Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Thursday, January 8, 2009

Warna Cinta Kita episod 11

Nisha menerpa masuk bilik pejabat Idham mengejutkan Idham yang sibuk meneliti dokumen penting di atas mejanya. Kelihatan Nana,setiausahanya juga turut masuk sama dengan muka pucat dan takut-takut.

‘Maafkan saya Encik Idham.Saya dah cuba halang tadi.’

‘It’s okay.Awak boleh keluar.’

Nana keluar dengan hati yang sebal. Takkanlah Encik Idham nak bertunang dengan perempuan macam tue.Mak aii..dedah sana dedah sini..Kalau aku nie lelaki pun takkan lepas pandang punya,dah tayangan free,sapa nak tolak..Tanpa disedari,Nana menggelengkan kepalanya.

‘Kenapa ni Nana?Tergeleng-geleng jer aku tengok.’

Norhayati atau lebih dikenali sebagai Yaty menyapa Nana di sebelahnya menyebabkannya tersentak dan meluku kawannya itu.

‘Aku peliklah dengan boss tue.’

‘Apa yang peliknya?Hari-hari aku tengok,masih gak camtu boss kita tue.Takdelah pulak bertukar jadi Wu Chun tak pun Mike He.’

‘Aku tau lah kau minat mamat berdua tue tapi ini bukan pasal tue tau.Ini hot story.’

‘Habis apa?Aku tertinggal bas ker?’

‘Dengar khabar angin,boss bakal bertunang dengan minah yang baru jer jadi modelling free kat office kita nie tadi.’

Melopong mulut Yaty mendengar berita yang baru di dengarnya.Ai,kan kata nak tunang dengan Ina..Ina pulak nak campak mana?Takkan nak madu dua kot.

‘Tak payah nak terkejutlah Yaty,boss akan bertunang dengan minah tue bukan Ina.’

‘Kesiannya Ina kalau camtu.Apa punya boss..takkan tak tau bezakan mana permata..mana batu bata..eh,ada ker peribahasa camni Nana?’

‘Pandailah kau nie.’

Kelihatan Idham keluar dari biliknya dan jemari Nisha melekap di lengan Idham. Erat seperti takut Idham kena kebas jer.Nana dan Yaty buat-buat tak nampak dan pura-pura sibuk dengan kerja.

‘Nana,cancelkan apa saja appointment I petang nie.’

‘Appoinment dengan Mr. Robert pun cancel juga Encik Idham?’

‘Yes.’

Nana memandang wajah Nisha yang tersenyum plastic di sebelah Idham.Menyampah!Menyakitkan mata betul.Jika dibandingkan dengan Ina, Inalah seratus kali lebih sempurna.Boss ni pun satu, Ina jadi camtu pun dia juga penyebabnya.Memang tak boleh dibuat suami boss aku nie, lari dari tanggungjawab,Sepadan betul dengan minah kain singkat nie.

‘You,secretary hubby I ya?I Nisha. Jemputlah datang majlis we all nanti.’

Dengan gediknya, Nisha menghulur kad pertunangan dia dan Idham yang bakal berlangsung hujung minggu tersebut.Nana menyambut dalam tak rela, kalau tak mengenangkan bakal tunang boss, jangan haraplah.Huh..belum bertunang dah panggil hubby..ish,naik mual tekak aku nie..

Idham dan Nisha berlalu membuatkan Nana dan Yaty lega.

‘Ishh..apa punya taste lah boss tue?’

‘Biarlah Yaty..kita pulak yang menambah dose mengata minah tue..abaikan jer.Baik buat kerja,ada lagi faedahnya.’

Kereta dihidupkan dan dibiarkan seketika, Idham mencapai kad pertunangan dia dan Nisha. Segalanya dipilih oleh Nisha, dia hanya mengeluarkan modal untuk membayar.Entahlah, dia tak tahu apakah semua ini memang ditakdirkan dalam perjalanan hidupnya. Dia dah tak dapat mengundurkan masa yang telah berlalu.

‘Bie..kata nak pergi Butik Pengantin Sri tadi,berapa lama lagi nak dalam kereta ini.’

Suara Nisha mencantas lamunannya. Segera keretanya dipandu keluar menuju ke arah selatan.Fikirannya melayang lagi bila lampu isyarat bertukar merah.

‘Am, inikah bahagia yang kau tunggu selama ini,’tanya hatinya.

‘Mestilah.Nisha cukup sempurna bagi aku.’

‘Sempurna?Begitukah erti sempurna dalam kamus hidup kau Am?’

‘Dahlah,jangan kau cuba mengacau-bilaukan keputusan aku.’

‘Fikirlah sebelum terlambat,Am.Tanya hati kau, nama siapa yang terpahat di situ.’

‘Bukan Ina tapi Nisha.Stop it!’

‘Aku tak sebut siapa-siapa kan?Kau sendiri sebut Ina?’

‘Stop it!!!’

Idham menjerit kuat mengejutkan Nisha di sebelahnya.Segera dia meminta maaf untuk mengelakkan soalan-soalan dari Nisha.Idham hanya berdiam diri sehingga mereka masuk butik pengantin tersebut.Tiada minat untuk turut sama memilih baju untuk majlis pertunangan mereka.

5 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

the sedo gang said...

har3!
pdn muka am...
ekekeke...
mike he tuhs...
uny dh c0p...
hahaha...

keSENGALan teserlah.. said...

serve ur right idham..huh..
hehehe...bley2 je uny nieh...

Anonymous said...

hahaha
padan muko ekau idham
bia tau rase
tu la..lari dr tggjwb lg
mintak simpang la dpt laki cmni

-che na-

❤❤sωɨт ɦɑииɑ❤❤ said...

lelaki mmg camtu..
bile kate suke, bkorban seadanya kononnyer..
bile dh xsuke,dicampak sesuka hati jer..
ego jer lebih..

Aishah Hamzah said...

haha
mest minat cte2 taiwan nie....
devil beside u n hana kimi....
sye pn ske....
haha
pdn muke tahap dewa buat idham....
nk sgt pompuan kain x cukup tuh....