Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Thursday, January 8, 2009

Warna Cinta Kita episod 13

Dah dua hari Zamri oustation, bermakna dua hari jugalah Encik Nazrin yang bertanggungjawab menghantar dan mengambil Farina kerja.Farina duduk bersendirian di perhentian bas bertentangan dengan tempat kerjanya.Hujan renyai-renyai mula membasahi muka bumi.Namun, abahnya masih jua belum datang.

'Mana abah nie?'

Hatinya mula digaru resah dan risau.Harap-harap abahnya tiada apa-apa.Zaza pula dah balik setelah dia menolak untuk menumpang keretanya tadi.Fikiran Farina mula melayang.Jiwanya sakit apabila Nisha menunjuk-nunjuk hal pertunangannya dengan Idham dua hari lepas. Dia tidak dapat membohongi hatinya, dia sakit mendengar berita itu walaupun dia sudah mengetahui.Tapi bila saat tersebut makin hampir, dia mengakui dia belum kuat untuk menghadapi hakikat itu,Idham akan menjadi milik Nisha.Teringin dia ingin menatap wajah Nisha yang menjadi pilihan Idham tapi dia tak berdaya.

'Ina.'

Farina mendongak mendengar suara tersebut.Aik, takkanlah tiba-tiba suara hatinya menjadi garau.Rasanya lebat hujan di sekelilingnya membuatkan dia melamun lama.Tak mungkin dia ada di sampingnya sekarang ini..tapi hidungnya dapat menghidu perfume lelaki itu. Dia amat peka dengan bau tersebut sebab dia yang memilih perfume tersebut untuk lelaki di sebelahnya.Kenapa agaknya dia masih menggunakan perfume itu?

'Ina.'

Farina sudah yakin bahawa lelaki itu bukan saja dalam fikirannya sebentar tadi tapi juga di sampingnya.Farina bungkam dan kelu. Tak ingin menyebut nama lelaki itu,takut hatinya tambah terluka.

'Ina, jom Am hantarkan balik. Hujan makin lebat nie.Ina kan tak boleh kena hujan..mesti terus demam lepas tue.'

Farina tersentak. Tak menyangka lelaki di sebelahnya masih ingat perihal dirinya.Hatinya menangis hiba seperti hujan yang turut membasahi alam semesta kala ini.

'Tak apalah,Ina tunggu abah.'

Tiada senyuman terukir pada bibir Farina.Idham mengeluh.Tiada juga nada ceria di situ.

'Abah Ina ada hal kot.Jomlah Am hantarkan.'

Idham sedikit mendesak.Lama dia dah memerhatikan Farina yang duduk sorang-sorang di situ tadi.Terubat rindunya melihat Farina di depannya tika ini.Perlahan tangan Farina ditarik dan pintu keretanya dibuka.

'Apa pegang-pegang nie?Sedarlah diri tue bukan muhrim.'

Farina merungut perlahan.Idham tersenyum cuma.Terdapat aura kedinginan antara mereka.Sebabnya dia pasti lebih tahu.

'Apa khabar Ina sekarang?'

Huh,pura-pura concern la tue..dulu masa tinggalkan aku takde la nak tau aku baik ke tak..Aku setuju ke tidak..Menyampah tapi kata-kata tersebut hanya ditelan dalam hati.

'Baik.'

'Abah dan umi baik juga ker?'

'Baik.'

Hanya sepatah-sepatah saja Farina menjawab pertanyaannya.Idham mengeluh perlahan.

'Kenapa?'

Idham memandang sekilas Farina yang duduk di sebelahnya.

'Kenapa?'

Soalan berbalas soalan.Tiada kemesraan langsung pada perbualan mereka.

'Mengeluh?'

Idham mengeluh lagi.Mana taknya mengeluh..tiada senyuman di bibir gadis di sebelahnya..tiada kata mesra untuknya..Dia tahu semuanya berpunca daripada kekhilafan dirinya sendiri.Jadi, masih inginkah dia layanan bertaraf VVIP dari Farina?Usah dirayu sekalipun,sure Farina tidak akan melayannya begitu lagi.

'Takde apa-apa.'

Farina masih membeku sambil melayan fikirannya.Suasana sunyi menyelubungi mereka.

'Tahniah.'

Idham pelik.Sekali lagi dia memandang Farina yang ibarat boneka di sebelahnya.

'For what?'

'Majlis pertunangan.'Sinis.

Idham menelan air liur yang terasa pahit.Rupa-rupanya Farina sudah mengetahui.

'Macam mana Ina tau?'

'Bakal tunang awak.'

Ohh..Nisha yang bagitau..Idham juga berdiam diri.Dia kehabisan idea nak berbicara dengan Farina.Baginya sekarang terlalu susah untuk mendengar bibir comel itu mengeluarkan kata-katanya.Dia mengeluh dan mengeluh lagi.Hujan di luar sana pula makin lebat.

****************************************

'Umi..sampai bilakah Ina harus macam nie?'

Farina menanya Puan Karuni yang memangku kepalanya.Tangan umi nya mengusap lembut rambutnya yang terlepas.

'Umi cuma berharap Ina terus tabah dan berdoa.'

Hati tua nya juga turut sakit melihat deritanya Farina.Kenapa harus Idham memunculkan dirinya di depan Farina lagi setelah apa yang terjadi.Dia sendiri terkejut melihat Idham yang menghantar Farina pulang petang tadi.Suaminya juga terkejut sama.Kalau tak kerana kereta mereka meragam petang tadi,tak akan Farina terjumpa dengan Idham lagi.

'Ina tak cukup kuat Umi..hati Ina nie sakit sangat.'

'Sabar ya nak.'

Dipeluk sayang Farina di pangkuannya.Ingin mengusir penderitaan yang bertamu pada Farina.Farina membalas pelukan umi nya, berharap akan mendapat sinar kekuatan di situ.

7 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

keSENGALan teserlah.. said...

isk2...
amende la si idham nieh...
tue arh..
ble orng tuh da xder,,bru nk rase kehilangn n mangeloh..
ble ader,,xrety nk appriciate...
isk2....
ngengade tol....

keSENGALan teserlah.. said...

jap2 kak hanna...
line yg last b4 msok bab ina n umi dye uh,,
xbpe nk phm lorr...
yg 'idham jge berdiam dri.die khbisn idea nk berbicre ngn farina.baginye skarang terlalu....'..
terlalu ape ek kak hanna??

Anonymous said...

rasakan..
jd pengajaran kpd semua utk menghargai ape yg kita miliki
jgn smpai da terlepas dr jangkauan tgn baru nk sedar
da terlambat da time tu
smbung jgn x smbung.. ^_^

-che na-

❤❤sωɨт ɦɑииɑ❤❤ said...

huhu..emo lak che na erk..
next n3 hanna wat utk che na..
don't missed next n3 k..

hehe..dush2 zatie..
thx coz engtkan akk..

DianaTakyuddin said...

tu r laki..
xtau nk hargai..ayik nk yg sempurna jer..
pastu diri sndri merane..
padan muka idham..

Aishah Hamzah said...

geram nyer....
arghhhh
si idham nie.....
budus2 sgt.....
hiiii
pape pun nk n3 br lg....
hehe
makin xcited....

the sedo gang said...

hahaha....
mmg la hampess to0l idham tuhs...
hu~
cian ina....
agagag!