Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Wednesday, March 3, 2010

Ceritera Kisah Kita episod 28



Dah seminggu Aleya tak masuk kerja dan hanya berteleku di biliknya.Air matanya dah kering, tangisannya dah tiada maknanya.Masih terngiang-ngiang kata-kata akhir Carl.

'We're off.I mean ..kita putus.'

'Dear hanya berlawak kan?'

Aleya menyisip perlahan jus orennya kerana ingat Carl hanya mempermainkan dirinya.Tak mungkin Carl sekejam itu hendak menghadiahkannya 'gift' yang sebegitu pada hari bermakna mereka.

'No Aleya, i'm serious about that!We're off.Sorry and I've got to go.'

Aleya kaku dan dunianya serasa terhenti.Hanya matanya saja mampu menghantar pemergiannya Carl.Dia tak larat nak memanggil, bibirnya kaku nak bersuara.Terasa kekuatan dah diragut pergi.


'Sampai hati you buat I macam nie?Apa salah I?'

Aleya merintih lagi.Kelam malam ditatap lesu.Jiwanya mati.Cintanya hanya permainan saja kah?Susah sangatkah nak hidup bahagia?

'You.....ke mana you menghilang?'

Sungguh dia cuba menghubungi Carl namun tiada jawapan di pihak sebelah sana.Malah menurut rakan sepejabat yang menelefonnya, Carl dah berhenti 24 hours pada hari dia meninggalkan dirinya.

'Kejamnya you...'

Aleya berdiri dan duduk di meja soleknya.Kalendar yang ditanda 20/09 dipandang lama.Ahh, ingatkan hari itu hari yang bermakna dan istimewa tapi hanya kepahitan menjadi miliknya.Hanya kedukaan!Hadiah yang tak mungkin akan dilupakan seumur hidupnya!Hatinya menangis hiba.Handsetnya dicapai dan mendail nombor Carl.

'Pleasela jawab....'

Namun, hanya operator talian yang menjawab.Aleya hilang akal!Hilang kata!Seketika kemudian, ada incoming message masuk inbox handsetnya.

'Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.Setiap kedukaan akan pasti ada kebahagiaan di sebaliknya.Banyakkan berdoa kerana berdoalah penawar yang paling berkesan.-Ad'

Aleya tersenyum hambar.Tidak dinafikan ada beberapa kali juga Ad dan dua orang rakannya, Jojo dan Shamsul melawatnya.Memberikan kata-kata semangat dan pelbagai gurauan mereka pamerkan tapi dia hanya mampu memandang.Sungguh bukan dia berniat tidak melayan tapi hatinya sakit.Sakit yang teramat sangat bila ditinggalkan tanpa alasan yang kukuh.Sakit yang takkan ada penawarnya!

**

'Handsome, janganlah laju sangat berjalan.'

Jojo mengejar langkah Aizad yang laju meninggalkan dirinya.

'Cepatlah.Dah lambat kita nie.Nanti Sham membebel pulak tunggu lama-lama.'

Aizad berhenti sekejap menunggu Jojo yang termengah-mengah mengejarnya.Alahai, nasiblah kau nie kawan aku!

'Ala handsome...kesianlah kat kaki I nie.'

Jojo masih lagi dengan lenggok artisnya menghampiri Aizad.

'Jojo please la...jangan nak jalan mengalahkan model pulak.Tengok dah agak gelap dah nie.'

Aizad pandang jam di tangannya.Hampir pukul 7 malam.Janji nak melawat Shamsul di rumahnya.Lama dah tak menjenguk baby mereka.

'Woi, lu mau matikah?Ini dah empat bulan lu tangguh nak bayar duit.'

'Saya jan..ji akan ba..yarrr...'

'Lu janji-janji tapi tarak punya.Lu sudah lama hidupkah?Nak mati sangatkah?'

'Ma..afkan saya...saya jan..ji akan bayarr...'

Aizad dan Jojo yang melihat scene di depan mereka terkedu.Erk, ni real ker lakonan?Tapi mamat yang kena belasah tue dah lebam sana lebam sini.

'Handsome, I takutlah.'

Aizad tak mengendahkan Jojo lalu menghampiri dua orang mamat cina yang sedang membelasah mangsa mereka.

'Woi, lepaskan dia!'

Seorang mamat cina itu menghampiri Aizad dan merenungnya bagai nak menelan lagaknya.

'Lu sibuk apesal?Lu mau tempah maut juga kah?Lu tahu sapa kami?'

'Err...'

'Kami Ah Long..Lu berani nak ganggu hal kami kah?'

'Handsome, jomlah..I takut nie.'

Jojo berbisik perlahan.Lututnya dah terketar-ketar.Ah Long....menakutkan apatah lagi melihat keadaan mangsa.

'Aa..so sorry....'

Aizad cepat-cepat memaut lengan Jojo untuk berlalu.Sempat matanya melihat wajah mangsa belasah Ah Long tersebut.

'Eh, bukankah itu Ca....'

'Handsome....cepat.'

Jojo dah berlari-lari anak meninggalkan Aizad sampai terlanggar tiang elektrik di depannya.Aizad segera mendapatkan Jojo yang kesakitan.Namun, dia tetap memaut bahu Jojo untuk segera melarikan diri dari tempat itu.

Setelah agak jauh, Aizad menghentikan langkahnya diikuti oleh Jojo.

'Nasib baik..takutnya I handsome..'

'Yalah Jojo...Jap aku nak message someone...'

Keypad handsetnya ditekan dan menaip message untuk seseorang yang berhak tahu.Send.

4 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

epy elina said...

hohoho....
x pe la aleya break up ngn carl...
aizad akn sntiasa mnunggu....
cuma br aizat cpt brtndak....
klu dia syg kat alye cpt la mluah....
aleya pun mmg suke kat aizat sblum khdiran carl....
curious...
apa motif carl tnglkn aleya...

Dyazz said...

carl nk putus sbb byk utang eh?huuu~curious2..

haikadove said...

alaa. kali ni tak berjaya jd 1st person! hehehe =p
eh. carl utang ngan ahlong?
awatnye pulak niee.
tp.. taley ke buat carl ilang jee mcmtue jee? hahaahaaa
mcm dendam je pulak ngan carl en ;p

ceritaku MEMORIKU said...

asal carl tgglkan leya kak hanna?
curious.
jengjengjeng
carl nie bnyk hutang apa?
-na'dz