Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Monday, March 9, 2009

Ceritera Kisah Kita episod 8

‘Hampagas punya Cakoi..kot ye pun nak buktikan cinta palsu tue..jangan la sampai aku susah nak buang..dasar kepala kodok!’

Aleya masih menggosok-gosok lehernya, ingin menghilangkan kesan-kesan yang ditinggalkan oleh Aizad petang tadi. Dia pula terpaksa berhempas pulas membuang kesan-kesan tersebut.

‘Geramnya aku! Arghh…’

Aleya menjerit kecil di dalam bilik airnya. Span di tangannya dihempas kasar ke dalam sinki.

‘Cakoi…ni memang takde sopan-santun betul..’

Aleya melepaskan geramnya dengan membebel sambil berendam lama-lama di dalam bath tub di dalam kamar mandinya. Semuanya adalah jasa baik Uncle Musthapa yang menyediakan bilik serba ada macam nie untuk dia, kalau dia memang malanglaa hidup dia…

‘Geram!Geramnya….’

Selagi dia masih dalam tugas, memang dia akan cepat heart attack dan high blood rasanya.Tak pun menjadi penghuni Tanjung Rambutan agaknya!

Tangannya masih menggosok bekas peninggallan bukti Aizad tadi…

‘Bodoh punya Cakoi..tak pepasal aku jadi mangsa dia..apa salahnya terima saja awek tue..cun apa!Bagai pinang dibelah 10 saja..’

Aleya masih membebel sambil tangannya bermain dengan span.Menjadi tak bersemangat bila teringat hari-hari akan mendatang.

‘Pa..tolong Leya…’

**

Encik Azhar yang tengah menghadap tv, terbersin tiba-tiba.

‘Auchumm’

‘Siapa pula yang merindu aku nie?’

Seketika ditepuk dahinya, teringat Aleya yang tengah bertugas dan berada di rumah bestfriendnya, Musthapa.

‘Alamak, anak papa!’

Sungguh dia terlupa nak bertanya khabar Aleya kerana busy dengan kes akhir-akhir ini. Tapi itu bukan bermakna dia melupakan anaknya itu. Setiap hari dia akan menelefon Musthapa, bertanya khabar Aleya di dalam diam.Biarlah Aleya berdikari di situ.

Dicapai handsetnya di tepinya lalu did ail nombor Aleya. Seketika kemudian, terdengar suara lembut menjawab panggilannya.

‘Assalamualaikum papa.Rindunyer…’

‘Walaikumsalam Leya..sihat nak?’

‘Sihat luaran tapi dalaman ada masalah sikit laa papa..’

‘Masalah apa pula nie?’

Encik Azhar tersenyum mendengar berita anaknya itu, mesti nak mengadu la dia..

‘Masalah sakit di hati..sakit di jiwa papa..papa, tak nak tukar Leya dengan polis lain tak?’

‘Tak bolehla sayang…’

‘Pa..Leya tak tahan dengan mulut berbisa anak uncle Musthapa tau..sakit telinga!’

Merengek-rengek Aleya mengadu dengan papanya. Mengharapkan simpati gamaknya.

‘Papa tetap nak Leya teruskan juga..pejam celik habislaa nanti tue sayang..’

Encik Azhar memujuk Aleya di hujung talian.

‘Papa nie…hidup Leya rasa macam dalam kandang harimau jer kalau bersama Cakoi tue tau..’

‘Papa tau Leya mesti boleh..papa nak tengok berita dulu..Assalamualaikum’.

Aleya hanya mampu memandang sayu handsetnya.

‘Papa..Leya sengsara kat sini tau.’

Keluhnya lemah. Bekas di lehernya juga masih tak hilang sepenuhnya.

‘Cakoi gila!’

Jeritnya kecil sebelum melangkah keluar nak menyiapkan makan malam.

**
Aleya yang leka menyiang ikan terkejut bila terasa ada yang berdiri di belakangnya.

‘Opocot!’

Aizad hanya menayang muka seriusnya dengan latah Aleya sedangkan di dalam hati nak tergelak. Diperhati leher Aleya yang memerah.

‘Pasti dia nak hilangkan kesan tadi tue tapi tak dapat.Padan muka!’

Bisik hatinya jahatnya.

‘Kenak pandang-pandang?’

Aleya mencerlung memandang Aizad. Terbit idea jahat di kepalanya bila mengingatkan kakinya yang dipijak oleh Aleya petang tadi.

‘Aku nak balas dendam.’

‘Aik, straight to the point terus Cakoi nih..’

Aleya menayang muka kayunya dengan kenyataan tersebut.

‘Hemm..’

‘Kau tak takut?’

Aleya mengangkat bahunya tanda tak ingin mengambil tahu. Masih sibuk menyiang ikan.

‘Betul kau tak ingin ambil tahu?’

Aizad geram bila mangsanya tidak mengendahkan dirinya.

‘Terpulangla Tuan Cakoi.’

Aleya menjawab hendak tak hendak bunyinya membuatkan Aizad geram.

‘Kau nak aku tambah lagi ke kat leher tue..Aku ok jer.’

Ugut Aizad dalam senyuman evilnya. Terhenti tangan Aleya dari menyiang ikannya dan berpaling menghadap Aizad. Aizad menayang-nayang permanent marker merah di depan mata Aleya.

Kenak?’

Aleya menanya malas sekaligus mengelakkan lehernya diconteng sekali lagi dengan permanent marker macam tadi..Bukan senang nak buang!Menyusahkan betul.

‘Tahu takut!’

Aizad memerhati leher Aleya dan masih tertera ayat yang ditulisnya di situ tadi, bukti cinta palsu mereka…

“ AIZAD LOVE HAIKA..4EVER..MWAHHXX”

‘Dahla Tuan Cakoi..Kamek mok masak tok..’

Aleya bersuara perlahan. Tak ingin menyakitkan telinganya mendengar suara Aizad! Kalau boleh dia ingin lari juga..

‘Aku nak kau urut kaki aku lepas makan nanti.’

‘Aok.’

Aleya bersetuju tanpa membantah. Membantah pun tiada gunanya bagi manusia berhati batu macam Aizad…Aizad berlalu dengan tawa kemenangannya meninggalkan Aleya yang makan hati dengan sikapnya.

**

psst all...sowie arr bile tekaan korang yang Cakoi kiss Leya tak kena..huahua....=)

14 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

keSENGALan teserlah.. said...

cehh kak hannaa...
ngeeeeeeeee..
tertipu den..
haila...
isk2..

Mimi Nurisya said...

agak blurr ni...
cakoi tulis kt leher leya ke ayat tu???

Bie Hassan said...

lor....cakoi tulis ayat tue ek...

ceritaku MEMORIKU said...

lorr.
die tulis ayat tu kerw depan org td?
time tu de maker kerw?
ahakzzz.
xpaham ah kak hanna.
he3
smbung2
-na'dz

Hafia Hana said...

hu..h.u.

memang sempoi..

kak hanna ni saje je kasi gempq la~

Anonymous said...

haha..
kak hanna ni agk sengal.
wahaha
jgn mara :))
ngat kene kiss.
upenye kene conteng ja.

❤❤sωɨт ɦɑииɑ❤❤ said...

sampai aty wany kate akk sengal..hehe..
hahaha..gtaw anai baru taw..=)
yg wany tue wany payau..hehe

thx coz owez supporting akk...:)

Anonymous said...

hahaha
pndai ek kompius kn org
yg si cakoi pn satu
xde ke care len nk buktikn
xpenah lg la aku tgk org wt kt awek gitu
gilos nye cakoi
huahuahua
smbg lg ^_^

-che na-

nurhakim said...

bestlah hanna..
lain dri yg lain je bl aizad bt cam 2 kat leya...hihiiii
pe2 pn best..
cpat smbng tau..

in_wired88 said...

haha.. laugh to myself.. ingtkan dier cium.. rofl

❤❤sωɨт ɦɑииɑ❤❤ said...

In...
Akk pun nak tergelak nih..
bil suma agak cakoi kiz leya..
sekali daa..macam tue jer..
hehehe...

cucuratap said...

hahahaha..
boleh pulak gitu...

Anonymous said...

kesengalan berganda..hahahahha

Secret_Aimie said...

cam tahu2 jerkk.. ape dlm fikiran aq.. wahahahhahahahahhah