Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Saturday, January 10, 2009

Warna Cinta Kita episod 15

Idham tak dapat berfikir logik lagi..hatinya digaru risau dan tak tenteram apabila kereta Zamri yang memecut laju meninggalkan perkarangan rumahnya membawa Farina yang tak sedarkan diri. Dicapai kunci keretanya dan segera keluar menuju garaj kereta.

‘Am, nak ke mana tue?’

Suara Puan Amirah menghentikan langkah kaki Idham.Namun, dia tak menoleh ke arah Puan Amirah yang berdiri di muka pintu rumah.

‘Ma..Am sudah terlalu penat..penat, ma..Apa salahnya kali ini mama membiarkan Am mengikut kata hati Am..Rasanya Am dah mengorbankan cinta Am demi hasrat mama yang ingin berbesan dengan Dato’ Razak.’

Puan Amirah menahan marahnya.Tak guna punya Farina,merosakkan perasaa anak aku aje.

‘Am,mama tak akan benarkan Am pergi kepada perempuan tak berguna.’

‘Ma,cukuplah selama ini Am melukakan hati dia dan hati Am sendiri. Sekali ini bagilah peluang pada Am untuk berjumpa dia.’

Idham mula melangkah dan hendak membuka pintu keretanya.

‘Bie, nak pergi mana nie?Jurugambar dah lama tunggu kat dalam tue.’

Entah bila Nisha berada di tepinya.Idham pandang telus muka Nisha tapi hatinya tiada di situ.Hatinya turut sama pergi dengan Farina tadi.

‘Sorry Nisha,abang ada hal nak diuruskan.’

‘Penting sangatkah dari majlis we all ini?’

‘Please Nisha..tolong fahami abang.’

‘Soalan I belum berjawab lagi kan?’

‘Abang keluar sekejap aje.’

Idham memandang Nisha dan dilontarkan pandangan meminta pengertian di situ tapi Nisha buat-buat tak faham.

‘Ok tapi dengan syarat I ikut sekali.’

Idham tersentak.Mana boleh dia membawa Nisha berjumpa Farina.Dia takut kehadiran Nisha akan menambahkan lagi kedukaan di hati Farina.Kalau boleh dia tak ingin menambahkan lagi lara di hati Farina.

‘Kata nak pergi kan?Kenapa masih tercegat di situ?’

Sekali lagi Idham tersentak. Perlahan dia memandu keluar,menuju ke hospital terdekat.
Dalam diam, dia berdoa agar Farina dilindungi oleh-Nya.Moga-moga dia takkan apa-apa dan selmat.Ina,maafkan abang ya sayang! Abang bersalah!

‘Siapa yang penting sangat kat you nie sampai nak lari dari majlis kita?’

Suara Nisha memecah lamunan Idham.

‘Cepat you cakap sebelum I hilang sabar!’

‘Ina.’

‘What?Perempuan buta tu yang membuat you hilang pertimbangan sampai mengabaikan I?’

Nisha memekik kuat.Idham menadah telinganya.

‘Dia buta kerana abang.’

‘So, perempuan itulah your ex-girlfriend you sebelum you bertunang dengan I.’Sinis.

‘Abang yang tinggalkan dia setelah menyebabkan dia begitu.Bila dah berpisah baru abang sedar betapa dia bermakna pada abang.Abang cintakan dia..’

Luahan perasaan Idham bagaikan letupan bom pada Nisha dan dia hilang sabar.Tangannya memukul-mukul lengan Idham yang sedang memandu sambil mulutnya menjerit-jerit marah.

‘How dare you Idham..I hate you!I hate you!!’

Spontan dia memusingkan stereng kereta dan menyebabkan Idham hilang kawalan. Tanpa mereka sedari,sebuah lori dari arah bertentangan yang sama laju juga menuju ke arah mereka.



‘Lori…’

Hanya itu yang sempat dipekik Nisha sebelum sebuah pertembungan yang tak dapat dielakkan berlaku.

‘Cepat panggil ambulans.Ada kemalangan.’

Hanya itu yang dapat didengar oleh Nisha sebelum matanya tertutup dengan sendirinya.

*******************************************************

Puan Karuni dan Encik Nazrin masih menunggu Farina sedar.Suzana,Zamri dan Zahid pula sudah balik ke rumah masing-masing. Sekali-sekala tangan Puan Karuni membelai rambut Farina.

‘Ina,kuatkan semangat kau ya nak..’

Encik Nazrin hanya memandang sepi. Fikirannya bercelaru.

‘Encin Nazrin, boleh kita berbincang sekejap.’

Sapaan Doktor Rizal mengejutkannya.Spontan,kepalanya dianggukkan.Langkah kaki Doktor Rizal diturutinya.

‘Saya ada berita gembira hendak dikongsi dengan Encik Nazrin.’

Encik Nazrin membetulkan duduknya di kerusi bilik Doktor Rizal.

‘Apa dia Doktor?’

‘Begini,kami baru sahaja mendapat penderma mata untuk Intan Farina.Hanya menunggu persetujuan Encik Nazrin sebagai bapanya.’

Encik Nazrin memandang lama doktor di depannya, mungkin untuk memastikan dia tidak tersilap dengar.

‘Kalau Encik Nazrin setuju, ini prosedurnya dan sila tandatangan di sini.’

Sebuah fail dihulurkan padanya.Dibaca lama dan kemudian dia menurunkan tandatangan di situ. Syukur ya Allah, akhirnya penantian kami berhasil juga.

‘Doktor,bolehkah saya tahu siapa yang baik hati hendak menderma mata tersebut?’

‘Sebenarnya pemilik mata tersebut baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan tunangnya.Sebelum itu, dia meminta kami menunaikan permintaan terakhirnya.Tunangnya meninggal di tempat kemalangan.’

Perlahan Encik Nazrin mengucap di dalam hati.Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya jua kita kembali.

‘Boleh saya tahu nama arwah,doctor?’

Encik Nazrin hampir pengsan bila mendengar nama yang disebut oleh Doktor Rizal.Ya Allah, dugaan apakah ini?Apakah hikmahnya semua ini?

7 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

Anonymous said...

adoyai
ni la mslh nye
kalo dlm kete tu ce la dok diam2 even marah
kn da dpt bala
hmm..penasaran nk tau cmne life ina after dpt tgk balik
n semesti bila dia dpt tgk zamri
wee..xsbrnye~~

-che na-

keSENGALan teserlah.. said...

oitt...
spe donour uh ekk??
idham ke si nisha uh??
mene la taw kot2 sblom nisha uh menggl dye jd bek n nk dermakan mte dye....
isk22...
suspen nie kak hanna....
smbung2....

DianaTakyuddin said...

idham yer yg derme tu..huhu
nnt mesti mak idham lg dendam ngan ina..huhu

Aishah Hamzah said...

tau deh sape....
mst si idham....
kalo si nisha tue x mungkin ler.....
pompuan mulut kompang cm 2,mmg x la tetbe die nk jd baek....
isk3 kecian plak kat idham....
arwah sudey....
huhu
go zamri go....
go go chaiyok!!!!

snow princess said...

best gler lr ann.pdan muka c nisha 2. idham pon satu. klau tol suka + cintakan org, trima lh seadanya. takyah exsyen je lbh smpai menyusahkan org. dahla lr dr t/jwp.kesempurnaan konon pdhal dri sndri x setia. tp rasanye dier kot yg derma. x kan pompuan mulut busuk 2..

❤❤sωɨт ɦɑииɑ❤❤ said...

ala SP..emo la hang nie..
Ann?Lame dh xdgr diri dipanggil begitu..tharu!!cewahh...

ceritaku MEMORIKU said...

tol2.
compom mak idhm lg berdendam.
nisha 2 xbertobat sblm pergi.
mesti idhm yg donour.
tp ne tau nisha an.
agagag.
-na'dz