Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Wednesday, November 25, 2009

Ceritera Kisah Kita episod 20

Shamsul dah mati akal melihat Aizad yang berdiam diri sejak semalam. Ditinggalkan isteri kesayangannya, Nadzirah di rumah demi kerana bestfriendnya yang sedang ‘mogok mulut’ dan tengah bertapa di rumah saja.Turun kerja pun tidak.Apa nak jadi la dengan dia nie?

‘Chiko, kau ni kenapa sebenarnya?Dah lama tak mogok macam nie, tiba-tiba jer.Anything nak share dengan aku, tak?’

Shamsul menanya lagi untuk entah ke berapa kali.Rasa macam bercakap dengan dinding pun ada.Beginilah Aizad yang dikenalinya sekarang.Peristiwa lima tahun lepas menyebabkan dia berubah 100%, pemurung, pendiam, termenung sana termenung sini.

‘Chiko!’

Nada suara Shamsul dah naik tangga kedua.Sikit punya besar volume suaranya pun tak dipedulikan Aizad yang masih memandang kosong pemandangan di luar apartmen rumahnya.

‘Chiko, please wake up!Wake up!’

Digoncang badan Aizad di tepinya.Aizad menoleh padanya dengan pandangan sayu.

‘Aku kecewa.’

Erk..Shamsul ternganga besar.Rahangnya jatuh ke bawah.Mulutnya terbuka lebar.Telinganya digosok perlahan.

‘Chiko, kau okay tak nie?’

Aizad menganggukkan kepalanya.Memandang depan semula.

‘Aku kecewa.’

Aizad mengulang ayatnya lagi.Lebih jelas di pendengaran Shamsul.

‘Kecewa?Kenapa?’

Ahh..Shamsul menggaru kepalanya, kenapa pula dia menanya soalan budak tadika pula.Kalau nama dah kecewa, mestilah patah hati.Tapi, patah hati pada siapa?

‘Aku kecewa.Dia reject aku.’

‘Dia?Siapa?Perempuan ker?’

Bertalu-talu pertanyaan Shamsul keluar , agak excited juga mendengar Aizad kecewa.

‘Dia.’

Rahang Shamsul terjatuh lagi.Jawapan yang sangatlah umum.Dia tue kata ganti nama untuk seseorang, masalahnya dia tue lelaki ker perempuan ker?Harap-haraplah perempuan.Haha.Shamsul tergelak di dalam hati.

‘Yalah, aku tahulah ‘dia’ tapi nama dia siapa?Kat mana kenal dia?Cantik tak?’

Aizad tersenyum sumbang.Dia masih kecewa bila cintanya ditolak.Yang dia tahu hatinya pedih.

‘Aku tak tahu.’

‘Apa kau tak kenal?Patutlah kena reject.Adehh, kau ni Chiko.’

Shamsul dah tersengih-sengih.Apalah kawan aku nie, nak memikat pun bukannya macam tangkap anak ayam.Erk, pernah ker Chiko tangkap anak ayam?

‘Aku cintakan dia.’

Aizad keluarkan ayat penyata.Shamsul terpana.Kali pertama Aizad mengaku mencintai seseorang dan begitu berterus terang!

‘A..aku tak salah dengar kan?’

‘Aku cintakan dia.Aku hanya nak dia.’

Suara Aizad dah berubah sayu.Pandangan matanya juga sayu memandang Shamsul.Aizad meraup mukanya.

‘Okay..okay..aku akan tolong kau.’

Aizad mengukir senyum sedikit.Shamsul mengucap syukur di dalam hati.Lama rasanya dah tak melihat bibir Aizad tersenyum.Ya, sejak lima tahun lepas!

‘Betul?’

‘A’ah..nanti aku kenalkan dengan kawan aku yang ada salun kat kau.’

Aizad pandang Shamsul.Shamsul ukir sengih.

‘Salun..tapi dia lelaki.’

‘Owh..okay.’

Shamsul menepuk mesra bahu Aizad.

‘Chiko, aku balik dulu.Dear aku seorang kat rumah sekarang nie.Kau pun jangan fikir sangat pasal tue.Apa-apa pun, call me, okay?’

Aizad mengangguk dan hanya menghantar pemergian Shamsul dengan ekor matanya sahaja.

‘Aku hanya nak dia.’

**

‘Lama juga kita tak berjumpa kan Mus?’

Azhar menyapa teman lamanya.Lalu duduk bertentangan dengan Musthapa.

‘Yalah Har, kau itulah sibuk memanjang.’

Ketawa lepas Azhar dengan kata-kata Musthapa.

‘Apa kurangnya kau Mus.Busy ber’double dari aku.’

Musthapa pula tertawa lepas.Azhar menghulur salam dan disambut oleh Musthapa.

‘Kau berdua nie kalau jumpa memang tak pernah berubah.Dari zaman kita sekolah pun macam nie.’

Hamidi yang baru sampai juga mencelah sama.

‘Dan kau Midi kalau tak mencelah memang bukan Midi namanya.’

Serentak tiga sahabat lama tertawa lepas tanpa mempedulikan pengunjung di sekeliling.

‘Apa khabar kau Mus?Har?’

‘Aku sihat Midi, beginilah seperti kau tengok.Dah betambah tua tapi tetap tak bercucu.Jangankan ada cucu macam kau, kahwin pun belum anak bujang aku tue.’

Panjang lebar Musthapa berkata.

‘Takpalah Mus, bisnes kau bukan main berjaya aku tengok, kalau tak, takkan la kau dapat perkataan ‘Datuk’ pula?’

Hamidi mengenakan Musthapa yang lama juga dah mendapat pangkat ‘Datuk Musthapa.’

‘Masalahnya Midi, aku tak nak ‘Datuk’ yang begitu, aku nak datuk macam kau, tahu?’

Musthapa mengeluh perlahan mengingatkan sikap anak bujangnya yang masih single hingga sekarang.Anak bujang aku tue out of 'marketlist' ker?

‘Aku tengok anak bujang kau tue handsome juga, kenapa pula tak kahwin-kahwin?’

‘Itulah Midi, umur dah 30, masih takde yang sangkut, itu lah saja jawapan dia.Pening aku.’

Musthapa meluah rasa di hatinya.Risau juga hati tuanya.

‘Kau pula Har?

‘Aku samalah macam Mus ni Midi.Anak tunggal aku tue dah 29 tahun.Tapi kalau aku bangkitkan soal rumahtangga terus dia cipta seribu satu alasan untuk mengelak.Kalau dia boleh lari terus, mesti ala-ala runaway bride aku rasa.Kepala aku dah gastrik tau.’

Serentak mereka bertiga ketawa.

‘Banyaklah kau punya gastrik Har.Migrain la.’

Musthapa mencelah dalam ketawa.

‘Lantakla Mus.Susah sangat budak-budak sekarang ni nak bertemu jodoh.Cuba macam kita dulu kan senang.Selalu family pilihkan,okay jer.Bahagia sampai ke anak cucu juga.’

Perlahan Azhar menutur kata.

‘Eh, bukan kau dulu pilihan hati ker Har?’

Hamidi bertanya, lebih kepada mengusik Azhar.Bukan mereka tidak kisah Azhar dahulu.

‘Ye ker?’

Azhar garu kepalanya.Musthapa dan Hamidi tergelak.Lupalah tue.

‘Tua lah aku nie Midi.Bilalah nak tengok cucu sendiri.’

‘Aku pun Har.’

Musthapa menyokong ayat Azhar.

‘Bawa bersabarlah.Belum ada jodoh mereka la tue.Kalau dah beranak pinak nanti, jangan nak mengeluh pula bila dikerumuni cucu-cucu.’

Hamidi mencuba menenangkan Musthapa dan Azhar.

‘Kita nie makin tua Midi, bukan makin muda.Manalah tahu umur tak panjang.’

‘Ish Mus, jangan sebut yang bukan-bukanlah pula.’

Musthapa tersengih.Azhar hanya tersenyum.Masing-masing tak berubah.

‘Entah bila aku nak dapat tengok anak aku bersanding atas pelamin?’

‘Aku pun.’

Sayu nada suara Musthapa dan Azhar bersatu.Tiba-tiba Hamidi membisikkan sesuatu.Tiga pasang mata bersatu dan bibir mengukir senyum.

'Laa, kita cakap-cakap nie tapi belum order lagi.'

Sekali lagi gelak mesra memenuhi ruangan tersebut.

3 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

Aishah Hamzah said...

apalah agaknye tue yg dibisikkan....

Anonymous said...

hehehe~
meh sini ecah, Hanna nak bagitau...bal bla..bla..hehhe

*bosannya hanna*

keSENGALan teserlah.. said...

bisik2 nk jodohkan anak2 mereka kaa?