Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Sunday, November 15, 2009

Ceritera Kisah kita Episod 17

Aleya terpinga-pinga.Berpusing memerhati sekelilingnya.Pokok-pokok menghijau yang berdiri megah ditepinya.

‘Kenapa pula aku dalam hutan belantara ini?’

Hatinya digaru resah.Peluh seakan berlari laju menuruni bajunya.Pantas Aleya berlari-lari anak mencari anak sungai.

‘Pa…’

Aleya menjerit nyaring, mencuba mengusir ketakutan yang yang bertamu di hati kala itu.

‘Pa, Leya takut..’

Kakinya terus berlari pantas sambil matanya memerhati sekeliling.Pelbagai bayangan yang terukir di mindanya, teringat cerita seram pun ada.

‘Papa, tolong Leya.’

Ketakutan makin merajai dirinya hingga kakinya tersadung.Dia jatuh terduduk di situ.Memegang lututnya yang terasa sengal dan berdarah.

‘Pa..Leya takut….Papa, mana papa?’

Rintihnya perlahan sambil air matanya menuruni pipinya.Dibiarkan mengalir lesu tanpa dilap.Mulutnya berterusan memanggil papanya yang masih juga tak kunjung tiba.Gelap yang mula mengelilinginya amat menambahkan ketakutan di hatinya.

‘Papa..’

Dicuba untuk bangun dengan lutut yang berdarah.Dia perlu mencari sungai.Ya, sungai!Aleya mengagahkan dirinya berjalan sambil menahan kesakitan di lututnya.Hari yang makin gelap menyebabkan pandangannya tidak jelas.

‘Pa……………’

Panjang jeritan Aleya bila dia terjatuh dalam sebuah lubang.Gelap yang amat sangat.Serasa jantungnya hampir tercabut saat itu.Matanya dipejamkan rapat.

**

Aizad terlompat.Pantas memegang dadanya.Terkejut mendengar jeritan Aleya yang terbaring di atas katilnya.Matanya yang mengantuk tadi pun hilang dek terkejut.

‘Ish, budak nie.Nak aku mati cepat ker?’

Marahnya geram.Bibirnya diketap.

‘Pa,tolong Leya, Leya takut sangat.’

Lemah ayat yang dituturkan Aleya yang masih terpejam matanya menarik perhatian Aizad.Didekatkan telinganya ke bibir Aleya yang masih tak membuka matanya.

‘Pa..jangan tinggalkan Leya..takut!’

Aizad menggaru kepalanya yang tak gatal.Dia tak salah dengar!

‘Pa..Leya…Akar ni pandai bercakap Melayu biasa ker dia meracau-racau saja?’

‘Pa…’

Aleya menjerit lagi.Aizad pula terkejut lagi sekali.Tangannya melekap di dadanya semula.Mengawal aturan nafasnya.

‘Weh Akar, kau nak aku mati lemah jantung ker…’

Ayat Aizad tergantung bila matanya tertancap pada air jernih yang mengalir di balik mata yang terpejam itu.

‘Akar menangis??’

Dipandang tubuh yang masih tak bergerak di depannya.Lama.Aleya masih meracau-racau di dalam tidurnya.Perlahan Aizad menghulur tangannya, dekat semakin dekat.

‘Ahh…’

Ditarik semula tangannya.Akalnya tidak mengizinkan tapi hatinya mengizinkan.Bertelagah!
‘Chiko, kau hanya nak menyalurkan tenaga saja lagipun dia tak sedar tue.’

Dihulur sekali lagi tangannya.Hampir dan akhirnya bersatu.Disulam jemarinya dengan jemari Aleya.Berharap Aleya mendapat tenaga darinya.Menyalirkan haba suam-suam dari jemarinya ke jemari Aleya.

‘Tolonglah sedar..aku menanti kau di sini...’

Perlahan ditutur kata yang dia sendiri pun tak sedar. Dia Cuma mengikut kata hatinya kala itu.Pandangan matanya menjamah seraut wajah Aleya yang jelas pucat dan lesi.Sejak pengsan semalam Aleya masih tak sedarkan diri, seolah-olah sleeping beauty yang sedang beradu.Malahan, demam pula.

‘Chiko..Haika dah sedar tak?’

Suara di belakangnya mengejutkan Aizad, sepantas itu juga dia melepaskan genggaman tangannya.Datuk Musthapa pura-pura tidak menyedari situasi itu.

‘Belum,pa.’

‘Kalau dia masih tak sedar,papa ingat nak bagitau family dia.’

Datuk Musthapa melepaskan keluhan.Mesti sahabatnya akan risau jika mengetahui anak kesayangannya sedang demam sekarang ini.Sebab itulah dia belum menghubungi papa Aleya.

‘Tak apa pa, Chiko akan tengok-tengokkan dia.’

‘Betul ker nie anak papa?’

Aizad tersengih.Faham maksud papanya.Bukan papa dia tak tahu macam mana dia melayan Aleya selama ini.

‘Yalah papa, it’s my fault.’

‘Okay.Papa keluar dulu.’

Dicium dahi Aizad sebelum keluar dengan senyuman terukir di bibirnya.Pintu ditutup rapat.Aizad kembali memerhatikan Aleya.Lama.

‘Comel juga dia bila diperhati lama-lama.Haha, kau gila sudah Chiko.’

‘Itu namanya dia memberikan impak pada diri kau.’

‘Tidak..aku aku tak mungkin akan suka dia.’

‘Itu kata kau tapi sebenarnya takut dan ego nak mengaku.’

Ejek kata hatinya.

‘Tak..tak..tak mungkin.’

‘Kau tengoklah nanti.’

‘Diamlah.’

Digenggam semula jemari Aleya yang sejuk itu.Perlahan kepalanya direbahkan di tepi kepala Aleya.Memandang wajah Aleya, lama-kelamaan matanya tertutup.Keletihan berjaga menjaga Aleya membuatkan dia terlena di situ tanpa menguraikan genggamannya.

**

‘Tolonglah sedar..Aku menanti kau di sini…’

Telinga Aleya mendengar sayup-sayup suara memanggilnya, namun matanya masih ditutup.

‘Siapakah yang menyeru itu?’

Kelam.

2 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

keSENGALan teserlah.. said...

ngeeeeee..
chiko ade rse,,
tp tanak ngaku..
hehe..
smbung2..

Shad said...

ngee....
~i like~