Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Wednesday, February 4, 2009

Warna Cinta Kita episod 24


Amir Rafsyam sedang melepak di dalam biliknya bila deringan handsetnya berbunyi.Siapa lagi nie, tak boleh tengok aku senang sikit pun.Bila matanya menangkap gerangan si pemanggil, segera ditekan untuk meyambungkan talian tersebut.

‘Mir, aku ada last permintaan nak minta tolong kau nie.’

‘Apa nye tue..Hal yang tue, aku dah bereskan.Kau tunggulah dua hari lagi, jangan tak sabar pula.’

Terdengar ketawa di hujung talian. Amir hanya mengukir senyum.

‘Aku tahulah Mir.Ini aku dah postkan satu parcel, nanti kau suruh dia guna pada malam tue.Mesti tau.’

‘Yalah-yalah..nasib baik kau ni kawan aku, kalau tak buang masa jer tau.’

Amir sengaja mengenakan kawannya itu.Hanya dibalas dengan ketawa kecil di hujung talian.

‘Jangan lupa tau.’

‘Aku tahulah.Belum pekak lagi nie.’

‘Thanks Mir….’

‘Kasih tak diterima.No vacancy yer..’

Serentak mereka ketawa. Berkawan dari kecil tapi mula terpisah bila keluarga masing-masing berpindah tempat tinggal mengikut kerjaya.Amir Rafsyam tersenyum mengenangkan dirinya terlibat sama dalam rancangan kawannya itu.Entah macam manalah reaksi Farina nanti. Hari tue pun dah cemberut mukanya tahap asam boi bila disuruh handle majlis tersebut.Amir tak dapat membayangkan apalagi reaksi Farina jika dipaksa memakai gown tersebut.

Spontan jemarinya menaip mesej pendek dan dihantar kepada buah hatinya untuk bertindak sama.Tersenyum seketika mengingatkan betapa buah hatinya itu tak ingin terlibat sama tapi akhirnya mengalah jua dengan kehendaknya.

**

‘Ina, boss nak jumpa kau lepas nie.’

Susan menegur Farina yang tengah enak menyuap nasi ke mulutnya.Tersedak dengan kata-kata Susan. Segera dia mencapai mineral water di tepinya. Diteguk cepat bagi menghilangkan perit di tekaknya.

‘Apa Ann sebut tadi?Boss nak jumpa aku?Apalagi dia nak nie?’

‘Maybe ada add in items untuk majlis tue kot.Kau pergi je lah jumpa dia Ina..bukan dia makan orang pun..Kalau makan orang, handsome apa!’

Zam lagi handsome..opps!Apahal aku tiba-tiba menyebut Zam nie…

‘Yalah, aku nak pergi la nie..Bayarkan aku punya..Nanti aku treat pula..’

Dikenyit matanya sebelum melangkah mencari Amir, bossnya yang menyakitkan hati..

‘Apahal Encik Amir nak jumpa saya nie?Tak boleh tunggu esok ker?’

Aku nak berehat dengan senang pun tak boleh kah?huh..Farina mengomel dalam hati.Amir berusaha menayang muka seriusnya padahal dah nak tergelak melihat riak muka Farina.Memang dah agak pun!

‘Ambik bungkusan ini. I nak you guna masa malam tue nanti.Mesti!’

Farina tersentak. Apasal pula nie?

‘Tak nak la. Lagipun saya malas nak ikut malam tue..Saya baru jer nak ambik leave..’

‘No excuse Farina.Ini arahan,ok.’

‘Tapi Encik Amir..’

‘Kalau you tak nak I yang jemput you, malah kalau mendukung you sekalipun pun I sudi janji you menghadiri majlis tersebut.Itukan hasil kerja you juga.’

Alah…berceramahla pula pak cik nie…Farina merungut dalam hati..Geramnya aku!

‘Ini bukan ceramah tapi arahan dari I sebagai boss you.’

Aik,dengar erk?

‘Yelah..’

Pantas jarinya mencapai bungkusan tersebut dan berlalu dengan hati yang meluat.Kurang asam punya bosss!Amir ketawa sendirian selepas pasti Farina berlalu jauh.Adoi, degil betul minah nie tapi sweet gak..

**

Farina menghempaskan badannya ke atas katil.Geramnya bertandang kembali bila mengingat wajah serius boss nya tadi. Bungkusan di tepi dibuka dan tangannya menyentuh gown tersebut.Lawa!Menepati citarasanya..sesuai dengan tema warna majlis tersebut,putih!!Putih baginya lambang kesucian dalam perhubungan. Diacu-acu ke tubuh langsingnya, muat-muat dan tak terlampau terdedah..sesuai benar dengan dirinya yang bertudung itu.Simple but nice! Takde lip lap dan memang Farina jatuh cinta kat white gown tue. Tanpa disedari Farina tersenyum sambil memerhatikan dirinya di depan cermin.

Tiba-tiba terfikir sesuatu di fikirannya, perlahan gown tersebut ditolak ke tepi perlahan.

‘Geramnyer….ish,menyampahnya aku..’

Farina terfikir sendiri..apa maksud semua yang berlaku nie? Bilakah dia akan mendapat jawapan kepada persoalan itu..Zam!!!Teringin menelefon Zamri untuk meluahkan runsingnya tapi dia tak terdaya..akalnya menghalang..takut dia akan mengakui perasaan itu..takut diketahui!Biarlah…wahai, Zombie Cerewet, kita akan jumpa nampaknya!

2 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

Aishah Hamzah said...

mesti santek glew gown tue....
haha
sye taw2....
amir 2 mst couple ngan susan kn?
hihi

❤❤sωɨт ɦɑииɑ❤❤ said...

brilliant ecah nie..
hehe..memang pon..hakhak...