Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Monday, December 29, 2008

Warna Cinta Kita episod 6

'Hai guys!'

Nasha menyapa dengan aksi gediknya.Tidak sanggup Suzana hendak memandang lama.Pakai tak cukup kain ker apa!

'Sana sini muka opera ni juga yang tersembul.'

Pedas sindiran Zahid menyebabkan air muka Nasha berubah terus.

'Zahid,you ni melampau.'

'So,jangan menyemak kat meja kitorang nie la.Tak berselera pula nak makan.'

Suzana tersenyum-senyum kambing.

'Zam,makwe baru ker?Bad taste la you nie.'

Nasha masih menggedik walaupun selalu kena 'berus' Zahid.

'Oit,minah tak cukup kain,jangan pandai-pandai mengata kawan aku tau.'

Suzana sudah berdiri menahan marahnya.Pantang sungguh dia kalau Farina yang diperkotak-katikkan.Zahid menopang dagu memandang Suzana yang bersemangat memarahi Nasha.Padan muka,Nasha!

'Entah apa class kawan kau nie?Kampung jer aku tengok.'

'Kampung pun kampunglah yang kau sibuk pehal.Apa Malaysia dah sengkek kain-kain ker sampai kau tak cukup kain nak pakai.Kalau kau nak alas meja kitorang nie,sile ye.Apa kata orang..'

Suzana menggaru-garu kepalanya,terlupa peribahasa yang nak diguna.

'Kecil tapak tangan,dataran merdeka kami tadahkan.'

Zahid menambah.Suzana mengukir senyum tanda terima kasih.Tiba-tiba..

'Honey,kenapa nie?'

Watak mana lagi nie dengus Suzana geram.Nak makan pun susah juga ker.Mukanya dipaling ke luar restaurant tersebut.Menyampah!

'Ling,minah nie mengata honey macam-macam..'

Alahai,berbulunya hati aku ni dengar,Suzana membebel.Orang lain pun ada pakwe tapi taklah macam nie.Huh!

'Cik,apahal nie?'

Kasar suara tersebut menanya Suzana yang masih tak memandangnya.

'Apa?Tanya lah makwe tak cukup kain awak tue.Opps..Encik Idham yang amat dihormati,betapa sempurna nya makwe awak tue.Bila majlis pertunangan berlangsung?Kenalkan kawan-kawan saya yang nak menumpang glamour kat majlis awak nanti.Zahid Fikri,Zamri Iskandar dan saya sendiri,Suzana Alisya.Dan saya takkan pernah terlupa memperkenalkan bestfriend saya nie,Intan Farina.Kita orang ni nak makan free,almaklumlah kami nie tak cukup duit nak beli sendiri.'

Panjang lebar balasan Suzana menyebabkan muka Idham mahu pun Nasha semakin tebal.

'Honey,jangan dilayan orang gila nie.'

Nasha memaut lengan Idham yang seakan terpaku memandang 'perempuan kampung' itu.Ina?

'Tahniah Sue.Berbakat kau nie jadi lawyer rasanya.'

Zahid memandang kagum.

'Tapi terloyar buruklah pulak.'

Farina mendiamkan diri.Idham?Huh,dasar lelaki!

'Korang kenal ke mamat tue?'

Zamri bertanya.Suzana dipandang lama,inginkan jawapan.

'Tanya Ina.'

'Ina?'

Farina tersentak.

'Old story.'

'Dasar lelaki hipokrit.Nak jer aku luku tadi.Biar benjol macam kepala Sin Chan bila diketuk mamanya.'

Zahid dan Zamri ketawa lagi.Suzana dalam dia marah-marah boleh pulak menyelitkan lawak.

'Minat Sin Chan ker Sue?'

Zahid sengaja menempah bala.Dahla Suzana memang angin selepas kes Idham tadi.Dia memang dah blacklist nama Idham dalam kamus hidupnya kerana menyebabkan kawan baiknya menderita.

'Soalan budak tadika betul.Aku luku karang.'

Dijelingnya Zahid namun jelingan itu membekas ke dalam hati si penerimanya.Dinner mereka menjadi hambar gara-gara kemunculan Nasha dan 'Idham Hipokrit' itu.Kan dah dapat nama free,Suzana tersengih tanpa sedar ada yang memerhatinya dari tepi.Zamri memijak kaki abangnya yang leka memandang Suzana.Nak menempah bala betul..Kot ye pun nak usha,tunggulah angin dia sejuk...

4 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

Anonymous said...

konichiwa,
sweetnya cite nie, jarang ada org guna watak gadis buta dlm novel @cerpen,tak sabar nak baca , cepatler upload cite nie, chayok 2X

ecah hamzah said...

so suweet.....
nk next n3 lg......
hehe
ske sgt watak sue.....

the sedow geng said...

har3!
besh r cter niex...
dh b'mint tuhs...
usha jgn x usha!!
muahaha~
tp...kna bto0l tyming la..
ekekeke..

Anonymous said...

aku luku karang...
hehehee..
ske2...
~zatie~