Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Saturday, February 7, 2009

Ceritera Kisah Kita episod 1


Terkebil-kebil Aleya memandang Koperal Rahman di depannya. Otaknya bekerja keras ingin mencerna apa yang ingin disampaikan oleh ketuanya itu sebenarnya. Punyalah banyak bunga-bunga bahasa dia, naik pening Aleya mendengarnya.

‘Cubalah direct to the point terus..dahlah aku memang fail bab mencari isi tersirat nie..maklumlah dulu kelas science side..Kalau tak kerana papa yang beria-ia nak aku jadi buk polisi..opps, polis!Takde aku nak jadi polis nih. Tinggi pun cukup-cukup makan jer.’

‘Aleya, awak faham tak apa yang saya sebut nih?’

Aleya garu kepalanya sambil tersengih menayang giginya. Alah, mana tau boleh gak jadi model iklan Colgate apa!

‘Awak baca dulu apa di dalam fail depan awak tue. Start minggu depan awak dikehendaki menjalankan kerja di luar seperti yang terdapat di dalam fail itu. Hal yang lain dah saya aturkan, tinggal awak sendiri nak menyiapkan diri..’

‘Menyiapkan diri dari segi apa, tuan?’

Aleya masih blur tahap anak panda daa..Encik Rahman hanya tersenyum dengan gelagat anak buahnya ini. Inilah padahnya kalau kena paksa jadi polis.

‘Menyiapkan diri dari segi fizikal atau pun mental mungkin.Good luck ya!’

‘Ceh, sempat lagi ketua aku nie kenyit mata, perli aku la tue..Tahulah aku tak suka diarah macam ini. Kalau aku tolak mesti nak report papa la tue.Mentang-mentang bestfriend.Huh!’

Aleya merungut di dalam hati. Papanya juga seorang Koperal tapi berlainan tempat, di sini dia di bawah pengawasan Encik Rahman atas arahan papanya.

‘Parah betul takde abang nie, kalau tak mesti dah senang lenang hidup aku tak payah nak selesaikan kes-kes macam nie.’

‘Kalau dah takde apa-apa Aleya nak keluarlah.Assalamualaikum uncle..opps, Tuan!Hehe.’

‘Nakal.Kirim salam kat papa Leya nanti.’

Aleya mengenyit matanya dan tersengih sebelum berlalu dari bilik Encik Rahman.Hatinya mendongkol tak puas hati. Macamlah takde polis yang senior dihantar menyiasat dan menyelesaikan kes kat luar.

‘Uhh, tensen betul.Alamatnya cepat tue la aku kalau macam nie..’

‘Apa yang Leya bebel nie?Sekali dengar cam baca jampi serapah jer.’

Fikri mengusik muka kelat Aleya yang sudah duduk di mejanya.

‘Ni lagi sorang yang menyakitkan hati.Boleh tak main jauh-jauh.’

Marah Aleya memandang Fikri yang tersengih bak kerang busuk segala busuk.

‘Sharelah kalau ada anything Leya tak puas hati.’

Fikri cuba mengambil hati rakan sekerjanya itu. Bukan dia tak tahu kalau muka kelat Aleya terpamer, adalah yang tak betul kat dia.

‘No, thanks.’

‘Betul nie?’

‘Ee mamat nie aku pelangkung kang..aku kata takde, takde lah tue..Tak payah nak tunjuk bajet handsome kat sini..sini balai polis bukan pasar malam tau,’ bebel Aleya di dalam hati.

‘Apa pula tak betulnya?Kau takde kes ke hari nie?’

Fikri menggelengkan kepalanya sambil matanya ralit memerhati wajah keanak-anakan di depannya. Sayang betul pula jadi polis, dia membayangkan kalau Aleya bergaya feminim macam gadis-gadis kat luar mesti superb punyer..

‘Adoi Fikri, kalau dah dasar buaya pun, takkan nak baham rakan sekerja pula?’soal kata hatinya.

‘Apa salahnya?’akalnya membalas.

‘Ingat sikit apa slogan dan etika kerja.’

‘Ini hal luar waktu kerjalah.’

‘Kau nak kena bambu dengan papa dia ker?’

‘Tak naklah.’

Aleya memandang pening Fikri yang seakan macam orang gila bercakap sendiri di depannya. Sah, salah profession mamat nie.Maybe jadi pelakon lagi baik kot!

‘Weh, pahal kau nie?Semacam jer aku tengok..Makwe kau keempat dah lari ker?’

Aleya dah sedia maklum perangai playboy Fikri di depannya. Bukan dia tak sedar ada masanya mamat nie cuba mengayatnya.

‘Aku tengah berfikir tentang calon seterusnya Leya.’

‘Banyak kau punya calon..Laporan semalam dah buat ker?’

Fikri menepuk dahinya, terlupa mungkin.

‘Alamak, aku terlupalah Leya. Thanks coz ingatkan.’

Bergegas Fikri menuju mejanya. Aleya tergelak kecil dengan perangai Fikri, selalu jer terlupa, itulah terlampau ingat makwe keliling pinggang, kerja yang di buat pun takde dalam kepala.Aleya menyusun barang di mejanya, mungkin lepas nie dia akan jarang duduk di sini dan yang pastinya di akan merindui mejanya ini.

‘Leya, ganbatte kudasai!’

Setelah berpuas hati dengan barang yang penting untuk membuat laporannya nanti, Aleya melangkah dengan gagahnya padahal teramatlah longlai..Fail penting tersebut dipegang di tangan..esok jer la dia meneliti isi kandungan fail itu..Hajatnya ingin lepak di tepi pantai menanti matahari terbenam..alangkah indahnya menyaksikan matahari yang terbenam!!Aleya tersenyum dan memandu ke destinasinya..

10 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

noorhayaty85 said...

wah hanna..bestnye cite bru ni..x sangka yaty hanna blh pegi sejauh ni..bgs2..hanna semakin maju..pasni blh terbitkn cerita plak ye?

ceritaku MEMORIKU said...

tol2.
kak hanna nye citer makin superb ah.
chaiyok2
suke2
citer nie sape hero kak hanna?
smbung2.
-na'dz

❤❤sωɨт ɦɑииɑ❤❤ said...

Hero CKK ker na`dz?
Hehehehehe..
Kalau akak kate Cakoi..pcy tak?
Huhu...

*thx coz trs membace karya akak...thx 2 yaty gak...chayunk2*

keSENGALan teserlah.. said...

cakoi kak hanna??
npe xgoreng pisang jer??
hahhahaahaa..
besh2...
ske2..

ceritaku MEMORIKU said...

cakoi?
hakhak
np x donat?

Aishah Hamzah said...

cakoi la plak....
apsal x kueh lapiz jer?
kah3.....
weh best lorr....
br la de smgt sket nk bace strusnyer nie.....

noorhayaty85 said...

wah k.ecah pun menyinggah jg?cite kak ecah bile lg nk ade?he3...hanna smbung lg..x sbr ni..sbb nmpk lain skit cerita nye..

Anonymous said...

byk gela idea kak hanna :)

kakiNovel said...

keciknyer size font ni..dh la kaler background mcm tu..bleh tak tlg bsarkn size font?;)

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)