Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Sunday, March 8, 2009

Ceritera Kisah Kita episod 5

Baik Aizad mahu pun Aleya berdiam diri dalam tempoh 10 minit selepas bergerak dari rumah. Aleya pun terasa tebal jer mukanya nak memandang Aizad di sebelahnya. Aizad pula tayang muka kayu dan batu nya.

‘Akar..aku tak nak kau bagitau sesiapa pasal kejadian tadi tue.’

Keras suara Aizad memberi amaran. Aleya tersentak.

‘Aok, Tuan Cakoi.’

‘Hek eleh, ingat aku nie reporter bergerak ker? Kalau setakat badan macam tiang lampu tue, sesiapa pun tak kisah punya, lainlah kalau sasa macam Malik Noor.’

Aleya menggerutu di dalam hatinya.

‘Bodoh!’

‘Hah?’

Aleya bengang.

‘Asyik-asyik kata aku bodoh, kang betul-betul bodoh, sapa nak jawab.’

Hati Aleya mendongkol geram dengan cakap main lepas Aizad. Rasa nak jer dia menembak Aizad tepat dan jitu di dahi tika ini. Aizad telah menduduki tempat pertama dalam list ‘orang yang ingin dihentamnya’..Kalaulah dia berkesempatan, dia takkan mensia-siakan peluang ‘menggaji free’ Aizad yang bongkak di tepinya.

‘Bodoh!Bodoh.’

Ditunjal-tunjal dahi Aleya yang sedang memandu.Aleya menahan kemarahan di dalam hatinya.Ditekan emergency brek, Aizad yang tak menduga terhantuk pada dashboard kereta.

‘Hahaha..padan muka.’

Aleya menahan ketawa yang mula bertamu di hatinya.Aizad memaling kepalanya memandang Aleya yang menayang muka takde perasaannya.

‘Dasar bodoh! Kalau nak membrek tue, bagitau dulu. Sakit dahi aku, bodoh.’

‘Haika, Tuan Cakoi!’

‘Kalau aku nak panggil kau Bodoh pun kau takde hak nak membantah.Bodoh!’

Aleya memandu kereta bak Mr. Bean, tersenguk-senguk macam orang yang kekurangan air gamaknya. Aizad di sebelahnya turut sama tersenguk-senguk.

‘Padan muka!’

Aleya tersengih sendiri tanpa meninggalkan kesan di wajahnya kerana harimau di sebelahnya sentiasa mencari kesilapan dirinya.

‘Ingat Akar jangan bagitau sesiapa pasal hal tadi, faham?’

Aizad menjerkah Aleya yang tekun memutar stereng kereta. Laju dan terer cilok-milok, boleh kalah teknik dia.

‘Perempuan nie semacam ada misteri di sebalik kebodohannya..apa ya?’

‘Aok, tuan Cakoi.’

Suara Aleya mengembalikan Aizad ke alam nyata.

‘Ingat tau.’

‘Ingat apa Tuan Cakoi?’

Aleya tayang muka blur dan spongebob nya.

‘Bodoh.’

Aleya senyap, lebih kepada menjana kesabaran di dalam dirinya. Begitulah tabiatnya bila dah terlampau marah, bagi mengelakkan dia menghamburkan kata-kata yang tak enak di dengar, dia akan berdiam diri.Bibirnya diketap geram.

‘Kau dengar tak nie, bodoh?’

Aleya cuma mampu menganggukan kepalanya. Aizad tersenyum angkuh.

‘Padan muka, bodoh! Dasar orang gaji!’

Aizad bercakap perlahan untuk mengelakkan Aleya mendengar ayat yang dituturkannya.Aleya yang mendengar cuma mampu menahan sabar yang kian menipis di hatinya.

‘ Ini baru hari kedua, bagaimanalah aku mampu menghadapi beberapa bulan kemudiannya..Cakoi ini betul-betul dah tahap negative tahap tertinggi akhlaknya.Sesiapa boleh tak selamatkan Leya..’

Hati Aleya merintih kecil..

**

‘Grace, ini kerani am cum despatch cum driver, nanti you ajar dia apa yang patut.’

‘What?’

Aleya menjerit di dalam hati..terkejut!

‘Aku jadi despatch juga ker?Oh, no!’

Terkulat-kulat Aleya sambil membuang pandang ke tepi, mencuba menyabarkan hatinya.

‘Hampeh kau Cakoi..ee, geramnya aku.’

Aizad memandang sekilas Aleya yang memandang ke tepi.

‘Nak protesla tue..huh!’

Baginya, kurangla sikit rasa malu di hatinya dengan free show yang ditayangkan pada Aleya pagi tadi kalau dia tak ternampak kelibat Aleya.

‘Ada bantahan apa-apa, Akar?’

‘Sikda tuan Cakoi.’

‘Hipokritnya aku sekarang nie..sakitnya jiwa kalau terus membohongi diri sendiri macam nie..’

Aleya hanya mampu melihat kelibat Aizad yang menghilang di sebalik biliknya itu.Keluhan dilepaskan.

‘Kenapa nie, takkan baru nak masuk kerja dah mengeluh Akar?’

Sapaan Grace di tepinya mengingatkan Aleya di mana dirinya tika ini.

‘Haikadove..Haika jer pun boleh.’

Aleya memperkenalkan dirinya. Grace memandang kehairanan.

‘Sounds weird, right?’

Grace tergelak kecil tanda mengiakan pertanyaan Aleya.

‘Nama pelik but orangnya tak pelik ye..’

Aleya mengusik Grace di depannya. Berharap dia mendapat tempat untuk berkeluh kesah..

‘I’m Grace..boleh ker kalau panggil amoi jer..haika tue pelik la bunyi nya..’

‘Kenapa amoi pulak?’

‘Mata amoi sedikit sepet la..mix blood ker?’

Aleya tersengih, pandai-pandai jer Grace nie..

‘A’ah..cina sesat..’

Tawa Aleya dan Grace bersatu..Aizad yang kebetulan keluar dari biliknya memandang pelik..

‘Akar…Grace takde kerja kah?’

‘Alahai, bukan main gentleman kat office..macam ada two personality pulak Cakoi nih..’

Aleya mengata di dalam hati. Grace cuma melempar senyum, dah terbiasa dengan perangai Aizad.

‘Jom amoi..’

‘Nak pergi mana pulak tue?’

Agak keras pertanyaan Aizad menyapa telinga Aleya.

‘Nak bagitau dia selok belok kerja dia la Boss..takkan nak main bola baling pulak.’

‘Nah, ambik kau Cakoi..bagus Grace!’

Aleya menahan sengih yang mula terukir di bibirnya melihat Aizad yang berlalu dengan muka masam nya..

‘Amoi, kenapa boss tue kata kau jadi despatch juga, driver lagi tue..tak sesuai betul..dia tak cermin ke amoi nie macam budak kecik jer..’

Bebelannya Grace hanya dibalas dengan senyuman.

‘Grace, boleh ker kalau kau tolong aku…’

‘What?’

Grace mula menumpukan perhatian pada Aleya yang tersenyum di depannya.

‘Jangan sampai boss tau aku pandai berbahasa Melayu…’

‘Hah?’

Grace menggaru kepalanya.Apa punya permintaan nie?’

‘Pleasee…’

‘Why?’

‘Adalah….’

Aleya menepuk lembut lengan Grace di depannya. Tersenyum, mengharapkan jawapan positif dari Grace.

‘Okayla..’

‘Thanks Grace..’

‘Kau ni semacam jer amoi…ada apa-apa ker dengan boss tue..?’

‘What?’

Segera Aleya menutup mulutnya, dek kerana terkejut, dia terjerit..

‘You know..I know maa…’

Grace mula tersengih di depan Aleya yang jelas terkejut dengan anggapan Grace tersebut. Tak masuk dek akal betul..

‘Me? Him?Not in hundred years.’

‘Not in hundred years?’

Suara yang amat dikenalpasti di belakangnya…Aleya tak mampu memandang apatah lagi berpaling….

‘Habislaaa….’

‘Akar, masuk bilik aku sekarang!’

Kerasnya bisikan di telinganya mengecutkan hati Aleya…Tak mampu menelan air liur juga rasanya tika ini..Cuma harapannya yang Aizad tak mendengar segala perbualannya tadi..kalau tak, habislah dia….

7 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

keSENGALan teserlah.. said...

ahaa....
kan da kantoi..
si cakoi nieh plak ske mengendap orng..
xbaek sungguh..
heheehe..
ske2..
smbung2..

Miss Kira said...

hmmm..aizad tu x perasan ke leya pggl nma dia x butul..uat derk je..

Anonymous said...

ahaha..
best aa.
pat kak hanna, sambung.
:))

haikadove said...

alaa.. xnk laa kantoi..
cpt sgt nieh..
heheheee xp

Anonymous said...

wahaha..
sbr tol akar ni
kalo aku ler
aku lipat trus tgn cakoi mase dia tunjal2 pale
ingt xbyr zakat ke
huhu
smbg lg ye ^_^

-che na-

ceritaku MEMORIKU said...

hakhakhak.
amoi.comey je.
smbung2
-na'dz

Bie Hassan said...

kantoi...hehe...
sambung ag ek...