Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Monday, October 19, 2009

Ceritera Kisah Kita episod 16


Aleya memandu kereta dengan mimik bersahaja.Rasanya sudah beberapa hari dia menjalankan misi ‘silent treatment’ ke atas Aizad. Benar, dia terluka dengan sikap Aizad yang tiada adab sopan itu. Walaupun dia seorang maid sekalipun, dia masih punya sekeping hati yang rapuh juga.Sensitif.

‘Hemm..’

Aizad berdehem kecil, mencuba mendapatkan perhatian dari Aleya.Sudah lama dia tak mendengar sebarang perkataan dari bibir mungil itu. Namun, keegoannya melebihi akal warasnya.

Aleya masih dengan dunianya, tidak mempedulikan Aizad. Hari nie mereka ada kuliah pagi. Kereta diberhentikan di parking lot yang disediakan di situ.Aizad keluar dari kereta diikuti oleh Aleya.

‘Selamat pagi Malaysia.’

Sapaan di belekang Aizad dan Aleya mengejutkan mereka.

‘Assalamualaikum.’

Aleya menyapa selamba.Shamsul tersengih.Aizad tayang muka dua puluh sen.Akhirnya, dengar juga suara dia.

‘Salam Cik Haika?Dah mandi?Dah gosok gigi?’

Usik Shamsul mengenakan Aleya yang jelas tenang dan memandang selamba dirinya.

Kenak kitak mok check kah?’

Aleya menayang giginya kepada Shamsul.Aizad berdehem kecil bila rasa dirinya seperti invisible di situ.

‘Kenapa Chiko?Sakit tekak ker?’

Shamsul masih dengan mood berguraunya.Aizad balas dengan pandangan geram.

‘Kau nie..’

Aleya sudah melangkah meninggalkan Aizad dan Shamsul.

‘Akar, nak ke mana tue?’

Aizad bertanya tegas.Aleya menggerutu geram di dalam hati.

‘Bulan.’

Nah, hambik kau Cakoi.Aleya tersenyum senang di dalam hati mengenakan Aizad.Shamsul sudah terbahak-bahak suka.Hilang terus kemachoan.

‘Hai honey.’

Juliet datang dengan lenggang lenggok nya mengalahkan model lagaknya.Aizad sudah melangkah namun terhenti bila lengannya dicapai oleh Juliet.

‘Honey, nak ke mana nie?’

‘Bintang.’

Aizad ,menjawab tanpa intonasi.Dilepaskan lengannya dari pegangan Juliet.

‘Jue nak ikut.’

Juliet berkata dengan nada manjanya.Aleya dan Shamsul hanya melihat drama di depan mata.

‘Kau dengar sini. Aku tak akan pernah sukakan perempuan macam kau.’

Aizad berkata dengan nada marah.Ayatnya ditekan satu-persatu.Juliet terkebil-kebil.

‘Eh Cakoi nie dah hilang ker perut usus perikemanusiaan dia?Sampai hati sebut macam tue.Kalau tak nak pun, cakaplah baik-baik.’Getus Aleya di dalam hati.

‘Juliet, better kau chow lah..’

Shamsul cuba meredakan suasana tegang.Aleya menyokong.Aizad medekati Aleya.Tangannya melingkar di pinggang Aleya.Aleya yang tidak menjangka hanya mampu melopong.Shamsul ternganga.Juliet mencebik geram.

‘Aku hanya cintakan dia nie jer.Titik.’

Rahang Aleya dan Shamsul sama jatuh.Terkejut.Juliet mnghentak-hentakkan kakinya geram dan berlalu.

‘Wei..Bukan muhrimlah bangang.’

Aleya meragut kasar tangan Aizad dari pinggangnya.Aizad mendengus kasar.

‘Ingat aku suka ker pegang pinggang cekeding macam kau tuh.Kau pun…aku takkan suka perempuan macam kau. You are not my taste, too.’

Hati Aleya terbakar.Rasa terhina.Spontan berlari meninggalkan Shmasul dan Aizad.

‘Kau ni Chiko…ish..’

Shamsul hanya mampu mnggelengkan kepalanya.Memang dasar hati diperbuat dari konkrit.

**

Hujan yang membasahi bumi tidak dipedulikan lansung.Aleya masih berteleku di pantai, basah kuyup.Air matanya masih deras menuruni pipi.Sungguh dia rasa terhina dan hatinya berkecai dengan kata-kata Aizad pagi tadi.

‘Papa…’

Makin laju pula air matanya mengalir.Selepas menghantar Aizad balik rumah, Aleya terus memecut kereta laju meninggalkan Aizad. Tidak ingin melihat reaksi Aizad diperlakukan begitu.

‘Mama….’

Terkenang arwah mamanya menambahkan sebak di dadanya. Sungguh dia rasa lemah tika ini.Rasa kekuatannya diragut pergi.

‘Aku benci kau Cakoi.’

Aleya menjerit kecil bersama deru hujan yang mengganas.Entah sudah berapa lama dia berteleku di situ. Memang dia dah terlebih faham sikap ego dan kepala batu Aizad, tapi hatinya rasa sakit diperlakukan begitu.Memang dia akui dirinya umpama pipit, yang takkan mungkin bersama si enggang, tapi kenapa sakitnya begitu dalam .Dipegang dadanya.Sakitnya di situ.

‘Aku benci kau…’

Rintihnya perlahan.Kesejukan mula terasa hinggan ke tulang sumsum.Terketar-ketar kesejukan.Mana tidaknya kalau dah berapa jam berteleku di dalam hujan.Perlahan berdiri dan melangkah longlai ke kereta.

‘Ish mana Akar nie?’

Aizad memandang jamnya buat kali ke berapa pun dia sendiri tak tahu. Malam sudah berlabuh.Gelap.Dari tadi dia mundar-mandir di ruang tamu rumahnya.Gelisah.

‘Budak nie, menyusahkan aku jer!’

Membebel sendiri sambil matanya menala ke pintu utama .Berharap Aleya akan muncl di situ. Kilauan lampu kereta melegakan Aizad tapi yang pastinya dia takkan mempamer muka risau pada Aleya.

Aleya berjalan dengan pakaian yang basah dan kesejukan.Kepalanya rasa berpusing dan berpinar.Matanya tertancap pada Aizad yang bercekak pinggang memandangnya.Dipegang kepalanya, janganlah masa begini…

‘Akar…’

Aizad di depannya sudah menjadi dua, kemudian tiga dan dumm…Aleya terjelepok.

‘Akar………’

Jerit Aizad nyaring.