Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Monday, December 29, 2008

Warna Cinta Kita episod 4

Zamri Iskandar masih lagi sibuk meneliti fail-fail penting syarikatnya.Masa berlalu tidak terasa.Ketukan di pintu pejabatnya mengejutkan dirinya.Terjengul wajah abangnya di situ.

'Zam,dahlah buat kerja tue.Abang lapar nie tau.'

'Abang memang tak fikir lain.Tolak batu dan kayu saja kan?'

Zahid meluku kepala Zamri yang tersengih.Begitulah mereka berdua.Gurauan yang tiada batasnya.Dialah adik,dialah teman,dialah sahabat.

'Well you know me,bro.'

'Jomlah,Zam.Perut abang dah menyanyi lagu 'Negaraku' dah nie.Cuba dengar?'

Zamri ketawa dengan gelagat Zahid yang tua dua tahun darinya.Tapi perangai..childish ya amat!!Perlahan dua beradik tersebut menuju ke Restaurant Seri Melayu yang bertentangan dengan syarikat mereka.

Baik Zahid mahupun Zamri,mereka lebih senang menjalani hidup seperti orang biasa.Tiada siapa yang mengetahui mereka adalah anak Dato' Imran yang merupakan antara businessman yang berjaya di Malaysia.Hanya teman rapat sahaja mengetahui identiti sebenar Zahid dan Zamri.

'Uih,banyaknya abang ambik.'

Sengaja Zamri mengusik Zahid yang kelihatannya benar-benar lapar.

'Abang bayar tau.Takde free-free nie.'

'So,lunch nie abang yang treat erk?'

Zamri menayang sengihnya.Zahid baru berkira-kira hendak meluku kepala adiknya bila ada suara menyapa telinga mereka.

'Honey,tadi you kata busy tapi boleh pula lunch kat sini dengan abang you.'

Nasha dengan suara mengadanya itu cukup menjengkelkan hati Zamri dan Zahid.

'Tak sangka pula aku ada orang tue tak tau malu,dah terang-terang ditolak,nak juga tayang muka opera tue kat sini.'

Zahid menutur selamba kerana dia tahu Zamri bukan jenis lepas cakap macamnya.Semua disimpan di dalam hati.

'Muka opera?How dare you Zahid?'

Merah muka Nasha menahan amarahnya.Ingin ditelan Zahid yang selamba menyuap makanannya tanpa memandang dirinya.

'Siapa makan cili,terasa pedasnya,ya tak?'

Sedas lagi dihamburkan untuk Nasha yang gedik di depannya.Zamri menayang muka kayu sedangkan di dalam hatinya tergelak melihat pertikaman lidah antara Nasha dan Zahid.

'You...'

'Blahla,muka opera sebelum aku hilang selera tengok muka kau tue.'

Zahid masih menekuni pinggan makanannya seolah takut hilang makanannya itu dicuri.Nasha tidak menunggu lama dan menghentak-hentak kakinya tanda kegeraman.

'Salute lah,bro.'

'See the leg la.'

'Abang,Zam rasa abang dan Nasha tue cam ada jodoh jer.'

'Burrrr...'

Tersedak Zahid mendengar ayat yang keluar dari mulut Zamri dan dia tak dapat menahan gelak apabila melihat muka Zamri yang terlekat nasi.

'Kot ye pun nak menyembur,berpada-padalah bang.Main hentam jer.'

'Sapa suruh Zam mengarut time abang makan.'

'Orang kata...mula-mula benci tapi lama-lama sayang.Zam tak dapat bayangkan kalau Nasha yang menjadi kakak ipar Zam.'

'Dah cukup?'

Dipandang tajam adiknya yang tersengih seperti kerang busuk itu.

'Opps..orang dah takut nie.Menggigil sampai ke tulang sumsum.'

Zahid akhirnya tergelak dengan telatah adiknya.Tak habis-habis..Nasha?Huh...tak ingin...

'Abang,Zam rasa nak bercutilah hujung minggu ni.Tensen kepala menghadap kerja yang tak pernah habis.'

Zahid memandang Zamri dengan rasa sayang.Hanya Zamrilah yang selalu menyokong apa saja tindakannya.

'Orait.Zam nak pergi mana?'

'Pulau Langkawi.'

*************************************************

'Ina,apa kata kalau kita bercuti,nak tak?Lagipun aku masih dalam on leave nie.'

Suzana memandang Farina yang masih sibuk menyiram bunga-bunga di taman mini Puan Karuni.

'Ina,kau dengar tak nie?'

'Aku tak menyusahkan kau ke nanti Sue?'

'Laa..apa susahnya.Kalau susah takde aku nak pelawa kau tau.'

'Kalau macam tue,bila nak pergi?'

'Hujung minggu nie?'

'Hemm.'

*************************************************

Farina duduk di atas pasir sambil menikmati angin petang yang mendamaikan.Tongkatnya diletakkan di tepi.Lama rasanya dia dah tak bercuti macam nie,mungkin sejak dia tak dapat melihat.Tangannya bermain-main dengan pasir yang terasa lembut.

Suzana yang keletihan memandu tertidur di chalet.Sengaja Farina tidak membangunkan Suzana,kesian dia terpaksa berkepit dengan aku nie.Bila dah susah macam nie,baru Farina sedar siapa kawan susah senang dan siapa yang perlukannya di kala senang sahaja.

Kepalanya didongakkan ke langit.Lama.Seperti begitu akan memberinya secebis harapan untuk menruskan hidup ini tanpa pernah menyesali apa yang berlaku.

Zamri sekadar bersandar di beranda chalet nya menikmati angin petang,tiba-tiba pandangan nya tertancap pada sesusuk tubuh yang mendongak ke langit.Dipandang lama.Eh,bukankah itu?

Diatur langkahnya menghampiri si gadis.

'Assalamualaikum.'

Salamnya dijawab.Kali ini Zamri tidak terkilan bila gadis tersebut tidak memandangnya.

'Boleh join tak?'

Farina sekadar mengangguk.Rasanya dia pernah mendengar suara ini.Cuba diingati tapi dia terlupa.

'Saya Zamri.Hari tu kita terjumpa kat taman,ingat tak?'

Baru Farina teringat.Dia tersenyum,Zamri yang melihat turut sama menguntum senyum.Manis kata hatinya.

'Ina.'

'Ina?Nama panjang?'

Farina tergelak kecil namun tangannya pantas menutup mulutnya.Zamri memerhati gelagat gadis di sebelahnya.Jarang rasanya kawan perempuannya menutup mulut ketika ketawa.

'Farina.'

'Zamri Iskandar.'

Kerut dahi Farina mengundang ketawa Zamri.

'Itu nama panjang saya tapi panggil jer Zam.'

Sedikit sebanyak Farina mulai senang berbual dengan Zamri.Bersahaja dan ada sense of humor.

'Ina,sorang jer ke?'

'Tak.Sue tidur.'

'Kawan hari tue?'

'Yup.'

Tak terasa,dari satu topik meleret ke satu topik,Zamri senang dengan Farina.Walaupun tidak dapat melihat tapi Farina tetap pandai berbahas dengannya.Macam Farina dapat melihat sebenarnya.

'Ina,kat sini kau rupanya.Aku ingatkan kau sesat ke apa tadi.'

Suzana sudah berleter bak mak nenek tanpa menyedari ada jejaka yang menemani Farina.

'Sorrylah wahai mak nenek.'

'Kau ni,aku luku karang.'

Ketawa Zamri meletus.Suzana mengalih pandang.Handsome!

'Tak sangka pula korang pun guna ayat 'luku' coz Zam dengan abang pun selalu macam tue.'

'Sue,ini Zam.Zam, inilah Sue atau nama panjang Suzana.'

Serentak ketawa menyelubungi mereka.Disitulah bermulanya perkenalan kepada persahabatan mereka..

3 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

keSENGALan teserlah.. said...

waaaa..
sweet..
see,,ader gak orng nk berkwn ngn ina even dye xperfect..
pe arh si idham nieh....
ske2...
smbung2..

the sedo gang said...

well!!
chenta i2 buta..
agagaga!
besh2...
nk ag!!!
epy jer 2 bradik tuhs...
ahakz!!!

ceritaku MEMORIKU said...

tol2 cinta itu buta!!
-na'dz