Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Saturday, January 17, 2009

Warna Cinta Kita episod 17

Goncangan lembut di bahu Zamri dan Farina mengejutkan mereka berdua. Serentak muka Zamri baik pun Farina memerah bila menyedari tangan yang erat bertaut.Spontan Farina menutup matanya semula, rasa masih pedih tapi entah kenapa dengan mata itu, mata yang sedang berfungsi untuknya,Farina seperti melihat harapan dan warna cinta di sekelilingnya.Adakah pemiliknya dahulu mengharapkan warna cinta berada di sekelilingnya?

'Ina, akhirnya kau dah sedar.Syukur ya Allah.'

Suzana segera memeluk Farina yang masih memejam matanya dengan dahi yang berkerut-kerut.Zamri kelu tak terkata, tidak disangka Farina akan dapat melihat seperti mereka.Kalau diikutkan kata hatinya, memang dia teringin memeluk tubuh di depannya tanda betapa dia gembira dengan berita tersebut.

'Sue, akhirnya...doa Ina termakbul juga.'

Lirih suara Farina menyebabkan Suzana mengelus lembut belakang bestfriendnya itu.


'Ina, inilah Zam dan yang sorang tue, mestilah....'

'Abang Ayid.'

Farina memotong percakapan Suzana.Zahid segera menghampiri Farina dan Suzana.Diusapnya lembut kepala Farina.

'Abang bersyukur Ina dah sembuh, kalau tak.. ada sorang lagi yang bakal masuk wad rasanya.'

Zahid berpura-pura serius sambil mengelus-elus dagunya.Zamri segera meluku abangnya, terkena dia dalam gurauan abangnya itu.

'Terima kasih ya Zam sebab temankan Ina semalam.Mesti tak selesa tidur macam malam tadi kan?'

Zamri pandang Farina dengan rasa hairan.Farina tersenyum.

'Ina, maksudnya kau dah sedar malam tadi ker?'

Suzana menanya laju, tiga pasang mata memandangnya dengan kejutan dan kerutan di dahi.

'Emm..ya..tapi Ina tak sampai hati kejutkan Zam..'

Satu-persatu ayat diaturnya bila tiga pasang mata itu masih ralit memandangnya.

'Ina..'

Kedengaran suara Puan Karuni menerpa dari arah pintu wad dan segera memeluk Farina.Fuh, selamat aku!

'Umi..'

'Abah..'

Dipeluk kedua orang tuanya, erat..akhirnya dia kembali dapat melihat wajah kesayangannya itu. Tiba-tiba pelukannya Farina terlerai dan dia memandang Encik Nazrin lama.Ada persoalan pada pandangan matanya.

'Kenapa Ina?'

'Abah, siapa yang baik hati menderma mata pada Ina?'

Gulp!Encik Nazrin telan air liur nya yang terasa pahit untuk ditelan.Seketika dia mengalih pandangan ke arah isteri di sebelahnya.

'Oo..abah pun tak sure sangat la Ina.'

'Betul kah pak cik tak tahu?'

Suzana pula menyoal. Dia pun sebenarnya nak tahu siapakah budiman yang sudi menderma mata tersebut, bolehla dia mengucapkan terima kasih bagi pihak Farina.

'Takpelah kalau macam tue.'

Anggukan di kepala Encik Nazrin yang menandakan dia tak tahu mengecewakan Suzana dan Farina.Kalaulah mereka tahu, macam manalah reaksi mereka ya?Kalaulah.....Encik Nazrin mengeluh dalam diam.Dapatkah mereka menerima kenyataan tersebut??

'Pak Cik,Zam ingat nak minta diri dulu.'

Zamri memecahkan lamunan Encik Nazrin.

'Bawa kereta baik-baik ya nak.'

Puan Karuni bersuara mewakili suaminya yang masih terkelu.Semetara Farina dan Suzana hanya memandang saja pemergian Zamri dan Zahid.



**********************************************



Riuh-rendah rumah banglo dua tingkat Encik Nazrin dengan tetamu dan saudara-maranya yang menghadiri majlis kesyukuran untuk Farina.

'Ina.'

Zaza segera memeluk Farina yang tercengang-cengang melihatnya.

'Akulah Zaza..'

Farina tertawa kecil sambil membalas pelukan Zaza.Farina kelihatan ayu dalam baju kurung sutera purple nya itu.

'Dah..dahla tue Za, kau jangan nak amik port aku kat list bestfriend Ina tau.'

Gurauan Suzana meletuskan ketawa antara mereka bertiga.

'Ala, kita share la Sue.'

'Tak nakla..Sue tangga pertama, Za tangga kedua..'

'Ala, kedekutnya Sue nie.'

'Ok..ok..dua-dua Ina sayang.'

Dipeluk kedua insan yang banyak mengambil berat terhadap dirinya masa dunia dia kelam tiada bercahaya.Sungguh dia berterima kasih dianugerahkan sahabat yang setia menemani hari-hari kelamnya.

'Zam pun nak kena hug gak.'

Kedengaran suara yang sengaja dipelatkan di tepi mereka.Zamri!Aik, kenapa dia pun berbaju melayu warna purple!Sweet!Farina berkata di dalam hatinya.

'Mintalah peluk kat Mak Cik Rongak kat kedai depan tue.'

Suzana menggiat Zamri, dia sebenarnya faham malah terlebih faham bahawa Zamri sememangnya menyimpan hati kat Farina.Tunggulah Zam, tunggu sehingga Ina pulih sepenuhnya dari mimpi ngerinya..Kalau dah jodoh korang, insyaAllah..

'Ayid pun nak hugging Sue.'

'What?Gila.'

Hampir tersembul biji mata Suzana terkejut dek kerana bisikan Zahid di tepinya, malah terlampau rapat sehingga tak ada ruang antara mereka.

'Ayid gilakan Sue.'

Perlahan sangat, hanya Sue yang mampu mendengar bisikan penuh perasaan tersebut.Dikerlingnya Zahid dengan geram.Buang tabiat ke apa mamat nie?

'Ina, dah ok kan?'

Zamri menyoal dalam senyuman. Seketika Farina terpana menatap senyuman tersebut.Matanya seakan mengharap senyuman itu hanya untuknya dirinya saja.Ah, mata ini tak sudah-sudah melihat warna-warni cinta di sekelilingnya!

'Ina ok..seperti yang Zam lihat.'

Diukir senyuman manis buat Zamri yang memandangnya.

'Itulah yang Zam harap-harapkan selama ini.Zam gembira bila Ina dapat melihat kembali.'

'Thanks sebab menjaga Ina selama ini.'


'Dah jadi tanggungjawab Zam..'

'Amboi-amboi, nak buat drama free pun korang empat nie, janganlah lupa Za yang masih tercegat kat sini.'


Suara Zaza menggamit ketawa mereka.Meriahnya majlis tersebut dengan doa selamat dan gurau-senda antara mereka. Zamri langsung tak nak berjauhan dengan Farina. Diekornya ke mana saja.

'Zam, boleh tak tolong Ina?'

'Apa?'

'Janji dulu.'

'Janji.'

'Boleh tak duduk diam dengan abang Ayid..'

'Tak nak.'

'Kan dah janji tadi?'

'Tue 2 saat yang lepas.'

'Mengelat eh..'

Serentak keduanya tergelak sama.Puan Karuni memandang kemesraan Farina dan Zamri dari jauh, diam-diam hati tuanya mengerti dan berdoa jika itu yang terbaik bagi Farina.

3 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

Anonymous said...

shuwitttt..
ayid da brani nmpk btau sue
hoho
baguih2 ^_^

-che na-

keSENGALan teserlah.. said...

ngeee...
suke2....
manis bangat...
=p

Aishah Hamzah said...

so sweetttt.....
huhu ske2 zahid n suzana....
hehe