Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Tuesday, March 24, 2009

Ceritera Kisah Kita episod 12

Aizad dan Shamsul saling berpandangan , seketika kembali memandang Aleya yang comel di dalam uniform polisnya, rambutnya disanggul siput..

‘Akar!’

Aizad mengulangi pertanyaannya.Shamsul masih ralit memandang Aleya yang duduk bersebelahan meja dengan mereka.

‘Do I know you?’

Aleya bercakap dengan nada serius.Fikri hanya blur, tak tahu hujung pangkal cerita.

‘But, you look like….’

‘What?’

Kata-kata Aizad dipotong oleh Aleya.

‘Hambik kau Cakoi..selama nie puas aku bersabar!’

Aleya tersenyum gembira di dalam hati, namun mukanya tetap terpamer keseriusan.

‘You Haika kan?’

Shamsul mencuba nasib.Rasanya dia tak silap orang.

‘Kan tag nama I nie terang-terang ALEYA.’

Dieja namanya satu-persatu dan tag nama nya ditayang pada Aizad dan Shamsul.

‘Leya, kenal diorang ker?’

Fikri bertanya hairan.

‘Taklah Fikri..Entah siapa diorang nie!’

Aleya berkata sinis sambil berlagak selamba.Sengaja nak menyakitkan hati Aizad yang jelas menahan amarahnya.

‘You’re Akar,right?’

Tanya Aizad lantang.

‘I’m not!’

Aleya membalas lantang.

‘Ingat kau saja ker pandai menengking?’

Desis hati Aleya.

‘Oppss..saya rasa Encik nie salah orangla..dia nie rakan sekerja saya,Aleya!’

Fikri bertindak mendamaikan suasana.

‘Yalah, Chiko..Haika kan tak pandai cakap Melayu sini..dia nie dahla polis..kita silap orang kot.’

Shamsul bersuara juga, nak menenangkan Aizad yang jelas tak berpuas hati.

‘Encik..lain kali tue tengok betul-betul sebelum nak marah-marah orang!’

Aleya menjeling geram Aizad yang memerah mukanya menahan marah..

‘Hahaha..’

Aleya tertawa suka di dalam hati dapat mengenakan Cakoi.Kalau tak, asyik dia sahaja yang kena amukan tsunami mamat Cakoi nie..

‘Huh!’

Aizad mendengus geram.Sakit hatinya bila polis yang bernama Aleya di depannya ini sungguh berlagak.

‘Setakat polis pun nak berlagak..hampeh.’

Marahnya di dalam hati.

‘You marah ker Encik..?’

Aleya sengaja hendak bermain api.

‘Tak.’

Ringkasnya jawapan Cakoi membuatkan Aleya ingin tertawa.Dia dah faham sangat perangai Cakoi tue..

‘Kalau tak, baguslah tue..Eloklah kalau Encik belajar menahan marah tue..tak baik untuk kesihatan tau..Fikri,jom makan tempat lain..’

Aleya berlalu sambil tergelak kecil diikuti oleh Fikri.

‘Berlagak.’

Aizad masih tak berpuas hati.Shamsul hanya mampu berdiam diri.

‘Cik, dah sampai..’

Lamunan Aleya tentang kejadian semalam terlerai bila suara driver teksi menyapanya.

‘Oo..terima kasih pak cik..Ini duit tambangnya..’

Aleya memandang jam di tangannya, sudah pukul 11.00 malam.Sengaja dia lewat sikit, sungguh dia tak mampu menatap dan menghadap perangai Cakoi yang menyebabkan kesabarannya tinggal senipis kulit bawang.Nasib baik dia dah memberitahu Datuk Musthapa yang dia akan balik lewat. Langkahnya ditapak seperlahan mungkin, berharap Datuk Musthapa dan Cakoi dah tidur.

**

‘Tuan Cakoi!’

Aleya mencuba membangunkan Cakoi yang memang liat macam ketupat, memang liat nak bangun.

‘Tuan Cakoi,bangunla..’

Aizad membuka matanya perlahan..semalam dia lewat balik, hang out dengan Shamsul dan yang lain.

‘Emm..’

‘Eee..degil betul bapak cipanzi nie..’

Marah Aleya di dalam hati.

‘Bangunlaa…’

Mata Aizad terbuka luas bila mendengar suara yang membangunkannya.

‘Akar!’

Jeritnya lantang.Aleya terkejut.

‘Tuan Cakoi….’

Aleya menekap dadanya yang masih terkejut..Aizad memandang Aleya yang berdiri di tepi katilnya.

‘Ingatkan tak pandai balik dah..mana tau dah sesat entah ke mana.’

Sindiran Aizad membuat Aleya terkaku seketika.

‘Huh..baiknya ucapan selamat datang Tuan Cakoi yang hampeh nie.’

Rungut Aleya perlahan.

‘Apa kau kata?’

Marah Aizad.Dipandang Aleya dari atas ke bawah.Seketika berhenti pada wajah Aleya dan kembali ke atas hingga bawah lagi.

‘Tuan Cakoi nangga apa kedak ya?’

Aleya bertanya pelik sambil menahan malu. Apa taknya terasa seperti dia tak berbaju jer kena pandang macam tue..

‘Kau nie mana layak jadi polis..’

Dush!Aleya terasala..kejap dengan ayat yang dituturkan oleh Cakoi.

‘Tuan Cakoi madah apa?’

Dipusing-pusingkan badan Aleya sesuka hatinya.Aleya hanya mampu mengigit bibirnya geram yang teramat sangat.

‘Nasib baik kau bukan minah polis berlagak nak mampus tue..’

Sekali lagi Aleya terasa macam kena peluru berani mati!

‘What?Minah polis berlagak nak mampus!’

Aleya menggerutu geram di dalam hati. Tangan Cakoi yang memegang lengannya dipegang dan digigit sepenuh hatinya. Aleya berlalu dengan muka toya nya.

‘Akar!!’


**
Glossari :

Nangga-Lihat/melihat
Kedak-macam
Madah-cakap

Ceritera Kisah Kita episod 11

'Akar!'

'Akar!'

Aizad naik bengang bila Aleya masih tidak menjenguk ke biliknya walaupun dah berkali-kali dia memanggilnya.

'Akar!'

Jeritnya lantang.Tekaknya kehausan, tiada botol mineral di atas mejanya pula.File pun tak teratur.

'Encik Aizad..kan Haika masih on leave!'

Grace yang terjengul di muka pintu memandang muka Aizad yang jelas lupa tentang ketidakhadiran Aleya di pejabat.

'Ooo...'

'Kalau macam tue I minta diri dulu..'

'Grace, I nak mineral water satu.'

Grace menganggukkan kepalanya dan kembali menutup pintu.

'Padan muka!Masa Haika ada sesuka hati aje nak arah itu ini, masa takde baru tahu..'

Grace menggomel sendiri sambil menuju ke pantry.

'Bodoh!Call pun tak angkat!'

Gagang telefon dihempas kasar bila panggilannya pada Aleya tidak bersambut.

'Bodoh!Bodoh!'

Dengusnya kasar.Dua hari Aleya bercuti, hidupnya jadi kelam kabut, bangun sendiri dan drive sendiri.Benda yang remeh pun jadi complicated pada dirinya.

'Bodoh, bila nak balik nie?Menyusahkan aku jer.'

Marahnya lagi..Papan keyboard di depannya ditekan kasar.

'Arghh...'

Aizad dah tak dapat tahan bila Aleya masih tak dapat dihubungi.

'Siaplah kau nanti Akar!'

Tekadnya geram.Dicapainya handset lalu mengirim message kepada Shamsul, mengajaknya lunch sama.

**

'Tuan, ini laporan setakat ini.'

Aleya menyerahkan sebuah file ke arah Koperal Rahman di depannya.

'How's your day, Leya?'

Koperal Rahman bertanya sambil membelek file yang dihulurkan oleh Aleya yang lengkap dengan uniformnya.

'Okay.'

Aleya menjawab dengan acuh tak acuh.Koperal Rahman menatap mata bening di depannya.

'Kenapa nie?Macam tak happy jer?Anak Datuk Musthapa tue handsome sangat ker sampai susah nak handle?'

Usiknya mengenakan Aleya yang sudah masam kelat mukanya.

'Uncle!'

Jerit Aleya perlahan dalam nada manja.

'Betul ker kata uncle nie?'

Muka Aleya bertambah masam.

'Handsome apa!Perangai mengalahkan jembalang..tak tahan Leya hidup sana uncle..nak mengadu kat papa pun bukan dia dengar pun..'

Aleya mengadu dengan Koperal Rahman yang memang rapat dengannya, memanjakan dirinya.

'Laa..uncle ingatkan Leya monyok sebab risau nak tinggalkan dia dalam 3 hari nie..'

Koperal Rahman galak mengusik Aleya yang jelas tak senang dengan anak Datuk Musthapa.Sebelum ini pun dia dah tahu hal tersebut dari Datuk Musthapa juga, yalah diorang bestfriend juga..

'Eyekkk...seribu tahun pun tak mungkin.'

Aleya menjelirkan lidahnya geram..

'Kalau sebulan lagi ter'fall in......Leya faham kan?Macam mana?'

Usik Koperal Rahman sambil tergelak.

'Tak mungkin.Uncle..Leya, curious la..'

Aleya pandang muka Koperal Rahman dengan serius.

'Apa yang Leya curious nie?'

'Tugasan nie macam takde kaitan dengan profession polis la,uncle!'

Koperal Rahman menelan air liur.Semua idea papa Aleya,Encik Azhar sendiri.

'Zhar..aku nak jawab apa nie?'

Aleya memandang mulut Koperal Rahman yang seperti berkata-kata sesuatu tapi sangat perlahan.

'Uncle sebut apa?'

'Aa..Fikri bagitau uncle nak ajak Leya makan sama tadi.'

'Ye ker uncle?'

Mata Aleya bersinar.Sudah lama dia tak berjumpa dengan Fikri.

'Pergilah Leya..rasanya lama dah Leya tak jumpa dia kan?'

'Thanks uncle..Assalamualaikum..'

Aleya tersenyum manis memandang Koperal Rahman di depannya.

'Kirim salam kat papa Leya nanti.'

'Okay tuan.'

Serentak itu dia menabik hormat Koperal Rahman hingga membuahkan tawa Koperal Rahman.

'Ada-ada saja la Leya nie'.

**
'Wahh,lamanya Leya tak pergi sini..Thanks Fikri.'

Aleya tersenyum girang bila memasuki Restoran Aroma yang menjadi tempat kegemarannya sebelum menjadi maid kepada Aizad.

'Kau ni Leya macam baru keluar dari kandang jer aku tengok.'

Spontan tangan Aleya mencubit lengan Fikri yang tersengih mengusiknya.

'Ala..tak bestnya!'

Langkah Aleya terhenti membuatkan Fikri turut sama terhenti.

'Kenapa Leya?'

'Port kita dah kena kebasla Fikri..'

'Laa..kan banyak lagi meja lain Leya..'

Aleya memasamkan mukanya.

'Tapi aku suka meja tue la..'

Fikri hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat telatah Aleya, masih tak berubah walaupun dah sebulan lebih tak berjumpa.

'Dahla..kita duduk tepi tue, boleh kan?'

Fikri memujuk Aleya lembut.Aleya megalah jua akhirnya.

'Makwe kau apa khabar sekarang nie Fikri?'

Aleya tersengih-sengih melihat Fikri yang menjegilkan mata padanya.

'Kau nie kan?Ada ker tanya macam tue setelah lama tak jumpa..tanya la khabar aku sendiri..rindu aku ke tak?'

Fikri mengusik Aleya yang mencebirkan bibirnya.

'Hello..jangan nak membodek kat salah tempat yer cik abang oi..'

Fikri tergelak..Aleya tersenyum cuma.

'Tak berubah-ubah la kau nie Leya..'

'Mestilah...'

Akhirnya ketawa Aleya dan Fikri bergabung..

'Akar!'

'Haika!'

'Aik, macam pernah dengar jer suara nie?'

Desis hati Aleya.Dipaling ke sebelahnya.Dua wajah yang sangat dikenalinya sedang memandangnya.Satu pandangan penuh keliru, satu lagi pandangan marah berbaur amaran..Hati Aleya berdetap kencang..Janganlah...

Tuesday, March 17, 2009

Ceritera Kisah Kita episod 10

‘Uncle, Leya minta diri dulu.’

Dicium tangan Datuk Musthapa sebelum melangkah keluar gate.

‘Take care Leya. Send my regards to your dad, okay.’

Aleya menganggukkan kepalanya sebelum meloloskan diri ke dalam teksi.Kelibat Aizad masih belum kelihatan.Mungkin masih tidur agaknya.Yalah, malam semalam kan balik lambat dari ‘Zouk’…

Datuk Musthapa hanya memerhatikan teksi yang makin menghilang dari pandangan membawa Aleya pergi bersama.Tersenyum!

Deringan handsetnya yang menjerit-jerit minta diangkat mengejutkan Aizad.Dengan mata yang terpejam, tangannya menggapai handset.

‘Hello.’

‘Hello, Encik Aizad...’

Suara Grace menyapa di hujung talian.

‘Ada apa Grace?’

Lemah suara Aizad di hujung talian menyebabkan Grace mengigit bibir geram.

‘Encik Aizad..please see your watch..Now, already 9.30 am..tinggal setengah jam lagi ada meeting dengan clients berkaitan new tender..’

‘What?’

Aizad terkejut beruk dan segera memandang jam di meja lampu tidurnya…

‘Okay..okay..I’ll be in office after 15 minutes.’

Talian diletakkan.Bergegas ke bilik mandi.

‘Ini semua Akar punya kerja la..apahal tak bangunkan aku seperti selalu..Mana pulak minah nie pergi?’

Rungut Aizad geram sambil mandi dengan secepat mungkin.

‘Jagalah kau nanti Akar!’

Tekadnya di dalam hati.Marah!

**

‘Morning pa!’

Aizad menyapa papanya yang santai di ruang tamu sambil membaca surat khabar.

‘Emm..lewat pulak Chiko hari nie?’

Datuk Musthapa tersenyum memperli anak bujangnya yang tersengih-sengih memandangnya.

‘Ala papa..ini semua gara-gara Akar tak bangunkan Chiko la..’

‘Ai..menyalahkan Haika pula dia..Semalam balik pukul berapa?’

Aizad hendak tak hendak jer menjawab pertanyaan Datuk Musthapa.

‘Pukul 3 pagi papa…’

‘Patutlah lewat bangun nie..lain kali tue kalau nak enjoy juga, janganlah lewat sangat balik..kesian papa tengok Haika tue terpaksa drive untuk Chiko..’

Aizad memasamkan mukanya.

‘Dah memang kerja dia papa..lagipun, sejak dia ada, Chiko rasa tak bebas..sana sini ada jer muka dia..Bosan!’

Aizad meluahkan kebosanannya. Memang sejak Aleya muncul sebagai maid di rumah mereka, Aleya akan mengekori dia ke mana saja dia pergi..umpama bayang-bayangnya pula..Huh, benci!

‘Chiko..tak baik cakap macam tue..dia buat macam tue pun atas arahan papa juga.’

Datuk Musthapa cuba berlembut dengan sikap degil Aizad..bukan dia tak tahu, kalau Aizad kata bosan, bosanlah dia!

‘Papa, Chiko dah lambat nie!Mana pulak Akar nie?’

Rungut Aizad kasar sambil memandang sekeliling, mencari kelibat Aleya.

‘Haika dah balik rumah dia untuk 3 hari..papa yang benarkan!’

‘What?’

Aizad terkejut dengan kata-kata papanya.

‘Papa, dia kan under Chiko..dan Chiko tak benarkan dia ambik cuti pun semalam..Degil betul!Siaplah dia bila balik nanti.’

Aizad menguak anak rambut depannya ke belakang.Geram!

‘Chiko, papa tak ajar Chiko macam tue..mungkin dia ada hal penting nak diuruskan tak?’

Datuk Musthapa menggelengkan kepalanya dengan perangai Aizad.

‘Chiko tak peduli…siaplah dia nanti..menyusahkan!Pa, Chiko minta diri dulu..’

Digapai tangan Datuk Musthapa dan dicium lembut..

‘Drive carefully…’

‘I know, pa!’

Aizad segera menuju keretanya dan memandu keluar dengan rasa geram tak terhingga.

‘Kalau nak kerja tue, buat cara kerja lah..bodoh punya Akar!’

Dihentak kasar tangannya pada stereng kereta.

‘Auchh…’

Aizad menggosok tangannya yang sakit sambil membebel geram.

Monday, March 9, 2009

Ceritera Kisah Kita episod 9

Sejak kejadian minggu lepas, Aleya selalu berjalan jauh-jauh dari Aizad.Dia tak nak pisang berbuah dua kali. Sakitnya dia juga yang tanggung!

Aizad berjalan beriringan dengan Shamsul di depannya. Tergelak riang, macam lama tak berjumpa lagaknya.

'Chiko..aku confused la..'

'Pehal?'

'Masa kau conteng kat leher Haika tue..mana kau dapat marker tuh?'

'Hahaha..'

Aizad tergelak dengan soalan Shamsul.

'Ini secret tau..diam-diam kalau aku bagitau.'

Separuh berbisik Aizad memberitahu Shamsul.

'Apa?'

Shamsul menanya dengan rasa tak percaya nya..

'Jadi selama ini, kau laa yang selalu menjahanamkan barang-barang Juliet dengan marker tue?'

Anggukkan Aizad mengejutkan Aizad. Bukan apa, selama ini semua orang selalu mencari si 'tukang conteng' barang-barang Juliet di bilik kuliah tapi tak berjumpa.Tiada kesan langsung!

'Oh,my God!'

'Jadi, aku selalu ready kat poket seluar la marker nie.padan muka Juliet tue tak reti bahasa betul.'

Shamsul tergeleng-geleng masih tak percaya dengan rahsia yang diberitahu oleh Aizad. Tak sangka betul, bukan main Aizad ikut sama mencari siapa gerangan 'tukang conteng' tersebut tapi rupa-rupanya dia sendiri dalang semua itu.

'Chiko..kau nie memang.....'

Aizad tergelak suka. Aleya yang di belakang turut sama mendengar bisikan tersebut tapi berbuat selamba.

'Uii..kejam betul cakoi nie..kesian minah tue..'

Tutur Aleya perlahan namun masih dapat ditangkap oleh Aizad.

'Apa kau kata tadi?'

Aleya tersentak. Terkejut sebenarnya. Shamsul turut sama memandang Aleya.

'Sikda apa-apa Tuan Cak..opps..Boss!'

'Fuh, nasib baik tak terlanjur sebut.'

Aleya menghembus nafas perlahan.Aizad memandang tajam Aleya di depannya.

'Baik kau mengaku cepat!'

'Chiko..dahla tue..'

Shamsul bertindak menjernihkan suasana.. Simpati pula dengan Aleya yang dilayan begitu oleh Aizad.

'Bodoh!'

'Lagi-lagi bodoh..ingat dia pandai sangat ker?'

Marah Aleya di dalam hati.Dikerling tajam Aizad, melepaskan pandangan tak puas hati di situ.Dah seminggu dia bertahan tanpa bersuara, kini dia tak mampu begitu lagi.

'Apa? Tak puas hati?'

Aizad menanya Aleya yang jelas bengang dengan dirinya.

'Whatever!'

'Aik, pandai cakap omputih juga kau nie Haika.'

Sampuk Shamsul yang berjalan di sebelah Aleya.

'Takkanlah sekolah kat Sarawak tue takde ajar BI pulak..fikirlah logik sikit.'

Kemarahan pada Aizad dilepaskan pada Shamsul tapi dalam nada perlahan, mengelakkan telinga lintah Aizad mendengar.

'Ooo..yelah.'

Shamsul menepuk dahinya. Aizad heran dengan gelagat Shamsul.

'Kenapa nie?'

'Takde apa-apa.'

'Akar, kau jangan nak racun pemikiran kawan aku.'

Amaran diberikan pada Aleya.

'Huh..'

Aleya mendengus malas.

'Macamlah aku nie kaki hasut..tak patut betul..selalu jer pandang negatif kat orang!'

Aleya memarahi Aizad di dalam hati..Baru teringat sesuatu, Aleya segera memandang Aizad.

'Boss.....'

Aleya bersuara perlahan dan lunak..haha, konon nye nak mencairkan si pemilik hati batu tersebut.

'Apa?'

Aizad bertanya kasar. Shamsul hanya memandang bersahaja. Malas campur tangan.

'Haika mok ambil cuti esok, boleh sik?'

Aleya memandang dengan penuh harapan. Tersenyum manis.

'Beri aku 10 sebab kenapa aku harus bagi kau cuti?'

'10 sebab?'

'Melampau betul Cakoi nie..uncle Musthapa pun okay jer.'

Desis hati Aleya, meluat dengan Aizad yang selalu menggunakan kuasa vetonya.

'Bolehlaa boss...'

Aleya merayu pula..kalau tak, jangan harap dia nak panggil Cakoi tue boss..hehe..

'Aku kata tak boleh.Titik.'

'Kan unc..opps, Tuan Besar dah benarkan juga.'

Aizad memandang Aleya dengan tajam.

'Jangan nak memandai buat keputusan sendiri, bodoh.'

Ditunjal dahi Aleya. Aleya memaling mukanya ke tepi, menahan marah.

'Sham..malam nie kita clubbing nak tak?'

'Boleh juga..jap aku call Fik dan Fizi dulu.'

Shamsul segera mendail nombor Luqman Hafizi dan Taufik.Seketika kemudian, dia tersenyum pada Aizad tanda semuanya berjalan lancar.Aleya dah tak senang lagaknya.

'Arggh, tak sanggup aku jadi driver pergi clubbing.'

Aleya pura-pura tak tahu apa-apa.

'Tuan Cakoi..kamek rasa sik sedap badan laa..malam tok kamek sik dapat drive untuk kitak la..'

Separuh berbisik Aleya memberitahu Aizad. Aizad tersenyum jahat, tahu sangat taktik tak menjadi Aleya..Tak nak ikut la tue..

'No compromise!'

'Tapi....'

'Akar..'

Dipandang dengan pandangan beracun si Aleya..Akhirnya nak tak nak, Aleya mengalah juga...

**

'Hi, guys!'

Sapaan mesra gadis-gadis di Zouk menandakan Aizad and the geng memang dikenali di situ.Aleya tersenyum pahit.

'Hantu punya Cakoi..tak pepasal aku pergi juga tempat macam nie..Sakit kepala aku nie.'

Aleya menyumpah di dalam hatinya, dia lebih rela mengikuti langkah Shamsul berbanding Aizad.

'Akar, sini!'

Aizad memanggil Aleya ke tepinya. Aleya mendengus geram.

'Tak boleh lihat aku jauh sikit..takut takde orang kena bulilah tue..menyampah!'

Aleya mengutuk lagi di dalam hati, namun bibirnya tetap mempamerkan senyum plastik.Kakinya diarah ke sebelah Aizad dan duduk bersebelahan.

'Fizi..Fik..nak minum apa?'

'As usual.'

Seketika kemudian mereka berempat bercerita itu ini sambil bergelak tawa.

'Fuh, nasib baik diorang tak minum air syaitan tue..'

Aleya mengurut dadanya perlahan. Separuh bersyukur!

'Tuan Cakoi..kamek mok pergi toilet.'

Aleya berbisik di telinga Aizad. Aizad segera memandang Aleya di tepinya, hampir terlupa kehadiran Aleya di situ.

'Kau pergilah..kau jalan lurus jer lepas tue belok kiri.Jangan pula lama sangat..'

Aleya mengangguk dan berlalu pergi.

'Mana pula tandas nie?'

Aleya dah tak tahan menahan mualnya nak muntah, pelbagai bau di situ menyebabkan dia pening dan nak muntah. Apatah lagi dia memang alergi dengan bau rokok.Sedang dia sibuk mencari tandas, langkahnya terhalang.

'Nak ke mana nie cik adik?'

Aleya memandang pemuda yang jelas berbau haprak di depannya. Hembusan nafasnya pun berbau..eyehh...Aleya sudah nak muntah tika itu, segera ditahan mulutnya dengan jemari.

'Tepilah.'

Aleya berusaha hendak melintasi pemuda tersebut, sebenarnya dia dah tak tahan sangat!

'Kalau saya tak nak...'

'Inilah akibatnya.'

Tumbukan diberikan pada perut pemuda tersebut. Aleya terkejut melihat kemunculan Aizad di situ.

'Tuan Cakoi...'

Aizad memandang Aleya yang masih menekup mulutnya.

'Lain kali tue jangan nak merewang bila nak pergi tandas,,bodoh!Menyusahkan!'

Aizad melepaskan marahnya. Aleya terkesima.

'Tapi Tuan Cakoi..kamek mok...'

'Apa?'

Dek kerana terkejut dengan sergahan Aizad, Aleya termuntah kala itu juga, tepat pada dada Aizad yang berdiri dekat dengannya.

'Uwekk..'

Aleya memandang dengan rasa takut. Aizad terperanjat bukan main.

'Bodoh!'

'Maaf..maaf..'

Aizad sudah menundukkan mukanya, takut melihat wajah Aizad menyinga.

'Sini, bodoh!'

Diheret tangan Aleya ke bilik air berdekatan.

'Bersihkan baju aku, bodoh! Menyusahkan!'

Ditunjal geram dahi Aleya yang mula mengelap bajunya. Aleya pula sekali-sekala memuntahkan lagi isi perutnya..Sungguh dia tak tahan dengan alam Aizad and the geng.Aizad kesian juga sebenarnya melihat Aleya begitu tapi dia takkan sesekali mempamerkan kebaikan pada Aleya kerana dia adalah maid.Hanya maid!

Ceritera Kisah Kita episod 8

‘Hampagas punya Cakoi..kot ye pun nak buktikan cinta palsu tue..jangan la sampai aku susah nak buang..dasar kepala kodok!’

Aleya masih menggosok-gosok lehernya, ingin menghilangkan kesan-kesan yang ditinggalkan oleh Aizad petang tadi. Dia pula terpaksa berhempas pulas membuang kesan-kesan tersebut.

‘Geramnya aku! Arghh…’

Aleya menjerit kecil di dalam bilik airnya. Span di tangannya dihempas kasar ke dalam sinki.

‘Cakoi…ni memang takde sopan-santun betul..’

Aleya melepaskan geramnya dengan membebel sambil berendam lama-lama di dalam bath tub di dalam kamar mandinya. Semuanya adalah jasa baik Uncle Musthapa yang menyediakan bilik serba ada macam nie untuk dia, kalau dia memang malanglaa hidup dia…

‘Geram!Geramnya….’

Selagi dia masih dalam tugas, memang dia akan cepat heart attack dan high blood rasanya.Tak pun menjadi penghuni Tanjung Rambutan agaknya!

Tangannya masih menggosok bekas peninggallan bukti Aizad tadi…

‘Bodoh punya Cakoi..tak pepasal aku jadi mangsa dia..apa salahnya terima saja awek tue..cun apa!Bagai pinang dibelah 10 saja..’

Aleya masih membebel sambil tangannya bermain dengan span.Menjadi tak bersemangat bila teringat hari-hari akan mendatang.

‘Pa..tolong Leya…’

**

Encik Azhar yang tengah menghadap tv, terbersin tiba-tiba.

‘Auchumm’

‘Siapa pula yang merindu aku nie?’

Seketika ditepuk dahinya, teringat Aleya yang tengah bertugas dan berada di rumah bestfriendnya, Musthapa.

‘Alamak, anak papa!’

Sungguh dia terlupa nak bertanya khabar Aleya kerana busy dengan kes akhir-akhir ini. Tapi itu bukan bermakna dia melupakan anaknya itu. Setiap hari dia akan menelefon Musthapa, bertanya khabar Aleya di dalam diam.Biarlah Aleya berdikari di situ.

Dicapai handsetnya di tepinya lalu did ail nombor Aleya. Seketika kemudian, terdengar suara lembut menjawab panggilannya.

‘Assalamualaikum papa.Rindunyer…’

‘Walaikumsalam Leya..sihat nak?’

‘Sihat luaran tapi dalaman ada masalah sikit laa papa..’

‘Masalah apa pula nie?’

Encik Azhar tersenyum mendengar berita anaknya itu, mesti nak mengadu la dia..

‘Masalah sakit di hati..sakit di jiwa papa..papa, tak nak tukar Leya dengan polis lain tak?’

‘Tak bolehla sayang…’

‘Pa..Leya tak tahan dengan mulut berbisa anak uncle Musthapa tau..sakit telinga!’

Merengek-rengek Aleya mengadu dengan papanya. Mengharapkan simpati gamaknya.

‘Papa tetap nak Leya teruskan juga..pejam celik habislaa nanti tue sayang..’

Encik Azhar memujuk Aleya di hujung talian.

‘Papa nie…hidup Leya rasa macam dalam kandang harimau jer kalau bersama Cakoi tue tau..’

‘Papa tau Leya mesti boleh..papa nak tengok berita dulu..Assalamualaikum’.

Aleya hanya mampu memandang sayu handsetnya.

‘Papa..Leya sengsara kat sini tau.’

Keluhnya lemah. Bekas di lehernya juga masih tak hilang sepenuhnya.

‘Cakoi gila!’

Jeritnya kecil sebelum melangkah keluar nak menyiapkan makan malam.

**
Aleya yang leka menyiang ikan terkejut bila terasa ada yang berdiri di belakangnya.

‘Opocot!’

Aizad hanya menayang muka seriusnya dengan latah Aleya sedangkan di dalam hati nak tergelak. Diperhati leher Aleya yang memerah.

‘Pasti dia nak hilangkan kesan tadi tue tapi tak dapat.Padan muka!’

Bisik hatinya jahatnya.

‘Kenak pandang-pandang?’

Aleya mencerlung memandang Aizad. Terbit idea jahat di kepalanya bila mengingatkan kakinya yang dipijak oleh Aleya petang tadi.

‘Aku nak balas dendam.’

‘Aik, straight to the point terus Cakoi nih..’

Aleya menayang muka kayunya dengan kenyataan tersebut.

‘Hemm..’

‘Kau tak takut?’

Aleya mengangkat bahunya tanda tak ingin mengambil tahu. Masih sibuk menyiang ikan.

‘Betul kau tak ingin ambil tahu?’

Aizad geram bila mangsanya tidak mengendahkan dirinya.

‘Terpulangla Tuan Cakoi.’

Aleya menjawab hendak tak hendak bunyinya membuatkan Aizad geram.

‘Kau nak aku tambah lagi ke kat leher tue..Aku ok jer.’

Ugut Aizad dalam senyuman evilnya. Terhenti tangan Aleya dari menyiang ikannya dan berpaling menghadap Aizad. Aizad menayang-nayang permanent marker merah di depan mata Aleya.

Kenak?’

Aleya menanya malas sekaligus mengelakkan lehernya diconteng sekali lagi dengan permanent marker macam tadi..Bukan senang nak buang!Menyusahkan betul.

‘Tahu takut!’

Aizad memerhati leher Aleya dan masih tertera ayat yang ditulisnya di situ tadi, bukti cinta palsu mereka…

“ AIZAD LOVE HAIKA..4EVER..MWAHHXX”

‘Dahla Tuan Cakoi..Kamek mok masak tok..’

Aleya bersuara perlahan. Tak ingin menyakitkan telinganya mendengar suara Aizad! Kalau boleh dia ingin lari juga..

‘Aku nak kau urut kaki aku lepas makan nanti.’

‘Aok.’

Aleya bersetuju tanpa membantah. Membantah pun tiada gunanya bagi manusia berhati batu macam Aizad…Aizad berlalu dengan tawa kemenangannya meninggalkan Aleya yang makan hati dengan sikapnya.

**

psst all...sowie arr bile tekaan korang yang Cakoi kiss Leya tak kena..huahua....=)

Ceritera Kisah Kita episod 7

Aleya menconteng kertas di depannya sesuka hati. Ke kiri..ke kanan..tapi jiwanya masih tak tenang juga...

'Geram!Geram!'

Badannya saja berada dalam bilik kuliah tersebut tapi fikirannya sebal..

'Cakoi, nie nak mampus ker? Aku backhand baru tau..'

Aleya menggerutu geram bila teringat peristiwa tadi..Geram sungguh!

Akibat ditarik oleh Aizad kasar, Aleya hampir hilang keseimbangan diri.Aizad yang melihat Aleya hampir terduduk, segera dipeluk pinggang Aleya.

'Apa nie Tuan Cakoi?'

Bisik Aleya keras separuh marah.Tangannya cepat saja nak melepaskan pegangan di pinggangnya.

'Kau diam dan ikut saja apa aku buat!'

Jangankan nak melepaskan dirinya tapi dia pula jadi mangsa amaran.

'Hantu punya Cakoi!'

Aleya merengus geram.

Shamsul dan Juliet sama-sama terkejut dengan aksi di depan mereka.

'Honey.'

Juliet ingin berkata-kata tapi segera dipotong oleh Aizad.

'Kenalkan ini awek aku, so..please jangan ganggu aku lagi.'

'What?'

Aleya terjerit kecil hingga tak sedar dia berbahasa Inggeris. Shamsul turut sama terkejut beruk.Digaru kepalanya, permainan apa pula nie? Bukan ke tadi kata Haika nie maid dia jer?

'Kau diam..kalau tak, tahulah aku kerjakan kau nanti.'

Bisikan keras di telinganya menyakitkan lagi hati Aleya.

'Hampeh punya Cakoi.'

Aleya menyumpah di dalam hatinya.Sakit jiwa betul!

'Honey..you tipu kan?Jue tak percaya la..perempuan nie takde dalam taste you pun..'

Juliet masih tak mempercayai kenyataan yang baru disampaikan oleh Aizad.

'Cik...'

Pelukan kejap di pinggangnya membuatkan Aleya termati kata.

'So, kau nak aku buktikan macam mana?'

Aizad memandang acuh tak acuh muka Juliet. Bosan!

'Takde rupa orang bercinta pun.'

Shamsul masih bengang dan tak memahami sandiwara di hadapannya.Kesian pula dia melihat Haika yang terkebil-kebil.

'Chiko..'

'Sham..diam, ok?'

Shamsul segera menutup mulutnya.

'Kau nak bukti?'

Juliet menganggukkan kepalanya.Aizad rasa tercabar.

'Arghh..'

Aleya terjerit kecil..rasa nak jer dia tendang-tendang Cakoi tue.

'Haika, are you okay?'

Dipandang Shamsul di sebelahnya.

'Okay.'

'Really?'

'Emm..'

Shamsul faham sebenarnya kenapa Aleya macam tue..mesti gara-gara perlakuan kurang sopan Aizad tadi.

'Chiko nie pun satu..kot ye pun nak buktikan..carilah cara lain..main bantai jer..'

Shamsul hanya mengungkap dalam hati...Hati kawan harus dijaga.

'Akar, aku nak kau tulis note untuk aku..'

Aizad tiba-tiba tercongak di depan meja Aleya. Aleya memasamkan mukanya. Tak puas hati!

'Aku tanya kau nie bodoh?'

Mulutnya dirapatkan ke telinga Aleya, lebih kepada berbisik.

'Aok.'

Aleya lebih rela melayan perasaan sakitnya tika ini dari menghadap Cakoi di depannya.Menyakitkan kornea mata jer!

'Aku nak kau siapkan sekarang juga.'

Aleya mengangguk. Masih tak memandang Aizad. Aizad naik sakit hati bila Aleya endah tak endah dengannya. Dipaut kasar dagu Aleya untuk menghadap mukanya.

'Auch..sakitlah!'

Aleya memandang geram Aizad di depannya. Hatinya tak putus-putus mendongkol geram. Setelah apa yang kau buat tadi,kau kini bukan saja dalam list orang yang aku ingin kerjakan tapi dalam list mangsa yang bakal aku makan dan bunuh...kalaulah boleh membunuh, kan best!

'Lain kali bila aku cakap, pandang mata aku.'

Aleya menepis tangan Aizad dan berdiri.

'Kau nak melawan ker?'

'Sham, washroom mana?'

Aleya memandang Shamsul.

'Hujung blok.'

'Ok.'

Aleya berlalu sambil kaki nya sempat memijak kaki Aizad. Terima kasih sebab hari nie dia memakai high heel! Tersenyum.Dapat gak membalas satu per tiga dari rasa sakit hatinya tadi..

'Woit, sakitlah!'

'Opps..tak sengaja!'

Balas Aleya dari muka pintu.

'Kau nie Chiko, kesian aku tengok Haika tue..dahla tadi kau buat sesuatu yang tak sepatutnya..'

'Boleh diam tak?Kaki aku sakit nie..'

'Jaga kau Akar!'

Aizad mendengus geram, sambil menahan kakinya yang berdenyut-denyut sakit.

Sunday, March 8, 2009

Ceritera Kisah Kita episod 6

Aleya masih menundukkan kepalanya, lebih rela memandang kakinya daripada memandang wajah Aizad yang masam mencuka.

‘Akar…pandang aku!’

‘Sengal betul Cakoi nih..cakap jer la..tak payah nak pandang-pandang pun..’

Marah Aleya di dalam hati. Perlahan diangkat kepalanya menghadap Cakoi.

‘Aku nak ingatkan kau Akar…kau bekerja untuk dibayar, bukan untuk berbual dengan staff lain..aku tak nak pulak papa aku bayar free kat maid macam kau nie..’

Aok tuan Cakoi!’

‘Lagi satu kau jangan nak memalukan aku dengan panggilan Cakoi tue..panggil aku tuan or boss, ada faham?’

Sengaja Aizad menekan perkataan ‘ada faham’ tersebut.

Aok, tuan Cakoi.’

‘Kalau tak silap aku, kau sebut not in hundred years tadi kan?’

‘Ish..busybody betul..macamlah aku akan bercerita pasal free show dia gamaknya…’

Aleya terasa meluat dengan sikap Aizad yang sungguh berlagak dan sewaktu dengannya la..

Sikda tuan Cakoi..Kamek madah telur kambing menetas..’

‘Lantak la Cakoi..bukan kau faham pun..’

Aleya menyimpul sengihnya. Aizad memandang dengan muka tak puas hatinya.

‘Apa kau kata? Telur kambing menetas? Kambing mana ada bertelur..Dasar bodoh!’

Kamek sik bodoh tuan Cakoi.’

Aleya berusaha mempertahankan dirinya, menahan amarahnya.

‘Aku kata kau bodoh, kau nak buat apa?’

Aizad memandang anak mata Aleya dengan pandangan mencabar. Aleya membalas dengan renungan bersahaja.

‘Mana-manalah…’

‘Kau ni memang bodohla Akar….’

Aizad mengetuk-ngetuk pennya di atas meja.Ketukan di pintunya membuatkan mereka sama berpaling.

‘Fuh, selamat aku! Nasib Cakoi sengal nie lambat pick up!Kalau tak, habislaa rahsia aku terbongkar..’

Aleya menghembus nafas kelegaan.

‘Hey, Chiko..petang nie kita ada tutorial class kat U la…jangan pulak kata kau lupa..’

Shamsul mula memasuki bilik Aizad tanpa menyedari ada seseorang juga di situ.

‘Pukul berapa?’

‘2 o’clock.’

‘Okay.’

‘Aku tumpang kau la hari ni Chiko, kereta aku meragam pulak.’

‘Okay.’

Shamsul mengalih mukanya ke kanan, separuh terkejut memandang Aleya yang berdiri bak statue di situ.

‘Siapa nie Chiko?’

‘My maid.’

‘Huh..kurang asam sungguh. Tak boleh ker sebut pekerja ker staff?’

Hati Aleya mendengus geram, namun tak mampu keluar di mulut.

‘Ohh I see..siapa nama?’

‘Haika…panggil jer dove.’

Dahi Shamsul berkerut mendengar nama perempuan di depannya.Pelik!

‘Kau panggil Akar jer Sham..and satu lagi dia nie tak pandai berbahasa Melayu..dasar bodoh!’

Sekilas air muka Aleya berubah.

‘Melampau!Cakoi…jaga kau!’

Begitu tekad hatinya. Aizad yang leka berbual-bual dengan Shamsul diperhati dengan rasa mual dan menyampah tak terhingga.

**

‘Yo, what’s up dude!’

Aizad menyapa Taufik dan Luqman Hafizi yang baru saja memarkingkan kereta mereka.

‘Yo!’

‘Aik, sejak bila kau ada company nie?’

Mata Luqman Hafizi merujuk kepada Aleya yang baru keluar dari kereta Aizad. Comel!

‘My maid!’

‘Again? Tak belajar moral betul!Arghh..sakit jiwa aku!’

Aleya merengus geram..kurang asam Cakoi!

‘Panggil Akar jer..’

Aleya mengukir senyum tawar nya kepada Luqman Hafizi dan Taufik.

‘Haika, jom aku hantar kau mendaftar..Uncle yang suruh aku temankan kau tadi..pastu dia kata Chiko mesti tak boleh harap punye..’

Serentak Shamsul, Taufik dan Luqman Hafizi tergelak.Aizad memasamkan mukanya.

‘Honey..’

Sapaan suara di belakang mereka menyebabkan mereka mengalih pandang termasuk Aleya. Cantik juga minah nie..hemm, boleh tahan!

Juliet segera memaut lengan Aizad.Aizad segera meleraikan pegangan tersebut.

‘Siapa honey kau?Tolonglah sedar diri tue sikit!’

‘Dush…Cakoi nie memang takde perasaan betul!’

Aleya menggerutu di dalam hati.


‘Honey, sampai bila nak layan Jue macam nie?’

Juliet bersuara dengan lagak menggodanya. Luqman Hafizi, Shamsul dan Taufik pura-pura tak melihat. Bukan mereka tak tahu dari tahun pertama Juliet mengejar cinta Aizad walaupun tak diendahkan malah dimalukan oleh Aizad berkali-kali.Apalah yang istimewa sangat kat Aizad sampai dia tak berputus asa nak menagih kasih yang tak mungkin terjadi tue?

‘Aku dah bagitau kat kau kan..aku tak suka perempuan..menyusahkan adalah!’

‘What?Gay ke Cakoi nie?’

Aleya memandang dengan persoalan berlegar-legar di kepalanya.Taufik dan Luqman Hafizi membuka langkah untuk meninggalkan Aizad menyelesaikan masalahnya dengan Juliet.

‘Jom Haika.’

Shamsul mengajak Aleya mengikuti langkahnya.Aleya yang baru hendak berpaling, tiba-tiba dia terdorong ke belakang..


Special appearances : Luqman Hafizi dan Taufik (E-Novel Kisah Maharani)

Ceritera Kisah Kita episod 5

Baik Aizad mahu pun Aleya berdiam diri dalam tempoh 10 minit selepas bergerak dari rumah. Aleya pun terasa tebal jer mukanya nak memandang Aizad di sebelahnya. Aizad pula tayang muka kayu dan batu nya.

‘Akar..aku tak nak kau bagitau sesiapa pasal kejadian tadi tue.’

Keras suara Aizad memberi amaran. Aleya tersentak.

‘Aok, Tuan Cakoi.’

‘Hek eleh, ingat aku nie reporter bergerak ker? Kalau setakat badan macam tiang lampu tue, sesiapa pun tak kisah punya, lainlah kalau sasa macam Malik Noor.’

Aleya menggerutu di dalam hatinya.

‘Bodoh!’

‘Hah?’

Aleya bengang.

‘Asyik-asyik kata aku bodoh, kang betul-betul bodoh, sapa nak jawab.’

Hati Aleya mendongkol geram dengan cakap main lepas Aizad. Rasa nak jer dia menembak Aizad tepat dan jitu di dahi tika ini. Aizad telah menduduki tempat pertama dalam list ‘orang yang ingin dihentamnya’..Kalaulah dia berkesempatan, dia takkan mensia-siakan peluang ‘menggaji free’ Aizad yang bongkak di tepinya.

‘Bodoh!Bodoh.’

Ditunjal-tunjal dahi Aleya yang sedang memandu.Aleya menahan kemarahan di dalam hatinya.Ditekan emergency brek, Aizad yang tak menduga terhantuk pada dashboard kereta.

‘Hahaha..padan muka.’

Aleya menahan ketawa yang mula bertamu di hatinya.Aizad memaling kepalanya memandang Aleya yang menayang muka takde perasaannya.

‘Dasar bodoh! Kalau nak membrek tue, bagitau dulu. Sakit dahi aku, bodoh.’

‘Haika, Tuan Cakoi!’

‘Kalau aku nak panggil kau Bodoh pun kau takde hak nak membantah.Bodoh!’

Aleya memandu kereta bak Mr. Bean, tersenguk-senguk macam orang yang kekurangan air gamaknya. Aizad di sebelahnya turut sama tersenguk-senguk.

‘Padan muka!’

Aleya tersengih sendiri tanpa meninggalkan kesan di wajahnya kerana harimau di sebelahnya sentiasa mencari kesilapan dirinya.

‘Ingat Akar jangan bagitau sesiapa pasal hal tadi, faham?’

Aizad menjerkah Aleya yang tekun memutar stereng kereta. Laju dan terer cilok-milok, boleh kalah teknik dia.

‘Perempuan nie semacam ada misteri di sebalik kebodohannya..apa ya?’

‘Aok, tuan Cakoi.’

Suara Aleya mengembalikan Aizad ke alam nyata.

‘Ingat tau.’

‘Ingat apa Tuan Cakoi?’

Aleya tayang muka blur dan spongebob nya.

‘Bodoh.’

Aleya senyap, lebih kepada menjana kesabaran di dalam dirinya. Begitulah tabiatnya bila dah terlampau marah, bagi mengelakkan dia menghamburkan kata-kata yang tak enak di dengar, dia akan berdiam diri.Bibirnya diketap geram.

‘Kau dengar tak nie, bodoh?’

Aleya cuma mampu menganggukan kepalanya. Aizad tersenyum angkuh.

‘Padan muka, bodoh! Dasar orang gaji!’

Aizad bercakap perlahan untuk mengelakkan Aleya mendengar ayat yang dituturkannya.Aleya yang mendengar cuma mampu menahan sabar yang kian menipis di hatinya.

‘ Ini baru hari kedua, bagaimanalah aku mampu menghadapi beberapa bulan kemudiannya..Cakoi ini betul-betul dah tahap negative tahap tertinggi akhlaknya.Sesiapa boleh tak selamatkan Leya..’

Hati Aleya merintih kecil..

**

‘Grace, ini kerani am cum despatch cum driver, nanti you ajar dia apa yang patut.’

‘What?’

Aleya menjerit di dalam hati..terkejut!

‘Aku jadi despatch juga ker?Oh, no!’

Terkulat-kulat Aleya sambil membuang pandang ke tepi, mencuba menyabarkan hatinya.

‘Hampeh kau Cakoi..ee, geramnya aku.’

Aizad memandang sekilas Aleya yang memandang ke tepi.

‘Nak protesla tue..huh!’

Baginya, kurangla sikit rasa malu di hatinya dengan free show yang ditayangkan pada Aleya pagi tadi kalau dia tak ternampak kelibat Aleya.

‘Ada bantahan apa-apa, Akar?’

‘Sikda tuan Cakoi.’

‘Hipokritnya aku sekarang nie..sakitnya jiwa kalau terus membohongi diri sendiri macam nie..’

Aleya hanya mampu melihat kelibat Aizad yang menghilang di sebalik biliknya itu.Keluhan dilepaskan.

‘Kenapa nie, takkan baru nak masuk kerja dah mengeluh Akar?’

Sapaan Grace di tepinya mengingatkan Aleya di mana dirinya tika ini.

‘Haikadove..Haika jer pun boleh.’

Aleya memperkenalkan dirinya. Grace memandang kehairanan.

‘Sounds weird, right?’

Grace tergelak kecil tanda mengiakan pertanyaan Aleya.

‘Nama pelik but orangnya tak pelik ye..’

Aleya mengusik Grace di depannya. Berharap dia mendapat tempat untuk berkeluh kesah..

‘I’m Grace..boleh ker kalau panggil amoi jer..haika tue pelik la bunyi nya..’

‘Kenapa amoi pulak?’

‘Mata amoi sedikit sepet la..mix blood ker?’

Aleya tersengih, pandai-pandai jer Grace nie..

‘A’ah..cina sesat..’

Tawa Aleya dan Grace bersatu..Aizad yang kebetulan keluar dari biliknya memandang pelik..

‘Akar…Grace takde kerja kah?’

‘Alahai, bukan main gentleman kat office..macam ada two personality pulak Cakoi nih..’

Aleya mengata di dalam hati. Grace cuma melempar senyum, dah terbiasa dengan perangai Aizad.

‘Jom amoi..’

‘Nak pergi mana pulak tue?’

Agak keras pertanyaan Aizad menyapa telinga Aleya.

‘Nak bagitau dia selok belok kerja dia la Boss..takkan nak main bola baling pulak.’

‘Nah, ambik kau Cakoi..bagus Grace!’

Aleya menahan sengih yang mula terukir di bibirnya melihat Aizad yang berlalu dengan muka masam nya..

‘Amoi, kenapa boss tue kata kau jadi despatch juga, driver lagi tue..tak sesuai betul..dia tak cermin ke amoi nie macam budak kecik jer..’

Bebelannya Grace hanya dibalas dengan senyuman.

‘Grace, boleh ker kalau kau tolong aku…’

‘What?’

Grace mula menumpukan perhatian pada Aleya yang tersenyum di depannya.

‘Jangan sampai boss tau aku pandai berbahasa Melayu…’

‘Hah?’

Grace menggaru kepalanya.Apa punya permintaan nie?’

‘Pleasee…’

‘Why?’

‘Adalah….’

Aleya menepuk lembut lengan Grace di depannya. Tersenyum, mengharapkan jawapan positif dari Grace.

‘Okayla..’

‘Thanks Grace..’

‘Kau ni semacam jer amoi…ada apa-apa ker dengan boss tue..?’

‘What?’

Segera Aleya menutup mulutnya, dek kerana terkejut, dia terjerit..

‘You know..I know maa…’

Grace mula tersengih di depan Aleya yang jelas terkejut dengan anggapan Grace tersebut. Tak masuk dek akal betul..

‘Me? Him?Not in hundred years.’

‘Not in hundred years?’

Suara yang amat dikenalpasti di belakangnya…Aleya tak mampu memandang apatah lagi berpaling….

‘Habislaaa….’

‘Akar, masuk bilik aku sekarang!’

Kerasnya bisikan di telinganya mengecutkan hati Aleya…Tak mampu menelan air liur juga rasanya tika ini..Cuma harapannya yang Aizad tak mendengar segala perbualannya tadi..kalau tak, habislah dia….