Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Tuesday, March 24, 2009

Ceritera Kisah Kita episod 11

'Akar!'

'Akar!'

Aizad naik bengang bila Aleya masih tidak menjenguk ke biliknya walaupun dah berkali-kali dia memanggilnya.

'Akar!'

Jeritnya lantang.Tekaknya kehausan, tiada botol mineral di atas mejanya pula.File pun tak teratur.

'Encik Aizad..kan Haika masih on leave!'

Grace yang terjengul di muka pintu memandang muka Aizad yang jelas lupa tentang ketidakhadiran Aleya di pejabat.

'Ooo...'

'Kalau macam tue I minta diri dulu..'

'Grace, I nak mineral water satu.'

Grace menganggukkan kepalanya dan kembali menutup pintu.

'Padan muka!Masa Haika ada sesuka hati aje nak arah itu ini, masa takde baru tahu..'

Grace menggomel sendiri sambil menuju ke pantry.

'Bodoh!Call pun tak angkat!'

Gagang telefon dihempas kasar bila panggilannya pada Aleya tidak bersambut.

'Bodoh!Bodoh!'

Dengusnya kasar.Dua hari Aleya bercuti, hidupnya jadi kelam kabut, bangun sendiri dan drive sendiri.Benda yang remeh pun jadi complicated pada dirinya.

'Bodoh, bila nak balik nie?Menyusahkan aku jer.'

Marahnya lagi..Papan keyboard di depannya ditekan kasar.

'Arghh...'

Aizad dah tak dapat tahan bila Aleya masih tak dapat dihubungi.

'Siaplah kau nanti Akar!'

Tekadnya geram.Dicapainya handset lalu mengirim message kepada Shamsul, mengajaknya lunch sama.

**

'Tuan, ini laporan setakat ini.'

Aleya menyerahkan sebuah file ke arah Koperal Rahman di depannya.

'How's your day, Leya?'

Koperal Rahman bertanya sambil membelek file yang dihulurkan oleh Aleya yang lengkap dengan uniformnya.

'Okay.'

Aleya menjawab dengan acuh tak acuh.Koperal Rahman menatap mata bening di depannya.

'Kenapa nie?Macam tak happy jer?Anak Datuk Musthapa tue handsome sangat ker sampai susah nak handle?'

Usiknya mengenakan Aleya yang sudah masam kelat mukanya.

'Uncle!'

Jerit Aleya perlahan dalam nada manja.

'Betul ker kata uncle nie?'

Muka Aleya bertambah masam.

'Handsome apa!Perangai mengalahkan jembalang..tak tahan Leya hidup sana uncle..nak mengadu kat papa pun bukan dia dengar pun..'

Aleya mengadu dengan Koperal Rahman yang memang rapat dengannya, memanjakan dirinya.

'Laa..uncle ingatkan Leya monyok sebab risau nak tinggalkan dia dalam 3 hari nie..'

Koperal Rahman galak mengusik Aleya yang jelas tak senang dengan anak Datuk Musthapa.Sebelum ini pun dia dah tahu hal tersebut dari Datuk Musthapa juga, yalah diorang bestfriend juga..

'Eyekkk...seribu tahun pun tak mungkin.'

Aleya menjelirkan lidahnya geram..

'Kalau sebulan lagi ter'fall in......Leya faham kan?Macam mana?'

Usik Koperal Rahman sambil tergelak.

'Tak mungkin.Uncle..Leya, curious la..'

Aleya pandang muka Koperal Rahman dengan serius.

'Apa yang Leya curious nie?'

'Tugasan nie macam takde kaitan dengan profession polis la,uncle!'

Koperal Rahman menelan air liur.Semua idea papa Aleya,Encik Azhar sendiri.

'Zhar..aku nak jawab apa nie?'

Aleya memandang mulut Koperal Rahman yang seperti berkata-kata sesuatu tapi sangat perlahan.

'Uncle sebut apa?'

'Aa..Fikri bagitau uncle nak ajak Leya makan sama tadi.'

'Ye ker uncle?'

Mata Aleya bersinar.Sudah lama dia tak berjumpa dengan Fikri.

'Pergilah Leya..rasanya lama dah Leya tak jumpa dia kan?'

'Thanks uncle..Assalamualaikum..'

Aleya tersenyum manis memandang Koperal Rahman di depannya.

'Kirim salam kat papa Leya nanti.'

'Okay tuan.'

Serentak itu dia menabik hormat Koperal Rahman hingga membuahkan tawa Koperal Rahman.

'Ada-ada saja la Leya nie'.

**
'Wahh,lamanya Leya tak pergi sini..Thanks Fikri.'

Aleya tersenyum girang bila memasuki Restoran Aroma yang menjadi tempat kegemarannya sebelum menjadi maid kepada Aizad.

'Kau ni Leya macam baru keluar dari kandang jer aku tengok.'

Spontan tangan Aleya mencubit lengan Fikri yang tersengih mengusiknya.

'Ala..tak bestnya!'

Langkah Aleya terhenti membuatkan Fikri turut sama terhenti.

'Kenapa Leya?'

'Port kita dah kena kebasla Fikri..'

'Laa..kan banyak lagi meja lain Leya..'

Aleya memasamkan mukanya.

'Tapi aku suka meja tue la..'

Fikri hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat telatah Aleya, masih tak berubah walaupun dah sebulan lebih tak berjumpa.

'Dahla..kita duduk tepi tue, boleh kan?'

Fikri memujuk Aleya lembut.Aleya megalah jua akhirnya.

'Makwe kau apa khabar sekarang nie Fikri?'

Aleya tersengih-sengih melihat Fikri yang menjegilkan mata padanya.

'Kau nie kan?Ada ker tanya macam tue setelah lama tak jumpa..tanya la khabar aku sendiri..rindu aku ke tak?'

Fikri mengusik Aleya yang mencebirkan bibirnya.

'Hello..jangan nak membodek kat salah tempat yer cik abang oi..'

Fikri tergelak..Aleya tersenyum cuma.

'Tak berubah-ubah la kau nie Leya..'

'Mestilah...'

Akhirnya ketawa Aleya dan Fikri bergabung..

'Akar!'

'Haika!'

'Aik, macam pernah dengar jer suara nie?'

Desis hati Aleya.Dipaling ke sebelahnya.Dua wajah yang sangat dikenalinya sedang memandangnya.Satu pandangan penuh keliru, satu lagi pandangan marah berbaur amaran..Hati Aleya berdetap kencang..Janganlah...

11 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

Hafia Hana said...

hu.h.u..

jgn lah kantoi....

ngan tn chicohu.h.u..

jgn lah kantoi....

iman said...

wuahhhh... suspennyer.. tolonglah sambung cepat

::cHeeSeCaKe:: said...

haha..
cam kntoi je..
sorang je pon yg pggil aleya tu akar..! si cakoi tu..
smbung2..best2.

Miss Kira said...

jgn la kantoi..
huhuhu..
rsanya2 nya musti bpk haika nak jodohka dia ngan chiko..
hmm
x sbr nak tggu ending..
cpt skit smbg ye

in_wired88 said...

adoii..terkantoi lak

nurhakim said...

alahai kantoi lah plk...
jgn lah leya pe sbut nm cokai..
klau x mesti trbongkar lah pnye..
pe2 pn kita tnggu next n3..hihii

noorhayaty85 said...

hanna...cepatlah smbung..x sbr nk tahu ape ksudhnnyer ni...adoi ai...

Anonymous said...

haha..byk giler name baru utk cakoi..
hmm..ape la jd pasni ek..
suspen giler..
sambg lg ye ^_^

-che na-

ceritaku MEMORIKU said...

kantoi terang-terangan.
bhahahahah.
mesti si cakoi tu.
smbung2
-na'dz

Anonymous said...

hahah..
ni mesti tuan cakoi ni.
abes la leya!

keSENGALan teserlah.. said...

muehehee..
kantoi suda..
jeng jeng jeng....