Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Saturday, January 17, 2009

Warna Cinta Kita episod 18

Setelah dua hari berehat di rumah tanpa melakukan apa-apa, Farina kembali bekerja seperti biasa. Sebenarnya dia malas nak duduk di rumah saja tapi Zamri yang beria-ia menyuruhnya berehat di rumah.

'Selamat pgi cik Zaza..ada vacancy tak kat sini?'

Disapa Zaza yang masih menekuni fail di tangannya.

'Maaflah, buat masa ini..'

Zaza menjerit kecil kerana terkena dengan Farina.Farina menayang sengih.

'Kau ni Ina...suka sangat mengenakan Za.Luku karang.'

'Aik, ayat ciplak nampaknya.'

'Ciplak tue tak la..copy jer.'

Serentak Farina dan Zaza tergelak kecil.Nasib baik hanya mereka berdua di dalam bilik Farina.Farina tersenyum bila teringatkan pandangan hairan rakan sepejabatnya yang lain tadi.

'Ada apa-apa yang penting ke sekarang nie?'

Seketika kemudian Farina dan Zaza berbincang tentang beberapa fail penting.Masa berlalu tanpa disedari.Sementara menunggu lunch, Ina membelek majalah di depannya. Majalah yang memaparkan tentang ahli perniagaan terkenal.Seketika matanta terpaku pada highline..

'Anak Dato' Imran berdikari sendiri tanpa mengharapkan pertolongan Dato' Imran..'

'Dibacanya dengan khusyuk sehingga tidak menyedari Zamri yang yang berdiri di sebelahnya.

'Apa yang Ina baca tak berkelip-kelip ni?'

Farina segera mengangkat kepalanya memandang Zamri dan tangannya menyua majalah tersebut. Zamri menyambut dan membaca. Seketika dia terkelu!Alamak...daddy nie takde isu lain ke nak diberitahu pada wartawan.

'Best kan Zam..walaupun anak Dato' tapi berdikari sendiri.'

'Humm.'

'Bagi Ina jarang terjumpa anak Dato' yang begini..kebanyakkan mereka akan bergantung dengan harta benda bapa dorang..'

'Ina, perut Zam dah tak tertahan memanggil nasi ayam kat depan tue.'

Segera Zamri menukar topik, bimbang kenyataan akan terbentang depan mata.

'Ala, kesiannya..'

Farina mengusik Zamri yang kelihatan benar-benar lapar di depannya. Langsung terlupa tentang anak Dato' Imran..



***************************************



'Ina kenapa dipandang jer nasi tue?'

Zahid menanya Farina yang seakan termenung memandang nasinya itu.Zamri turut memandang Farina.

'A'ah Ina..makanlah sikit kalau takde selera.'

Farina menyuap perlahan sambil kepalanya masih memikirkan siapa empunya mata yang menjadi kepunyaannya sekarang ini.Perasaan ingin tahunya itu tak dapat dibendung lagi rasanya. Lagi pun mata ini seperti mengharapkan sebuah percintaan namun seakan ada sesuatu...argh, Farina sendiri tak mampu menghuraikannya.

Zamri memandang lama Farina di depannya yang jelas melayang fikirannya.Lama matanya singgah pada mata Farina. Dia pun sebenarnya teringin tahu siapa penderma mata tersebut atau pun keluarga penderma mata itu. Lama dia memandang, tiba-tiba terdetik sesuatu pada hatinya..Pemilik mata itu...tak mungkin dia?

'Zam..Ina..korang dah kenyang ker melamun..?'

Suara Zahid memecah suasana, dibalas dengan sengihan Farina dan Zamri.

'Kenyangla bang.'

Giat Farina. Zahid menayang muka cemberutnya, konon jer makan sama tapi sorang ke timur, sorang ke barat, dia jer masih kat Malaysia..huh...

'Abang rasakan..'

Ayatnya dibiarkan tergantung sambil memandang serius dua wajah di depannya yang mengharap dia menyambung kembali ayatnya yang dibiarkan tergantung..

'Abang rasa nak luku jer korang berdua nie.'

Sengihan Zahid melebar melihat air muka Farina berubah masam kelat.

'Tak suspen pun.'

Zahid melambakkan ketawanya melihat Farina yang jelas tak puas hati dikenakannya.

'Ina, Sue mana?'

'Sue busy dengan appoinment dia..'

'Clients ker?'

'Tak..'

Air muka Zahid berubah. Tak boleh jadi nie..

'Habis tue..'

Hati Farina sudah tak tertahan hendak melambakkan ketawa melihat muka cemburu Zahid.

'Anak kucing dia sakit jadi dia kat klinik la.'

Selamba saja Farina menutur ayatnya seolah-olah dia tidak bersalah.

'What?Abang ingatkan date tadi?'

Zahid menjegilkan matanya, Farina buat-buat tak nampak. Zamri hanya ketawa melihat abangnya dikenakan Farina. Dikuisnya tangan Farina, Farina segera menoleh. Dikenyitkan matanya pada Farina. Serentak itu, tangan Farina mencubitnya.

'Nak lagi?'

Zamri menggelengkan kepalanya.Farina tersenyum bahagia dengan hadirnya mereka yang mengerti dirinya.Deringan handsetnya mematikan lamunannya.Ecah!Ecah dan Che Na ingin berjumpa dengannya..rasanya macam penting jer dari gaya intonasi mereka...apa agaknya ya?

Warna Cinta Kita episod 17

Goncangan lembut di bahu Zamri dan Farina mengejutkan mereka berdua. Serentak muka Zamri baik pun Farina memerah bila menyedari tangan yang erat bertaut.Spontan Farina menutup matanya semula, rasa masih pedih tapi entah kenapa dengan mata itu, mata yang sedang berfungsi untuknya,Farina seperti melihat harapan dan warna cinta di sekelilingnya.Adakah pemiliknya dahulu mengharapkan warna cinta berada di sekelilingnya?

'Ina, akhirnya kau dah sedar.Syukur ya Allah.'

Suzana segera memeluk Farina yang masih memejam matanya dengan dahi yang berkerut-kerut.Zamri kelu tak terkata, tidak disangka Farina akan dapat melihat seperti mereka.Kalau diikutkan kata hatinya, memang dia teringin memeluk tubuh di depannya tanda betapa dia gembira dengan berita tersebut.

'Sue, akhirnya...doa Ina termakbul juga.'

Lirih suara Farina menyebabkan Suzana mengelus lembut belakang bestfriendnya itu.


'Ina, inilah Zam dan yang sorang tue, mestilah....'

'Abang Ayid.'

Farina memotong percakapan Suzana.Zahid segera menghampiri Farina dan Suzana.Diusapnya lembut kepala Farina.

'Abang bersyukur Ina dah sembuh, kalau tak.. ada sorang lagi yang bakal masuk wad rasanya.'

Zahid berpura-pura serius sambil mengelus-elus dagunya.Zamri segera meluku abangnya, terkena dia dalam gurauan abangnya itu.

'Terima kasih ya Zam sebab temankan Ina semalam.Mesti tak selesa tidur macam malam tadi kan?'

Zamri pandang Farina dengan rasa hairan.Farina tersenyum.

'Ina, maksudnya kau dah sedar malam tadi ker?'

Suzana menanya laju, tiga pasang mata memandangnya dengan kejutan dan kerutan di dahi.

'Emm..ya..tapi Ina tak sampai hati kejutkan Zam..'

Satu-persatu ayat diaturnya bila tiga pasang mata itu masih ralit memandangnya.

'Ina..'

Kedengaran suara Puan Karuni menerpa dari arah pintu wad dan segera memeluk Farina.Fuh, selamat aku!

'Umi..'

'Abah..'

Dipeluk kedua orang tuanya, erat..akhirnya dia kembali dapat melihat wajah kesayangannya itu. Tiba-tiba pelukannya Farina terlerai dan dia memandang Encik Nazrin lama.Ada persoalan pada pandangan matanya.

'Kenapa Ina?'

'Abah, siapa yang baik hati menderma mata pada Ina?'

Gulp!Encik Nazrin telan air liur nya yang terasa pahit untuk ditelan.Seketika dia mengalih pandangan ke arah isteri di sebelahnya.

'Oo..abah pun tak sure sangat la Ina.'

'Betul kah pak cik tak tahu?'

Suzana pula menyoal. Dia pun sebenarnya nak tahu siapakah budiman yang sudi menderma mata tersebut, bolehla dia mengucapkan terima kasih bagi pihak Farina.

'Takpelah kalau macam tue.'

Anggukan di kepala Encik Nazrin yang menandakan dia tak tahu mengecewakan Suzana dan Farina.Kalaulah mereka tahu, macam manalah reaksi mereka ya?Kalaulah.....Encik Nazrin mengeluh dalam diam.Dapatkah mereka menerima kenyataan tersebut??

'Pak Cik,Zam ingat nak minta diri dulu.'

Zamri memecahkan lamunan Encik Nazrin.

'Bawa kereta baik-baik ya nak.'

Puan Karuni bersuara mewakili suaminya yang masih terkelu.Semetara Farina dan Suzana hanya memandang saja pemergian Zamri dan Zahid.



**********************************************



Riuh-rendah rumah banglo dua tingkat Encik Nazrin dengan tetamu dan saudara-maranya yang menghadiri majlis kesyukuran untuk Farina.

'Ina.'

Zaza segera memeluk Farina yang tercengang-cengang melihatnya.

'Akulah Zaza..'

Farina tertawa kecil sambil membalas pelukan Zaza.Farina kelihatan ayu dalam baju kurung sutera purple nya itu.

'Dah..dahla tue Za, kau jangan nak amik port aku kat list bestfriend Ina tau.'

Gurauan Suzana meletuskan ketawa antara mereka bertiga.

'Ala, kita share la Sue.'

'Tak nakla..Sue tangga pertama, Za tangga kedua..'

'Ala, kedekutnya Sue nie.'

'Ok..ok..dua-dua Ina sayang.'

Dipeluk kedua insan yang banyak mengambil berat terhadap dirinya masa dunia dia kelam tiada bercahaya.Sungguh dia berterima kasih dianugerahkan sahabat yang setia menemani hari-hari kelamnya.

'Zam pun nak kena hug gak.'

Kedengaran suara yang sengaja dipelatkan di tepi mereka.Zamri!Aik, kenapa dia pun berbaju melayu warna purple!Sweet!Farina berkata di dalam hatinya.

'Mintalah peluk kat Mak Cik Rongak kat kedai depan tue.'

Suzana menggiat Zamri, dia sebenarnya faham malah terlebih faham bahawa Zamri sememangnya menyimpan hati kat Farina.Tunggulah Zam, tunggu sehingga Ina pulih sepenuhnya dari mimpi ngerinya..Kalau dah jodoh korang, insyaAllah..

'Ayid pun nak hugging Sue.'

'What?Gila.'

Hampir tersembul biji mata Suzana terkejut dek kerana bisikan Zahid di tepinya, malah terlampau rapat sehingga tak ada ruang antara mereka.

'Ayid gilakan Sue.'

Perlahan sangat, hanya Sue yang mampu mendengar bisikan penuh perasaan tersebut.Dikerlingnya Zahid dengan geram.Buang tabiat ke apa mamat nie?

'Ina, dah ok kan?'

Zamri menyoal dalam senyuman. Seketika Farina terpana menatap senyuman tersebut.Matanya seakan mengharap senyuman itu hanya untuknya dirinya saja.Ah, mata ini tak sudah-sudah melihat warna-warni cinta di sekelilingnya!

'Ina ok..seperti yang Zam lihat.'

Diukir senyuman manis buat Zamri yang memandangnya.

'Itulah yang Zam harap-harapkan selama ini.Zam gembira bila Ina dapat melihat kembali.'

'Thanks sebab menjaga Ina selama ini.'


'Dah jadi tanggungjawab Zam..'

'Amboi-amboi, nak buat drama free pun korang empat nie, janganlah lupa Za yang masih tercegat kat sini.'


Suara Zaza menggamit ketawa mereka.Meriahnya majlis tersebut dengan doa selamat dan gurau-senda antara mereka. Zamri langsung tak nak berjauhan dengan Farina. Diekornya ke mana saja.

'Zam, boleh tak tolong Ina?'

'Apa?'

'Janji dulu.'

'Janji.'

'Boleh tak duduk diam dengan abang Ayid..'

'Tak nak.'

'Kan dah janji tadi?'

'Tue 2 saat yang lepas.'

'Mengelat eh..'

Serentak keduanya tergelak sama.Puan Karuni memandang kemesraan Farina dan Zamri dari jauh, diam-diam hati tuanya mengerti dan berdoa jika itu yang terbaik bagi Farina.

Tuesday, January 13, 2009

Warna Cinta Kita episod 16

Walaupun pembedahan mata ke atas Farina berjaya, namun Farina masih belum sedarkan dirinya. Zamri langsung tak dapat menumpukan perhatian pada kerja-kerja bertimbun dan terabai di atas mejanya.Saban hari dia berdoa moga Farina dilindungi oleh-Nya dan sedar.Dua hari bagaikan dua tahun lamanya bagi Zamri.Dia tak betah menatap Farina yang kaku terbaring tanpa berbicara dengannya.

'Zam,dahlah tue.Jom lunch sama.'

Suara Zahid kedengaran di tepinya.Zahid sedar betapa adiknya sayangkan Farina cuma tidak terucap.

'Zam takde seleralah bang.'

Dipandang Zahid dan dilontarkan pandangan meminta pengertian di situ.

'Abang tak nak Zam menyeksa diri macam nie.Nanti dua-dua sakit macam mana?Kalau Ina sedar, dia pun gerenti tak suka Zam macam ni?'

Sejak Ina dimasukkan ke hospital dan menjalani pembedahan mata, Zamri mengabaikan keadaan dirinya. Dia takut andai kehilangan Farina.

'Abang tak kira.Abang nak Zam makan juga hari nie.Kalau Zam tak nak juga,Abang akan suapkan Zam?'

Zamri memandang Zahid yang kelihatan serius dengan kata-katanya.Dia tahu abangnya itu pasti akan mengotakan apa yang dikatakannya.

'Boleh juga, lama dah abang tak suapkan Ayie.'

Zamri tayang sengih.Ayie?Lama dia dah tak menyebut nama panggilannya itu setelah mama dan papanya bercerai, nama tersebut seakan-akan terkubur sama dengan terputusnya ikatan tersebut.

'Abang tak kisah kalau nak dicop 'gay terhangat di pasaran'.

Ketawa meletus antara mereka.Zahid menarik nafas lega bila Zamri mula bergurau seperti biasa dengannya.Dia juga merasa pedihnya jika adiknya susah hati, ibarat cubit peha kanan, peha kiri turut terasa.

'Aiman tak kisah.'

Zahid dan Zamri sama-sama melangkah keluar dari bilik Zamri sambil bergurau senda. Ramai mata memandang telatah mereka berdua tetapi tidak dihiraukan.

********************************************

'Assalamualaikum Pak Cik,Mak Cik.'

Zamri menyapa Puan Karuni dan Encik Nazrin yang berada dalam wad yang dihuni oleh Farina.Salamnya dibalas dan Puan Karuni segera mempelawanya duduk.

'Awal Zam hari nie?'

'Malam nie biar Zam yang jaga Ina,Mak Cik.Mak Cik dan Pak Cik, berehatlah di rumah, kalau Ina sedar,Zam akan segera menghubungi Pak Cik dan Mak Cik.'

'Kami tak menyusahkan Zam ker?'

Encik Nazrin menanya Zamri yang jelas pada mata tuanya begitu mengambil berat pada Farina.Walaupun jelas terpapar keletihan di wajahnya tetap jua melawat Farina di hospital.Dia terharu dengan keprihatinan Zamri.Andainya ada jodoh antara mereka, dia amat merestuinya!

'Mana ada menyusahkan Zam,Ina kan kawan Zam juga.'

Perlahan dipeluk sayang bahu Puan Karuni di depannya, serasa dia dah menemui pengganti mamanya yang sekarang mesti tengah berbahagia dengan keluarganya di luar negara.
Puan Karuni membalas sayang pelukan Zamri.

'Kalau macam tue..Pak Cik balik dululah.Kalau ada apa-apa, Zam telefon jer kami ya.'

Zamri menganggukkan kepalanya dan menghantar pemergian Puan Karuni dan Encik Nazrin dengan ekor matanya.Punggungnya di dudukkan di kerusi di tepi Farina.Perlahan jemari Farina dipegangnya lembut.

'Ina.sedarlah..Zam rindukan Ina..umi dan abah Ina juga..Sue..abang Ayid..kami semua rindukan Ina...'

Dielus jemari Farina dalam pegangannya.

'Ina, sedarlah..Zam tak suka Ina terus kaku macam nie..Zam nak Ina yang petah berkata-kata.'

Mendayu-dayu Zamri berkata-kata pada Farina yang masih tak sedarkan diri.

'Ina..dah lama Zam nak bagitau benda ni..Zam sayangkan Ina..Zam menyintai Ina pada kali pertama Zam melihat Ina..Zam cintakan Ina bukan kerana paras rupa tapi kerana hati yang dimiliki Ina..Ina, sedarlah ya..'

Farina masih kaku begitu.Diam tak berkutik.Zamri mengeluh perlahan.Kemudian terus berbual sendirian untuk menyedarkan Farina hingga matanya terlelap dengan tangannya yang masih kejap memegang jemari Farina.

***************************************

Sayup-sayup suara memanggil dan menyeru namanya memberhentikan langkah Farina yang kelihatan nya tanpa tujuan dalam taman tersebut. Kepalanya tercari-cari arah suara yang menyeru namanya, namun hampa bayangan pemanggil tersebut tidak jelas pada pandangan.Dia terduduk keletihan di situ...

'Ina...'

Zamri menyeru nama Ina dalam tidurnya..

Farina merasakan jemarinya berpeluh dan kebas. Matanya cuba dibuka, menyakitkan. Ditutup semula dan kemudian dibuka kembali.Perlahan-lahan dan pandangannya kabur pada mulanya.Lama-kelamaan makin jelas dan terang.Di kepalanya terfikir, adakah dia bermimpi ke tidak.Dicubit pipinya dengan tangan kirinya.Sakit!

'Syukur ya Allah.'

Farina menjerit gembira dalam hati dan mulutnya tak putus-putus mengucap syukur. Kegembiraan terhenti bila mana matanya hinggap pada sekujur tubuh yang tertidur pulas sambil memegang tangan kanannya.

'Siapa dia nie?'

Ditatap wajah polos yang tertidur tersebut.Handsome,getus hatinya.Kasihannya mesti dia tak biasa tidur macam nie.

'Adakah dia yang menyeru namaku tadi??'

Farina masih ralit memerhatikan jejaka di sebelahnya sampaikan dia dapat menghidu perfume jejaka tersebut. Tiba-tiba terlintas sesuatu di fikirannya..

'Ya Allah, dia inikah Zam???'

Mulut Farina terlopong luas.Rasanya tekaan nya tak salah.Dia bukannya ada ramai kenalan rapat lelaki melainkan Zamri dan Zahid.

'Zam.......'

Terharu! Farina mengesat air mata syukur dan juga terharu atas keprihatinan Zamri.Dia kembali melelapkan mata selepas mengusap lembut rambut Zamri yang terlena.Farina tak ingin mengejutkan Zamri yang nampak keletihan.Biarlah.....Akhirnya dua-duanya sama lelap sambil tangan yang saling erat bertaut..

Saturday, January 10, 2009

Warna Cinta Kita episod 15

Idham tak dapat berfikir logik lagi..hatinya digaru risau dan tak tenteram apabila kereta Zamri yang memecut laju meninggalkan perkarangan rumahnya membawa Farina yang tak sedarkan diri. Dicapai kunci keretanya dan segera keluar menuju garaj kereta.

‘Am, nak ke mana tue?’

Suara Puan Amirah menghentikan langkah kaki Idham.Namun, dia tak menoleh ke arah Puan Amirah yang berdiri di muka pintu rumah.

‘Ma..Am sudah terlalu penat..penat, ma..Apa salahnya kali ini mama membiarkan Am mengikut kata hati Am..Rasanya Am dah mengorbankan cinta Am demi hasrat mama yang ingin berbesan dengan Dato’ Razak.’

Puan Amirah menahan marahnya.Tak guna punya Farina,merosakkan perasaa anak aku aje.

‘Am,mama tak akan benarkan Am pergi kepada perempuan tak berguna.’

‘Ma,cukuplah selama ini Am melukakan hati dia dan hati Am sendiri. Sekali ini bagilah peluang pada Am untuk berjumpa dia.’

Idham mula melangkah dan hendak membuka pintu keretanya.

‘Bie, nak pergi mana nie?Jurugambar dah lama tunggu kat dalam tue.’

Entah bila Nisha berada di tepinya.Idham pandang telus muka Nisha tapi hatinya tiada di situ.Hatinya turut sama pergi dengan Farina tadi.

‘Sorry Nisha,abang ada hal nak diuruskan.’

‘Penting sangatkah dari majlis we all ini?’

‘Please Nisha..tolong fahami abang.’

‘Soalan I belum berjawab lagi kan?’

‘Abang keluar sekejap aje.’

Idham memandang Nisha dan dilontarkan pandangan meminta pengertian di situ tapi Nisha buat-buat tak faham.

‘Ok tapi dengan syarat I ikut sekali.’

Idham tersentak.Mana boleh dia membawa Nisha berjumpa Farina.Dia takut kehadiran Nisha akan menambahkan lagi kedukaan di hati Farina.Kalau boleh dia tak ingin menambahkan lagi lara di hati Farina.

‘Kata nak pergi kan?Kenapa masih tercegat di situ?’

Sekali lagi Idham tersentak. Perlahan dia memandu keluar,menuju ke hospital terdekat.
Dalam diam, dia berdoa agar Farina dilindungi oleh-Nya.Moga-moga dia takkan apa-apa dan selmat.Ina,maafkan abang ya sayang! Abang bersalah!

‘Siapa yang penting sangat kat you nie sampai nak lari dari majlis kita?’

Suara Nisha memecah lamunan Idham.

‘Cepat you cakap sebelum I hilang sabar!’

‘Ina.’

‘What?Perempuan buta tu yang membuat you hilang pertimbangan sampai mengabaikan I?’

Nisha memekik kuat.Idham menadah telinganya.

‘Dia buta kerana abang.’

‘So, perempuan itulah your ex-girlfriend you sebelum you bertunang dengan I.’Sinis.

‘Abang yang tinggalkan dia setelah menyebabkan dia begitu.Bila dah berpisah baru abang sedar betapa dia bermakna pada abang.Abang cintakan dia..’

Luahan perasaan Idham bagaikan letupan bom pada Nisha dan dia hilang sabar.Tangannya memukul-mukul lengan Idham yang sedang memandu sambil mulutnya menjerit-jerit marah.

‘How dare you Idham..I hate you!I hate you!!’

Spontan dia memusingkan stereng kereta dan menyebabkan Idham hilang kawalan. Tanpa mereka sedari,sebuah lori dari arah bertentangan yang sama laju juga menuju ke arah mereka.



‘Lori…’

Hanya itu yang sempat dipekik Nisha sebelum sebuah pertembungan yang tak dapat dielakkan berlaku.

‘Cepat panggil ambulans.Ada kemalangan.’

Hanya itu yang dapat didengar oleh Nisha sebelum matanya tertutup dengan sendirinya.

*******************************************************

Puan Karuni dan Encik Nazrin masih menunggu Farina sedar.Suzana,Zamri dan Zahid pula sudah balik ke rumah masing-masing. Sekali-sekala tangan Puan Karuni membelai rambut Farina.

‘Ina,kuatkan semangat kau ya nak..’

Encik Nazrin hanya memandang sepi. Fikirannya bercelaru.

‘Encin Nazrin, boleh kita berbincang sekejap.’

Sapaan Doktor Rizal mengejutkannya.Spontan,kepalanya dianggukkan.Langkah kaki Doktor Rizal diturutinya.

‘Saya ada berita gembira hendak dikongsi dengan Encik Nazrin.’

Encik Nazrin membetulkan duduknya di kerusi bilik Doktor Rizal.

‘Apa dia Doktor?’

‘Begini,kami baru sahaja mendapat penderma mata untuk Intan Farina.Hanya menunggu persetujuan Encik Nazrin sebagai bapanya.’

Encik Nazrin memandang lama doktor di depannya, mungkin untuk memastikan dia tidak tersilap dengar.

‘Kalau Encik Nazrin setuju, ini prosedurnya dan sila tandatangan di sini.’

Sebuah fail dihulurkan padanya.Dibaca lama dan kemudian dia menurunkan tandatangan di situ. Syukur ya Allah, akhirnya penantian kami berhasil juga.

‘Doktor,bolehkah saya tahu siapa yang baik hati hendak menderma mata tersebut?’

‘Sebenarnya pemilik mata tersebut baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan tunangnya.Sebelum itu, dia meminta kami menunaikan permintaan terakhirnya.Tunangnya meninggal di tempat kemalangan.’

Perlahan Encik Nazrin mengucap di dalam hati.Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya jua kita kembali.

‘Boleh saya tahu nama arwah,doctor?’

Encik Nazrin hampir pengsan bila mendengar nama yang disebut oleh Doktor Rizal.Ya Allah, dugaan apakah ini?Apakah hikmahnya semua ini?

Friday, January 9, 2009

Warna Cinta Kita episod 14

Memang masin mulut Idham,Farina demam dan terpaksa berehat di rumah saja ditemani oleh Suzana.Nasib baiklah hujung minggu, tak payahlah Suzana turut memonteng kerja demi nya.

'Ina..nekad ker nak hadiri majlis Cik Puan Ceria,Happy dan Berseri tue?'

Suzana menyoal buat ke sekian kalinya.Masa Farina memberitahu niatnya hendak menghadiri mjlis pertunangan I & N tue..Suzana hampir terjatuh dari kerusi yang didudukinya.Terkejut! Dan Suzana tak ingin menyebut nama pasangan tersebut, buat sakit jiwa jer?Aku nie jenis berdendam ker?Suzana menggaru kepalanya yang tak gatal.

'Ya..Apa salahnya Sue?Insya-Allah Ina akan tabah dan kuat.'

Suzana hanya memandang Farina di sebelahnya.Degil betul!Macamlah aku baru kenal kau tue hari ini..Nanti kau jua makan hati berulam jantung..Ayat tak confident betul!

'Betul ni?'

'Betullah Cik Suzana Alisya.Semalam dah Ina called abang Ayid dan Zam,minta diorang temankan.'

'What?Ina ajak Zahid tue apesal?Menyemak jer.'

'Farina tergelak. Bukan dia tak tahu yang Suzana dan Zahid kalau berjumpa memang macam kucing dan anjing jer..

'Apa salahnya?Takde kan?'

'Malas Sue nak bertekak dengan dia.Buang air liur jer.Menyampah!'

'Jangan menyampah sangat Sue..kang jatuh longkang,sapa nak jawab?Longkang tue pulak penuh warna-warni cinta..'

Farina mengusik Suzana yang kelihatan bengang bila Zahid turut dijemput sama menghadiri majlis I & N tue..

'Euww..please lah..lebih baik Sue in love with apek pasar ikan tue daripada abang Ayid kau tue..'

'Jodoh di tangan Tuhan,dear!Jauh mana Sue menafikan kata hati, ia akan tetap mengekori langkah Sue sampai Sue menyedarinya..'

'Pandailah kau Ina..Kalau jadi tutor cinta tak bertauliah,Sue tabik spring laa..'

Serentak mereka tergelak bersama.Merenungi hari yang makin kelam dan jam yang berlalu tidak terasa..Moga persahabatan mereka akan kekal selamanya.

******************************************

Hon kereta kedengaran di luar pagar rumah Farina mengejutkan Farina dan Suzana yang tengah syok melayan drama taiwan kegemaran mereka.

'Haa..dah sampai pun mereka.Jom Ina.'

Digapainya tangan Farina dan berjalan keluar rumah.Setelah mengunci pintu, mereka berdua berjalan menuju ke arah kereta Zamri yang menanti. Puan Karuni dan Encik Nazrin pula dah pergi melawat kenalan yang berada di hospital.

Zamri memandang lama Farina yang kelihatan ayu mengenakan kebaya warna biru, sedondon dengan tudungnya. Lama tak menatap wajah itu sejak dia outstation, peluang di depan mata tak dilepaskan.Hilang sikit rindu yang bertamu di hati.

'Assalamualaikum Zam. Pandang Ina tak berkelip nie, rindu erk?'

Giat Suzana menyebabkan Zamri tersengih malu.Farina pula memerah mukanya.Sue nie,memang tak sayang mulut betul.

'Ayid pun winduuu kat Sue.'

Zahid sengaja nak menyemarakkan lagi suasana.Suzana menjeling geram tapi dalam diam dia tak menafikan Zahid kelihatan segak dalam baju melayunya itu.Seperti berjanji,mereka berempat memakai warna yang sama,biru..warna kegemaran dia dan Farina.

'Apa kes nak rindu nie?Luku karang.'

'Dahla abang Ayid,Sue..rasanya Zam dan Ina boleh pekak badak kalau hari-hari dengar korang bertekak tak habis-habis cam nie.'

Zamri bertindak meneutralkan suasana.Farina menganggukkan kepala tanda setuju.

'Padanlah korang berdua nie..sehati sejiwa jer setuju dengan satu sama lain.'

'Sue..tak habis-habis lagi ker?'

Farina mencelah.

'Pukul berapa majlis diorang tue?'

Zamri bertanya.Zahid segera menoleh jam di tangannya.

'Alamak,kita dah lewat nie.'

'Apalagi,cepatlah drive tue.'

Suzana mengarah.Farina hanya mengeleng-gelengkan kepalanya.

'Kalau nak cepat pun, keselamatan kita harus diingat.Cepat punya pasal,tak pasal-pasal malang tak berbau,macam mana?'

'Yalah Ina,abang Ayid,bawa kereta tue hati-hati ye..nanti adik kau nie melancarkan ceramah free nya lagi pula.'

Sengaja Suzana menggunakan perkataan 'abang' pada Zahid, niatnya ingin mengusik Farina di sebelahnya.Zahid tersenyum senang mendengar Suzana yang memanggilnya abang walaupun hanya bergurau.Farina masih menahan kepalanya yang masih berdenyut-denyut lantaran demamnya yang belum betul-betul kebah,namun dia menguatkan dirinya.

******************************************

Baru saja mereka menapak ke halaman rumah Idham, kelihatan dua orang gadis yang seiras menerpa Farina dan memeluknya erat.

'Kak Ina, Che Na ingatkan akak tak datang tadi.'

'Ecah rindukan akak.Akak, baik-baik saja kan?'

Kembar tersebut berebut memeluk Farina.Farina tersenyum cuma dan membalas pelukan mereka.Dia pun rindukan kembar tersebut.

'Akak sihatlah Ecah,Che Na.'

'Ingatkan akak dah lupakan kitorang kan,Ecah?'

Che Na memandang kembarnya inginkan sokongan.

'A'ah..Along tue memang cipan bendul tak kenal....'

Ayat Ecah termati bila matanya menangkap isyarat Suzana supaya tak meneruskan ayatnya.

'Kak Sue,apa khabar?Lama tak dengar khabar.Abang nie pakwe kak Sue ker?'

Zahid ketawa.Zamri tersengih kerana dia tahu Suzana pasti marah kalau abangnya yang disebut.

'Eh,pandailah Ecah.Ini Zahaid dan Zamri,adik beradik dari planet entah mana.Kak Sue pun tak tahu.'

Suzana tergelak.Ecah dan Che Na tersengih-sengih.Ketawa mereka terhenti bila..

'Amboi,aku tak sangka ada juga orang yang tak malu menayang muka kat rumah aku nie.Jangan-jangan nak merosakkan majlis?'

Puan Amirah menyindir Farina dan rakan-rakannya.Terkedu Farina seketika.

'Mama, mereka kan tetamu kita.Kenapa sebut macam tue?'

Che Na menegur Puan Amirah yang dirasakan keterlaluan pada matanya.

'Jangan pandang orang sebelah mata Na..manalah tau kan?'

'Puan,kami datang dengan niat baik,lagipun kami ada kad jemputan.Kalau tak, lebih berfaedah kami berehat jer kat rumah.'

Suzana membalas kata-kata Puan Amirah yang agak pedas baginya.Tak teringin aku nak mendajalkan majlis I & N nie,tapi bila disangka macam nie,ada gak terfikir sikit.Suzana tersengih.

'Jomlah akak kita ke sana.'

Ecah bertindak menarik Farina dan rakan-rakannya mengekori dari belakang.Lamalah mereka berbual-bual sama..Tak dinafikan Farina memang rapat dengan kembar tersebut masa dia masih melihat dahulu.Kepala yang sakit dipegang perlahan.

'Ina,ok ker nie?'

Bisikan di telinganya mengejutkan Farina yang masih melayan sakit kepalanya.

'Ina ok jer.'

'Are you sure masih boleh bertahan?'

'Ina ok la Zam.'

Suara Farina kedengaran lemah di pendengaran Zamri, merisaukan dirinya apatah lagi dia mengetahui Farina tak begitu sihat.Perlahan jemarinya memicit dahi Farina.Farina pula semakin tak berdaya, ditambah dengan hatinya yang tak keruan di majlis Idham.Kesakitan di kepala bercampur dengan kesakitan di hatinya, Farina merasakan dia terawang-awang.Ringan saja rasa badannya.Zamri yang melihat Farina hendak rebah segera menangkap tubuh tersebut.Riuh sekejap mereka yang ada di situ.

'Cepat Zam.Kita hantar Ina ke hospital.'

Suzana mengarah dan Zamri segera mencempung Farina masuk kereta.Idham yang turut sama melihat mengenggam tangannya geram.Geram melihat Zamri yang mencempung tubuh Farina.Hatinya mendengus marah.Cemburukah aku? Nisha di sebelah langsung tidak dihiraukan.Kalau boleh, ingin saja dia merebut tubuh Farina yang tak sedarkan diri itu daripada Zamri..Kalau boleh???

Thursday, January 8, 2009

Warna Cinta Kita episod 13

Dah dua hari Zamri oustation, bermakna dua hari jugalah Encik Nazrin yang bertanggungjawab menghantar dan mengambil Farina kerja.Farina duduk bersendirian di perhentian bas bertentangan dengan tempat kerjanya.Hujan renyai-renyai mula membasahi muka bumi.Namun, abahnya masih jua belum datang.

'Mana abah nie?'

Hatinya mula digaru resah dan risau.Harap-harap abahnya tiada apa-apa.Zaza pula dah balik setelah dia menolak untuk menumpang keretanya tadi.Fikiran Farina mula melayang.Jiwanya sakit apabila Nisha menunjuk-nunjuk hal pertunangannya dengan Idham dua hari lepas. Dia tidak dapat membohongi hatinya, dia sakit mendengar berita itu walaupun dia sudah mengetahui.Tapi bila saat tersebut makin hampir, dia mengakui dia belum kuat untuk menghadapi hakikat itu,Idham akan menjadi milik Nisha.Teringin dia ingin menatap wajah Nisha yang menjadi pilihan Idham tapi dia tak berdaya.

'Ina.'

Farina mendongak mendengar suara tersebut.Aik, takkanlah tiba-tiba suara hatinya menjadi garau.Rasanya lebat hujan di sekelilingnya membuatkan dia melamun lama.Tak mungkin dia ada di sampingnya sekarang ini..tapi hidungnya dapat menghidu perfume lelaki itu. Dia amat peka dengan bau tersebut sebab dia yang memilih perfume tersebut untuk lelaki di sebelahnya.Kenapa agaknya dia masih menggunakan perfume itu?

'Ina.'

Farina sudah yakin bahawa lelaki itu bukan saja dalam fikirannya sebentar tadi tapi juga di sampingnya.Farina bungkam dan kelu. Tak ingin menyebut nama lelaki itu,takut hatinya tambah terluka.

'Ina, jom Am hantarkan balik. Hujan makin lebat nie.Ina kan tak boleh kena hujan..mesti terus demam lepas tue.'

Farina tersentak. Tak menyangka lelaki di sebelahnya masih ingat perihal dirinya.Hatinya menangis hiba seperti hujan yang turut membasahi alam semesta kala ini.

'Tak apalah,Ina tunggu abah.'

Tiada senyuman terukir pada bibir Farina.Idham mengeluh.Tiada juga nada ceria di situ.

'Abah Ina ada hal kot.Jomlah Am hantarkan.'

Idham sedikit mendesak.Lama dia dah memerhatikan Farina yang duduk sorang-sorang di situ tadi.Terubat rindunya melihat Farina di depannya tika ini.Perlahan tangan Farina ditarik dan pintu keretanya dibuka.

'Apa pegang-pegang nie?Sedarlah diri tue bukan muhrim.'

Farina merungut perlahan.Idham tersenyum cuma.Terdapat aura kedinginan antara mereka.Sebabnya dia pasti lebih tahu.

'Apa khabar Ina sekarang?'

Huh,pura-pura concern la tue..dulu masa tinggalkan aku takde la nak tau aku baik ke tak..Aku setuju ke tidak..Menyampah tapi kata-kata tersebut hanya ditelan dalam hati.

'Baik.'

'Abah dan umi baik juga ker?'

'Baik.'

Hanya sepatah-sepatah saja Farina menjawab pertanyaannya.Idham mengeluh perlahan.

'Kenapa?'

Idham memandang sekilas Farina yang duduk di sebelahnya.

'Kenapa?'

Soalan berbalas soalan.Tiada kemesraan langsung pada perbualan mereka.

'Mengeluh?'

Idham mengeluh lagi.Mana taknya mengeluh..tiada senyuman di bibir gadis di sebelahnya..tiada kata mesra untuknya..Dia tahu semuanya berpunca daripada kekhilafan dirinya sendiri.Jadi, masih inginkah dia layanan bertaraf VVIP dari Farina?Usah dirayu sekalipun,sure Farina tidak akan melayannya begitu lagi.

'Takde apa-apa.'

Farina masih membeku sambil melayan fikirannya.Suasana sunyi menyelubungi mereka.

'Tahniah.'

Idham pelik.Sekali lagi dia memandang Farina yang ibarat boneka di sebelahnya.

'For what?'

'Majlis pertunangan.'Sinis.

Idham menelan air liur yang terasa pahit.Rupa-rupanya Farina sudah mengetahui.

'Macam mana Ina tau?'

'Bakal tunang awak.'

Ohh..Nisha yang bagitau..Idham juga berdiam diri.Dia kehabisan idea nak berbicara dengan Farina.Baginya sekarang terlalu susah untuk mendengar bibir comel itu mengeluarkan kata-katanya.Dia mengeluh dan mengeluh lagi.Hujan di luar sana pula makin lebat.

****************************************

'Umi..sampai bilakah Ina harus macam nie?'

Farina menanya Puan Karuni yang memangku kepalanya.Tangan umi nya mengusap lembut rambutnya yang terlepas.

'Umi cuma berharap Ina terus tabah dan berdoa.'

Hati tua nya juga turut sakit melihat deritanya Farina.Kenapa harus Idham memunculkan dirinya di depan Farina lagi setelah apa yang terjadi.Dia sendiri terkejut melihat Idham yang menghantar Farina pulang petang tadi.Suaminya juga terkejut sama.Kalau tak kerana kereta mereka meragam petang tadi,tak akan Farina terjumpa dengan Idham lagi.

'Ina tak cukup kuat Umi..hati Ina nie sakit sangat.'

'Sabar ya nak.'

Dipeluk sayang Farina di pangkuannya.Ingin mengusir penderitaan yang bertamu pada Farina.Farina membalas pelukan umi nya, berharap akan mendapat sinar kekuatan di situ.

Warna Cinta Kita episod 12

Kelibat Farina dan Suzana yang semakin menghampiri meja mereka menarik minat Zahid untuk terus mengamati penampilan Suzana. Simple tapi masih mengekalkan kesopanan. Matanya bagai tertarik oleh magnet padahal semalam pun jumpa juga masa lunch.

‘Assalamualaikum sayang.Lawa malam ini?’

Suzana segera menoleh Zahid di sebelahnya sambil menjawab salam di dalam hati.Memang tak boleh tengok aku senang jer dia nie.

‘Apa sayang-sayang?Ada ker cop ‘sayang’ kat dahi aku ni?’

Dahinya disua ke muka Zahid.Zahid pula dengan selambanya menyentuh dahi Suzana yang menggamit tangannya untuk singgah di situ meskipun dia tahu dia tak layak begitu..Segera Suzana melarikan mukanya.

‘Apa sentuh-sentuh nie?Nak kena luku ker?Memandai jer?’

Zamri dan Farina hanya memerhatikan saja pertengkaran di depan mereka.Baik Zahid mahu pun Suzana memang tak boleh jumpa,pantang betul.Zahid kaki sakat,Suzana pula tak nak mengalah.Sepadan betul,kalau mendirikan rumah bersama,boleh ribut taufan la nampaknya.

‘Dah Sue yang menyuakan dahi tadi,ingatkan ada apa-apa yang terlekat kat situ.’

Zahid sengaja menyimbah minyak ke api.Makin maraklah jadinya.

‘Sesedap rasa jer. Hilang 5 peratus kesucian dahi aku nie,siapa nak bertanggungjawab?’

Meletus ketawa Zamri,Zahid dan Farina.Ada ker patut kena sentuh sikit pun hilang kesucian dahi dia..aduii..

‘Baru jer 5 peratus.Dan dengan segala hormatnya,aku yang bernama Zahid Fikri dengan segenap jiwa dan raga ku yang suci ini akan bertanggungjawab.’

Suzana mengigit bibirnya tanda kegeraman yang amat sangat dan hamper ketandusan idea.Tak boleh jadi nie..hampeh betul mamat nie..

‘Really darling?Kalau camtu apa kata ling sara Sue seumur hidup..tak payah kerja,tapi income mesti masuk bank every month, pergi melancong sebulan sekali..opps..ada penambahan,kena sara Ina juga..Boleh kan,ling?’

Dikesap-kesapkan matanya memandang Zahid lagak menggoda jer.Sengaja suaranya dilunakkan.hehe..tak sangka boleh gak aku nie membawa watak menggoda nie..kalau la umi tengok,memang kena piat telinga gamaknya.

Zahid melopong,Zamri tercengang.Kemudian, saling berpandangan.Kembali memandang Suzana dengan pandangan yang sukar dimengertikan maksudnya.

‘Wehh..pandang semacam jer.Aku just joking la..geli aku!’

Suzana memalingkan mukanya mengitari ruangan restoran tersebut.Tenang dan damai.

‘Ala, kalau betul pun apa salahnya!’

‘Apa?’

Suzana menanya kembali.Rasanya dia ada mendengar Zahid mengumam sesuatu tadi.

‘Nothing. Haa,makanan kita dah sampai pun.Yummy..’

Suzana hanya menggelengkan kepalanya melihat perangai Zahid yang berubah-ubah.Sekali tak ubah macam kanak-kanak ribena.Nakal dan riang.

‘Dahlah tue Sue,abang Ayid,Ina dah kebulur menunggu korang ‘bersyahdu’ dari tadi.Kan Zam?’

‘Ya..ya..’

Zamri segera menyokong Farina di sebelahnya.

‘Bersyahdu?Oh..someone..please help me!Please la..takde masa.’

Suzana mendengus geram sambil menyuapkan makanan ke mulutnya.Zahid menjeling geram.Zamri hanya memandang telus.Hingga ke hari ini memang jarang ada yang mengetahui status sebenar mereka..anak Dato’ Imran. Kalau ikutkan, memang mereka mampu menanggung Farina dan Suzana.Entah macam mana lah reaksi Farina dan Suzana bila mendapat tahu siapa mereka sebenarnya.Zamri belum bersedia untuk memikirkannya,takut akan risiko yang mungkin memisahkan mereka.

‘Hai guys.Kenapa tak ceria jer you all nie?Cuba macam I yang ceria,berseri dan happy nie.’

Aik, minah nie..tak boleh ker tengok kitorang makan dengan senang..tiba-tiba jer menyapa..bala betul..Suzana malas hendak membelek muka bakal tunang kesayangan Idham,jadi dia lebih rela menekuni pinggannya seolah-olah ada harta karun di dalamnya.

‘Assalamualaikum Cik Ceria,Berseri dan Happy..kitorang nie nak makan bukan nak berlakon.’

Sebiji peluru dikeluarkan Zahid.Anti sungguh dia dengan minah tak cukup kain nie.Azab sungguh menengoknya.Entah kenapalah Idham boleh terpikat dengan perempuan macam ni..Kalau aku,dibagi free pun aku tolak!Baik aku ambik Suzana nie sebagai wife..opps,melenting dia kalau tau..hehe..

‘Well..I kan nak bertunang kenalah maintain ceria.Ini kad pertunangan I,jemputlah datang.We guna catering dan chef terkenal yang handle,bolehlah you all rasa makanan mahal-mahal nanti.’


Wah,berasap telinga Suzana dan yang lain mendengar ayat Nisha.Lebih pulak minah ni!Memang nak kena dengan aku.Kad pertunangan Nisha dan Idham dipandang sekilas.

‘Cik Puan Ceria,Berseri dan Happy…jangan risau kitorang akan datang dengan sukarelanya demi menghabiskan makanan kat majlis you nanti..Kita ni dahlah anak yatim piatu,mana pernah merasa makanan mahal-mahal nie..So,kita sure takkan missed peluang di depan mata..Siap nak bawa big Tupperware untuk take away nanti..Don’t worry..gerenti licin punye.’

Suzana berkata dengan bangganya.Zahid,Zamri mahu pun Farina masing-masing menahan gelak.Anak yatim?haha..pandailah mengarut Sue nie.Jelas berubah air muka Nisha.

‘Ok..see you all nanti..’

Nisha berlalu diiringi gelak tawa Suzana dan yang lain.

‘Sue nie..cakap tak berlapis betul.’

Farina merungut perlahan.

‘Betullah tue..menunjuk betul minah tue..Sakit mata tengok dressing dia..sakit hati mendengar kata-katanya..Lepas nie, aku ingat nak buat medical check up la..harap-harap tiada yang terjejas.’

Sekali lagi meja tersebut diselubungi ketawa mereka.Gembira mengenakan Nisha dan gelagat sempoi Suzana.Zahid tersengih memanjang.Sue..Sue…Banyak betul idea dia nie..

Warna Cinta Kita episod 11

Nisha menerpa masuk bilik pejabat Idham mengejutkan Idham yang sibuk meneliti dokumen penting di atas mejanya. Kelihatan Nana,setiausahanya juga turut masuk sama dengan muka pucat dan takut-takut.

‘Maafkan saya Encik Idham.Saya dah cuba halang tadi.’

‘It’s okay.Awak boleh keluar.’

Nana keluar dengan hati yang sebal. Takkanlah Encik Idham nak bertunang dengan perempuan macam tue.Mak aii..dedah sana dedah sini..Kalau aku nie lelaki pun takkan lepas pandang punya,dah tayangan free,sapa nak tolak..Tanpa disedari,Nana menggelengkan kepalanya.

‘Kenapa ni Nana?Tergeleng-geleng jer aku tengok.’

Norhayati atau lebih dikenali sebagai Yaty menyapa Nana di sebelahnya menyebabkannya tersentak dan meluku kawannya itu.

‘Aku peliklah dengan boss tue.’

‘Apa yang peliknya?Hari-hari aku tengok,masih gak camtu boss kita tue.Takdelah pulak bertukar jadi Wu Chun tak pun Mike He.’

‘Aku tau lah kau minat mamat berdua tue tapi ini bukan pasal tue tau.Ini hot story.’

‘Habis apa?Aku tertinggal bas ker?’

‘Dengar khabar angin,boss bakal bertunang dengan minah yang baru jer jadi modelling free kat office kita nie tadi.’

Melopong mulut Yaty mendengar berita yang baru di dengarnya.Ai,kan kata nak tunang dengan Ina..Ina pulak nak campak mana?Takkan nak madu dua kot.

‘Tak payah nak terkejutlah Yaty,boss akan bertunang dengan minah tue bukan Ina.’

‘Kesiannya Ina kalau camtu.Apa punya boss..takkan tak tau bezakan mana permata..mana batu bata..eh,ada ker peribahasa camni Nana?’

‘Pandailah kau nie.’

Kelihatan Idham keluar dari biliknya dan jemari Nisha melekap di lengan Idham. Erat seperti takut Idham kena kebas jer.Nana dan Yaty buat-buat tak nampak dan pura-pura sibuk dengan kerja.

‘Nana,cancelkan apa saja appointment I petang nie.’

‘Appoinment dengan Mr. Robert pun cancel juga Encik Idham?’

‘Yes.’

Nana memandang wajah Nisha yang tersenyum plastic di sebelah Idham.Menyampah!Menyakitkan mata betul.Jika dibandingkan dengan Ina, Inalah seratus kali lebih sempurna.Boss ni pun satu, Ina jadi camtu pun dia juga penyebabnya.Memang tak boleh dibuat suami boss aku nie, lari dari tanggungjawab,Sepadan betul dengan minah kain singkat nie.

‘You,secretary hubby I ya?I Nisha. Jemputlah datang majlis we all nanti.’

Dengan gediknya, Nisha menghulur kad pertunangan dia dan Idham yang bakal berlangsung hujung minggu tersebut.Nana menyambut dalam tak rela, kalau tak mengenangkan bakal tunang boss, jangan haraplah.Huh..belum bertunang dah panggil hubby..ish,naik mual tekak aku nie..

Idham dan Nisha berlalu membuatkan Nana dan Yaty lega.

‘Ishh..apa punya taste lah boss tue?’

‘Biarlah Yaty..kita pulak yang menambah dose mengata minah tue..abaikan jer.Baik buat kerja,ada lagi faedahnya.’

Kereta dihidupkan dan dibiarkan seketika, Idham mencapai kad pertunangan dia dan Nisha. Segalanya dipilih oleh Nisha, dia hanya mengeluarkan modal untuk membayar.Entahlah, dia tak tahu apakah semua ini memang ditakdirkan dalam perjalanan hidupnya. Dia dah tak dapat mengundurkan masa yang telah berlalu.

‘Bie..kata nak pergi Butik Pengantin Sri tadi,berapa lama lagi nak dalam kereta ini.’

Suara Nisha mencantas lamunannya. Segera keretanya dipandu keluar menuju ke arah selatan.Fikirannya melayang lagi bila lampu isyarat bertukar merah.

‘Am, inikah bahagia yang kau tunggu selama ini,’tanya hatinya.

‘Mestilah.Nisha cukup sempurna bagi aku.’

‘Sempurna?Begitukah erti sempurna dalam kamus hidup kau Am?’

‘Dahlah,jangan kau cuba mengacau-bilaukan keputusan aku.’

‘Fikirlah sebelum terlambat,Am.Tanya hati kau, nama siapa yang terpahat di situ.’

‘Bukan Ina tapi Nisha.Stop it!’

‘Aku tak sebut siapa-siapa kan?Kau sendiri sebut Ina?’

‘Stop it!!!’

Idham menjerit kuat mengejutkan Nisha di sebelahnya.Segera dia meminta maaf untuk mengelakkan soalan-soalan dari Nisha.Idham hanya berdiam diri sehingga mereka masuk butik pengantin tersebut.Tiada minat untuk turut sama memilih baju untuk majlis pertunangan mereka.

Warna Cinta Kita episod 10

Interkom di meja yang berbunyi segera dijawab oleh Zaza. Farina hanya mendengar butir bicara Zaza sambil tangannya bermain dengan hujung tudungnya.

‘Ina,boss tunggu kat bawah.Katanya, lunch sama.Jom Za hantarkan ke bawah.’

Farina tersentak membuatkan Zaza tergelak.Ina..Ina..boleh pulak dia melamun masa aku bercakap.

‘Tak menyusahkan Zaza ker?’

‘Menyusahkan apanya?Dah memang tanggungjawab Za pun.’

Farina segera mencubit pinggang Zaza yang berdiri berdekatannya.

‘Ala, tak kena pun.’

Zaza segera menarik tangan Farina keluar bilik tersebut, bimbang bossnya menanti lama di kereta.

‘Huh.’

‘Tak sedar diri betul.’

Suara-suara sumbang kedengaran sepanjang Farina dan Zaza nak keluar.Farina menelan kata-kata tersebut dan dicampakkan di lubuk hatinya paling dalam, bimbang terkeluar pula kata-kata di mulutnya. Zaza menjeling marah minah dua orang yang sudah kena ‘cuci’nya pagi tadi.Tak serik-serik betul!

‘Ok, boss..Ina dah saya kembalikan pada tangan boss dengan selamatnya.’

Gurau Zaza menyebabkan Zamri tersenyum senang.Farina hanya berdiri kaku. Hilang selera makannya mengenang kata-kata nista yang dilemparkan oleh rakan sepejabatnya.Namun, dia tidak ingin mengadu dengan Zamri, memang bukan sifatnya suka mengadu..dia sudah terbiasa memendam sendiri.

‘Tak nak join kitorang lunch ker Zaza?’

Amboi,sempoinya boss aku nie.Zaza tergelak dalam hati.Orangnya pun boleh tahan,boleh tak lena tidur malam beb..hehe..

‘Takpelah, Zaza ada janji lunch dengan member.’

‘Kalau macam tue, kami pergi dulu.’

Kereta dipandu keuar dari perkarangan syarikat tersebut. Farina hanya berdiam diri.

‘Ina, ok ker?Diam memanjang jer?Ada sesiapa yang membuli Ina tadi tak?’

Zamri memecah suasana sepi antara mereka. Farina hanya menggelengkan kepalanya.

‘Zam,kalau Ina minta sesuatu boleh tak?’

‘Apanya?’

‘Kalau kat office tak payahlah Zam concern sangat dengan Ina.Ina pula rasa canggung, apa kata yang lain.’

Zamri tersenyum.Ingatkan apa permintaan Farina,rupanya itu jer.

‘Dah tanggungjawab Zam nak concern tentang Ina pun.’

‘See..Zaza dan Zam sama jer..banyaklah tanggungjawab tue.’

Farina mencebikkan bibirnya, tanda tak puas hati.

‘Itu tandanya kitorang sayangkan Ina.’

Sengaja Zamri menekan ayat sayang tersebut, ingin melihat reaksi Farina.

‘Tapi hal peribadi jangan dibawa ke tempat kerja. Pastu, jangan panggil Ina kat office..Panggil Farina.’

‘Lagi?’

‘Ina pun kena panggil Zam boss or Encik Zamri.’

Farina tergelak dengan kata-katanya.Zamri tersenyum sumbing melihat wajah ceria Farina.

‘Tak naklah Farina..Zam panggil Intan,bolehkan?’

‘Okay.’

‘Intan..hanya Zam jer yang berhak panggil macam tue tau..kira special la juga.’

Hati Farina berdetik.Entah apa maksudnya.Dia tak ingin memahaminya dan melupakan begitu saja.Baginya, perjalanan yang masih panjang dan belum pasti apa kesudahannya itu sudah cukup untuk difikirkan.

Wednesday, January 7, 2009

Warna Cinta Kita episod 9

Hari ini,bermulalah kehidupan baru bagi Farina.Akhirnya dia menerima tawaran Zamri untuk bekerja sebagai setiausaha Zamri dengan disediakan seorang pembantu bagi Farina. Rasanya sudah lama dia dah tak bekerja mahupun berurusan dengan dunia luar atau pun orang ramai.Tapi bila mengenangkan dia tak boleh selamanya menganggur hanya kerana keadaan dirinya yang tidak sempurna, dia harus memulakan sekali lagi kariernya tanpa penglihatan.Bila begini, barulah dia mengerti bagaimana rasanya insan-insan yang kurang upaya di luar sana berjuang untuk meneruskan kehidupan mereka.

'Zaza,I nak you bacakan serta catatkan apa saja yang diberitahu oleh Cik Farina.Ina,kenalkan your assistant,Nur Zaza.'

Farina cuma menguntum senyum manisnya buat Zaza.Zaza membalas dengan senyuman terukir sama di bibirnya walaupun dia tahu Farina takkan melihatnya senyumannya.

'Hai,Cik Farina.Saya Zaza.'

'Zaza,just panggil Ina jer.Kekok pulak nak bercik-cik nie.'

Tawa meletus di bibir Zaza dan Zamri.Farina tersenyum lagi.

'Nampaknya Ina ni jenis cepat tersenyum dan cool jer,senanglah sikit kerja aku',bisik hati Zaza sambil memerhati Farina yang di depannya.Wajah Farina yang tersenyum itu memukau pandangan matanya walaupun terselit suatu keperitan di situ.

'Ina,I ada meeting outside hari nie.Lunch nanti kita lunch sama dengan abang dan Sue.Zaza,please take care of her for me.'

Zamri berlalu sejurus meghabiskan ayatnya.Zaza mengangguk dan diam-diam memahami sesuatu.Mesti bossnya itu ada hubungan istimewa dengan gadis yang sudah duduk di mejanya itu.Mungkin lebih kurang sebaya dengannya, namun Zaza tidak ingin mengambil tahu hal tersebut.Biarlah,mugkin ada kisah tersembunyi,bisik hatinya lagi.

'Zaza,kalau ada apa-apa yang perlu Ina buat,jangan lupa bagitau Ina.'

Suara Farina membuat Zaza tersentak.Kemudian,dia dan Farina berbincang tentang beberapa fail penting dan Zaza kelihatan sibuk mencatat hasil perbincangan mereka berdua.

'Za,boleh tolong tak?'

'What?'

Zaza mengalih pandang dari komputernya dan memandang Farina yang seakan memandangnya.Kesiannya dia!

'Ina nak jumpa Dr. Tan la..'

Zaza mengerutkan dahinya, tidak memahami maksud Farina sudah mula kedengaran ketawa halusnya.

'Ina,sakit ker?'

Cepat saja Zaza angkat dan menghampiri Farina yang ketawa kecil.

'Sakit..sakit sangat..dah emergency dah nie...'

'Kenapa tak bagitau Ina tak sihat jer..patutlah Zaza tengok semacam jer dari tadi.'

'Sakit tak tertahan nie Za..Ina nak jumpa Dr. Tan sekarang juga..boleh hantarkan tak?'

Zaza mencapai tangan Farina dan juga kunci keretanya.

'Rasanya Ina dengar bunyi kunci jer.Zaza nak pergi mana?'

Farina pula yang bengang dan tak faham.Zaza makinlah confused.

'Ina kan sakit,so..Zaza ingat nak hantar pergi jumpa doktor la.'

'Za,Ina maksudkan Dr. Tan..tandas.'

Membulat mata Zaza bila mengetahui niat sebenar Farina.Serentak itu,ketawanya meletus.

'Ish Ina nie..buat Zaza takut jer..Kalau boss balik..Zaza yang kena tau.'

Farina tayang muka kayunya di depan Zaza.

'Jomlah Ina,Za hantarkan jumpa Dr. Tan kesayangan Ina tue.'

Setelah hajatnya dilepaskan,Zaza membimbing Farina menuju ke biliknya.

'Huh,tak sedar diri tue buta,masih juga terhegeh-hegeh nak kerja sini.Menyusahkan adalah.'

'Yalah, entah-entah dia buat 'black magic' kat boss kot,pasal tue diterima kerja sini.'

'Tak sedar diri betul.Kalau dia menyusahkan hidup aku,siaplah dia nanti.'

Zaza tidak dapat menahan sabarnya lagi mendengar staff yang mengumpat Farina.Sakit telinganya mendengar.Jelas berubah muka Farina di sebelahnya.

'Weh..takde kerja ker?Dah siap menganyam ketupat tue?Kalau ketupat awak berdua dah masak,jangan lupa sedekahkan kat anak-anak yatim.'

'Dahlah Za.'

Farina berkata sebelum berlaku debat mulut di antara Zaza dan staff tersebut.Kesian Zaza terpaksa campur tangan dengan dirinya yang tidak berdaya.Memang menyusahkan!

'Oh ya sebelum tu, kalau nak mengata tue,cermin diri sendiri dulu.'

Zaza menarik jemari Farina ke biliknya,bimbang dia akan terus 'menggaji free' minah dua orang tue. Farina hanya berdiam diri,walaupun dia cuba untuk tidak menampakkan rasa sedihnya tapi hati terluka dan tercalar.Oh Tuhan, tiadakah bahagia untuk insan seperti kami yang tak berupaya ini!Seseorang..tolonglah terangkan apakah silapnya jika diri kurang sempurna!

Saturday, January 3, 2009

Warna Cinta Kita episod 8

Farina masih menimbang baik buruknya dia menerima tawaran Zamri.Dia kebingungan dan letih dalam percaturan hidupnya yang tak seindah pelangi petang atau tak setenang ombak yang sentiasa memukul pantai.Sejauh mana dia cuba memendam rasa hati,benci dan rindu bertandang untuk si dia.Idham?Lamanya perhubungan yang terjalin antara mereka, cukup rapuhkah diuraikan dari hati lelaki itu?Ya,tersangat rapuh hingga tak ada ruang untuk dicantum kembali benang-benang kasih yang berterbangan.Dia dah bahagia dengan bakal tunangnya sedangkan dirinya masih terkapai-kapai di dunia kelamnya.Tiada bermaya.Gelap dan kelam!

'Siapakah yang jujur antara kami?Seseorang!!Tolonglah bagitau siapakah yang jujur antara kami?Semudah itukah talian yang dibina dileraikan?Penting sangatkah kesempurnaan dalam perhubungan?'

Diam-diam Farina menangis.Hiba dan tak terkata.Tika dia belajar untuk melupakan kelukaan yang diberi oleh Idham,Zamri muncul di dalam hidupnya.Apakah maksud di sebalik pertemuan yang memberi kepada persahabatan mereka.Ikhlaskah dia?Atau sekadar simpati bertamu di hati?

Farina terlalu takut untuk dilukai lagi.Luka yang tak pernah akan sembuh.Menyakitkan.

'Zam,Ina harap takkan ada istilah lebih daripada 'kawan' antara kita.Ina tak cukup kuat untuk melawan mimpi ngeri itu lagi.'

Farina mengeluh sendiri.Kepalanya direbahkan di atas katil,mencuba melelapkan mata.Dengan itu,bayangan kecewa akan menghilang dari pemikirannya.Bila terjaga,dia berharap akan ada harapan untuk dirinya menyandar dan bergantung harap untuk mengemudi kapal perjalanannya.

****************************************************

'Ina..'

Tidak terasa Idham menyeru nama gadis yang pernah bertakhta di hatinya.Kejamkah dia meninggalkan Farina begitu sahaja?Rasanya tindakan dia memilih Nisha adalah tepat dan paling penting Nisha sempurna pada pandangan lelakinya sedangkan Farina, diajak clubbing sering saja mengelak.Jumpa lewat malam pun susah.Pakaian pun tak up to date seperti Nisha.Tapi, mengapa dia mampu bertahan dengan Farina.Persoalan itu berlegar-legar di kepalanya.Tidak dinafikan dia memang tak pernah setia pada Farina tetapi Farina tidak pernah mengetahui akan hal itu. Kenapa dia menggila bila Farina tak nak bertunang dengannya dan itulah mengakibatkan mereka kemalangan.Akhirnya menyebabkan Farina tidak dapat melihat.

'Pardon?'

Nisha segera mengangkat mukanya memandang Idham.Idham tersentak.Segera meneutralkan air mukanya supaya tidak jelas yang pemikiran dia melayang ke dunia lain.

'Dah ker honey?'

'Ini okay tak bie?'

Nisha menayang cincin bertatah diamond di depan Idham.Dipandang sekilas dan dia mengangguk.Satu tabiat Nisha tak berapa disukainya,terlampau rambang mata bila melihat barang kemas.Sempurnakah itu?Diam-diam Idham membandingkan perangai Nisha dan Farina.

'Arggh..kau dah gila Am.'

Ayat yang ditutur dalam hati terkeluar di mulut.Idham segera menutup mulutnya.Berhentilah mengingat dia wahai hati.Bukankah ini yang terbaik bagi kau dan family kau,ejek kata hatinya.

Dipandang Nisha yang membayar cincin pertunangan mereka dengan credit cardnya.Huh,perempuan memang materialistik,getus hatinya.Semuanya sama!

'Tidak semua sama Am..Ina tidak sama,'balas kata hatinya lagi.

Idham tersentak lagi bila Nisha menarik tangannya masuk ke butik Bridal Flora pula.Dia sudah ibarat lembu dicucuk hidung saja,malas bertelagah,diikutkan kehendak Nisha.

Suzana memerhati dari jauh gelagat Idham dan Nisha.Pandangan tajam dan tiada kemaafan di situ.Ada baiknya Farina tidak dapat melihat baginya,kalau tidak bestfriendnya itu lebih terseksa memandang apa yang berlaku di depannya.Dia pun sudah sakit mata tahap dewa-dewi apalagi Farina yang empunya badan.Lagilah terasa pedihnya.Nasib baik Idham dan bakal tunang tak cukup tak kainnya itu tidak menyedari kelibatnya dan Farina.