Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Monday, December 14, 2009

Ceritera Kisah Kita episod 22

‘Sham, aku nie tak handsome ker?’

Shamsul tersembur jus orennya.Terkejut mendengar pertanyaan Aizad.Kot-kot pun nak bertanya, tunggulah jus orennya selamat mendiami perutnya.

‘Erk..’

‘Aku tak handsome ker?’

Aizad bertanya lagi.Matanya memandang tepat muka Shamsul yang sibuk mengelap bibirnya.

‘Kau nak real answer ker tipu-tipu?’

Shamsul menyengih.

‘The real one.’

‘Sebenarnya kau nie bukan tak handsome, handsome la jugak.Tapi yang kau bela jambang tue, mengurangkan markah ke'handsome’man kau tau.’

Aizad terkebil-kebil, masih cuba mencerna kata-kata Shamsul.Shamsul tayang gigi, cover line.

‘Ya ker?’

‘Yalah Chiko oi.’

Shamsul bersyukur dalam diam sebab Aizad semakin menjadi dirinya semula.Dah boleh bercakap banyak-banyak pun.

‘Okay.’

Okay ker dia sebut?Shamsul menggaru kepala dengan jawapan Aizad.

‘Oh ya, aku lupa pulak, lepas nie kita jumpa Jojo.’

‘Jojo?’

Tanda soal di kepala Aizad, sejak bila mereka ada kawan nama ‘Jojo’ nie.

‘Laa kawan aku yang ada salun tuh.Mana tau dia boleh mengembalikan ke’handsome’man kau nanti.’

Shamsul menahan senyum sambil menghirup jus orennya.

‘Lepas nie?’

‘Absolutely Encik Aizad.’

Shamsul mengenakan Aizad sambil mengenyitkan matanya.Aizad tersenyum hambar.

**

Aizad masih berdiri kaku di depan receptionist salun ‘Jojo’.Shamsul memandang Aizad dengan pandangan ‘apahal?’

‘Betul ker nie salun dia tue?’

Aizad bertanya dengan nada tak percaya.Gila tak percaya.Besar dan kemas.

‘Yalah, takkan aku nak tipu pulak.’

Shamsul menepuk bahu Aizad, menyakinkan Aizad dengan perlakuannya.

‘Owh.’

Aizad mengikuti langkah Shamsul dengan teragak-agak.

‘Rileks Chiko, dia tak makan orang punya.’

Seketika Aizad dan Shamsul duduk di ruang yang disediakan.Kelihatan seorang lelaki dengan lenggang-lenggoknya menghampiri mereka.

‘Hai, handsome.’

Aizad memandang bila mendengar sapaan yang penuh dengan nada lembut.Dibuat-buat pastinya!

‘Hai, Jojo.Kenalkan kawan Sham, Chiko.Chiko, inilah Jojo.’

Jojo menghulur salamnya dengan mimik menggoda.Aizad rasa nak pengsan melihat ‘keperempuanan’ Jojo di depannya.Disambut sekejap huluran tangan Jojo.Spontan jarinya disimpan di dalam poket seluar selepas itu.

‘Handsome, nice to meet you.’

Jojo masih lagi dalam lagak manjanya.Aizad membuang pandang keluar.Shamsul tersengih cuma.Dah biasa dah!

‘Okay.’

‘Handsome, janganlah dingin dengan Jojo.’

Jojo menepuk lembut peha Aizad.Aizad tersentak.

‘Jojo, boleh tak you make over Chiko nie?’

Jojo menilik muka Aizad yang berjambang.Tersenyum.

‘Handsome, berapa lama you simpan jambang nie?’

‘Jojo, kau buang segala jambang dia nie.Sakit mata aku tengok.’

Arah Shamsul.Jojo menganggukkan kepalanya.

‘Tapi aku nak simpan kumis nie.Yang lain kau boleh buang.’

‘Ala handsome, lembutlah sikit bercakap dengan I.’

Jojo bercakap dengan intonasi lembutnya dengan tangan yang tergapai-gapai sama.Aizad memandang Shamsul.Shamsul melempar senyum sebagai tanda ‘trust him’.

'Kalau boleh make over dia biar handsome ala-ala Twilight punya hero tuh, Jojo.'

Shamsul sekali mengarah.Aizad yang duduk di depan cermin, dipusing-pusingkan kepalanya.Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri.

'Boleh jugak tapi dengan syarat.'

Aizad hanya berdiam diri.Malas nak melayan Jojo dan Shamsul.

'Apanya?'

Shamsul bertanya.

'Kita tukar kepala dia dengan twilight hero tue la.'

Serentak Shamsul dan Jojo ketawa.Aizad mencebik.Namun, dia senang dalam diam dengan gurauan mereka.

**

Aleya menghampiri Atikah yang sedang khusyuk menghadap komputernya.

‘Ikah, fail yang Leya nak tue, dah siap ker?’

‘Dah, Leya nak tengok ker?’

Atikah memandang Aleya yang nampak ayu memakai baju kurung sutera bewarna putih lembut.Lembut mata memandang.

‘Taklah, nak pakai main bola.’

Atikah tergelak dengan jawapan Aleya.

‘Sorry..sorry, ini dia.’

Atikah hulur fail dan segera disambut oleh Aleya.Dibuka di situ juga hinggakan tidak menyedari ada seseorang berdiri di tepinya.Atikah yang melihat makin lebar senyumannya.Yalah, boleh cuci mata melihat pemandangan yang begitu indah.Haha.

‘Cik….’

Sapaan di sebelahnya mengejutkan Aleya, spontan dia berpaling hingga rambutnya yang lepas bersahaja mengenai jejaka tersebut.Atikah menyembunyikan senyumannya melihat adegan di depan mata.

‘Awak siapa?’

Aleya bertanya heran.Tak pernah nampak pun.

‘Leya, inilah staff baru yang Ikah bagitau semalam.’

Atikah mencelah sambil tersengih.

‘Hi, I’m Carl, Carl Iskandar.’

Carl mengenalkan dirinya.Tersenyum manis hingga membuatkan matanya yang sepet bertambah sepet.

‘Leya.’

Aleya menjawab ringkas.Boleh tahan.Chinese look!

‘Harap kita dapat bekerjasama dengan baik nanti.’

Carl meramahkan diri apabila melihat Aleya seperti tidak berminat sangat dengan ‘any kind of conversation’.But i like this one.Challenge!

‘Hope so.Leya busy sekarang nie.Got to go.’

Dilempar senyuman pada Carl dan Atikah sebelum berlalu membawa fail di tangan. Kalau dia berlama-lama di situ, risau hatinya akan mencair melihat mata sepet itu.Oh my….’mata sepet’ salah satu criteria lelaki diminatinya.Opps..secret!

5 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

Aishah Hamzah said...

hanna,cpt2 la post 143 cintakah?
awuwuw x sabo....

MaY_LiN said...

huhuhu..
ngaku jela leya oi..
where aizad ni..

Umi of three Nurul (UotN) said...

ayo..
saingan sudah muncul kah??? hehehe

haikadove said...

hahaa.. baek aizat cpt2 dtg blk..
bahaye si carl niee =p

ceritaku MEMORIKU said...

haa?
orang baru?tidakkk.
-na'dz