Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Thursday, January 8, 2009

Warna Cinta Kita episod 10

Interkom di meja yang berbunyi segera dijawab oleh Zaza. Farina hanya mendengar butir bicara Zaza sambil tangannya bermain dengan hujung tudungnya.

‘Ina,boss tunggu kat bawah.Katanya, lunch sama.Jom Za hantarkan ke bawah.’

Farina tersentak membuatkan Zaza tergelak.Ina..Ina..boleh pulak dia melamun masa aku bercakap.

‘Tak menyusahkan Zaza ker?’

‘Menyusahkan apanya?Dah memang tanggungjawab Za pun.’

Farina segera mencubit pinggang Zaza yang berdiri berdekatannya.

‘Ala, tak kena pun.’

Zaza segera menarik tangan Farina keluar bilik tersebut, bimbang bossnya menanti lama di kereta.

‘Huh.’

‘Tak sedar diri betul.’

Suara-suara sumbang kedengaran sepanjang Farina dan Zaza nak keluar.Farina menelan kata-kata tersebut dan dicampakkan di lubuk hatinya paling dalam, bimbang terkeluar pula kata-kata di mulutnya. Zaza menjeling marah minah dua orang yang sudah kena ‘cuci’nya pagi tadi.Tak serik-serik betul!

‘Ok, boss..Ina dah saya kembalikan pada tangan boss dengan selamatnya.’

Gurau Zaza menyebabkan Zamri tersenyum senang.Farina hanya berdiri kaku. Hilang selera makannya mengenang kata-kata nista yang dilemparkan oleh rakan sepejabatnya.Namun, dia tidak ingin mengadu dengan Zamri, memang bukan sifatnya suka mengadu..dia sudah terbiasa memendam sendiri.

‘Tak nak join kitorang lunch ker Zaza?’

Amboi,sempoinya boss aku nie.Zaza tergelak dalam hati.Orangnya pun boleh tahan,boleh tak lena tidur malam beb..hehe..

‘Takpelah, Zaza ada janji lunch dengan member.’

‘Kalau macam tue, kami pergi dulu.’

Kereta dipandu keuar dari perkarangan syarikat tersebut. Farina hanya berdiam diri.

‘Ina, ok ker?Diam memanjang jer?Ada sesiapa yang membuli Ina tadi tak?’

Zamri memecah suasana sepi antara mereka. Farina hanya menggelengkan kepalanya.

‘Zam,kalau Ina minta sesuatu boleh tak?’

‘Apanya?’

‘Kalau kat office tak payahlah Zam concern sangat dengan Ina.Ina pula rasa canggung, apa kata yang lain.’

Zamri tersenyum.Ingatkan apa permintaan Farina,rupanya itu jer.

‘Dah tanggungjawab Zam nak concern tentang Ina pun.’

‘See..Zaza dan Zam sama jer..banyaklah tanggungjawab tue.’

Farina mencebikkan bibirnya, tanda tak puas hati.

‘Itu tandanya kitorang sayangkan Ina.’

Sengaja Zamri menekan ayat sayang tersebut, ingin melihat reaksi Farina.

‘Tapi hal peribadi jangan dibawa ke tempat kerja. Pastu, jangan panggil Ina kat office..Panggil Farina.’

‘Lagi?’

‘Ina pun kena panggil Zam boss or Encik Zamri.’

Farina tergelak dengan kata-katanya.Zamri tersenyum sumbing melihat wajah ceria Farina.

‘Tak naklah Farina..Zam panggil Intan,bolehkan?’

‘Okay.’

‘Intan..hanya Zam jer yang berhak panggil macam tue tau..kira special la juga.’

Hati Farina berdetik.Entah apa maksudnya.Dia tak ingin memahaminya dan melupakan begitu saja.Baginya, perjalanan yang masih panjang dan belum pasti apa kesudahannya itu sudah cukup untuk difikirkan.

4 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

keSENGALan teserlah.. said...

waaahhh...
zam nie da take another step neih..
xsaba2...hehehe..
ske2....
besh..

DianaTakyuddin said...

ina wat2 x phm..hehe

Anonymous said...

haha
ina mmg xpham or wat2 xpaham??
hehe..layankn aje
sbr tol ina tuh
baguih toi

the sedo gang said...

har3!
nk ag>>>
smbung2!!!