Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Wednesday, February 4, 2009

Warna Cinta Kita episod 22



Farina melamun di bilik pejabatnya, kertas kerja yang diberi oleh boss nya dipandang sepi.Hatinya berat untuk menerima tugas tersebut sebenarnya.Encik Amir mengarahkan nya membuat persiapan untuk majlis pertunangan anak Dato’ entah dari kayangan mana yang menyebabkan dia ter’involved sama nie sedangkan dia bukan pakar dalam bab decorate nie..Tak khatam pun!

‘Geramnyer…’

Pen di tangan dihempas kasar. Paling dia tak puas hati, kononnya anak Dato’ tue nak dia yang pilihkan semua decoration untuk majlis dia tue, pendek kata ikut citarasa Farina sendiri. Warna tema ema pun nak dia menentukan juga.Itu yang membuatkan Farina angin sikit, macamlah dia sendiri yang nak bertunang dengan si ‘Cerewet’ tue.Haa, kan dah dapat nama free..hehe..

‘Geram..geram…’

Farina menconteng kertas kosong di depan matanya membayangkan muka si Cerewet di situ. Melepaskan geram dengan menconteng dengan marker warna merah.Bibirnya tersengih-sengih melihat lukisan kartun yang diibaratkan seperti muka si Cerewet itu.Siaplah kau,cerewet!!

‘Ina…’

Spontan Farina memanggungkan kepalanya memandang Susan yang tersengih di depannya.Nak mempermainkan akulah tue..

‘Ala Ann, kau jangan nak tambahkan api yang tengah marak nie tau.’

‘Takdelah Ina..Ann rasa bertuah gak Ina tau..anak Dato’ tue..mesti komisen banyak oo..’

‘Banyaklah dia punya komisen…geram aku ni tau.Nak jer aku luku si Cerewet tue..’

‘What?Kau panggil dia si Cerewet ker Ina?’

Susan bantai gelak di depan Farina yang cemberut.

‘Sesuai apa!Banyaklah dia punya taste…dahla nak pilihkan cincin tunang pun aku juga..sapa tak sakit jiwa..Kang aku pilih high value..jangan dia menangis, sudahla….’

Farina tersenyum bila dia mendapat idea bernas untuk mengenakan si Cerewet tersebut.Padan muka!Lantak dia la nak menangis air mata darah sekalipun tengok invoice yang harganya pergghh….susah nak cakap!

‘Ann,nanti kau temankan aku memilih engagement ring untuk si Cerewet tue..kita pilih yang superb value ya…hehehe.’

‘Kau ni Ina,tak baik tau..Kalau terjatuh cinta nanti, sape nak jawab aa..’

‘Takde maknanya nak jatuh cinta kat Cerewet tue..menyusahkan!Ina nak pilih decoration yang mahal-mahal dan ikut suka hati Ina la lepas nie…Padan muka dia!’

Susan hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat kesungguhan Farina ingin mengenakan anak Dato’ tersebut.

‘Apa-apa ajelah Ina, janji kau tak menyesal nanti.Andaikan dia rasa terlampau mahal, lepas tue dia nak kau bayar dengan jadi bini dia,baru kau tau..Aku dengan rela hatinya akan menghadiri wedding korang.Hehe.Nak VVIP punya layanan tau..’

Farina mencubit pipi tembam Susan yang tergelak di depannya.Geram!

‘Tak ingin la…Impossible.’

Farina berkata dengan megahnya tanpa berfikir panjang. Mengatakan segalanya mustahil tapi hakikatnya hanya si Cerewet yang mengerti permintaannya dan sebab musabab nya begitu…

‘Ann, kau kan mamarazi?Siapa nama si Cerewet tue haa?’

Susan cuba mengingati nama anak Dato’ yang disebut Encik Amir padanya tadi tetapi dia terlupa pula.

‘Kalau tak silap aku Z…Z..entah apa belakang dia, aku pun lupa la Ina..Sorry..’

‘Kau nie Ann..tak superb betul..Zombie tak Ann?’

Serentak keduanya tergelak dengan nama anak Dato’ tersebut.

‘Kalau disambung jadilah Zombie Cerewet.’

Farina tersengih-sengih.Hai,Zombie Cerewet, siaplah kau menyusahkan hidup Intan Farina tau..kira seri la kita yer…

**

Zahid menghampiri adiknya yang bersantai di kolam renang rumah mereka.Zamri leka mendengar i-podnya.

‘Zam..’

Bahunya Zamri disentuh perlahan.Zamri segera menoleh dan dia terbersin tiba-tiba.Hai,siaplah yang mengata aku nie!

‘Zam rasa segalanya akan berjalan seperti dirancang ker?’

‘Yup.’

‘Positif?’

‘Yup.’

‘Kalau dia tak accept masa tue..Zam nak buat camne.Abang agak risau juga..’

Zahid meluahkan kerisauannya dengan rancangan mereka, risau kalau ada yang terluka dan melukakan.

‘Zam yakin bang.I know her too well..’

‘Abang harap segalanya akan baik-baik belaka.Oh ya, papa pun ada time tue kan?Zam tak risau dengan wartawan kat sana ker?’

‘I’ll handle it….wish me luck,ok?’

‘Of course bro…abang pun nak bertunang secara rasminya dengan Sue malam tue jugak..Dua beradik bertunang pada masa yang sama.Mesti majlis tue grand and superb punya...’

Zahid menyatakan angan-angannya, Zamri turut sama melayan angan-angannya.Berharap dirinya diterima oleh si dia yang tak mengetahui niatnya.Malah dia merancang nak bertunang pada majlis hari jadi si dia.Senyuman Zamri makin melebar mengenangkan rancangannya itu.

2 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

bvlgarigirl @ Arianna said...

sweettt

keSENGALan teserlah.. said...

hehhee...
zombie??
oke gak uh..
ceh,,bley je terbersin si zam nieh..
ina ngate ko lar zam...ske2..