.Nanti dua-dua sakit macam mana?Kalau Ina sedar, dia pun gerenti tak suka Zam macam ni?'

Sejak Ina dimasukkan ke hospital dan menjalani pembedahan mata, Zamri mengabaikan keadaan dirinya. Dia takut andai kehilangan Farina.

'Abang tak kira.Abang nak Zam makan juga hari nie.Kalau Zam tak nak juga,Abang akan suapkan Zam?'

Zamri memandang Zahid yang kelihatan serius dengan kata-katanya.Dia tahu abangnya itu pasti akan mengotakan apa yang dikatakannya.

'Boleh juga, lama dah abang tak suapkan Ayie.'

Zamri tayang sengih.Ayie?Lama dia dah tak menyebut nama panggilannya itu setelah mama dan papanya bercerai, nama tersebut seakan-akan terkubur sama dengan terputusnya ikatan tersebut.

'Abang tak kisah kalau nak dicop 'gay terhangat di pasaran'.

Ketawa meletus antara mereka.Zahid menarik nafas lega bila Zamri mula bergurau seperti biasa dengannya.Dia juga merasa pedihnya jika adiknya susah hati, ibarat cubit peha kanan, peha kiri turut terasa.

'Aiman tak kisah.'

Zahid dan Zamri sama-sama melangkah keluar dari bilik Zamri sambil bergurau senda. Ramai mata memandang telatah mereka berdua tetapi tidak dihiraukan.

********************************************

'Assalamualaikum Pak Cik,Mak Cik.'

Zamri menyapa Puan Karuni dan Encik Nazrin yang berada dalam wad yang dihuni oleh Farina.Salamnya dibalas dan Puan Karuni segera mempelawanya duduk.

'Awal Zam hari nie?'

'Malam nie biar Zam yang jaga Ina,Mak Cik.Mak Cik dan Pak Cik, berehatlah di rumah, kalau Ina sedar,Zam akan segera menghubungi Pak Cik dan Mak Cik.'

'Kami tak menyusahkan Zam ker?'

Encik Nazrin menanya Zamri yang jelas pada mata tuanya begitu mengambil berat pada Farina.Walaupun jelas terpapar keletihan di wajahnya tetap jua melawat Farina di hospital.Dia terharu dengan keprihatinan Zamri.Andainya ada jodoh antara mereka, dia amat merestuinya!

'Mana ada menyusahkan Zam,Ina kan kawan Zam juga.'

Perlahan dipeluk sayang bahu Puan Karuni di depannya, serasa dia dah menemui pengganti mamanya yang sekarang mesti tengah berbahagia dengan keluarganya di luar negara.
Puan Karuni membalas sayang pelukan Zamri.

'Kalau macam tue..Pak Cik balik dululah.Kalau ada apa-apa, Zam telefon jer kami ya.'

Zamri menganggukkan kepalanya dan menghantar pemergian Puan Karuni dan Encik Nazrin dengan ekor matanya.Punggungnya di dudukkan di kerusi di tepi Farina.Perlahan jemari Farina dipegangnya lembut.

'Ina.sedarlah..Zam rindukan Ina..umi dan abah Ina juga..Sue..abang Ayid..kami semua rindukan Ina...'

Dielus jemari Farina dalam pegangannya.

'Ina, sedarlah..Zam tak suka Ina terus kaku macam nie..Zam nak Ina yang petah berkata-kata.'

Mendayu-dayu Zamri berkata-kata pada Farina yang masih tak sedarkan diri.

'Ina..dah lama Zam nak bagitau benda ni..Zam sayangkan Ina..Zam menyintai Ina pada kali pertama Zam melihat Ina..Zam cintakan Ina bukan kerana paras rupa tapi kerana hati yang dimiliki Ina..Ina, sedarlah ya..'

Farina masih kaku begitu.Diam tak berkutik.Zamri mengeluh perlahan.Kemudian terus berbual sendirian untuk menyedarkan Farina hingga matanya terlelap dengan tangannya yang masih kejap memegang jemari Farina.

***************************************

Sayup-sayup suara memanggil dan menyeru namanya memberhentikan langkah Farina yang kelihatan nya tanpa tujuan dalam taman tersebut. Kepalanya tercari-cari arah suara yang menyeru namanya, namun hampa bayangan pemanggil tersebut tidak jelas pada pandangan.Dia terduduk keletihan di situ...

'Ina...'

Zamri menyeru nama Ina dalam tidurnya..

Farina merasakan jemarinya berpeluh dan kebas. Matanya cuba dibuka, menyakitkan. Ditutup semula dan kemudian dibuka kembali.Perlahan-lahan dan pandangannya kabur pada mulanya.Lama-kelamaan makin jelas dan terang.Di kepalanya terfikir, adakah dia bermimpi ke tidak.Dicubit pipinya dengan tangan kirinya.Sakit!

'Syukur ya Allah.'

Farina menjerit gembira dalam hati dan mulutnya tak putus-putus mengucap syukur. Kegembiraan terhenti bila mana matanya hinggap pada sekujur tubuh yang tertidur pulas sambil memegang tangan kanannya.

'Siapa dia nie?'

Ditatap wajah polos yang tertidur tersebut.Handsome,getus hatinya.Kasihannya mesti dia tak biasa tidur macam nie.

'Adakah dia yang menyeru namaku tadi??'

Farina masih ralit memerhatikan jejaka di sebelahnya sampaikan dia dapat menghidu perfume jejaka tersebut. Tiba-tiba terlintas sesuatu di fikirannya..

'Ya Allah, dia inikah Zam???'

Mulut Farina terlopong luas.Rasanya tekaan nya tak salah.Dia bukannya ada ramai kenalan rapat lelaki melainkan Zamri dan Zahid.

'Zam.......'

Terharu! Farina mengesat air mata syukur dan juga terharu atas keprihatinan Zamri.Dia kembali melelapkan mata selepas mengusap lembut rambut Zamri yang terlena.Farina tak ingin mengejutkan Zamri yang nampak keletihan.Biarlah.....Akhirnya dua-duanya sama lelap sambil tangan yang saling erat bertaut..

9 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

DianaTakyuddin said...

yes2..ina da sembuh..hehe

tp still xtau saper yg derma tu..huhu

❤❤sωɨт ɦɑииɑ❤❤ said...

nak taw sape yg derma erk?
huhu..tunggu nxt n3 yer.
but maybe lambat skitla...
sbr yer..n thx 4 waiting & reading WCK..

Anonymous said...

sya agak mesti idham yg jadi penderma mesteri 2 kan, apa 2 pun cite nie mmg best,

Anonymous said...

wawawawa
nmpk gaya cm bunga cinta da berputik je..
aiceh!!
hanna..ade part ayt cm x tol je..
part ni..
~Encik Nazrin menanya Zamri yang jelas pada mata tuanya ambil mengambil berat pada Farina~
ce cek balik ek..
xsbr tggu next n3
lambat xpe,jgn xde lgsung
tp jgn lmbt sgt..hihi

-che na-

Aishah Hamzah said...

ishk nie yg pening nie.....
nak taw sape derma....
huhu
tp rase2 nyer idham....

❤❤sωɨт ɦɑииɑ❤❤ said...

thx che na...
inilah padahnya klu wat n3 time hjn..tsenguk2 mnhn mgtk..huhu..
arigato all...coz still mnunggu n mnunggu..hehe...

eija said...

eija pn rsa idham yg derma...
xsbr nk tgu next n3..
cpt ckit taw..

keSENGALan teserlah.. said...

ngeee...
ske2...ske sgt...
huh..

spe ek donour uh..fenin2...
smbung2 agy kak hanna....

the sedo gang said...

agagag!!!
saper la ek derma???
hU~
KAK!!!
smbung2...