Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Monday, February 2, 2009

Warna Cinta Kita episod 19


Farina memandang langkah kembar yang kian mendekati dirinya. Dalam senyuman yang terukir di bibir Ecah dan Che Na, raut wajah mereka terpapar riak yang tidak bercahaya.Dalam diam Farina cuba mentafsir, namun dia gagal mendapat jawapannya.

‘Sorry kak…Kitorang terlambat. Che Na punya pasal la nie.’

Ecah merungut manja sambil berlaga pipi dengan Farina yang tersenyum mesra kepadanya dan Che Na.

‘Ecah yang terleka tengok Jerry Yan tadi sebenarnya kak..’

Che Na tersengih mengenakan Ecah yang memandangnya dengan geram.Dalam pada mereka berbicara, mata mereka ralit memerhatikan anak mata Farina. Terlepas kerinduan di situ.

‘Ecah..Na..kenapa akak rasa pelik dua macam jer nie.’

Farina menanya dengan kerutan terpamer di dahinya.Che Na segera mencubit lengan kembarnya agar tak ketara sangat padahal dia pun apa kurangnya.

‘Apanya kak?’

Ecah tayang muka innocentnya.Farina makin pelik.

‘Kenapa Ecah dan Na pandang akak macam akak ade something wrong jer?Baju akak terbalik ker?’

Ecah dan Che Na tergelak kecil dengan ayat yang baru dikeluarkan oleh Farina. Bertambahlah kemusykilan di hati Farina.

‘Takdelah kak..Na, hanya nak lepaskan rindu dengan memandang akak.Lepas nie mungkin lama lagi nak pandang akak..’

‘Dan juga anak mata akak juga.’

Ecah cepat-cepat menyambung ayat kembarnya.

‘Ecah dan Na nak pergi mana pula nie?’

‘Berhijrah kot.’

Che Na tersengih dengan jawapannya.

‘Na..ada apa-apa yang akak tak tahu ker nie?’

‘Takdelah akak.’

‘Betul ker nie?’

Ecah dan Che Na saling berpandangan sebelum menatap semula Farina di depan yang jelas makin tidak sabar dengan jawapan mereka.Keluhan terluah di bibir masing-masing.

‘Family Na nak berhijrah ke luar Negara kak.Kebetulan daddy dapat tawaran di sana.’

‘Kenapa tiba-tiba saja nie? Bukan ke Along Na nak nikah tak lama lagi kan?’

Farina semakin pening dan tidak dapat memikirkan apa yang ingin diberitahu oleh kembar di depannya.

‘Majlis tue dah tiada maknanya kak malah bertukar….’

Jelas kesayuan di mata Ecah bila menuturkan ayat tersebut.

‘Akak tak faham..Along Ecah dan tunang dia clash ker? Bertukar?Bertukar apanya?’

‘Akak, biarlah Na berterus-terang…sebenarnya Along dah takde…Akak get it?’

Lama Farina terdiam memandang Che Na yang mengesat air mata di depannya.Ecah memandang ke arah lain, mungkin juga sedang menyembunyikan rasa di hatinya.Perlahan Farina mengucap dan menghadiahkan al-fatihah kepada arwah.

‘Kenapa akak terlambat tahu?Kenapa tak beritahu akak selama ini?Tunang Along Ecah macam mana?’

‘Along dan kak Nasha kemalangan dalam perjalanan ke hospital.’

Diam-diam Farina memahami. Ecah dan Che Na menahan rasa hati mereka melihat mata milik Along mereka berada pada gadis kesayangan Along mereka.

‘Ini diari Along, mungkin ada baiknya kalau akak yang simpan.Lepas nie lama lagi baru kita akan jumpa kak.Ecah dan Na akan sentiasa ingatkan akak dan mata akak juga. Itulah satu-satunya yang mengingatkan kami pada arwah..’

‘Cuba Na ulang balik?Akak tak faham..’

Farina kebingungan.Rasanya dia tak salah dengar.

‘Penderma mata akak sebenarnya..’

‘Jangan Ecah nak kata, it’s him,right?’

Anggukkan Che Na dan Ecah membuatkan Farina terdiam kebingungan dan kepalanya semakin pening. Berita yang diterima itu bagaikan ledakan bom dalam hatinya.It’s not him!!But it's him!!Betapa dia tak percaya dengan kenyataan itu. Berminggu-minggu dia mencari siapakah yang baik hati menderma mata kepadanya tapi oh Tuhan, apakah hikmahnya semua ini?Dipejam matanya, ingin mengusir air mata yang bertakung kolam matanya, cuba menolak kenyataan yang amat menyakitkan untuk diterima.Patutlah umi dan abah berdiam diri tiap kali dia menanya siapakah yang sudi menderma mata padanya..

‘Akak, akak..okay tak ni?’

Ecah segera memegang lengan Farina yang jelas terkejut dengan berita yang disebut oleh nya dan Che Na.

‘Akak tak tau nak kata apa…’

Farina pandang kosong dua wajah di depannya sekosong pemikirannya tika itu.Adakah pemergian mereka sekeluarga ke luar Negara nak melupakan apa yang terjadi di sini?

‘Adakah sebab mata nie menjadi milik akak sebab family Na berpindah ke luar Negara?’

Ecah hanya memandang Farina dengan riak bersahaja manakala Che Na mencuba untuk kelihatan tiada apa-apa.

‘Daddy tak nak mama terus bersedih dan menyalahkan diri-sendiri dan menyalahkan akak, inilah jalan yang terbaik untuk kita semua kak. Harap-haraplah masa akan mengubah mama dan segalanya akan kembali seperti biasa.Akak pun jaga diri di sini.’

**

Farina teragak-agak ingin membuka diari milik arwah Idham.Patutlah dia selalu melihat warna-warni kasih sayang, rupa-rupanya…hanya dia yang tidak mengetahuinya.Apakah maksudnya semua ini?Dibelek diari tersebut dan tanpa disedari air matanya mengalir lesu.

‘Abang…..’

Farina mula memahami siapa sebenarnya arwah,baik buruknya.Perlahan di gigit bibir bawahnya menahan sebak dengan luahan pada diari tersebut.

‘Am sentiasa sayangkan Ina..selamanya walaupun Am tiada lagi di muka bumi ini.Am teringin menebus rasa bersalah yang bersarang di hati ini, sejak Am melafazkan kata putus.Melukakan Ina ibarat Am melukakan hati Am sendiri. Am cuba menafikan tapi makin Am ingin menafikan rasa cinta, semakin Am sakit..sakit yang tak terlihat dek pandangan kasar..Andai masa boleh diputar kembali,Am rela berkorban apa saja demi cinta Am pada Ina walaupun diri Am sendiri…’

Farina menangis teresak-esak di depan diari bisu di depannya.Tidak terdaya hendak menyambung pembacaanya.

‘Abang, Ina dapat merasai cinta abang saat ini.Inilah pengorbanan tak ternilai harganya bagi Ina..Maafkan Ina kerana tak memahami abang.’

Terselit penanda buku yang pernah direka oleh dirinya sendiri dan dilekat gambar dia dan arwah Idham.Lama matanya berkaca memandang ayat-ayat tersebut yang tiada maknanya lagi.Lagu ‘Hilang’, tema drama Cinderella yang berkumandang di udara menambahkan lagi kesedihan Farina.

Hilang semua janji..
Semua mimpi mimpi indah..
Hancur hati ini..
Melihat semua ini..
Lenyap telah lenyap..
Kebahagiaan di hati..

Ku hanya bisa..
Menangisi semua ini..
Hancur hati ini..
Melihat kau telah pergi..

Langit menjadi..
Gelap berkelabu..
Menyelimuti hati ku..
Mengubah seluruh hidupku..

Mengapa semua jadi begini..
Perpisahan yang terjadi..
Di antara kita berdua..
Ku akan menanti..
Sebuah keajaiban..
Yang membuat kita..
Bisa bersama kembali….


Didakapnya penanda buku tersebut sambil air mata yang terus menitis. Dia menangis lagi demi arwah lelaki itu. Dulu ketika dia ditinggalkan begitu saja oleh lelaki itu, sekarang pun dia menangis lagi kerana ditinggalkan oleh arwah lelaki itu.Pergi yang tak akan kembali lagi.Arwah..ya,arwah Idham, satu-satunya lelaki yang pernah mencorak makna di dalam hatinya. Farina menutup matanya perlahan, mencuba melupakan kesedihannya.Apakah cinta hanyalah mimpi? Malam..cepatlah berlalu, desis hatinya.

2 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

keSENGALan teserlah.. said...

adooy kak hanna...akhirnye...
isk2...
sedey gile....
tp nie blom ending kan??
urmm,,,bek plak si idham nieh,..tp
npe dye tgglkan ina dlu..
isk2...
ape jd ina ngn zam..
nk taw nieh...
nk lgi.nk lgi..
besh bangat...

Aishah Hamzah said...

haiyo hanna....
gue nk berhijrah ke mane?
haha
huhu sedey plak....
cpt2 smbg....
dh lame tggu nieh....
haha