Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Monday, July 6, 2009

Ceritera Kisah Kita episod 13

Aizad mendengus geram sambil mengurut perlahan tangannya yang digigit oleh Aleya pagi tadi.

‘Siot minah tue.’

Nasib baik dia memakai baju kemeja lengan panjang, kalau tak memang ketara bekas gigitan Aleya di situ, ala-ala tatu tak menjadi.Hush..

‘Jagalah kau nanti Akar.’

‘Ya, Tuan Kecik nunggah kamek ker?’

Aleya yang kebetulan lalu di situ sengaja hendak menjolok sarang tebuan.Tuan Kecik?haha..hambik kau Cakoi!

‘Ada aku cakap?Bodoh?’

Aizad memandang Aleya seperti ingin menerkam saja lagaknya.Aleya menayang muka pintu.Dia dah muak nak bertolak ansur mahu pun mengalah dengan Cakoi, manusia yang paling tak bertimbangrasa baginya.

‘Akar?Nama kamek ya setau kamek la, sik kan la nama Tuan Kecik pulak?’

Aleya jawab tanpa perasaan.

‘What did you say?’

‘I kata Akar tue nama I, you dah pekak ke Tuan Kecik lepas kena gigit pagi tadi.Tak sangka pulak gigit kat tangan, telinga pulak ada kesan.Pity you!’

Aleya melancarkan serangan berpandu, laju.Aizad bengang.Sesuatu cuba dicerna di kepalanya.

‘Akar?’

‘What?’

‘Akar?’

Aleya tayang muka bosan.Sungguh dia dah tak tahan dengan tugasan mengarut macam nie.

‘Akar, kau pandai berbahasa Malaysia?’

Aizad masih blur.Dahi berkerut seribu.

‘Mestilah!Ingat Sarawak takde sekolah ker?’

Aizad terkaku.Aleya mencebik.Seketika memikir.Ditepuk dahinya.

‘Alamak,mampus aku!Kenapa pulak berbahasa Malaysia dengan mamat sengal nie..Habislah…Macam mana nie?Cool Leya, pretend nothing happens..alalala tok..’

Dipandang Aizad yang masih blur tahap cipan. Bengap gak mamat nie.

‘Kalau sikda apa-apa gik, kamek keluar dulu Tuan Kecik.’

Aleya melangkah laju keluar dari bilik Aizad, rasanya dia akan hancus kalau berlama-lama di situ.Baik dia membawa diri secepat mungkin.Run baby run!

Aizad memegang kepalanya.

‘Aku tak salah dengar tadi kan?Rasanya tak kot?’

Dicepuk dahinya perlahan.

‘Entah-entah Akar kena sampuk kot.’

Aizad tersenyum sumbing dengan anggapan tak logiknya itu.

**

Shamsul yang merasa Aizad memandangnya bagai nak rak segera memetik jarinya di depan Aizad. Macamla aku dah bertukar jadi bapok kayaknya.

‘Weh, kau ni kenapa Chiko?Demam kepialu?’

Pertanyaan yang rasanya tak kena pada masanya.Dan lebih memeranjatkan Aizad mengangguk lemah.

‘Chiko, are you okay?’

‘Aku rasa aku ada masalah pendengaran sikit la.’

Shamsul makin pelik.Apasal kawan aku nie?

‘Akar.’

Dahi Shamsul makin berkerut seribu.Jemarinya ditekap ke dahi Aizad.Biasa jer.

‘Kenapa sebut nama Akar?’

‘Akar berbahasa Malaysia tadi.Rasanya aku belum pekak la.’

‘What?’

Shamsul tanya pelik, nada dah naik level 3.

‘Rasanya tak kot.Aku salah dengar tadi agaknya.’

‘What?’

Nada suara Shamsul dah meningkat ke level 5.

‘Takde apa-apa la.Kau nie jangan nak memekik kat telinga aku la.’

Marah Aizad. Dia dah kembali normal.Sama level dengan Shamsul.

‘Kaulah penyebabnya.’

‘Apa pulak aku?’

Aizad tak nak mengalah.

‘Ish…jom makan.’

Shamsul berdiri dan berjalan ke arah kereta.Aizad melangkah malas.

**

Aleya dah tercegat sama dengan Fikri yang diberi tanggungjawab mengadakan sekatan jalan raya.Sebaik saja jarum jam mencecah pukul 12, Aleya membawa dirinya ke sini.

‘Kau nie takde tugasan hari nie Leya?’

‘Ada.’

‘Habis yang kau tercegat kat tepi aku nie…’

‘Lunch.’

‘Boss kau tak marah ker?’

‘Peduli.’

Fikri dah menumpukan perhatian pada Aleya yang menjawabnya sepatah-sepatah.

‘Are you okay,my dear Leya?’

‘Okay.’

‘Really?’

Fikri menayang muka tak percaya.Aleya mencebikkan bibirnya.

‘Sure.’

Kelibat kereta sport yang menghampiri mereka mengejutkan Aleya.Segera dicapai nya cermin mata hitam Fikri.

‘Pinjam jap.’

Fikri ternganga tapi segera mengangguk.Aizad dan Shmsul melemparkan senyuman pada Fikri dan Aleya.

‘Eh, Chiko bukankah tue minah polis yang…….’

‘I know.’

Aizad melempar senyum plastik pada Aleya yang tak memandangnya.

‘Huh,sombong.Aku pun tak ingin senyum pada kau la minah polis garang.’

‘Apa kau kata?’

Ingat aku tak dengar ker,kata Aleya di dalam hati.

‘Nothing.’

Aleya pandang muka Aizad geram..Aizad membalas pandangan Aleya.Sama berapi.

‘Encik boleh gerak sekarang.’

Arah Fikri seraya ingin meredakan suasana tegang antara Aleya dan pemandu kerta sport tersebut.

‘Jom Chiko.’

Shamsul turut sama memainkan peranan.Takkanlah nak buat drama sebabak kat sini.Malu weh!

‘Cakoi betul.’

Dengus Aleya perlahan bila kereta Aizad makin menghilang dari pandangan.

‘Leya, boleh aku Tanya something?’

‘Shoot.’

‘Kau kenal mamat sport tue ker?Tiap kali jumpa mestilah bertekak.’

‘Nope.’

‘Betul ker?’

‘Aku balik dulu.’

‘Leya kau belum jawab lagi.’

Aleya melangkah pergi tanpa jawapan.Fikri melongo.

‘Hush..tak faham betul..’

Hanya itu mampu terluah di bibir Fikri.