Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Tuesday, February 3, 2009

Warna Cinta Kita episod 20

Beberapa bulan kemudian…

Pemergian keluarga arwah Idham ke Kanada menyebabkan Farina bertekad untuk membawa diri ke tempat yang tiada kenangan di antara dia dan arwah Idham. Walaupun Puan Amirah belum memaafkan dirinya tapi sekurang-kurangnya tiada kata nista dilemparkan padanya tika dia turut menghantar mereka ke airport.

Akhirnya, Farina terdampar di pulau ini dan bekerja sebagai pengurus chalet di kawasan peranginan tersebut. Bersendirian di situ mengajar dia untuk tabah dan terus kuat dalam menghadapi hari-hari yang berlalu.

‘Zam..’

Tanpa disedari Farina menyeru nama Zamri. Mungkin dia rindu padanya.. Teringat betapa lelaki itu terkejut bila dia memberi surat perletakan jawatannya. Betapa lelaki itu berat melepaskan dirinya. Farina sendiri tahu dan menyedari betapa Zamri mengambil berat dan menyayangi dirinya tapi dia tak ingin tamak untuk terus memberi harapan sedangkan hatinya ketika itu masih keliru.Keliru dengan permainan hidupnya.Keliru dengan perasaannya.

+A’kum Ina..miss me?+

Terukir senyum manis di bibir Farina membaca mesej yang baru diterimanya.Macam tahu-tahu saja Zamri yang dia sedang mengingati dirinya.Senyuman Farina melebar bila teringat bagaimana dia memberi amaran kepada Zamri supaya jangan menjenguk atau menelefonnya, hanya boleh menghantar mesej padanya. Walaupun Zamri berdegil pada mulanya, akhirnya mengalah bila Farina mengugut akan menghilangkan diri selamanya.Hehe,tau takut!

‘Wei Ina, termenung sakan nampak.’

Susan, teman yang dikenalinya di pulau ini. Walaupun berlainan bangsa dan agama, namun mereka jadi sahabat baik. Kuranglah sikit rindu dia pada Suzana.Apa yang dia tahu Suzana dah kurang berbalah dengan abang Zahid.

‘See..tersengih-sengih pula dia.’

Ngomelan Susan mengembalikan Farina ke dunia nyata.

‘Ala..Ann sekali sekala apa salahnya macam nie..Rehatkan minda tau.’

‘Banyaklah Ina punya minda!’

Bibir Susan yang terjuih mengundang tawa Farina.Macam budk-budak Susan nie.

‘Banyak Ann..tak terkira apa!’

‘Dengar khabar bulan depan ada anak Dato’ nak bertunang di sini.Khabarnya dia nak membuat surprise kat makwe dia.Bertuah betul sape yang jadi makwe dia kan?’

Farina memandang Susan ingin memastikan dia tidak salah mendengar apa yang baru disebut oleh Susan padahal dia terlebih dengar pun.

‘Ish..Betullah kawan aku nie katak bawah segala bawah.’

Susan menggeleng kepalanya melihat Farina yang terkebil-kebil memandangnya.

‘Really Ann?Anak Dato’ mana?Agak-agaknya siapalah perempuan yang bertuah tue kan?’

Timbul keinginan di hati Farina untuk mengetahui berita yang baru di dengarnya.Tak pernah dia mengambil tahu tentang anak Dato’ selama ini tapi hari ini kira pecah rekod dirinya sendiri.

‘Anak Dato’…ala aku lupalah Ina.’

‘Apa punya mamarazi,nak buat hot story tapi tak lengkap.Potong gaji!’

Farina menyindir Susan yang mencubit lengannya.Serentak mereka tertawa tanpa mempedulikan mata yang memandang.

‘Ini masih probation month la amoi.’

Susan membalas balik usikan Farina.Tenang hatinya tiap kali menatap mata bundar milik Farina.

‘Alasan tak diterima yer amoi.’

Farina dan Susan terus melangkah di tepi pantai sambil berbual-bual dan ketawa riang.

**

Suzana memandang dengan rasa tak percaya dengan cerita Zahid dan Zamri. Ingin rasanya dia terbang membawa diri untuk mengikut langkah Farina yang membawa diri.Langsung tak percaya dan serasa alam terhenti seketika. Adakah dia dan Farina ditipu bulat-bulat atau pun sekadar diuji keikhlasan mereka berdua. Patutlah!Patutlah selama ini baik Zahid mahu pun Zamri jarang bercerita pasal hal tersebut.Walaupun dia dan Zahid dah declare jadi couple tapi dia langsung tak pernah menduga semua ini.Zahid tak pernah bercerita pun dengannya.Suzana segera berdiri dari kerusi yang didudukinya itu.

‘Sue tak tahu nak kata apa.Sue minta diri dulu.’

Itu saja yang terdaya diluahkan oleh Suzana sebelum meninggalkan dua beradik yang mungkin bengang melihat tingkahnya. Dia lagi bengang-sebengangnya.Dia hanya ingin berlalu dan mungkin ingin menjerit biarpun sekejap cuma.Kala ini dia tak terdaya berlama-lama menghadap dua beradik tersebut.

‘Sayang….’

Panggilan Zahid seakan angin pada Suzana.Langkahnya tetap diteruskan ke kereta. Air matanya laju menuruni pipi.Dia memandu pergi tanpa menoleh lagi.Zahid mengeluh perlahan melihat kekasih hatinya pergi dengan linangan air mata.

‘Sabarlah bang.Kita tunggu Sue okay dulu baru kita bincang lagi.’

Zahid memandang adiknya dengan harapan dia takkan kehilangan Suzana hanya kerana hal tersebut.Zamri menganggukkan kepalanya, mencuba menyakinkan Zahid yang jelas gundah gulana.

3 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

DianaTakyuddin said...

tu r saper sruh sork lme2 sgt...hehe
cepat2 pjuk sue tu zahid...hehe

keSENGALan teserlah.. said...

sure arh si sue ngn ina terkejot berok ble dpt taw due "z" uh ank dtok..
isk2..
xsaba nk taw ape reaksi ina lak..
nk tung uh mesty zahid ngn sue..
xpon zam nk surprisekan ina...
besh2..
xsaba nk taw seterosnye..
smbung2 kak hanna...

ceritaku MEMORIKU said...

huhu2.
sue dh nangis.
ayok x tayok.
he2
=na'dz