Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Tuesday, December 30, 2008

Warna Cinta Kita episod 7

Zahid tersengih-sengih sendirian bila teringat masa dia dan adiknya berpisah dengan Farina dan Suzana selepas habis dinner minggu lepas.Belum pernah ada gadis serupa perangai gila-gila dan selamba Suzana.Farina baginya terlampau cool..diam dan mencelah bila perlu.Sesuai sangat dengan Zamri yang selalu memendam perasaan tue.Terbayang di kepalanya kejadian dia dikenakan oleh Suzana.

'Kata nama panjang Suzana jer..ni Alisya tue muncul dari mana?'

Memang dia sengaja menjolok sarang tebuan.Suzana memberhentikan langkahnya.Farina juga begitu.

'Suzana Alisya nama panjang,puas hati?Cekadak betul.'

Suzana sudah mula memasamkan mukanya.Zahid tergelak.

'Ala comelnya muka dia masam..macam asamboi jer.'

Suzana mengigit bibir tanda dia geram tahap bakal memuntahkan lavanya.Dia melangkah mendekati Zahid dan tak sampai dua inci pun jarak antara mereka.Zahid memandang dengan tanda tanya.Dia tak dapat meneka apa di dalam kepala Suzana yang mula tersenyum kepadanya malah amat manis sekali.

'Arghh..'

Zahid menjerit kuat.Sungguh dia tidak menyangka tindakan tidak terjangkau dek akalnya itu.Suzana ketawa riang dan segera menarik Farina menuju keretanya.Kereta dihidupkan dan ketika melintas Zamri dan dia yang masih mengurut-urut kakinya,Suzana menjelir lidah seperti budak-budak lagaknya.Zahid memandang geram sedangkan Zamri ketawa terbahak-bahak.

'Senyum memanjang jer...ingatkan Cik Muka Opera ker?'

Zamri mengusik Zahid yang melayang fikirannya.

'Takde maknanya.Apa kes nak kat minah tak cukup kain tue?'

'Aik...copycat ayat Sue nampak.'

'Mana ada.'

'Ala,orang tutup mulutlah.'

Kemudian,mereka saling melayan fikiran masing-masing,tenang angin petang dapat melegakan otak yang penat bekerja.

*************************************************

'Ina,kalau Zam nak offer sesuatu nak tak?'

Zamri menatap wajah Farina di sebelahnya.Farina hanya mendiamkan diri dan berfikir apa yang akan ditawarkan Zamri padanya.

'Tengoklah pada keadaan..'

Ada baiknya Farina tidak melihat bagi Zamri.Dengan itu,dia dapat selalu memerhatikan wajah lembut tapi menyimpan seribu rahsia di dalamnya.Dia ingin dan teringin mengetahui apa kaitan lelaki yang bernama Idham dalam hidup Farina.

'Sebelum tue,boleh Zam tanya sesuatu tak?Idham tue siapa?'

Farina masih mendiamkan dirinya.Seakan nak tak nak jer menjawab pertanyaannya.

'Idham?Kalau boleh Ina tak nak menyebut pasal dia mahupun nama dia lagi.Dia bukan sesiapa pada Ina,maybe hanya sejarah lama yang tak mungkin akan berulang.'

Ada ketegasan pada nada Farina.Zamri mulai faham,mungkin ada kisah antara mereka.Biarlah..

'Ok,Zam faham.Zam janji takkan tanya or ask or sebut lagi.'

Farina tergelak kecil.Sejenak Zamri memandang dan bibirnya menguntum senyum.

'Oh ya,apa tawaran Zam tue?'

'Zam nak pinang Ina.'

Farina tersentak,Zamri menutup mulutnya yang terlepas cakap.Ditepuk dahinya.

'Sorry Ina,Zam nak tawarkan..'

Percakapan Zamri terhenti bila handsetnya menjerit-jerit minta diangkat.Farina masih menanti apa sebenarnya yang ingin disebut oleh Zamri.

Monday, December 29, 2008

Warna Cinta Kita episod 6

'Hai guys!'

Nasha menyapa dengan aksi gediknya.Tidak sanggup Suzana hendak memandang lama.Pakai tak cukup kain ker apa!

'Sana sini muka opera ni juga yang tersembul.'

Pedas sindiran Zahid menyebabkan air muka Nasha berubah terus.

'Zahid,you ni melampau.'

'So,jangan menyemak kat meja kitorang nie la.Tak berselera pula nak makan.'

Suzana tersenyum-senyum kambing.

'Zam,makwe baru ker?Bad taste la you nie.'

Nasha masih menggedik walaupun selalu kena 'berus' Zahid.

'Oit,minah tak cukup kain,jangan pandai-pandai mengata kawan aku tau.'

Suzana sudah berdiri menahan marahnya.Pantang sungguh dia kalau Farina yang diperkotak-katikkan.Zahid menopang dagu memandang Suzana yang bersemangat memarahi Nasha.Padan muka,Nasha!

'Entah apa class kawan kau nie?Kampung jer aku tengok.'

'Kampung pun kampunglah yang kau sibuk pehal.Apa Malaysia dah sengkek kain-kain ker sampai kau tak cukup kain nak pakai.Kalau kau nak alas meja kitorang nie,sile ye.Apa kata orang..'

Suzana menggaru-garu kepalanya,terlupa peribahasa yang nak diguna.

'Kecil tapak tangan,dataran merdeka kami tadahkan.'

Zahid menambah.Suzana mengukir senyum tanda terima kasih.Tiba-tiba..

'Honey,kenapa nie?'

Watak mana lagi nie dengus Suzana geram.Nak makan pun susah juga ker.Mukanya dipaling ke luar restaurant tersebut.Menyampah!

'Ling,minah nie mengata honey macam-macam..'

Alahai,berbulunya hati aku ni dengar,Suzana membebel.Orang lain pun ada pakwe tapi taklah macam nie.Huh!

'Cik,apahal nie?'

Kasar suara tersebut menanya Suzana yang masih tak memandangnya.

'Apa?Tanya lah makwe tak cukup kain awak tue.Opps..Encik Idham yang amat dihormati,betapa sempurna nya makwe awak tue.Bila majlis pertunangan berlangsung?Kenalkan kawan-kawan saya yang nak menumpang glamour kat majlis awak nanti.Zahid Fikri,Zamri Iskandar dan saya sendiri,Suzana Alisya.Dan saya takkan pernah terlupa memperkenalkan bestfriend saya nie,Intan Farina.Kita orang ni nak makan free,almaklumlah kami nie tak cukup duit nak beli sendiri.'

Panjang lebar balasan Suzana menyebabkan muka Idham mahu pun Nasha semakin tebal.

'Honey,jangan dilayan orang gila nie.'

Nasha memaut lengan Idham yang seakan terpaku memandang 'perempuan kampung' itu.Ina?

'Tahniah Sue.Berbakat kau nie jadi lawyer rasanya.'

Zahid memandang kagum.

'Tapi terloyar buruklah pulak.'

Farina mendiamkan diri.Idham?Huh,dasar lelaki!

'Korang kenal ke mamat tue?'

Zamri bertanya.Suzana dipandang lama,inginkan jawapan.

'Tanya Ina.'

'Ina?'

Farina tersentak.

'Old story.'

'Dasar lelaki hipokrit.Nak jer aku luku tadi.Biar benjol macam kepala Sin Chan bila diketuk mamanya.'

Zahid dan Zamri ketawa lagi.Suzana dalam dia marah-marah boleh pulak menyelitkan lawak.

'Minat Sin Chan ker Sue?'

Zahid sengaja menempah bala.Dahla Suzana memang angin selepas kes Idham tadi.Dia memang dah blacklist nama Idham dalam kamus hidupnya kerana menyebabkan kawan baiknya menderita.

'Soalan budak tadika betul.Aku luku karang.'

Dijelingnya Zahid namun jelingan itu membekas ke dalam hati si penerimanya.Dinner mereka menjadi hambar gara-gara kemunculan Nasha dan 'Idham Hipokrit' itu.Kan dah dapat nama free,Suzana tersengih tanpa sedar ada yang memerhatinya dari tepi.Zamri memijak kaki abangnya yang leka memandang Suzana.Nak menempah bala betul..Kot ye pun nak usha,tunggulah angin dia sejuk...

Warna Cinta Kita episod 5

Kepulangan Zamri dari bercuti menimbulkan tanda tanya di kepala Zahid.Asyik tersenyum memanjang jer..Tengok tv,basuh kereta,cuci pinggan sendiri,semuanya disertai dengan senyuman.

'Oit!'

Sergahan Zahid mematikan senyuman Zamri.Dipandang tajam Zahid yang menyengih.

'Abang peliklah.'

'Why?'

'Sejak balik bercuti,Zam asyik senyum sampai telinga jer.Apa Zam kat Langkawi tue menyertai kempen senyum sedunia ker?'

Membuntang mata Zamri memandang abangnya.

'Ade ker kempen senyum sedunia?Memandai jer.Luku karang!'

Lantas Zamri tersenyum lagi.Perkataan mengingatkannya pada Farina dan Suzana.

'See..senyum lagi..Curious abang nie tau.'

'Okay,Zam nak share la nie but promise,jangan try nak gelak.'

'Ingat tak gadis yang Zam jumpa waktu kita lepak kat taman tue.Zam jumpa dia lagi kat Langkawi dengan kawan dia.'

'Ada jodohla nie.'

'Pastu kitorang borak-borak dan jadi kawan.Tapi..'

'Tapi apa?'

'Tak reti sabar betul.'

Minuman di depannya dihirup perlahan.Ahh,nikmatnya.

'Dia tak dapat melihat.'

'What?Buta ker?'

'Kan lebih sedap didengar tak dapat melihat,jangan nak sebut buta lagi tau.'

'Back up nampak.'

'Kalau abang borak-borak dengan dia,abang tak sangka dia tak dapat melihat.Dia tahu semua isu-isu semasa,boleh berbahas lagi tue.'

'Sound interesting.'

'Bila nak kenalkan dengan abang?Abang pun nak join jadi kamceng.'

'Kita pergi dinner sama nak tak tak bang?'

'Orait.'

**********************************************

Deringan telefon rumahnya berbunyi buat kali kedua,Farina teraba-raba untuk menyambut panggilan tersebut,manalah tau emergency case ker..Salam dihulurkan dibalas oleh suara di hujung sana.

'Ina,malam nanti ada temujanji apa-apa tak?'

'Takde rasanya la Zam.Kenapa?'

'Zam ingat nak ajak Ina dan Sue dinner sama lah.'

Farina cuba mempertimbangkan baik buruknya menerima pelawaan Zamri.

'Zam,tak malu ker dinner ngan Ina?Yelah,Ina kan macam nie...'

Suara Farina jelas sayu di pendengaran Zamri.

'Laa..kalau malu,takdelah Zam nak ajak tau.Cepat sementara tawaran masih terbuka.'

Zamri mengusik Farina untuk mengembalikan keceriaan antara mereka.

'Ok.Nanti Ina call Sue.Jumpa kat mana?'

'Restaurant Bologsene.'

**********************************************

Akhirnya Farina dan Suzana sampai juga ke Restaurant Bologsene.Suzana sudah menayang muka cemberutnya.Dah berapa kali dia berpusing mencari nama resturant tersebut.Naik lenguhla jugak memutar stereng keretanya.

Dilihat Zamri melambai-lambai tangannya.Segera tangan Farina ditariknya ke meja tersebut.Sasarannya hanya Zamri.Siap kau,Zam!!

'Zam,kenapalah kau tak bagitau nama restaurant yang lebih canggih dari nie haa..Naik kematu tangan aku nie drive tau tak..Otak dah berpusing cam roller coaster pusing-pusing cari tempat nie..Padahal terperuk kat sini.Apalah kau nie?'

Suzana menarik nafasnya selepas 'memberus' Zamri yang terkelip-kelip di depannya.Aik,ada member ker?Malunye!Spontan mukanya yang putih bersih memerah.

'Dah tarik nafas ke Sue?'

Zamri menahan gelak.Zahid menahan sengih.

'Ala,kalau nak ketawa tue,silakan ye cik abang berdua.'

Ayat selamba Suzana mengundang gelak Zahid dan Zamri.Poyo jer minah nie,bisik hati Zahid.Boleh tahan!

'Sue,Ina,ini abang aku,Zahid Fikri.Nama pendek Zahid.'

'Hai,Sue.Nama panjang Suzana.Ina.Nama panjang dia Farinaaaaaaaaaaa.'

Sengaja Suzana memanjangkan sebutan nama Ina di depan dua beradik yang asyik tersengih dari tadi.Sempoi dan lawak Sue nie,boleh kalah aku kalau cam nie,monolog Zahid.

'Sue ni pandailah nak kenakan Ina.'

Gemersik suara Farina menyebabkan tiga pasang mata memandangnya.Dia seperti dapat merasakannya.

'Err..Zam tak nak pelawa kita duduk ker?'

Zamri tergelak kecil.Asyik bersembang sampai terlupa mempelawa Farina dan Suzana duduk.

'Sorry Ina.Duduklah.Ini Sue punya pasal la.'

Dijegilnya mata memandang Suzana yang duduk bersebelahan Zahid.

'Lalalala..aku tak nampak pun.'

Zahid tak dapat menahan hati melihat keselambaan Suzana.

Menarik,getus hatinya.

Baru kau tahu,balas Suzana di dalam hati.

Seketika mereka seperti berbicara dengan hati.

'Ina?'

Zahid dan Suzana serentak memandang Zamri yang menayang giginya.

'Hemm.'

'Agak-agaknya abang aku dan bestfriend kau nie sepadan tak?'

'What?'

Serentak Zahid dan Suzana bertanya.

Huh,copycat!Suzana mengutuk di dalam hati.

Kaulah,balas Zahid.

'Sepadan.'

Suara Farina menyebabkan Zahid dan Suzana serentak menjawab lagi.Kebetulan sungguh!

'A'ah..sama suka lepas cakap,skala hot temper petala kelima..'

'Tapi baik hati dan penyayang.'

Balas Ina walaupun dia dan Zamri tidak bersedia apa-apa untuk mengusik Zahid dan Suzana.Dia sekadar mengikut tempo yang digubah oleh Zamri.

Kebetulan waiter datang bertanyakan order.

'Sayang.'Suara Zahid membelah suasana pula.

'Ye,darling.'Suzana membalas seperti mereka benar-benar couple.

'Abang tengok pasangan depan kita nie sesuai jer..macam pantai dan laut jer.'

Suzana hampir tergelak mendengar perumpamaan Zahid.

'Betul tue honey bak pinang dibelah 10 jer ayang tengok..'

'Luku karang.'

Meja mereka dihiasi oleh gelak ketawa dan gurau senda.Tiba-tiba...

Warna Cinta Kita episod 4

Zamri Iskandar masih lagi sibuk meneliti fail-fail penting syarikatnya.Masa berlalu tidak terasa.Ketukan di pintu pejabatnya mengejutkan dirinya.Terjengul wajah abangnya di situ.

'Zam,dahlah buat kerja tue.Abang lapar nie tau.'

'Abang memang tak fikir lain.Tolak batu dan kayu saja kan?'

Zahid meluku kepala Zamri yang tersengih.Begitulah mereka berdua.Gurauan yang tiada batasnya.Dialah adik,dialah teman,dialah sahabat.

'Well you know me,bro.'

'Jomlah,Zam.Perut abang dah menyanyi lagu 'Negaraku' dah nie.Cuba dengar?'

Zamri ketawa dengan gelagat Zahid yang tua dua tahun darinya.Tapi perangai..childish ya amat!!Perlahan dua beradik tersebut menuju ke Restaurant Seri Melayu yang bertentangan dengan syarikat mereka.

Baik Zahid mahupun Zamri,mereka lebih senang menjalani hidup seperti orang biasa.Tiada siapa yang mengetahui mereka adalah anak Dato' Imran yang merupakan antara businessman yang berjaya di Malaysia.Hanya teman rapat sahaja mengetahui identiti sebenar Zahid dan Zamri.

'Uih,banyaknya abang ambik.'

Sengaja Zamri mengusik Zahid yang kelihatannya benar-benar lapar.

'Abang bayar tau.Takde free-free nie.'

'So,lunch nie abang yang treat erk?'

Zamri menayang sengihnya.Zahid baru berkira-kira hendak meluku kepala adiknya bila ada suara menyapa telinga mereka.

'Honey,tadi you kata busy tapi boleh pula lunch kat sini dengan abang you.'

Nasha dengan suara mengadanya itu cukup menjengkelkan hati Zamri dan Zahid.

'Tak sangka pula aku ada orang tue tak tau malu,dah terang-terang ditolak,nak juga tayang muka opera tue kat sini.'

Zahid menutur selamba kerana dia tahu Zamri bukan jenis lepas cakap macamnya.Semua disimpan di dalam hati.

'Muka opera?How dare you Zahid?'

Merah muka Nasha menahan amarahnya.Ingin ditelan Zahid yang selamba menyuap makanannya tanpa memandang dirinya.

'Siapa makan cili,terasa pedasnya,ya tak?'

Sedas lagi dihamburkan untuk Nasha yang gedik di depannya.Zamri menayang muka kayu sedangkan di dalam hatinya tergelak melihat pertikaman lidah antara Nasha dan Zahid.

'You...'

'Blahla,muka opera sebelum aku hilang selera tengok muka kau tue.'

Zahid masih menekuni pinggan makanannya seolah takut hilang makanannya itu dicuri.Nasha tidak menunggu lama dan menghentak-hentak kakinya tanda kegeraman.

'Salute lah,bro.'

'See the leg la.'

'Abang,Zam rasa abang dan Nasha tue cam ada jodoh jer.'

'Burrrr...'

Tersedak Zahid mendengar ayat yang keluar dari mulut Zamri dan dia tak dapat menahan gelak apabila melihat muka Zamri yang terlekat nasi.

'Kot ye pun nak menyembur,berpada-padalah bang.Main hentam jer.'

'Sapa suruh Zam mengarut time abang makan.'

'Orang kata...mula-mula benci tapi lama-lama sayang.Zam tak dapat bayangkan kalau Nasha yang menjadi kakak ipar Zam.'

'Dah cukup?'

Dipandang tajam adiknya yang tersengih seperti kerang busuk itu.

'Opps..orang dah takut nie.Menggigil sampai ke tulang sumsum.'

Zahid akhirnya tergelak dengan telatah adiknya.Tak habis-habis..Nasha?Huh...tak ingin...

'Abang,Zam rasa nak bercutilah hujung minggu ni.Tensen kepala menghadap kerja yang tak pernah habis.'

Zahid memandang Zamri dengan rasa sayang.Hanya Zamrilah yang selalu menyokong apa saja tindakannya.

'Orait.Zam nak pergi mana?'

'Pulau Langkawi.'

*************************************************

'Ina,apa kata kalau kita bercuti,nak tak?Lagipun aku masih dalam on leave nie.'

Suzana memandang Farina yang masih sibuk menyiram bunga-bunga di taman mini Puan Karuni.

'Ina,kau dengar tak nie?'

'Aku tak menyusahkan kau ke nanti Sue?'

'Laa..apa susahnya.Kalau susah takde aku nak pelawa kau tau.'

'Kalau macam tue,bila nak pergi?'

'Hujung minggu nie?'

'Hemm.'

*************************************************

Farina duduk di atas pasir sambil menikmati angin petang yang mendamaikan.Tongkatnya diletakkan di tepi.Lama rasanya dia dah tak bercuti macam nie,mungkin sejak dia tak dapat melihat.Tangannya bermain-main dengan pasir yang terasa lembut.

Suzana yang keletihan memandu tertidur di chalet.Sengaja Farina tidak membangunkan Suzana,kesian dia terpaksa berkepit dengan aku nie.Bila dah susah macam nie,baru Farina sedar siapa kawan susah senang dan siapa yang perlukannya di kala senang sahaja.

Kepalanya didongakkan ke langit.Lama.Seperti begitu akan memberinya secebis harapan untuk menruskan hidup ini tanpa pernah menyesali apa yang berlaku.

Zamri sekadar bersandar di beranda chalet nya menikmati angin petang,tiba-tiba pandangan nya tertancap pada sesusuk tubuh yang mendongak ke langit.Dipandang lama.Eh,bukankah itu?

Diatur langkahnya menghampiri si gadis.

'Assalamualaikum.'

Salamnya dijawab.Kali ini Zamri tidak terkilan bila gadis tersebut tidak memandangnya.

'Boleh join tak?'

Farina sekadar mengangguk.Rasanya dia pernah mendengar suara ini.Cuba diingati tapi dia terlupa.

'Saya Zamri.Hari tu kita terjumpa kat taman,ingat tak?'

Baru Farina teringat.Dia tersenyum,Zamri yang melihat turut sama menguntum senyum.Manis kata hatinya.

'Ina.'

'Ina?Nama panjang?'

Farina tergelak kecil namun tangannya pantas menutup mulutnya.Zamri memerhati gelagat gadis di sebelahnya.Jarang rasanya kawan perempuannya menutup mulut ketika ketawa.

'Farina.'

'Zamri Iskandar.'

Kerut dahi Farina mengundang ketawa Zamri.

'Itu nama panjang saya tapi panggil jer Zam.'

Sedikit sebanyak Farina mulai senang berbual dengan Zamri.Bersahaja dan ada sense of humor.

'Ina,sorang jer ke?'

'Tak.Sue tidur.'

'Kawan hari tue?'

'Yup.'

Tak terasa,dari satu topik meleret ke satu topik,Zamri senang dengan Farina.Walaupun tidak dapat melihat tapi Farina tetap pandai berbahas dengannya.Macam Farina dapat melihat sebenarnya.

'Ina,kat sini kau rupanya.Aku ingatkan kau sesat ke apa tadi.'

Suzana sudah berleter bak mak nenek tanpa menyedari ada jejaka yang menemani Farina.

'Sorrylah wahai mak nenek.'

'Kau ni,aku luku karang.'

Ketawa Zamri meletus.Suzana mengalih pandang.Handsome!

'Tak sangka pula korang pun guna ayat 'luku' coz Zam dengan abang pun selalu macam tue.'

'Sue,ini Zam.Zam, inilah Sue atau nama panjang Suzana.'

Serentak ketawa menyelubungi mereka.Disitulah bermulanya perkenalan kepada persahabatan mereka..

Sunday, December 28, 2008

Warna Cinta Kita episod 3

Pagi itu, Suzana terbangun dan memandang jam di tangannya.Mujurlah dia 'cuti', so tak mengerjakan suruhan-Nya.Dipandang sebelahnya sudah kosong, bermakna Farina telah turun ke tingkat bawah la tue. Rumah Farina umpama rumah kedua bagi Suzana. Setelah kemalangan yang menyebabkan Farina buta,Suzana banyak meghabiskan masanya bersama Farina.

'Ina..'sergah Suzana di telinga Farina yang kelihatan termenung di kerusi rehat di depan rumahnya.

'Ish,Sue nie.'

Spontan tangan Farina melekap di dadanya,mungkin cuba mengatur kembali aturan nafasnya.

'Itulah kata orang dulu-dulu tak baik termenung tau.'

Suzana mengambil tempat duduk di sebelah Farina.Perlahan diusapnya tangan sahabatnya itu lembut,ingin mengalirkan ketenangan mungkin.Dia tahu tak mungkin Farina dapat melupakan peristiwa semalam dengan serta merta.

'Kenapa?'

'Sue nak bagi Ina kekuatan yang ada kat diri Sue nie haa..bukan senang Sue nak bagi free-free tau.'Usik Suzana.

Farina tertawa lepas.Suzana tersenyum senang. Dia tak nak menambahkan lagi beban derita di hati Farina.Dalam hatinya berdoa moga akan ada penderma mata untuk Farina tak lama lagi.Saban hari dia dan Farina menanti panggilan dari pihak hospital kalau-kalau ada yang sudi menderma mata.

'Banyaklah Sue punye kekuatan.'

'Ish,mak cik nie..tak bersyukur betul..Nah,amik kau.'

Diketip sayang lengan Farina.Ketawa mereka bersatu lagi.Kelihatan kereta Encik Nazrin memasuki garaj rumah mereka.

'Abah ngan umi ker Sue?'

'A'ah'.

'Ina,Sue,buat apa duduk sini.Mari masuk dalam.'

Puan Karuni memimpin Farina dan dibantu oleh Suzana.Mereka seiring melangkah ke dalam rumah.Seketika Suzana dan Farina bersendirian di ruang rehat dan bergurau-senda.Tak lama kemudian, Puan Karuni dan Encik Nazrin menyertai mereka.Suzana dapat melihat ada ketegangan dan kesayuan di wajah keduanya.

'Ina,abah dan umi ada nak bagitau nie.Umi harap Ina bersabar banyak-banyak.Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.'

Puan Karuni menahan sebak di dalam dadanya,berita yang diterimanya dari mulut bakal besan tak menjadi nya rupanya berita yang amat melukakan hati tuanya.Puan Amirah mengatakan pertunangan antara Idham dan Farina tak jadi dilangsungkan.Dia ada calon menantu yang sesuai dan sempurna katanya.Angkuh!Ingin dihempuknya kepala Puan Amirah yang berlagak itu kalau tak menahan diri tadi.

'Apa Umi?'

'Begini Ina, Puan Amirah ada berjumpa ngan umi dan abah dan ..'

'Putuskan majlis pertunangan dengan anak tak bertanggungjawab dia tue.Tak payah nak putuskan sedangkan majlis tue belum jadi lagi pun.'

Kata-kata Puan Karuni segera dipintas oleh Farina.Suzana melontar senyum sumbang.Encik Nazrin kaku tak bersuara.

'Macam mana Ina tahu ni?Sue?'

'Sebenarnya umi, semalam si Idham tu dah bagitau keputusan dia kat Ina.'

Puan Karuni segera memeluk Farina.Kesiannya dirimu wahai anakku,umi tersilap menilai siapakah Idham sebenarnya dahulu..Diusapnya penuh kasih sayang.

'Umi,Ina tak apa-apa,jangan risau,Ina dah ada tulang belakang yang selalu di sisi Ina.'

'Siapa?'

'Miss Suzana kepoh.'

Farina ketawa lepas.Cuba untuk mengusir air matanya yang mengalir di taman hatinya. Kepedihannya kian terasa.Kenapa harus melukakan orang tuaku juga..Idham, puaskah hatimu menyakiti hati Ina sekeluarga? Ditahan sebak yang bertamu di hati..Dijana kekuatan diri.



Saturday, December 27, 2008

Warna Cinta Kita episod 2

Hujan yang membasahi bumi seakan mengerti isi hati Farina yang terluka. Hatinya menangis hiba namun tiada air mata yang kelihatan. Pili air yang terbuka dibiarkan mengalir begitu saja. Dia menangis di dalam hati dan menangis begini amat menyeksakan.Masih tengiang-ngiang suara Idham yang bertemunya petang tadi.Ingatkan khabar gembira tapi..

'Ina, Am rasa biarlah setakat ini saja hubungan kita.'

Perlahan namun cukup jelas di pendengaran Farina. Matanya memang tidak berfungsi tapi pendengarannya cukup tajam.Dan dia tak salah dengar tiada lagi panggilan abang yang menyapa telinganya.

'Kenapa bang?Ina ada buat salah ke?'

'Family Am dah ada calon isteri buat Am.'

'Jadi,Ina ni apa?Bukan ke lagi seminggu majlis pertunangan kita bang.'Lirih suara Farina mengungkapkan kalimah tersebut.

'Am minta maaf. Am tersilap langkah tapi Am juga lelaki biasa yang inginkan kesempurnaan.'

Farina tersentap mendengar kata-kata yang muncul di bibir Idham. Siapakah yang pernah merayu-rayu kasihnya dulu? Siapakah yang mengatakan menerima kekurangan dirinya seadanya?Lelaki di sebelahnya ini tapi lelaki di sebelahnya juga yang merobek-robek hatinya.

'Sempurna?'Sinis.

'Ina, Am harap setakat ini saja hubungan ini.'

Idham mengangkat punggungnya dan beredar meninggalkan Farina yang sebak. Idham, lelaki yang dicintainya meninggalkan dirinya yang serba kekurangan. Adakah salah mataku yang tidak dapat melihat?Salah siapa?Bukankah ini semua berlaku kerana Idham yang menggila bila aku menyatakan belum bersedia bertunang dua bulan yang lalu lantas kereta dipandu selaju mungkin..Akhirnya hilang kawalan..Akibatnya,aku yang menjadi mangsa keadaan,mataku terkena serpihan cemin dan inilah jadinya.

'Salah aku jugakah?Bahagia yang dinanti akhirnya derita menjadi milikku.'Sedunya makin menjadi-jadi.

Ketukan di pintu bilik air mengejutkan Farina.Segera dibukanya pintu,mungkin umi.

'Laa..Ina kenapa ni?'

Suzana!Farina terus memeluk Suzana dengan pakaiannya yang basah kuyup.

'Sue, dia dah tinggalkan aku.Dia kata nak pasangan yang sempurna.'

Farina terus tersedu-sedu dipelukan Suzana.

'Siapa?Idham?'

Farina hanya menganggukkan kepalanya.Hati Suzana mendongkol mengenangkan Idham.Dasar lelaki pengecut!Kalau tak kerana dia, Farina takkan macam ni.Dah berbuat salah tapi lari dari tanggungjawab. Sumpah seranah diberikan untuk Idham tapi tidak diluahkan di mulut. Suzana tak nak menambahkan kesedihan di hati teman baiknya itu.

'Dahla Ina..meh aku tolong kau tukar baju.'

Suzana cuba menenangkan Farina yang masih tak dapat menerima kenyataan. Siapa tak sakit sekiranya majlis pertunangan yang tak sampai seminggu lagi dilangsungkan tetapi diputuskan hanya kerana alasan yang tak diterima akal.

'Idham,kau memang lelaki pengecut.'Suzana memaki hamun di dalam hati.Tangannya masih mengusap kepala Farina yang masih tak melepaskan pelukannya.

Thursday, December 25, 2008

Warna Cinta Kita episod 1

Zamri terleka memerhatikan belakang gadis yang duduk di tepi tasik tersebut. Lama duduk berteleku seperti meratapi sesuatu kehilangan. Mengadah ke langit tanpa berkelip.Terasa ingin menatap wajahnya secara berdepan.

'Apa kau pandang tue Zam?'sapa abangnya, Zahid.

'Takde apa-apalah bang.'

Matanya kembali ralit memandang gadis tersebut yang masih tak berganjak kedudukannya.

'Apakah yang menyelubungi fikiran dia?'Terdetik hati Zamri untuk mengetahui.Entah kenapa, dia teringin mengenali gadis itu.

'Bang, Zam nak jalan kejap.'

Kaki diatur perlahan ke arah gadis tersebut. Masih khusyuk memandang ke depan.Perlahan salam di hulur.Gadis tersebut menyambut salamnya tanpa memandang ke arahnya.Terkilan.

'Saya menganggu cik ker?'

'Tempat ni awam.Takde sebab pula awak menganggu saya.'

Gemersik suara gadis tersebut menyusup ke hatinya.

'Sorang je?'

'Ina..sorry..sorry..aku terlambat amik kau.'sapa satu suara di tepi Zamri dan masih termengah-mengah..Mungkin berlari ke sini.

'Takpelah Sue. Janji kau ingat ambik aku.Aku tak kisah.'

Suzana menarik tangan Farina dan menyangkut handbag Farina di bahu kanannya.Zamri yang melihat agak pelik.Adakah dia.....?

'Sorry encik..kawan saya ni tak dapat melihat..Minta diri dulu.'

Zamri mengangguk kepalanya.

'Patutlah...'

Zamri memerhatikan langkah dua gadis yang makin menghilang dari pandangan matanya.Padanlah dia mengadah langit lama, dia tak boleh melihat..Hanya boleh merasa.Timbul rasa simpatinya..

Akankah bertemu lagi dengan gadis itu?Hati Zamri berharap sangat sekiranya ada lagi pertemuan antara mereka...

THE COLOUR OF MY LOVE

I'll paint my mood in shades of blue
Paint my soul to be with you
I'll sketch your lips in shaded tones
Draw your mouth to my own

I'll draw your arms around my waist
Then all doubt I shall erase
I'll paint the rain that softly lands onYour windblown hair

I'll trace a hand to wipe your tears
A look to calm your fears
A silhouette of dark and light
While we hold each other oh so tight

I'll paint a sun to warm your heart
Swearing that we'll never part
That's the colour of my love

I'll paint the truthShow how I feel
Try to make you completely real
I'll use a brush so light and fine
To draw you close and make you mine

I'll paint the stars in the evening sky
Draw their light into your eyes
A touch of grace that slowly falls on your moonlit face

I'll trace your hand to hold in mine
A kiss to mark the time
A silhouette of dark and light
While we hold each other oh so tight

I'll paint a sun to warm your heart
Swearing that we'll never part
That's the colour of my love

I'll paint the truth
Show how I feel
Try to make you completely real

I'll use a brush so light and fine
To draw you close and make you mine

I'll paint a sun to warm your heart
Swearing that we'll never part
I offer what you cannot buy
Devoted love until we die