Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Friday, January 9, 2009

Warna Cinta Kita episod 14

Memang masin mulut Idham,Farina demam dan terpaksa berehat di rumah saja ditemani oleh Suzana.Nasib baiklah hujung minggu, tak payahlah Suzana turut memonteng kerja demi nya.

'Ina..nekad ker nak hadiri majlis Cik Puan Ceria,Happy dan Berseri tue?'

Suzana menyoal buat ke sekian kalinya.Masa Farina memberitahu niatnya hendak menghadiri mjlis pertunangan I & N tue..Suzana hampir terjatuh dari kerusi yang didudukinya.Terkejut! Dan Suzana tak ingin menyebut nama pasangan tersebut, buat sakit jiwa jer?Aku nie jenis berdendam ker?Suzana menggaru kepalanya yang tak gatal.

'Ya..Apa salahnya Sue?Insya-Allah Ina akan tabah dan kuat.'

Suzana hanya memandang Farina di sebelahnya.Degil betul!Macamlah aku baru kenal kau tue hari ini..Nanti kau jua makan hati berulam jantung..Ayat tak confident betul!

'Betul ni?'

'Betullah Cik Suzana Alisya.Semalam dah Ina called abang Ayid dan Zam,minta diorang temankan.'

'What?Ina ajak Zahid tue apesal?Menyemak jer.'

'Farina tergelak. Bukan dia tak tahu yang Suzana dan Zahid kalau berjumpa memang macam kucing dan anjing jer..

'Apa salahnya?Takde kan?'

'Malas Sue nak bertekak dengan dia.Buang air liur jer.Menyampah!'

'Jangan menyampah sangat Sue..kang jatuh longkang,sapa nak jawab?Longkang tue pulak penuh warna-warni cinta..'

Farina mengusik Suzana yang kelihatan bengang bila Zahid turut dijemput sama menghadiri majlis I & N tue..

'Euww..please lah..lebih baik Sue in love with apek pasar ikan tue daripada abang Ayid kau tue..'

'Jodoh di tangan Tuhan,dear!Jauh mana Sue menafikan kata hati, ia akan tetap mengekori langkah Sue sampai Sue menyedarinya..'

'Pandailah kau Ina..Kalau jadi tutor cinta tak bertauliah,Sue tabik spring laa..'

Serentak mereka tergelak bersama.Merenungi hari yang makin kelam dan jam yang berlalu tidak terasa..Moga persahabatan mereka akan kekal selamanya.

******************************************

Hon kereta kedengaran di luar pagar rumah Farina mengejutkan Farina dan Suzana yang tengah syok melayan drama taiwan kegemaran mereka.

'Haa..dah sampai pun mereka.Jom Ina.'

Digapainya tangan Farina dan berjalan keluar rumah.Setelah mengunci pintu, mereka berdua berjalan menuju ke arah kereta Zamri yang menanti. Puan Karuni dan Encik Nazrin pula dah pergi melawat kenalan yang berada di hospital.

Zamri memandang lama Farina yang kelihatan ayu mengenakan kebaya warna biru, sedondon dengan tudungnya. Lama tak menatap wajah itu sejak dia outstation, peluang di depan mata tak dilepaskan.Hilang sikit rindu yang bertamu di hati.

'Assalamualaikum Zam. Pandang Ina tak berkelip nie, rindu erk?'

Giat Suzana menyebabkan Zamri tersengih malu.Farina pula memerah mukanya.Sue nie,memang tak sayang mulut betul.

'Ayid pun winduuu kat Sue.'

Zahid sengaja nak menyemarakkan lagi suasana.Suzana menjeling geram tapi dalam diam dia tak menafikan Zahid kelihatan segak dalam baju melayunya itu.Seperti berjanji,mereka berempat memakai warna yang sama,biru..warna kegemaran dia dan Farina.

'Apa kes nak rindu nie?Luku karang.'

'Dahla abang Ayid,Sue..rasanya Zam dan Ina boleh pekak badak kalau hari-hari dengar korang bertekak tak habis-habis cam nie.'

Zamri bertindak meneutralkan suasana.Farina menganggukkan kepala tanda setuju.

'Padanlah korang berdua nie..sehati sejiwa jer setuju dengan satu sama lain.'

'Sue..tak habis-habis lagi ker?'

Farina mencelah.

'Pukul berapa majlis diorang tue?'

Zamri bertanya.Zahid segera menoleh jam di tangannya.

'Alamak,kita dah lewat nie.'

'Apalagi,cepatlah drive tue.'

Suzana mengarah.Farina hanya mengeleng-gelengkan kepalanya.

'Kalau nak cepat pun, keselamatan kita harus diingat.Cepat punya pasal,tak pasal-pasal malang tak berbau,macam mana?'

'Yalah Ina,abang Ayid,bawa kereta tue hati-hati ye..nanti adik kau nie melancarkan ceramah free nya lagi pula.'

Sengaja Suzana menggunakan perkataan 'abang' pada Zahid, niatnya ingin mengusik Farina di sebelahnya.Zahid tersenyum senang mendengar Suzana yang memanggilnya abang walaupun hanya bergurau.Farina masih menahan kepalanya yang masih berdenyut-denyut lantaran demamnya yang belum betul-betul kebah,namun dia menguatkan dirinya.

******************************************

Baru saja mereka menapak ke halaman rumah Idham, kelihatan dua orang gadis yang seiras menerpa Farina dan memeluknya erat.

'Kak Ina, Che Na ingatkan akak tak datang tadi.'

'Ecah rindukan akak.Akak, baik-baik saja kan?'

Kembar tersebut berebut memeluk Farina.Farina tersenyum cuma dan membalas pelukan mereka.Dia pun rindukan kembar tersebut.

'Akak sihatlah Ecah,Che Na.'

'Ingatkan akak dah lupakan kitorang kan,Ecah?'

Che Na memandang kembarnya inginkan sokongan.

'A'ah..Along tue memang cipan bendul tak kenal....'

Ayat Ecah termati bila matanya menangkap isyarat Suzana supaya tak meneruskan ayatnya.

'Kak Sue,apa khabar?Lama tak dengar khabar.Abang nie pakwe kak Sue ker?'

Zahid ketawa.Zamri tersengih kerana dia tahu Suzana pasti marah kalau abangnya yang disebut.

'Eh,pandailah Ecah.Ini Zahaid dan Zamri,adik beradik dari planet entah mana.Kak Sue pun tak tahu.'

Suzana tergelak.Ecah dan Che Na tersengih-sengih.Ketawa mereka terhenti bila..

'Amboi,aku tak sangka ada juga orang yang tak malu menayang muka kat rumah aku nie.Jangan-jangan nak merosakkan majlis?'

Puan Amirah menyindir Farina dan rakan-rakannya.Terkedu Farina seketika.

'Mama, mereka kan tetamu kita.Kenapa sebut macam tue?'

Che Na menegur Puan Amirah yang dirasakan keterlaluan pada matanya.

'Jangan pandang orang sebelah mata Na..manalah tau kan?'

'Puan,kami datang dengan niat baik,lagipun kami ada kad jemputan.Kalau tak, lebih berfaedah kami berehat jer kat rumah.'

Suzana membalas kata-kata Puan Amirah yang agak pedas baginya.Tak teringin aku nak mendajalkan majlis I & N nie,tapi bila disangka macam nie,ada gak terfikir sikit.Suzana tersengih.

'Jomlah akak kita ke sana.'

Ecah bertindak menarik Farina dan rakan-rakannya mengekori dari belakang.Lamalah mereka berbual-bual sama..Tak dinafikan Farina memang rapat dengan kembar tersebut masa dia masih melihat dahulu.Kepala yang sakit dipegang perlahan.

'Ina,ok ker nie?'

Bisikan di telinganya mengejutkan Farina yang masih melayan sakit kepalanya.

'Ina ok jer.'

'Are you sure masih boleh bertahan?'

'Ina ok la Zam.'

Suara Farina kedengaran lemah di pendengaran Zamri, merisaukan dirinya apatah lagi dia mengetahui Farina tak begitu sihat.Perlahan jemarinya memicit dahi Farina.Farina pula semakin tak berdaya, ditambah dengan hatinya yang tak keruan di majlis Idham.Kesakitan di kepala bercampur dengan kesakitan di hatinya, Farina merasakan dia terawang-awang.Ringan saja rasa badannya.Zamri yang melihat Farina hendak rebah segera menangkap tubuh tersebut.Riuh sekejap mereka yang ada di situ.

'Cepat Zam.Kita hantar Ina ke hospital.'

Suzana mengarah dan Zamri segera mencempung Farina masuk kereta.Idham yang turut sama melihat mengenggam tangannya geram.Geram melihat Zamri yang mencempung tubuh Farina.Hatinya mendengus marah.Cemburukah aku? Nisha di sebelah langsung tidak dihiraukan.Kalau boleh, ingin saja dia merebut tubuh Farina yang tak sedarkan diri itu daripada Zamri..Kalau boleh???

4 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

Aishah Hamzah said...

hihi
ske2 name mak ade skali dlm tueh....
haha
pdn ngan muke ko idham....
rasekn....
hish
nie yg x sbr nk tggu conT nie....
ihk...ihk...ihk...

Anonymous said...

haha..
nama kite ade gak
tekojut den baco..huhu
saat2 idham mengenali dirinya yg bodoh da tiba..yeay!!
hai..cpt la ina ngn zam kapel
smbgn nye plz~~

-che na-

keSENGALan teserlah.. said...

hahahah..
ape kes men jeles2 plaks si idham nieh..
wat nyampah jer..huh..

ceritaku MEMORIKU said...

agagag.
suke2.
dh cemburu2 cakap ah.
zam n ina.
dowang je sesuai.
ko xyah ngengade lah idhm.
-na'dz