Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Monday, March 9, 2009

Ceritera Kisah Kita episod 9

Sejak kejadian minggu lepas, Aleya selalu berjalan jauh-jauh dari Aizad.Dia tak nak pisang berbuah dua kali. Sakitnya dia juga yang tanggung!

Aizad berjalan beriringan dengan Shamsul di depannya. Tergelak riang, macam lama tak berjumpa lagaknya.

'Chiko..aku confused la..'

'Pehal?'

'Masa kau conteng kat leher Haika tue..mana kau dapat marker tuh?'

'Hahaha..'

Aizad tergelak dengan soalan Shamsul.

'Ini secret tau..diam-diam kalau aku bagitau.'

Separuh berbisik Aizad memberitahu Shamsul.

'Apa?'

Shamsul menanya dengan rasa tak percaya nya..

'Jadi selama ini, kau laa yang selalu menjahanamkan barang-barang Juliet dengan marker tue?'

Anggukkan Aizad mengejutkan Aizad. Bukan apa, selama ini semua orang selalu mencari si 'tukang conteng' barang-barang Juliet di bilik kuliah tapi tak berjumpa.Tiada kesan langsung!

'Oh,my God!'

'Jadi, aku selalu ready kat poket seluar la marker nie.padan muka Juliet tue tak reti bahasa betul.'

Shamsul tergeleng-geleng masih tak percaya dengan rahsia yang diberitahu oleh Aizad. Tak sangka betul, bukan main Aizad ikut sama mencari siapa gerangan 'tukang conteng' tersebut tapi rupa-rupanya dia sendiri dalang semua itu.

'Chiko..kau nie memang.....'

Aizad tergelak suka. Aleya yang di belakang turut sama mendengar bisikan tersebut tapi berbuat selamba.

'Uii..kejam betul cakoi nie..kesian minah tue..'

Tutur Aleya perlahan namun masih dapat ditangkap oleh Aizad.

'Apa kau kata tadi?'

Aleya tersentak. Terkejut sebenarnya. Shamsul turut sama memandang Aleya.

'Sikda apa-apa Tuan Cak..opps..Boss!'

'Fuh, nasib baik tak terlanjur sebut.'

Aleya menghembus nafas perlahan.Aizad memandang tajam Aleya di depannya.

'Baik kau mengaku cepat!'

'Chiko..dahla tue..'

Shamsul bertindak menjernihkan suasana.. Simpati pula dengan Aleya yang dilayan begitu oleh Aizad.

'Bodoh!'

'Lagi-lagi bodoh..ingat dia pandai sangat ker?'

Marah Aleya di dalam hati.Dikerling tajam Aizad, melepaskan pandangan tak puas hati di situ.Dah seminggu dia bertahan tanpa bersuara, kini dia tak mampu begitu lagi.

'Apa? Tak puas hati?'

Aizad menanya Aleya yang jelas bengang dengan dirinya.

'Whatever!'

'Aik, pandai cakap omputih juga kau nie Haika.'

Sampuk Shamsul yang berjalan di sebelah Aleya.

'Takkanlah sekolah kat Sarawak tue takde ajar BI pulak..fikirlah logik sikit.'

Kemarahan pada Aizad dilepaskan pada Shamsul tapi dalam nada perlahan, mengelakkan telinga lintah Aizad mendengar.

'Ooo..yelah.'

Shamsul menepuk dahinya. Aizad heran dengan gelagat Shamsul.

'Kenapa nie?'

'Takde apa-apa.'

'Akar, kau jangan nak racun pemikiran kawan aku.'

Amaran diberikan pada Aleya.

'Huh..'

Aleya mendengus malas.

'Macamlah aku nie kaki hasut..tak patut betul..selalu jer pandang negatif kat orang!'

Aleya memarahi Aizad di dalam hati..Baru teringat sesuatu, Aleya segera memandang Aizad.

'Boss.....'

Aleya bersuara perlahan dan lunak..haha, konon nye nak mencairkan si pemilik hati batu tersebut.

'Apa?'

Aizad bertanya kasar. Shamsul hanya memandang bersahaja. Malas campur tangan.

'Haika mok ambil cuti esok, boleh sik?'

Aleya memandang dengan penuh harapan. Tersenyum manis.

'Beri aku 10 sebab kenapa aku harus bagi kau cuti?'

'10 sebab?'

'Melampau betul Cakoi nie..uncle Musthapa pun okay jer.'

Desis hati Aleya, meluat dengan Aizad yang selalu menggunakan kuasa vetonya.

'Bolehlaa boss...'

Aleya merayu pula..kalau tak, jangan harap dia nak panggil Cakoi tue boss..hehe..

'Aku kata tak boleh.Titik.'

'Kan unc..opps, Tuan Besar dah benarkan juga.'

Aizad memandang Aleya dengan tajam.

'Jangan nak memandai buat keputusan sendiri, bodoh.'

Ditunjal dahi Aleya. Aleya memaling mukanya ke tepi, menahan marah.

'Sham..malam nie kita clubbing nak tak?'

'Boleh juga..jap aku call Fik dan Fizi dulu.'

Shamsul segera mendail nombor Luqman Hafizi dan Taufik.Seketika kemudian, dia tersenyum pada Aizad tanda semuanya berjalan lancar.Aleya dah tak senang lagaknya.

'Arggh, tak sanggup aku jadi driver pergi clubbing.'

Aleya pura-pura tak tahu apa-apa.

'Tuan Cakoi..kamek rasa sik sedap badan laa..malam tok kamek sik dapat drive untuk kitak la..'

Separuh berbisik Aleya memberitahu Aizad. Aizad tersenyum jahat, tahu sangat taktik tak menjadi Aleya..Tak nak ikut la tue..

'No compromise!'

'Tapi....'

'Akar..'

Dipandang dengan pandangan beracun si Aleya..Akhirnya nak tak nak, Aleya mengalah juga...

**

'Hi, guys!'

Sapaan mesra gadis-gadis di Zouk menandakan Aizad and the geng memang dikenali di situ.Aleya tersenyum pahit.

'Hantu punya Cakoi..tak pepasal aku pergi juga tempat macam nie..Sakit kepala aku nie.'

Aleya menyumpah di dalam hatinya, dia lebih rela mengikuti langkah Shamsul berbanding Aizad.

'Akar, sini!'

Aizad memanggil Aleya ke tepinya. Aleya mendengus geram.

'Tak boleh lihat aku jauh sikit..takut takde orang kena bulilah tue..menyampah!'

Aleya mengutuk lagi di dalam hati, namun bibirnya tetap mempamerkan senyum plastik.Kakinya diarah ke sebelah Aizad dan duduk bersebelahan.

'Fizi..Fik..nak minum apa?'

'As usual.'

Seketika kemudian mereka berempat bercerita itu ini sambil bergelak tawa.

'Fuh, nasib baik diorang tak minum air syaitan tue..'

Aleya mengurut dadanya perlahan. Separuh bersyukur!

'Tuan Cakoi..kamek mok pergi toilet.'

Aleya berbisik di telinga Aizad. Aizad segera memandang Aleya di tepinya, hampir terlupa kehadiran Aleya di situ.

'Kau pergilah..kau jalan lurus jer lepas tue belok kiri.Jangan pula lama sangat..'

Aleya mengangguk dan berlalu pergi.

'Mana pula tandas nie?'

Aleya dah tak tahan menahan mualnya nak muntah, pelbagai bau di situ menyebabkan dia pening dan nak muntah. Apatah lagi dia memang alergi dengan bau rokok.Sedang dia sibuk mencari tandas, langkahnya terhalang.

'Nak ke mana nie cik adik?'

Aleya memandang pemuda yang jelas berbau haprak di depannya. Hembusan nafasnya pun berbau..eyehh...Aleya sudah nak muntah tika itu, segera ditahan mulutnya dengan jemari.

'Tepilah.'

Aleya berusaha hendak melintasi pemuda tersebut, sebenarnya dia dah tak tahan sangat!

'Kalau saya tak nak...'

'Inilah akibatnya.'

Tumbukan diberikan pada perut pemuda tersebut. Aleya terkejut melihat kemunculan Aizad di situ.

'Tuan Cakoi...'

Aizad memandang Aleya yang masih menekup mulutnya.

'Lain kali tue jangan nak merewang bila nak pergi tandas,,bodoh!Menyusahkan!'

Aizad melepaskan marahnya. Aleya terkesima.

'Tapi Tuan Cakoi..kamek mok...'

'Apa?'

Dek kerana terkejut dengan sergahan Aizad, Aleya termuntah kala itu juga, tepat pada dada Aizad yang berdiri dekat dengannya.

'Uwekk..'

Aleya memandang dengan rasa takut. Aizad terperanjat bukan main.

'Bodoh!'

'Maaf..maaf..'

Aizad sudah menundukkan mukanya, takut melihat wajah Aizad menyinga.

'Sini, bodoh!'

Diheret tangan Aleya ke bilik air berdekatan.

'Bersihkan baju aku, bodoh! Menyusahkan!'

Ditunjal geram dahi Aleya yang mula mengelap bajunya. Aleya pula sekali-sekala memuntahkan lagi isi perutnya..Sungguh dia tak tahan dengan alam Aizad and the geng.Aizad kesian juga sebenarnya melihat Aleya begitu tapi dia takkan sesekali mempamerkan kebaikan pada Aleya kerana dia adalah maid.Hanya maid!

12 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

Bie Hassan said...

kesian kat aleya...

Anonymous said...

aizad ni hati batu gela.
adehh.

keSENGALan teserlah.. said...

cehhh..
sekeh si cakoi nieh kang bru taw..
ngeeee..

Miss Kira said...

jht siot..cian leya..sbr je la..

ceritaku MEMORIKU said...

sungguh jaat aizad nie.
xsuke2
smbung2
-na'dz

Anonymous said...

haha
padan muke cakoi kene muntah
tp kre ok la cakoi tlg leya dr mamat mabuk tuh

Anonymous said...

eee..
geramnyer!!!
aizad ni mmg nk kene nih!
ade pulak suh owg basuh bju dier!!!

nurhakim said...

eeeeeeee
geram tul lah ngn aizad nie...
de ke lyan leya cam 2.???
lyan lah baik2 skt..
mnyampah tul lah ngn aizad nie...huhu

noorhayaty85 said...

klakarlh cite ni..sweet sgt hanna...

Hafia Hana said...

hu..hu...

sedey r aizad wat cm tuhh kt Aleya..

xpe2...ur day will show up Tn Chakoi..

"tomorrow is the pay day for wat u did today"

u will regret~!

haikadove said...

ngeee.. pdn muke cakoi tue.
kena mntah ngan leya.
hahahaaa;p

Nemo^0^eriMo said...

patut bagi slamkick aje kt cakoi tuh...
hati kongkrit....
eik...
geram2