Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Tuesday, November 17, 2009

Ceritera Kisah Kita episod 18

‘Kau dah okay,Leya?’

Tangan Grace melekap di dahi Aleya yang jelas masih belum pulih sepenuhnya.Aleya mengangguk.

‘Tapi nampak belum pulih pun.Kau tau Leya hangat sekejapla pejabat bila hari tu boss called bagitahu both of you tak dapat masuk kerja.Dia bagitahu kau sakit.’

‘Ya ker?’

Aleya bertanya tak percaya.

‘Yup.Dia called office, cun-cun jugak si minah radio karat kita si Ema yang jawab.Apalagi gemparla jugak.’

Grace tertawa manakala Aleya menggigit bibir.

‘Tak sangka juga dia concern tentang kau Leya.Sampai dia sekali pun tak datang kerja.Tengok selama ini macam diktator jer dengan kau.Paling aku tak tahan bila dia asyik sebut kau ‘maid’ dia.Eyek, geram tahu jantung aku nie.’

Aleya tergelak kecil.Grace tersengih.Alang-alang dah nak bergosip, gossip jer la.

‘Tapi kan Leya, aku rasa ada something wrong la…’

‘Apanya?’

‘Mana tahu si bapak diktator tue in love with you secretly.’

Aleya membeliakkan matanya.Sungguh tak masuk akallah tapi…Aleya kembali menggigit bibirnya bila teringat saat dia membuka mata pagi tadi.

**

Aleya membuka matanya perlahan-lahan.Tangan kirinya segera memegang dahinya.Pening.Terkebil-kebil memandang siling biliknya.Mimpinya sungguh mengerikan.Terasa seperti betul-betul terjadi.Nasib baik ada suara yang bertalu-talu menyerunya.

‘Fuh, nasib baik hanya mimpi tapi siapa yang menyeru aku?’

Aleya menggaru kepalanya.Rambut yang berserebai tidak dipedulikan.Tiba-tiba teringatkan sesuatu.

‘Ya Allah, pukul berapa sekarang nie?’

Pantas memalingkan mukanya ingin melihat jam di situ.Serentak itu, matanya terbelalak.

‘Papa.’

Jeritnya tanpa sedar bila hidungnya hampir berlaga dengan hidung Aizad yang masih nyenyak tidur di situ dengan berbantalkan lengan kirinya.

‘Cakoi.’

Suara Aleya sudah naik ke tahap maksimum.Terkejutnya dia melihat wajah Aizad yang begitu dekat dengan wajahnya.Jantungnya terasa mengepam oksigen lebih dari had biasa agaknya tika ini.

‘Tuan Cakoi…bangunlah.’

Aleya masih memandang wajah yang jelas penat di depannya.Aleya yang masih belum angkat, mencucuk pipi Aizad dengan jemari kirinya.Aizad menggeliat kecil bila merasa ada sesuatu mencucuk pipinya.

‘Wei Tuan Cakoi, sik mok bangunkah?’

Sergah Aleya keras.Ish, sukar betul nak bangunkah dia nie?Aizad membuka matanya dan…

‘Makkkkkk..’

Terjerit kecil melihat muka Aleya yang dekat dengannya.Oh no, this is so weird!Weird or…..?

‘Tuan Cakoi, kitak tok kenak tidur sitok?Macam sikda bilik sendiri ja.’

Perli Aleya.Aizad yang terasa mula hot.Tak kenang budi betul!

‘Ingat aku suka sangat ke menyakitkan pinggang tidur sini.Huh.’

Aizad menegakkan badannya yang terasa sengal.Menguap kecil, menarik tangan kanannya ke mulut.Tangan Aleya terikut sama.

‘Cakoi.’

Aizad memandang Aleya yang menjerit lagi.Aduh,boleh pekak kalau lama-lama dengan dia ni!

‘My hand,please.’

Aizad pandang tangan kanannya.Alamak!Tangan nya masih mengenggam tangan Aleya rupanya.Tidakkk, boleh tak kalau aku reverse balik?

‘Oh…’

Segera dilepaskan tangan Aleya yang sudah terduduk di katilnya.Mukanya sudah merah menahan marah.Seolah-olah ada ‘fire’ atas kepalanya.

‘Oh ya, hari nie keja seperti biasa.’

Sempat Aizad mengeluarkan arahannya sebelum cepat-cepat keluar.Aduh, malu!

‘Kejam!’

Gumam Aleya sambil menahan geram.Diketuk kepalanya.

‘Kau sendiri Leya, kenapa tak sedar yang dia pegang tangan kau masa bangun tadi.Aduyai, malu..malu.’

**

‘Kau ni kan Leya.Aku penat-penat bergosip, kau duk mengangga jer.Adoi.’

Grace mencuit pinggang Aleya.Aleya tersentak.

‘Grace, gelilah.Kau ni kan macam tak tahu aku sensitive kat situ.’

Grace hanya tergelak melihat Aleya merungut manja dengannya.

‘Leya, kau pernah fikir tak?’

‘Emm..fikir apa?’

Grace memandang Aleya seketika sebelum memandang sekeliling bilik pejabat Aleya.

‘Macam mana agaknya kalau boss tue tahu kau bukannya orang Sarawak, tahu identiti sebenar kau.’

Gulp.Aleya telan air liur.Dia sendiri tak pernah fikir andainya Aizad tahu siapa dia sebenarnya.Entahlah!

‘Kau rasa Grace?’

‘Mesti dia hot macam gunung berapi aku rasa.’

Grace ketawa.Aleya tak tahu nak bagi respon apa.

‘Aku rasa..’

Aik, takkan Aleya pandai bertukar suara ni, Grace berkata di dalam hati.Aleya turut memandang Grace.Berkongsi fikiran yang sama.Janganlah dia…..

‘Aku rasa baik kau keluar sekarang Grace.’

Aizad mengeluarkan arahan diktatornya.Aleya telan air liur bila Grace berlalu ala-ala 100meter lajunya.

‘Well, Miss Leya any words from you before…..’

Aleya dah menggelabah.Fikir-fikir Leya!

‘I think that you’ve no answer, right?’

Aleya mencuba membuka mulutnya namun segera dipintas oleh Aizad.

‘Kau boleh berambus sekarang.Aku tak nak lihat muka penipu macam kau.Jangan nak muncul depan aku lepas ini.Titik.’

Aleya terpempan.Aizad berkata dengan nada marahnya.Sakit hatinya dipermainkan Aleya selama ini!

‘Yang masih tercegat macam boneka, tue kenapa?Pekak?Huh, dahla pekak, penipu lagi.Huh, kesian mak kau yang lahirkan kau.’

Aleya menahan sebak bila arwah ibunya terbabit sama.Lebih sudah dia ni!

‘Blah la cepat sebelum aku panggil sekuriti.’

Aleya sudah tak dapat menahan amarahnya lagi.Aizad masih memandang Aleya bagai singa lapar.

‘Oh, kau ingat aku suka sangat ker kat sini.Buat pengetahuan kau yang ego melangit dan keras kepala, aku memang nak berambus dari sini pun.Kau lah manusia yang paling memualkan di muka bumi ini.Hanya orang bodoh jer bertahan dengan manusia macam kau. Satu lagi, jangan nak libatkan my mum,okay?Better watch out your big mouth!Huh! ‘

Aleya meluahkan apa yang tersimpan di hatinya.Bahasa yang diguna tunggang langgang sudah tak dipeduli. Segera mengambil handbagnya dan berlalu ke pintu.Berhenti sekejap tanpa menoleh.

‘I hate you till the end of life!That's my promise!’

Pamm..pintu ditutup kasar.Grace segera mendapatkan Aleya.Staff yang lain masing-masing dengan pandangan masing-masing.

‘Don’t ask me anything, Grace.I’ll contact you once I’m okay.’

Langkahnya diteruskan tanpa menoleh lagi.Grace memandang sedih Aleya yang berlalu.

‘Selamat tinggal semuanya.Selamat tinggal.’

Aizad memandang sepi pintu yang dihempas oleh Aleya.Entah kenapa, hatinya terasa pedih mendengar ayat terakhir dari Aleya.

‘Kau kejam.’

Air mata yang ditahan dari tadi mengalir jua saat dirinya memboloskan diri dalam teksi.Aleya teresak-esak di situ.

‘Kau kejam.Oh hati, tabahlah..’

*END*

Glossari :
Kenak – kenapa
Sitok – sini
Mok – mahu
Kitak – Awak /kamu
Sikda – Takde
Tok – ni / ini


Notakaki : Tamat sudah~hahak...Sorrylah semua, dah jarang sangat update blog.^_~.Pe pon, cheers up everybody.

5 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

Anonymous said...

xkan bis cam2 jerk...

.::noriko::. said...

erk...tamat?? nseb baek tamat stage 1 jek...huhuh~

❤❤sωɨт ɦɑииɑ❤❤ said...

hehe..sabo erk...stage 2 akn disambung dlm masa terdekat..TQ

keSENGALan teserlah.. said...

uggh..
kak hanna wat suspen je..
engtkan ending cmnieh je..
hehe..
smbung2 cpt..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

nsb bek ending dia tak mcm ni..

gud luck ok..

i'm still waiting 4 next story..

=)