Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Saturday, February 7, 2009

Ceritera Kisah Kita episod 2

‘Morning,pa!’

Aleya menyapa Encik Azhar yang sedang bersarapan pagi. Hanya dia dan papanya yang mendiami rumah itu setelah arwah mamanya,Puan Juliana meninggal dunia ketika melahirkannya.Papa nak kekal tinggal di sini, sayang untuk meninggalkan kenangan yang banyak terpatri di sini. Nasiblah dia masih mempunyai papanya yang menyayangi dirinya walaupun tegas, almaklumlah polis katakan.

‘Lewat bangun Leya.’

Alamak, papa nak start berceramahlah nie..Aleya tayang muka selamba nya sambil menuang susu ke dalam gelas.

‘Dah baca fail yang uncle Rahman bagi semalam tak?’

Burr…susu yang baru menjengah mulutnya tersembur keluar.Mana taknya, pagi-pagi dah ditanya pasal kerja..musnah harapan nak bersenang-lenang pagi nie.

‘Belum lagi,pa.’

Aleya menjawab sambil mengelap bibirnya dengan tisu yang dihulurkan oleh Encik Azhar.

‘Kalau macam tue,papa nak Leya mengkaji fail tue lepas nie sebelum mencari barang yang patut diguna atau dibawa sama.’

Terkulat-kulat mata Aleya memandang papanya yang memberi arahan padanya ibarat dia adalah antara penagih dadah yang mendapat ceramah motivasi pula.

‘Boleh pula dia melamun masa papa bercakap?’

Suara Encik Rahman menyedarkan Aleya dari berimaginasi yang bukan-bukan.Bukan dia tak sedar tabiat anaknya ini, selalu berfikir yang berlainan dengan maksud sebenar dan blur..Encik Azhar menggeleng kepalanya.

‘Sorry papa..melayang kejap..hehe.’

Segera dicium lembut pipi Encik Azhar sebelum berlari pergi tingkat atas dan pastinya ke biliknya sendiri. Tubuhnya dihempas lembut ke katil, mencuba menjana minda sebelum membaca fail tersebut. Yalah, Encik Rahman kan menyuruh dia menyiapkan diri sebelum melaksanakan tugas yang bunyinya sangat berat.

‘Kes nie berat sangatkah?’

Aleya menyelak anak rambutnya perlahan dan melangkah menghampiri meja tulisnya. Tangannya menyentuh lembut frame gambarnya dengan papanya yang tersenyum mesra.

‘I love you,pa.’

Bibirnya mengukir senyum dan tangannya mencapai fail biru tersebut.

‘Apa yang penting sangat nie?Berat sangatkah kes nie?’

Persoalan berlegar-legar di kepalanya seperti banyak pula tanda soal berpusing-pusing di situ. Diselak page pertama, tertera tugasannya di situ.Hampir tersembul mata Aleya memandang deretan tugasannya…

1- Menjadi maid
2- Menjadi driver peribadi
3- Menjadi kawan/teman
4- Menjadi staff di Syarikat AA
5- Menjadi student kat UITM


Wah..kalah tugasan sekolah kalau macam nie. Gile banyak!Aleya mengipas dirinya dengan tangan.Aircond yang on pun tak dapat menyejukkan hatinya.

‘Panas!Panas!Siapa tak panas diberi tugas entah apa-apa macam nie..boleh kuncup jantung aku kalau macam nie..’

Aleya membaca sekali lagi demi mengelakkan dia tersalah pandang atau tersilap baca..Ternyata dia belum rabun warna atau kornea matanya masih superb pandangannya.

‘Kalau setakat jadi kawan, line clear..kalau jadi student UITM pun line clear..’

Aleya tersengih membayangkan kehidupannya sebagai seorang penuntut UITM..mesti best punyer…

‘Tapi kalau jadi maid..hancuss hidup aku…apatah lagi jadi driver….oh, tidakkkkkk!!!’

Aleya menekup mukanya ke meja.

‘Payahlah kalau semua nie harus jadi tanggungjawab aku….seseorang boleh tolong ganti aku tak?’

Aleya menjerit kecil di dalam biliknya. Diangkat punggungnya dan mundar-mandir di biliknya. Mahu menjana kekuatan mental sebelum membaca page yang seterusnya.

‘Huh,sabar hati..anggap kau tengah menghadapi STPM jer..’

Aleya kembali duduk dan menyelak page seterusnya. Saat itu dia terpandang gambar passport seorang mamat..bolehlah..kalau ada lima bintang, mamat nie boleh terima 3 setengah bintang saja.Matanya menyoroti biodata mamat tersebut.

‘Aizad Aiman bin Musthapa..eh, Datuk Musthapa yang terkenal tue ker?..Nama panggilan dia Chikology..ape punye pelik nama panggilan dia nie..Cakoi jer ler..’

Aleya tergelak sendiri membaca biodata Cakoi..matanya terus membaca kandungan biodata tersebut.

‘Amboi…punyalah banyak ciri-ciri Cakoi nie..gastriklah kepala aku nak handle dia nie..eh, migrainlah…’

Antara ciri-ciri Cakoi :-

1-Keras kepala
2-Degil
3-Ego

4-Selalu ingin menang
5-Kaki clubbing
6-Suka mengarah


Aleya dah pening lalat membaca ciri-ciri Cakoi yang melebihi 30 lebih tue..Itu hanya mukadimah saja….belum lagi isi penting dia..

‘Tidakkkkk…’

Aleya menjerit lantang…Nasib baik suaranya bukan jenis tembus keluar..hanya bergema di dalam hatinya..

‘Apa punya kes nie? Kalau ya pun nak mengubah Cakoi tue..panggillah bomba ker..ambulans ker?Opps…panggil penceramah tak pun pakar kaunseling ker…Gastrik kepala aku nie..’

Fail biru ditatap dengan pandangan tak bermaya. Manalah dia dapat tersenyum, dia dikehendaki tinggal di rumah Datuk Musthapa sebagai maid..pagi Isnin hingga Jumaat menjadi driver peribadi sekaligus bekerja di pejabat. Hari Sabtu dan Ahad menjadi student UITM, part time student jer la merangkap driver Cakoi la tue..musnahlah kehidupan indah aku selepas ini..

‘Help!Help!.’

Tidak pernah terlintas dia akan memegang tanggungjawab yang entah apa-apa nie..Ini takde kena mengena dengan kerjayanya sebagai polis pun..

‘5 in 1…lima kerja dalam satu hari..darab lapan bulan…aku yang kecil molek nie kalau menanggung tugasan nie nampaknya akan makin melidi la aku.Dahlah penampilan pun kena tukar…’

Disembam mukanya ke atas katil.Mencuba menahan hatinya yang tidak setuju dengan isi kandungan fail tersebut. Aleya rasa dirinya hilang tenaga nak berfikir apatah lagi nak meneruskan niatnya mengkaji fail tersebut.

11 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

Bie Hassan said...

menarik...xsabar nk tggu smbungn seterusnya...

keSENGALan teserlah.. said...

adooyy kak hanna..engtkan leya nieh dpat tugasn nk membanteras penjenyh dadah ke,,mafia ke...
upe-epenyer...
tipah tertipu..
bikin suspen je akk nieh..hahhaaha


ske2...
smbung2...
besh..

Aishah Hamzah said...

kah3
nie mmst nk awasi cakoi ler nieh....
ahahaha
bgs2
smbg....

ceritaku MEMORIKU said...

2lah pasal.
igt an kes berat.
warghwarghwargh.
lawok ah.
mesti sweet nye.
cakoi?comey je name.
suke2
-na'dz

DianaTakyuddin said...

best2...hehe

noorhayaty85 said...

he3..dr chiku blh jd cakoi erk?
bruk kn nme org tu je..lawak btol...

noorhayaty85 said...

haah lah ingtkn dpt tgsn ape..rupanye jd bodyguard..tp bodyguard serba serbi tahu..bgs hanna..idea yg lain dr yg lain..teruskan...yaty sokong hanna..

noorhayaty85 said...

nak lagi hanna..cepat lah sambung..x sbr nk tahu ni...

haikadove said...

adoyyy.. igtkan maen2 jee name cakoi tue. skali ade btol2 rpenyee.. smpoiilaa k.hanna nie!
smbung cpt cpt eh? heheheeee:D

Anonymous said...

haha..
aleya mesti budak yg slumber badak.
:))

cehh. mandei ja wat andaian.
haha

snow princess said...

adush.. nsb baek jantung dier kuncup jer. klau mengembang tak ker meletup.. he2.. besh3.. smbg2