Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Monday, March 9, 2009

Ceritera Kisah Kita episod 7

Aleya menconteng kertas di depannya sesuka hati. Ke kiri..ke kanan..tapi jiwanya masih tak tenang juga...

'Geram!Geram!'

Badannya saja berada dalam bilik kuliah tersebut tapi fikirannya sebal..

'Cakoi, nie nak mampus ker? Aku backhand baru tau..'

Aleya menggerutu geram bila teringat peristiwa tadi..Geram sungguh!

Akibat ditarik oleh Aizad kasar, Aleya hampir hilang keseimbangan diri.Aizad yang melihat Aleya hampir terduduk, segera dipeluk pinggang Aleya.

'Apa nie Tuan Cakoi?'

Bisik Aleya keras separuh marah.Tangannya cepat saja nak melepaskan pegangan di pinggangnya.

'Kau diam dan ikut saja apa aku buat!'

Jangankan nak melepaskan dirinya tapi dia pula jadi mangsa amaran.

'Hantu punya Cakoi!'

Aleya merengus geram.

Shamsul dan Juliet sama-sama terkejut dengan aksi di depan mereka.

'Honey.'

Juliet ingin berkata-kata tapi segera dipotong oleh Aizad.

'Kenalkan ini awek aku, so..please jangan ganggu aku lagi.'

'What?'

Aleya terjerit kecil hingga tak sedar dia berbahasa Inggeris. Shamsul turut sama terkejut beruk.Digaru kepalanya, permainan apa pula nie? Bukan ke tadi kata Haika nie maid dia jer?

'Kau diam..kalau tak, tahulah aku kerjakan kau nanti.'

Bisikan keras di telinganya menyakitkan lagi hati Aleya.

'Hampeh punya Cakoi.'

Aleya menyumpah di dalam hatinya.Sakit jiwa betul!

'Honey..you tipu kan?Jue tak percaya la..perempuan nie takde dalam taste you pun..'

Juliet masih tak mempercayai kenyataan yang baru disampaikan oleh Aizad.

'Cik...'

Pelukan kejap di pinggangnya membuatkan Aleya termati kata.

'So, kau nak aku buktikan macam mana?'

Aizad memandang acuh tak acuh muka Juliet. Bosan!

'Takde rupa orang bercinta pun.'

Shamsul masih bengang dan tak memahami sandiwara di hadapannya.Kesian pula dia melihat Haika yang terkebil-kebil.

'Chiko..'

'Sham..diam, ok?'

Shamsul segera menutup mulutnya.

'Kau nak bukti?'

Juliet menganggukkan kepalanya.Aizad rasa tercabar.

'Arghh..'

Aleya terjerit kecil..rasa nak jer dia tendang-tendang Cakoi tue.

'Haika, are you okay?'

Dipandang Shamsul di sebelahnya.

'Okay.'

'Really?'

'Emm..'

Shamsul faham sebenarnya kenapa Aleya macam tue..mesti gara-gara perlakuan kurang sopan Aizad tadi.

'Chiko nie pun satu..kot ye pun nak buktikan..carilah cara lain..main bantai jer..'

Shamsul hanya mengungkap dalam hati...Hati kawan harus dijaga.

'Akar, aku nak kau tulis note untuk aku..'

Aizad tiba-tiba tercongak di depan meja Aleya. Aleya memasamkan mukanya. Tak puas hati!

'Aku tanya kau nie bodoh?'

Mulutnya dirapatkan ke telinga Aleya, lebih kepada berbisik.

'Aok.'

Aleya lebih rela melayan perasaan sakitnya tika ini dari menghadap Cakoi di depannya.Menyakitkan kornea mata jer!

'Aku nak kau siapkan sekarang juga.'

Aleya mengangguk. Masih tak memandang Aizad. Aizad naik sakit hati bila Aleya endah tak endah dengannya. Dipaut kasar dagu Aleya untuk menghadap mukanya.

'Auch..sakitlah!'

Aleya memandang geram Aizad di depannya. Hatinya tak putus-putus mendongkol geram. Setelah apa yang kau buat tadi,kau kini bukan saja dalam list orang yang aku ingin kerjakan tapi dalam list mangsa yang bakal aku makan dan bunuh...kalaulah boleh membunuh, kan best!

'Lain kali bila aku cakap, pandang mata aku.'

Aleya menepis tangan Aizad dan berdiri.

'Kau nak melawan ker?'

'Sham, washroom mana?'

Aleya memandang Shamsul.

'Hujung blok.'

'Ok.'

Aleya berlalu sambil kaki nya sempat memijak kaki Aizad. Terima kasih sebab hari nie dia memakai high heel! Tersenyum.Dapat gak membalas satu per tiga dari rasa sakit hatinya tadi..

'Woit, sakitlah!'

'Opps..tak sengaja!'

Balas Aleya dari muka pintu.

'Kau nie Chiko, kesian aku tengok Haika tue..dahla tadi kau buat sesuatu yang tak sepatutnya..'

'Boleh diam tak?Kaki aku sakit nie..'

'Jaga kau Akar!'

Aizad mendengus geram, sambil menahan kakinya yang berdenyut-denyut sakit.

7 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

keSENGALan teserlah.. said...

errkkk..
cakoi kiss leya ker??
isk2..
kak hanna,,trangkan lar..
ekekke..
nga tersengeh nih..
smbung2..

SyAfIrA iDaYu said...

mesti cakoi kiss leya kan???
sweet la diorng nie...
pape pon sambung lagi ek

ceritaku MEMORIKU said...

cakoi wat perw kat leya?
kak hanna cakoi wat perw?sje je kak hanna nak men teka teki.hakhakhak
smbung2
cakoi xpasan kerw bahasa leya dh berubah.he3
-na'dz

haikadove said...

ngeee.. cakoi bwat apee?
alaa k.hanna.. maen sorok2 laa eh.
heheee;D

ecah hamzah said...

haiyooo
haikadove,cakoi wat cm 2 kat ko pown x taw lg ker....
wawawawa......
smbg2
best ler....

~zuLaiFaH~bUdaK CuEk@! said...

hu..hu..

hu..hu..

sweet je diorg nehh~

best laa~

menekan keyboard said...

hahaha..
tuan cakoi tu kiss akar ke kak hann?