Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Thursday, September 10, 2009

Ceritera Kisah Kita episod 15

'Honey.'

Satu suara menghentikan suapan Aizad dan Shamsul.Serentak memandang ke arah empunya badan.

Mak ai, minah gedik ni paduhal.Aizad meneruskan suapannya, berpura-pura tidak tahu.Shamsul juga turut menyuap kembali.Juliet menggetap bibir geram bila tidak dipedulikan.

'Honey...'

Suaranya sengaja dilunakkan lantas duduk di sebelah Aizad menyebabkan Aizad terbatuk-betuk kecil.

Zupp...

Dihirup rakus ice lemon tea.Kemudian, pandangannya dialihkan pada Juliet.

'Kau duduk situ kenapa?Ada aku izinkan?'

Sedas diberikan pada Juliet.Shamsul hanya berdiam diri memandang scene di depannya.

'Ala honey..Jue nak temankan honeyla..'

Rengekan mengada-ngada Juliet menyebabkan selera Aizad termati.

'Kau..aku nak repeat untuk ke sekian kalinya..aku tak berminat dengan minah gedik macam kau.'

Aizad lafaz kata-katanya tanpa perasaan.Bosan mengulang benda yang sama.

'But i love you honey...'

Shamsul yang baru menyua mulutnya untuk minum hampir tersembur minumannya.

'Uhuk..uhukk..'

Aizad pandang Shamsul yang menutup mulutnya dengan tangan.

'Kau okay Sham?'

'Aku..aku tak tahan dah Chiko...'

'Aku lagi tak tahanla Sham...jom blah.'

Aizad berdiri dan hendak berlalu.Sepantas itu Juliet menarik tangan Aizad.

'Kau nie apalagi hah?'

Terjegil matanya menahan geram.Tak faham bahasa betul minah nie.

'Please honey.....give me a chance.'

'No. Forever.'

'Honey, I beg you.'

Juliet mula meleleh, tak pernah lelaki menolak dirinya.Bahkan dia dikejar saban masa.Aizad la yang pertama menolak cintanya..dah lama dia mengejar tapi tak mampu menggapai jemari Aizad hatta sekali pun.

'Kau jangan nak buat scene kat sini.Jom Sham, blah.'

Aizad menarik tangannya kasar, tidak ambil peduli pandangan pelanggan di Restoran Sri Selera.Shamsul mengikuti langkah Aizad selepas menjeling tajam Juliet yang mula meleleh air matanya.

'Berlakonla tue.Dah tau Chiko tak nak,masih juga nak tergedik-gedik..tak faham aku.Sungguh tak faham.'

Shamsul berkata perlahan..

'Aizad..kau hanya milik aku..huh...'

Tekad hati Juliet lalu berjalan ala model keluar dari restoran tersebut tanpa mempedulikan pandangan di situ.

'Selagi aku tak boleh memiliki cintamu...selagi itulah hidup kau akan ada bayang-bayang aku.'

Keretanya dipandu laju meluncur di jalan raya bersama gelak versi evil.

**

'Okay, thanks Fikri.'

Aleya memandang Fikri yang menghantarnya.

'Takpelah..kau kan kawan baik aku.'

'Sebab itu aku sayang kau lebih dari semalam.'

Aleya bergurau.Fikri tertawa.

'Pandailah bodek.Aku tahulah aku nie tak sehebat mamat sport tue..'

Aleya pandang tajam Fikri yang terlepas cakap.

'Mamat sport tue jangan disebut.Alergik aku dengar tau tak?Menyampah.'

Aleya membayangkan Aizad yang tengah drive kereta sportnya itu melanggar tiang lampu, alangkah bestnya..Eh, tak boleh..kejam sangat tue..apa kata malam nie aku pancitkan tayar kereta kesayangan dia tue.

'Laa..boleh pulak dia mengelamun.'

Suara Fikri mengembalikan Aleya pada dunia nyata.

'Alamak, mampus aku.Terlebih masa.Thanks Fikri.Drive carefully.'

Aleya tarik pintu kereta dan berlari-lari anak menuju ke pejabatnya tanpa menoleh kiri kanan.

Ponn....

Bunyi kereta membrek seiring dengan hon menyebabkan Aleya terkaku di situ.Tergamam.

'Woi, takde mata ker?'

Jerkah satu suara dari dalam kereta.Aleya masih kaku tanpa respon.

'Akar,..'

Aizad terkejut melihat Aleya yang masih berdiri tegak di depan keretanya.Lah, minah nie yang sikit lagi aku nak langgar.

'Akar!!'

Level suara Aizad sudah melepasi tahap maksimum.Aleya tersentak.Matanya dan mata Aizad bertentang.Lama.Kaku.

'Ke tepi.Kalau kau tak nak aku langgar kau terus.'

Aizad menghentikan pandangannya dengan jerkahan kasar.Perasaan apakah itu?Mata Aleya yang berair seperti menyimpan pelbagai rahsia di dalamnya.

'Sorry..sorry Tuan Cak..oi..'

Tergagap-gagap Aleya meminta maaf.Tangannya dilekatkan ke dada.Masih kesal.

'Aku kata ke tepi.Ke tepilah bodoh.'

Cepat-cepat Aleya melangkah dan tak ingin berpaling lagi.Hatinya meronta geram,marah,ingin menangis. Segalanya menjadi satu!Dia tak ingin menangis di depan sesiapa pun terutama Aizad.

'Chiko, kesian dia.Kau nie cubalah berlembut sikit.'

Perlahan Shamsul menasihati Aizad yang memarkirkan keretanya.

'Huh.'

Spontan Aizad melepas geram pada stereng keretanya.Perasaanya bercampur baur.Dia geram kerana Aleya tak pandang kiri kanan.Dia simpati melihat mata bening itu berair.Sungguh dia sendiri tak faham...

Tuesday, September 8, 2009

Ceritera Kisah Kita episod 14

Aizad mengetuk lembut meja ofisnya..seperti memikirkan sesuatu hal yang takkan terurai kekusutannya sampai Shamsul masuk pun dia tak sedar.

'Hemm.'

Shamsul berdehem ingin menyedarkan Aizad yang kejap mengeluh, kejap mukanya masam, kejap senyum..senang cakap, macam orang tak betul fius. Shamsul menahan gelak di hatinya.

'Chiko.'

Tangannya dilayang-layang depan muka Aizad.Masih tiada respon.

'Chiko.'

Volume suara dah meningkat ke paras 5. Still macam bercakap dengan komputer jer.

'Chikooooooooooo.'

Sekali volume suara Shamsul ditingkatkan pada paras paling maksimun. Dan reaksi Aizad sungguh di luar dugaan.

'Oh mak kau meletup.'

Selari dengan lompatan ala-ala kanggaru jer. Siap dua kali lompatan yang agak berjaya walaupun agak kurang memuaskan gayanya. Shamsul dah tibai ketawa, tak tahan nak kontrol lagi.

'Hahaha...'

Dan berterusan sampai Aizad dah kembali ke dunia nyata dan bengang melihat Shamsul yang tak berhenti-henti ketawa.

'Stop it.'

'Sorry Chiko..but I can't help it.'

Ketawanya disambung lagi. Aduhh, tak dapat nak bayangkan kalau ada makwe cun lalu time Aizad melompat dan melatah begitu. Dijamin akan direject punya!

'Semua ini salah kau la..yang bertempik macam harimau kat telinga aku, apa kes?'

Aizad makin bengang dengan Shamsul yang menekan-nekan perutnya tergelak. Macam dah baru lepas dari hospital gila pula lagaknya.

'Kau la salah Chiko..dah juta lemon aku panggil tau..Dari tone ayu ke tone ala-ala harimau tadi tuh.'

'Huh!'

'Ok..ok..I'm sorry..Sebenarnya masalah negara mana yang kau fikir sampai aku yang handsome ni kau tak sedar.'

Shamsul tergelak dengan ayatnya sendiri.

'What? Kau handsome? Handsome lagi Pak Guard bawah tue.'

Aizad mencebik.

'Kau ni macam perempuan..ok..apa yang kau fikir tadi tue.'

Shamsul tukar mode serius paduhal dalam hati masih nak bantai gelak sakan.

'Akar.'

'Akar?'

'Yup, Akar...Aku fikir tentang dia.'

'What? Kau demam ka Chiko?'

Tangan Shamsul dah menjamah dahi Aizad. Biasa ja suhu badan dia.

'Aku ok tapi aku tak ok bila aku fikir siapa sebenarnya Akar tue..I'm curious about her..Everything!'

Aizad hembus nafas kasar.Tak puas hati.

'Curious? Wait..wait..jangan kata kau fall in love with her ya Mr Aizad.'

Shamsul memandang Aizad dengan pandangan 'aku tak percaya dengan apa yang kau sebut.'

'Weh, fall in love...not in hundred years beb..aku curiga tentang dia la..apa aktiviti dia..pekerjaan sebenar..orang mana..macam bukan dari Sarawak jer..'

Shamsul mula memahami apa yang ingin disampaikan oleh Aizad.

'Ooo I see..kenapa kau fikir macam tue pulak?Any idea?Aku masih blur la Chiko..Sungguh.'

Siap angkat tangan ala-ala bersumpah Shamsul di depan Aizad.

'Cuba kau flash back berapa kali kita jumpa minah polis yang garang?'

'Twice.'

'Ingat rupa dia?'

'Mirip Akar cuma dia kemas dan lawa la. Sungguh comel..'

Shamsul tersengih dengan jawapannya.

'Nah..comel kau.'

Sekali daa kena luku free..Aizad pula yang tersengih melihat Shamsul mengusap kepalanya.

'Ok..ok..back to our topic..aku rasa takde apa nak dicurigakan pasal Akar tue Chiko..Kau yang terlebih fikir kot.'

'Nope..ini instinct aku la beb. Sure lambat laun aku akan membongkar siapa dia sebenarnya.'

Bayangan berkobar-kobar di mata Aizad sungguh menggeletek hati Shamsul.Sekali lagi dia membantai gelak.

'Dah puas gelak?'

'Puas.Hehe.'

'Kalau dah..jom lunch.'

Shamsul dan Aizad beriringan keluar dari bilik Aizad. Ketika melintasi meja Grace, Aizad berhenti sekejap.

'Grace, Akar mana?'

'Out for lunch.'

'Owh..ok..'

Kepala Aizad makin tepu dengan persoalan tentang siapa sebenarnya maid di rumahnya yang merangkap pembantu di ofisnya, rakan kuliahnya di universiti malahan driver peribadinya.

Arghhhh......

'Dahla Chiko..tak payah nak serabutkan kepala fikir benda remeh macam tue.'

Shamsul mencuba menasihat Aizad yang jelas tak puas hati.

'Selagi aku tak tahu siapa dia, aku takkan ok punya...tunggulah masa yang sesuai aku tanya dia directly.'

'Huh..kalau macam tue..takut dia nanti.Apa kata macam nie....'

Shamsul membisikkan sesuatu ke telinga Aizad. Saling berpandangan dan menganggukkan kepala.

'ok..aku suka jugak kalau macam tue..'

'Aku support kau.'

Kereta Aizad meluncur keluar menuju ke destinasinya..Restoran Sri Selera.

***

Mata Aizad menangkap susuk tubuh seseorang yang baru saja keluar dari Restoran Sri Selera. Mungkin dah habis menjamu selera. Seperti sangat dikenali. Dan lelaki di sebelahnya tetap lelaki yang sama..Agak sepadan..

Oh no, sejak bila kau pandai mengomen yang baik-baik ni Chiko!Aizad kembali memandang ke arah pasangan tersebut yang langsung tak menyedari mereka diperhati. Sah, perempuan tersebut masih memakai blouse yang sama, dengan seluar slack yang sama..100% it's her. I got you!

'Apa yang kau usha sampai tak berkelip tue Chiko?'

Sapaan Shamsul mengejutkan Aizad.

'Takde apa-apa.Sile ye menjamu selera..Rasa lapar berganda-ganda pula.'

Aizad menjamu dengan lahap, Shamsul pula merasakan Aizad semakin pelik.

'Weirdo.'

'Aku dengar tue.'

'Oo..ok.'

Mereka meneruskan suapan masing-masing. Aizad pula dalam menyuap makanannya, mindanya berfikir.Ya, berfikir!