Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Wednesday, March 17, 2010

Ceritera Kisah Kita - END



Aleya membuka matanya perlahan-lahan.Wanginya lavender di dalam honeymoon suite Marriot Hotel itu menenangkan hatinya.Apatah lagi dengan adanya si suami di sisinya.Dikalih pandang pada suami yang masih lena.Terukir senyuman di bibir Aleya.Letih sangatlah tue, mana taknya majlis pernikahan mereka terus sekali dengan majlis bersanding.Konon-kononnya benda yang baik, hendaklah disegerakan!

Perlahan Aleya menyentuh anak rambut suaminya.Rengekan manja suaminya itu menandakan dia dah bangun la tue tapi saja jer nak bermalas-malasan.Yalah, mereka berdua overnight kat hotel nie pun hadiah Datuk Musthapa.Kata papa mentuanya, lebih bagus dan bermakna kalau malam pertama kat hotel.Entah apa-apalah papa tue!

Pelukan di pinggangnya dibiarkan.Sedari semalam lagi pun tangan sasa itu tak nak berenggang dengan dirinya.Mesti melekap, dah berkali Aleya menegur, last-last seperti bercakap dengan halimunan pulak.Biarkan ajelah.Spontan fikirannya melayang mengingatkan hari bahagia mereka.

Aleya yang duduk bersimpuh di dalam bilik dah kepanasan.Semua serba tak kena lagaknya.Kad undangan perkahwinan dia dan anak kawan baik papanya dipandang sekali lagi.Cantik dan warna pula memang kena dengan citarasanya, purple lembut.Hanya satu yang paling dipandang dan dibelek lama oleh Aleya.Nama pengantin lelaki, Mohd. Aizad bin Musthapa.

‘Mohd. Aizad bin Musthapa?Aku kenal ker?’

Diketuk-ketuk kad undangan tersebut ke dahinya.Cuba mencerna siapakah gerangan bakal suaminya itu.

‘Grace, kau rasa siapa erk Mohd. Aizad nie?’

Ditanya pula kepada Grace yang datang pada hari bahagianya itu.Grace tersenyum sumbing seperti merahsiakan sesuatu.

‘Your hubby.’

‘Itu aku tahulah.Kau kenal tak?’

‘Maybe yes..maybe no…why?’

Grace dah bersimpuh duduk sambil turut sama membelek kad undangan tersebut.

‘Ada pulak jawab macam itu.Kenapa aku rasa macam familiar jer erk?’

‘Let’s forget about that name..I hope you will happy after this..live happily with your hubby and start a new life..No more tears, no more sadness!Okay?’

Grace memeluk Aleya.Aleya turut membalas pelukan Grace.Ala, amoi nie touching la pulak ayat dia.

‘Pengantin perempuan, sila bersedia, pengantin lelaki nak masuk nie.’

‘Thanks Grace…you’re my bestfriend, forever!’

‘Dah..dah..kejap lagi masuklah your hubby itu.Senyum and cool!’

Grace dah berlalu ke sudut tepi bilik sambil tersenyum-senyum.Aleya pula semakin tak tentu perasaan.Bermacam-macam yang difikirkannya.Sudah bersediakah dia menjadi seorang isteri kepada suaminya nanti?Bolehkah dia memikul tanggungjawab itu?

‘Assalamualaikum.’

Aleya menjawab perlahan namun masih menundukkan kepalanya.Boleh tak kalau aku invisible masa nie?Getus hatinya.Sungguh dia belum bersedia menghadapi saat-saat nie.Kucupan di dahinya menyebabkan dirinya bertambah seram sejuk.

‘Tak nak pandang muka abang ke sayang?’

Aik, kenapa this voice too familiar to me?Jangan dia sudahla…

‘Sayang…’

Perlahan-lahan Aleya mendongakkan kepalanya dan dua mata saling bertentang.Mata Aleya yang biasa saja makin membulat melihat gerangan suaminya itu.

‘A..a..wak….’

Sekelip mata juga dunianya gelap.Sayup-sayup kedengaran suara-suara memanggil namanya.


‘Sayang……’

Geselan di mukanya mematikan kenangan semalam.Aleya menggeliat kegelian.

‘Ee abang, gelilah.’

Kedengaran ketawa mesra mengiringi kegeliannya.Aleya menghentikan perlakuan suaminya.

‘Sayang, boleh abang sambung ketawa yang semalam tak?’

‘Boleh..boleh..boleh jalan!’

Selamba Aleya membalas usikan suaminya.Mesti nak gelakkan perihal dia pengsan semalam lah tue.

‘Lawaklah sayang nie..tengok jer muka abang terus pengsan!Haha.’

‘Mana tak pengsan..suami Leya rupa-rupanya….’

Aleya sengaja membiarkan ayatnya tergantung sambil tersngih-sengih.

‘Apa yang?’

‘Tak sangka betullah.Kenapa selama nie Leya tak perasan pun Ad tue sebenarnya Tuan Kecik yang selalu dan sangat-sangat suka mengarah dan membuli Leya.Boleh pula abang shave misai abang tue?’

Aizad dah tergelak sakan.Sungguh dia panic dan rasa lucu melihat Aleya yang pengsan apabila melihat dirinya.Kot ye pun terkejut takkan sampai pengsan pula.

‘Benci sangat ke sayang kat abang sampai lupa wajah abang?’

‘Benci.’

‘Betul nie?’

‘Bencilah.’

‘Benci betul-betul ker yang?’

‘Ben….’

Ayat Aleya tergantung bila mana bibir Aizad bersatu dengan bibirnya.Dia terkedu.Erk…

‘Haa..still benci tak ni yang?’

‘Eee abang main kotor!!Mana aci!’

Aleya merengek tak puas hati.Mukanya dah berubah kemerahan.Malu weyh.

‘Comelnya isteri abang nie.Dulu masa jadi driver abang masih macam budak remaja jer, bila kita jumpa semula lepas sayang membawa diri tue, dah terserlah kematangan sayang, baik dari segi penampilan, sikap atau pun wajah.But, still comel.Tak sangka kan yang, akhirnya jodoh kita juga.’

‘A’ah…tapi Leya benci abang lah..suka sangat kenakan Leya dulu.Tapi satu jer Aleya nak tanya…’

‘Apa yang?’

‘Papa kata anak kawan baik dia nie dah lama tunggu Leya?Ya ker?Leya rasa mana ada.Yalah, dulu kan kerjanya ibara dictator jer.’

Aizad tergelak lagi.Lawak juga memikirkan kisah dulu.Aleya hanya tersenyum.

‘Adalah, abang kan susah nak jatuh cinta..jadi, memang tak pandai dan tak sedar sejak bila abang berikan hati abang pada yang nie.’

Dicium mesra pipi Aleya.Berkali-kali.

‘Okay..lain kali Aleya tanya lagi.Sekarang time mandi, papa bagitahu tengahari nanti ada kawan baik dia yang seorang lagi nak bertandang ke rumah.Papa abang pun ada.’

Aleya mencium mesra pipi Aizad sebelum mencuba angkat dari katil.Namun, sia-sia bila pelukan di tubuhnya masih erat.Aizad tersengih.

‘Abang, let me go,please!’

‘Abang nak join sama, boleh?’

‘Haaa.???’

Serentak tubuhnya didukung menuju ke bilik air.Hadoi, laki aku ker nie?

**

Setelah memberikan salam, Aizad dan Aleya beriringan menuju ke ruang tamu banglo dua tingkat milik keluarga Aleya.Kelihatan duduk di situ papanya, papa mentuanya dan seorang uncle dan aunt.

‘Sorry pa, jalan jammed tadi.’

Aizad berkata sambil tersenyum seraya melabuhkan duduk bertentangan orang tuanya.Ditarik lembut Aleya duduk di sebelahnya.

‘Takpelah papa faham,darah muda.’

Spontan wajah Aleya memerah.Papa nie memang tak pandai cover line langsung.

‘Takpelah Chiko, Leya, ni papa nak kenalkan kawan baik papa dan papa Leya juga.Uncle Midi dan isteri dia, panggil jer Aunt Jie.’

Aizad dan Aleya memandang dua wajah yang dimaksudkan namun mata Aizad ralit memandang Aunt Jie.Eh, bukankah aunt Jie nie Datin kat salun hari tue?Cuma hari nie dia Cuma make up biasa jer.Hari itu make up mak-mak Datin.

‘Kenapa Chiko pandang aunt Jie macam tue?’

Belum sempat Aizad hendak menjawab pertanyaan papanya, sekali lagi mereka disapa oleh salam.Serentak mereka memandang ke arah suara tersebut.Sekali lagi Aizad dan Aleya terkedu.Permainan apakah ini?Carl Iskandar bersama dengan Ah Long dua orang yang membelasahnya tempoh hari.Malah boleh pula beramah mesra lagaknya.Ah Long dua orang itu pun smart semacam.Seorang guna spek, seorang lagi sempoi semacam.

‘Leya, Chiko, kenalkan anak-anak bujang Uncle Midi kamu.’

Rahang Aleya dan Aizad terjatuh.Mulut dah nganga besar.Seseorang tolonglah terangkan!

‘Hai Leya, Ad…kenalkan my brothers.Yang smart nie Carl Khairullah dan yang sempoi nie Carl Saifullah.’

‘What?’

Tercetus kata dari bibir Aizad tanpa dapat ditahan.Aleya masih speechless!

‘Chiko, Leya sebenarnya Carl nie anak kedua uncle, Khairul pula nombor tiga dan paling bongsu si Saiful.’

‘Hah?’

Aizad masih tak dapat mencerna apa yang di depan mata dan apa yang di dengarinya.

‘Leya, Ad…sorrylah kitorang just do our part jer.And, ni cheque yang Leya bagi masa nak langsaikan hutang abang Carl hari tue.’

Carl Saifullah melempar peace pada Aizad dan Aleya yang masih tergamam sambil menghulur cheque maybank milik Aleya pada Aizad.

‘Leya, Chiko, budak Carl nie sebenarnya kerja engineer kat company uncle Midi kamu tue.Khairul pula pensyarah dalam bidang komunikasi manakala Saiful pula masih study lagi.’

‘Haa….’

Hanya itu ayat yang mampu muncul dari bibir Aizad.Aleya pula masih membeku.

‘Haa, Midi anak sulung kau mana?’

‘So sorry all..Lambat sikit, tadi kena pick up my honey nie kat airport.’

‘Hah?’

Makin besar ayat tersebut dari bibir Aizad.Aleya dah merasa dunianya berputar-putar.Mana taknya, si Jojo yang datang dengan senyuman manisnya dengan memeluk mesra lengan Juliet.Apa pula hubungan diorang nie?

‘Hai handsome, cik comel.Menjadi juga korang yer.Penat tau I menyamar jadi lembik-lembik nie.Nasiblah my honey selalu support I.’

‘Jojo?’

‘Not Jojo…I’m Carl Isaac and this my lovely fiancée, Juliet.’

‘Hah?’

Adoi, dorang semua nie nak aku dan Leya heart attack ker?Aizad bermonolog sendiri.

‘Sebenarnya Isaac nie anak sulung aunt, kerja arkitek dan Jue pulak kerja stewardess, itulah pasal boleh jadi guru grooming Ad.’

‘Salun tue?’

‘Owh salun tue milik keluarga.’

Aunt Jie menerangkan dalam senyum manis.Aizad dah tak tahu nak kata apa.Aleya pula tetap senyap.Hanya matanya menatap satu persatu wajah yang di situ.

‘Hari tu aunt juga yang jadi Datin?’

‘Ya…’

Serentak mereka yang berada si situ ketawa beramai-ramai kecuali pasangan pengantin baru yang masih terpinga-pinga.

‘Owh Har, mana dia pelakon tambahan kita?’

Datuk Musthapa menanya Encik Azhar.

‘Kejap lagi sampai la tue.’

‘Assalamualaikum semua.’

Lantang suara Shamsul menghulurkan salam.Di sebelahnya kelihatan Nadzirah yang tersenyum.

‘Sham ke pelakon tambahan papa?’

Aizad bertanya dalam nada tak percaya.Oh My God, I can’t think even a single words!

‘Sorrylah Chiko, Leya..Sham pun just do my part jer..nak juga tengok korang bahagia.’

'Aa....a...'

Suara Aleya yang tersekat-sekat membuatkan Aizad cepat-cepat memandang ke arah isterinya.

'Sayang..kenapa nie?'

Aleya yang sudah terkulai layu di tepi Aizad membuatkan semua yang berada di situ panik.

'Aik, pengsan lagi ker?'

Encik Azhar segera bangun mendapatkan anak kesayangannya itu.Datuk Musthapa juga turut sama.

'Sayang..sayang...bangun yang.'

Aizad menggoncang lembut bahu Aleya.Masih juga tiada respon.Carl adik beradik juga dah sama panik.

'Mudah sangat Leya nie pengsan kalau terkejut.'

'Itulah Har, semalam pun pengsan juga.Hari nie pengsan lagi.'

'Haa..entah-entah bunting pelamin tak?'

'Ish papa nie, mana ada macam tue?'

Aizad berkata perlahan.Shamsul tergelak kecil namun disiku oleh Nadzirah.

'Yang..sayang...jangan takutkan abang...'

'Leya nak Carl....'

Suara Aleya yang lemah itu membuatkan semua yang di situ berpandangan.Carl dah menggaru hidungnya.Air muka Aizad dah berubah.Takkan la Leya pengsan dan meracau-racau pasal Carl pulak.

'Leya nak Carl....'

'Sayang.....bangun yang...'

Aizad berusaha membangunkan Aleya yang dah berada di dalam pelukan.Gelisahnya dia hanya Tuhan yang tahu.Dahlah isteri sendiri meracau-racau nama lelaki lain.

'Macam mana nie Har, Midi?'

Datuk Musthapa menanya cemas kedua-dua sahabatnya.Dalam mereka berbincang, terdengar tawa halus yang seperti ditahan-tahan.Semua mata beralih pada Aleya yang masih dipeluk oleh Aizad.

'Hahaha..hadoi.'

Selamba Aleya membuka matanya sambil ketawa menutup mulut.Bestnya dapat mengenakan diorang semua nie.Padan muka!Asyik aku jer yang kena!

'Yang..okay tak nie?'

Aizad menekap jemarinya ke dahi Aleya yang masih ketawa suka.

'Amacam semua?Pandai Aleya berlakon?Mana aci Aleya jer yang terkena?Haha...'

Semua masih memandang Aleya tanpa berkelip, masih mentafsir!Seketika kemudiannya masing-masing ketawa.

'Ada-ada jer le Leya.Buat papa takut jer.'

'Papa pun.'

'Aunt juga.'

'Carl juga.'

'Nakallah Leya nie.'

Komen demi komen Aleya terima dan dia hanya melempar peace pada semua.Pelukan di badannya membuatkan dia beralih pada Aizad.

'Ee buat abang panik jer.Nakallah sayang nie.'

'Love you, abang.By the way, terima kasih daun keladi semua, lain kali jangan tak buat lagi, okay?'

Serentak ketawa bergema lagi di banglo dua tingkat itu.Tanda bahagianya mereka-mereka yang berada di situ.Ceritera Kisah Aizad dan Aleya lengkap dengan adanya mereka yang turut melaksanakan part-part mereka.Dalam diam, Aleya memanjatkan kesyukuran pada-Nya.Genggaman tangan Aizad takkan dilepaskannya lagi.It's just the beginning of their new life!

*END*

**

hehe..at last, the end.Hanna harap ending nie akan membuatkan semua yang membaca berpuas hati.Kalau nak tahu bila papa-papa dorang nie merancang, boleh baca epi. 20.thanks atas support korang semua key...terutama adek2 manja hanna...haha...ika, afaf, zaty..and sesape yang selalu ke sini lah..

p/s : zaty still xnak kat carl kew?single n available tuh!hahahaha

9 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

epy elina said...

hohohoho....
x sngka smua hnya lkonan je...
2 la plik jg bca sblum ni....
mcm mna carl yg gaji tnggi n keje baik ada utang kat ah long...
part last 2 lawak la pula...
best2x....
akhrnya brsama jg dorng...

keSENGALan teserlah.. said...

hhaaha...
jahat taw kak hanna..
wat gimic cm gini..
suke2..

p/s-nak carl..ohh carl..meh sini meh..HAHA..

best2 kak hanna..
wat special epi plak can?ekekkekee..

❤❤sωɨт ɦɑииɑ❤❤ said...

wahahaha..zaty nie..smlm xnak kat carl..hari nie bkn maen...carl tuh akk save kan utk akk la...lolololo..hahaha..adoiii....

special epi...tgklah nnt key..akk xjnj sgt...hehehe...carl..carll...

keSENGALan teserlah.. said...

hahah...smalam tak kenal carl..
tuh yg tanak tuh..
nie da kenal..
bak kata org,tak kenal maka tak cinta gtuh..
ekekekeke..

tp carl isaac cm best je..but si juliet da sapu dulu...isk2..haha..

haikadove said...

hahahaa. lakonan semata-mata ke ?
tp besh! laen dari yg laen.
k.hanna terbaik laa! hahahaa =p

❤❤sωɨт ɦɑииɑ❤❤ said...

zaty...hehe...amboii....nak gak si isaac tuh~~hahaha..amekla...amek..kekeke..

ika...thx 4 owez b da no 1 commentor...hahah...rajen dye erk...

MaY_LiN said...

hehehe...
akhirnyaaa..

Anonymous said...

ending sebijik macam cita singapore= i do.. i do.. =)

Anonymous said...

assalamualaikum, nama saya nur, saya nak minta maaf dekat writer sebab saya pernah copy your story in this blog, tapi saya tak publish kat mana2 pun, i just did for my own sake, saya copy masuk kat m.word and baca your story, really i am so sorry. i regret for what i did, saya merayu tolong maafkan saya, kalau writer nak saya akan delete your story yang saya copy but please forgive me, saya rasa bersalah sangat2. but don't worry saya tak publish pun your karya kat mana2 tempat. again please forgive me..