Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Tuesday, November 17, 2009

TK : Kelopak 1

Aku masih leka di pantai ini, berlari-lari kecil di gigi pantai. Tenang sungguh di sini, menatapi kejahilan hari-hari yang aku lalui. Menjelang kedewasaan, aku masih setia menjamah kehalusan pasir-pasir ini. Memang benar, pantai ini banyak menyimpan rahsia ku, segalanya! Hakikatnya aku begitu terasing sejak ketiadaan ibu tersayang, manakala ayah pula sibuk menguruskan perniagaannya dan juga keluarga barunya.

‘Arghh..’

Aku menjerit kecil. Kadangkala aku menyesali sikap ayah yang hanya mementingkan diri sendiri. Aku lihat ayah langsung tidak bersedih dengan kehilangan ibu.Aku pula? Dibiarkan di sini sendiri! Ya, sendiri mengejar pelangi kebahgiaan tanpa belaian, perhatian dan kasih sayang dari seorang ayah. Sebulan sekalipun, memang sukar nak melihat dia menjengukku di sini, di desa ini.Hatiku benar-benar kecewa dengan ayah!

‘Ayah….kenapa harus begini?’

Keluhku perlahan. Bagi ayah, kasih – sayang itu boleh dijual beli dengan kekayaan atau kemewahan. Setiap bulan, aku diberi wang ringgit yang agak besar amaunnya tapi tak berguna jika aku tidak mengecapi nikmat bahagia sebenarnya. Sebenarnya, aku tak perlukan duit ayah sebab makan pakai aku bersama nenek sudah lebih dari mencukupi.

‘Humm lebih baik aku balik.Pantai, lain kali aku ke sini lagi ya…’

Sampai di rumah, matanya sudah menangkap kelibat yang sedang duduk di ruang tamu.Wajahnya masam mencuka!Fahmi, tunanganku sejak setahun yang lalu.Entah apa yang menyebabkan wajah kacaknya menjadi masam.

‘Assalamualaikum bang.Pakai lawa-lawa ni nak ke mana, bang?’

Fahmi memandang Aishah di depannya yang tersengih memandangnya.Sure dia lupa lah tue.

‘Entahlah Sha, abang pun tak tahu nak pergi mana.Semalam ada orang beria-ia berjanji dengan abang nak Pekan Kenanga.’

Dahi aku berkerut seketika.Memutar kembali pasal hari semalam.Ya Allah, patutlah muka Fahmi macam tertelan buah asam jer.Sebenarnya aku berjanji dengannya nak pergi Pekan Kenanga, membeli barang-barang persiapan perkahwinan kami yang tinggal sebulan lagi.

‘Sorry bang.Sha terlupa pulak.Kejap Sha tukar baju,okay.’

Ku ukir senyuman paling manis buat dirinya sebelum berlalu menukar pakaian.Seketika kemudian,setelah mendapat izin dari nenek, aku membonceng motorsikal Fahmi.Masih terbayang raut wajah nenek saat aku menyalami tangannya.

‘Apa yang membuat hatimu bimbang nek.’

Selesai membeli apa yang rasa perlu, Fahmi mengajak aku ke taman berhampiran.Duduk di bangku yang kayu yang tersedia di situ.

‘Kita duduk di sinilah,sayang.’

Sayang?Inilah kali pertama Fahmi memanggil aku sayang.Pelik!Aku pandang wajahnya lama membuatkan dia semakin gelisah.Dari tadi pun dia gelisah semacam saja.

‘Kenapa Sha pandang abang macam itu?’

Soalnya pendek.

‘Abang tue yang kenapa?Abang okay ke tak nie?’

Aku lontar pertanyaan pada Fahmi yangjelas tak seperti sediakala.

‘Sha, abang ni ibarat tempat untuk Sha berteduh kala hujan membasahi bumi. Apabila hujan berhenti, Sha akan meneruskan perjalanan Sha.’

Aku terkaku.

‘Apa hal abang ni sebenarnya? Merepek pula.Sha lihat abang pelik semacam jer.Jangn risaulah abang, kita pun dah nak kahwin tak lama lagi.Kenapa pula sebut sementara….’

‘Abang ada sebut kah Sha?’

Fahmi menggaru kepalanya sambil tergelak kecil. Bagiku pula, ia bukan gurauan, sikapnya membuatkan ku gundah gulana.

‘Dahlah Sha, jangan pandang macam tue.Jom balik.’

Ajakan Fahmi aku sambut dengan senyuman. Dalam perjalanan pulang, kami banyak berbual-bual tentang kenduri kami nanti.

‘Sha, peluk abang kuat-kuat ya.Mana tahu lepas nie abang tak dapat merasa pelukan Sha lagi.’

Ku tepuk belakangnya.Geram!

‘Buang tabiat ke apa abang nie?Dari tadi merepek bukan-bukan tau.’

Entah macam mana sewaktu melalui satu selekoh yang agak tajam, sebuah lori yang mengekori kami makin laju dan melanggar belakang kami.Aku panik dengan situasi yang berlaku sekelip mata ini.Yang aku dapat ingat, aku terpelanting ke semak lalu tidak sedarkan diri.

3 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

Aisha @ Sara Hamza said...

best2.....sambung lagik......wow yg bestnye sbb kali nie name sye pulak yg digunakan....wakakakakak

swit hanna said...

Ecah..hihik kebetulan ahh tuh..ngeh3

haikadove said...

huhuu.. mcm menarik jee cite baru nie kak swit!=D