Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Tuesday, February 3, 2009

Warna Cinta Kita episod 21


Sudah beberapa hari Suzana membuat ‘silent treatment’ dengan Zahid.Dalam pada itu, dia tidak dapat menafikan betapa dia merinduinya buah hatinya itu. Rindu dengan karenahnya, tingkahnya yang bersahaja dan ada saja lawak yang membuat dia teringin bertemu tapi hatinya membangkang.Suzana mengeluh lagi.

Deringan handset yang menggamit tangan untuk menjawab panggillan tersebut. Ragu-ragu ingin menjawab panggilan ‘honey’ nya itu tapi sampai bila dia hendak begini.

‘Sayang,please…say something.Sayang..’

Zahid merayu – rayu bila tiada suara di hujung talian walaupun panggilan nya telah disambungkan.

‘I’m sorry sayang.Ayid tak bermaksud nak..’

‘Kita jumpa kat tempat biasa.Ajak Zam sekali.’

Suzana memintas ayat Zahid, berusaha untuk tidak menunjukkan betapa dia merindui Zahid.Diketap bibirnya demi menyembunyikan rahsia hatinya.Biarlah dia mengalah dan mendengar penjelasan tertunggak mereka. Mungkin ada baiknya untuk mereka berempat. Mungkin ada hikmahnya semua ini..mungkin juga permulaan baru buat mereka.Siapa tahu kan?

‘Ina, kalaulah Ina tahu?’

Suzana tak sanggup memikirkan reaksi Farina kalau mengetahui semua ini.Dia yang selalu selamba jer pun terkejut sampai nak ting tong ..ala pengsan yang ada bulan bintang tue.Hehe..Apatah lagi Farina yang lemah hati tue. Tak dapat dia nak bayangkan sambil tersengih sendiri.

‘Thanks sayang.Jumpa kat sana.Sayang, nak Ayid ambik tak?’

Zahid masih mencuba mengambil hati Suzana yang masih dingin dengannya.

‘Takpelah, jumpa kat sana.’

Talian diputuskan setelah salam diberi.Suzana memandang lelangit biliknya.Mencuba untuk berfikir rasionalnya semua ini.Merumitkan!

**
Agak lama juga Suzana berdiam diri dengan penjelasan Zahid dan Zamri yang bertentangan duduk dengannya.Dia cuba untuk tidak emosional.

‘Kenapa harus merahsiakan semua ini?Dah berapa lama kita kenal Ayid, Zam sampai tak terfikir juga nak berterus-terang ker?Masih tak percaya dengan kitorang ker?’

‘Bukan macam tu sayang..Ayid tak nak kekayaan dan nama papa yang digunakan dalam perhubungan kita.Biarlah Sue mengenali Ayid sebagaimana Ayid sekarang, status Ayid tak penting.Ayid nak Sue menerima diri Ayid seadanya tanpa ada sesiapa yang akan menganggu.’

‘A’ah Sue..Zam pun tak nak pula kalau kita yang jadi main topic majalah.Glamer tue..’

Zamri cuba bergurau memandangkan meja mereka masih dalam tahap dingin beku Suzana.

‘Jadi, berapa markah untuk Sue dan Ina?’

Suzana menanya dalam menahan tawanya yang hampir meletus melihat wajah Zahid dan Zamri yang jelas masih menganggapnya marah seperti mana dia meninggalkan diorang hari itu.

‘Markah?’

Zahid bertanya pelik..Zamri memandang tepat Suzana di depan mereka yang masih dengan muka seriusnya.

Apa punya bakal kakak ipar nie?Senyum pun tak reti ker?

Sue dengar yer Zam..Bakal kakak ipar?Best gak tue..balas Suzana dengan suara hatinya.

‘Sayang..Ayid sedar sayang dan Ina ikhlas nak berkawan dengan Ayid dan Zam dari dulu pun..No need to calculate how many marks should be given. Ayid know the way you are,my dear.Dahlah tue sayang,Ayid tau sayang tahan gelak dari tadi tue.Gelak jer la,Ayid tak marah punye.Suka tue adalah.’

Zahid mengenyit matanya pada Suzana yang mula tergelak kecil. Memang tak boleh kelentong pakwe aku nie, tahu-tahu jer lakonan tak menjadi aku tue.

‘See…berapa lama la sayang nak tahan gelak tue.Bukan Ayid tak tahu pun. Ayid dah masak dengan perangai sayang tue.’

Zamri hanya tersengih melihat pasangan bahagia di depannya itu. Seketika teringatkan gadis yang mendapat tempat di hatinya.Apa khabar dia sekarang?Masih begitukah dia atau makin kurus?

‘Zam..nak bagitau Ina ker?’

Suara Suzana menyebabkan Zamri tersedar.Dipandangnya abangnya dan Suzana yang menantikan jawapan darinya.Dikuis rambut depannya ke belakang, sekadar mengusir kegelisahan di hati.

‘Zam rasa tak payah dululah bagitau dia.’

‘Why?’

Suzana menanya hairan.Zahid hanya mendengar.

‘Adalah wahai my would be sister in law.’

Zamri tayang sengih melihat muncung bibir Suzana.

‘Zam, ada plan apa-apa ker?’

‘Zam nak abang dan Sue tolong Zam ya?’

Bersinar mata Zamri memandang Suzana dan Zahid mengharapkan jawapan positif daripada mereka.

‘Macam mana sayang?Nak tolong tak?’

‘Tak tau la Ayid..Kalau tak nak tolong, agak-agaknya ada tak yang menangis nanti.’

Suzana mengusik Zamri yang jelas kelihatan tak sabar dengan jawapan mereka.

‘Pleasee…’

Anggukan Zahid dan Suzana disambut girang oleh Zamri. Seketika dia memberitahu planning nya.Zahid bersetuju dengan adiknya itu.

‘Zam, confirm ke nak macam tue.Kalau dia lari macam Sue hari tue, parah tau.’

‘Well, Zam dah masaklah dengan perangai dia.’

‘Masak apa?Masak telur setengah masak?’

‘Luku karang!’

Bahagianya Suzana dengan warna-warni cinta yang mengelilingi hidupnya.Dan dia berharap Farina akan merasai saat dan masa ini juga, bahagia selamanya.

3 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε:

noorhayaty85 said...

smbng lh lagi..x sbr nk tahu...

keSENGALan teserlah.. said...

ngeeee..
ske bangat niehg kak hanna..
nk lgi,,nk lgi..

ecah hamzah said...

sweet sgt couple zamri n suzana....