Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Tuesday, February 10, 2009

Ceritera Kisah Kita episod 3

Lama Aleya termenung di depan taman milik Datuk Musthapa, papanya baru saja beredar pergi meninggalkannya di banglo mewah ini. Baru dia tahu satu perkara, papanya dan Datuk Musthapa pun bestfriend rupanya, patutlah menghulur bantuan tapi jadi mangsanya diri Aleya pula.

‘Jauh Leya termenung..’

Sapaan Datuk Musthapa mengejutkan Aleya dari lamunannya.

‘Saja jer uncle..best juga menghirup udara segar macam nie..tak sangka ada tasik belakang sini..bestnye uncle…’

Aleya sudah melupai di mana dia berada, terasa seperti di depannya adalah papanya.Seketika teringat dia menepuk dahinya.

‘Sor..sorry uncle..Leya terover happy pula..’

‘Takpe Leya..uncle okay jer tapi kalau Chiko ade, panggil Datuk ya..lepas tue, Leya tukar nama juga..Leya pandai berbahasa Melayu Sarawak kan?’

Anggukkan Aleya membuatkan senyuman Datuk Musthapa makin melebar.

‘Nanti Aleya pura-pura tak tahu cakap Melayu biasa..biar Chiko anggap Leya betul-betul maid.’

‘Leya faham.’

‘Mestilah aku fasih berbahasa orang sana, dulu kan papa pernah posting sana, aku sempat sekolah sana pun.’bisik hati Aleya.

Deruman yang baru memasuki perkarangan rumah mengejutkan Aleya lantas dia berdiri, mungkin putera tunggal Datuk Musthapa yang muncul. Boleh kantoi kalau tak bertindak cepat! Melangkah seseorang keluar dari kereta BMW tersebut, Aleya menarik nafasnya dalam-dalam melihat si jejaka menuju ke arah dia dan Datuk Musthapa.

‘Pa..siapa dia nie?’

Uik, tak pandai bagi salam ker dia nie..harap jer muka comel-lote tapi….huh!

‘Chiko, meet our new maid..’

Kenyitan mata Datuk Musthapa menyedarkan Aleya untuk mempersembahkan lakonannya.

Kamek Haika, tuan Cakoi.’

‘Alamak, mati aku!Terlepas cakap pula…’

Terkulat-kulat Aleya menanti kalau-kalau disembur oleh Cakoi yang berdiri di depannya tapi kedengaran ketawa Datuk Musthapa pula yang meletus.

‘Chiko..tak payah ambik hati sangat dengan Haika nie, dia baru datang dari Sarawak, jadi masih pelat dengan bahasa diorang kat sana..’

‘Fuhh, selamat aku!’ getus hati Aleya.

‘Akar ker nama dia pa?’

‘Laa..slomo betul Cakoi nie..aku kata Haika la..bukan Akar..’kutuk Aleya lagi tapi tak terkeluar di mulutnya.

‘Haika, tuan Cakoi! Kawan-kawan kamek panggil Dove..’

‘Sabun Dove ker?’

Aizad sengaja mempermainkan maid baru di depannya. Dipandang begitu, cekeding betul! Betul ker mampu jadi maid nie..biar betul papa nie..

‘Haikadove jer la..Chiko nak masuk dulu pa…oh ya Haikadove, kalau boleh tue tukarlah nama kau tue..kampung betullah…’

Aleya pandang Datuk Musthapa yang kembali menyambung ketawanya. Masih geram dengan sindiran Aizad mengenai nama samarannya itu. Suka hati oranglah!

‘Apahal pula uncle gelak?’

‘Nasib baik Chiko tak mengamuk Leya panggil dia Cakoi tadi..’

Aleya turut tergelak sama namun sekejap Cuma bila Aizad kembali memandang. Berdiri tegak dan matanya dihadap ke langit. Nak cover la tue..

‘Nasib baik uncle pandai ubah sikit putaran angin tadi, kalau tak terkena tempiasnya Leya..Uncle, Leya masuk dulu, nak memasak apa yang patut.’

Aleya melangkah masuk dan menuju ke dapur.

‘Nasib baik aku ada ilmu dalam masakan nie..kalau tak, macam mana lah nak berlakon kat sini..pening-pening..’

Tergeleng-geleng kepala Aleya sambil tangannya lincah membersihkan ayam dan sayur-sayuran di sinki.

**

Aleya sedang leka menyusun frame gambar keluarga Datuk Musthapa ketika dia mendengar deheman seseorang di belakangnya. Segera berpaling.

‘Tuan Cakoi.’

‘Aduh, nahas kali nie..terlepas kata lagi…’marah Aleya di dalam hati.

‘Bagitau papa aku yang aku nak keluar.’

Dipandang jam di dinding..dah pukul 10.30 malam…

‘Nak merayap mana pula Cakoi nie…aku tak nak jadi pak supir malam-malam begini..Loh, kenapa aku bercakap Indon nie pulak?’ ditepuk dahinya.

‘Kau faham tak Akar?’

‘Haika, tuan Cakoi.’

Aleya masih menegakkan nama samarannya itu. Dipandang bersahaja Cakoi yang memandang tak suka dengan keceluparan mulutnya mungkin.

‘Chiko, nak ke mana nie?’

Datuk Musthapa menanya, kebetulan dia hendak ke bilik bacaannnya.

‘Nak keluarlah papa.’

Datuk Musthapa memandang Aleya dan dihantar bahasa isyarat yang semestinya difahami oleh Aleya. Aleya mengangguk dalam rela tak rela gamaknya. Langkah Cakoi diikutinya.

‘Akar, kau nak pergi mana nih?’

Terlompat Aleya mendengar pertanyaan kasar tersebut.

Kamek mok jalan-jalan tuan Cakoi..’

Aizad bertambah bengang bila Aleya sudah membuka pintu dan hendak duduk di tempat pemandunya.Bengang!

‘Takkan kau nak memandu kereta aku nie…kau tau tak..kau tue maid..maid kat sini..’

Sengaja ditekan perkataan maid..Jari telunjuk Aizad menunjal dahi Aleya. Aleya ketap bibirnya geram.

Kamek yang drive untuk tuan Cakoi..Tuan Besar nunggah kamek drive untuk tuan Cakoi.’

‘Hah?’

Sekali lagi Aleya terkejut dengan jeritan terkejut Cakoi di depannya sampaikan kepalanya terhantuk pada pintu kereta tersebut.

‘Tak boleh!’

Kamek hanya menurut arahan tuan Cakoi.Mun sik kerana Tuan Besar, kamek pun sik mok nangga muka tuan Cakoi tok..’


'Nah..amek kau Cakoi...bukannya kau faham pun..'Aleya tergelak kesukaan di dalam hati.

Aizad dah bengang dan geram. Pantang sungguh dia dengan orang yang suka menjawab. Sekali lagi dia menunjal dahi Aleya.

‘Aku tak suka orang gaji banyak mulut.’

Aok, tuan Cakoi.’

‘Bodoh!.’

‘Apa kau kata aku bodoh Cakoi..siaplah kau nanti.’Aleya berdendam di dalam hati.

‘Jalanlah bodoh! Nanti aku terlambat pula.’

Aleya menghidupkan enjin kereta dan memandu keluar dengan perlahan. Sudah agak jauh juga mereka dari banglo tersebut, namun dia masih memandu seperlahan yang mungkin. Sengaja hendak mengenakan Cakoi di sebelahnya.

‘Laju sikit bodoh..menyusahkan!’

Bentak Aizad kasar sambil tangannya menghentak pintu kereta.Aleya bersorak gembira di dalam hati.

‘Ooo nak laju ker..rasakan yer….’

Aleya tekan pedal minyak dan dipandu lebih laju tapi sengaja dia memandu ibarat orang mabuk..sekejap ke kanan..sekejap ke kiri..

‘Bodoh!Bodoh!Bodoh!’

Makin Aleya memandu dalam bentuk zig zag menyebabkan Aizad menunjal dahinya lagi..

‘Kau ni menyusahkan hidup aku jer bodoh!’

‘Hahaha..ini baru permulaannya la Cakoi sengal..’

Aleya menahan ketawa di dalam hatinya agar tidak meletus di luar sedarnya.

Glossari :

Kamek – saya / aku
Mok - nak

Aok - baik
Nunggah - menyuruh

Mun - Jika
Sik - tak / tidak
Nangga - melihat / tengok
Tok - Ini

12 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

Gurl said...

wah, best ler cite nie, cam sesi belaja ckp swk heheh, chaiyok ler

keSENGALan teserlah.. said...

huhuhu..
lawak2...
nme plek..
mesty miss haikadove ske coz permintaan dye dikabulkan..
hahahaa..
ske kak hanna..
sweet je..
smbung2..

keSENGALan teserlah.. said...
This comment has been removed by the author.
DianaTakyuddin said...

best2..hehe

Anonymous said...

gela banyak idea kak hanna.
jelesjeles. grr!
hahax

kak hanna,
pat smbg :)

Anonymous said...

hihihihi..
xmmpu nk bg komen pape..haha
chaiyok!! ^_^

-che na-

snow princess said...

AOK KAK HANNA... HA3... LAWAKZ.. LEH JUAK MEK BLAJA KLAKA SRWK.. BEST3...

haikadove said...

ahah.. amboyh zatie;p
thanx k.hanna! salute laa akak. mmg kreatif jee bwt cte. name pelik camni pon bley msuk.. heheheee;p

baru start bace blog kak hanna yg satu lg nie. td hbskan wck! besh bangat! heee;D

Anonymous said...

assalamualaikum hanna best citer nie boleh jugak belaja bhs serawakkan kat sini, ada kesalahan bahasa kat aku tak nak jadi pak supir malam-malam begini..Loh, seharusnya aku gak mau nyupir malam-malam begini.

ceritaku MEMORIKU said...

hakhahkhakhak
terguling gelak.
seb bek de glosary.act xberapa fasih tp seb bek de meaning at bawah2.
suke2
-na'dz

Anonymous said...

nunggah 2 bukan myuruh but memanggil...sarwak girlz

Anonymous said...

wakakakka...nang kacak la cita tok... kejawak jua... orang mohar pun leh cool jak pas maca.. udah tok polah yang ada bahasa iban g..