Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Monday, December 14, 2009

Ceritera Kisah Kita episod 22

‘Sham, aku nie tak handsome ker?’

Shamsul tersembur jus orennya.Terkejut mendengar pertanyaan Aizad.Kot-kot pun nak bertanya, tunggulah jus orennya selamat mendiami perutnya.

‘Erk..’

‘Aku tak handsome ker?’

Aizad bertanya lagi.Matanya memandang tepat muka Shamsul yang sibuk mengelap bibirnya.

‘Kau nak real answer ker tipu-tipu?’

Shamsul menyengih.

‘The real one.’

‘Sebenarnya kau nie bukan tak handsome, handsome la jugak.Tapi yang kau bela jambang tue, mengurangkan markah ke'handsome’man kau tau.’

Aizad terkebil-kebil, masih cuba mencerna kata-kata Shamsul.Shamsul tayang gigi, cover line.

‘Ya ker?’

‘Yalah Chiko oi.’

Shamsul bersyukur dalam diam sebab Aizad semakin menjadi dirinya semula.Dah boleh bercakap banyak-banyak pun.

‘Okay.’

Okay ker dia sebut?Shamsul menggaru kepala dengan jawapan Aizad.

‘Oh ya, aku lupa pulak, lepas nie kita jumpa Jojo.’

‘Jojo?’

Tanda soal di kepala Aizad, sejak bila mereka ada kawan nama ‘Jojo’ nie.

‘Laa kawan aku yang ada salun tuh.Mana tau dia boleh mengembalikan ke’handsome’man kau nanti.’

Shamsul menahan senyum sambil menghirup jus orennya.

‘Lepas nie?’

‘Absolutely Encik Aizad.’

Shamsul mengenakan Aizad sambil mengenyitkan matanya.Aizad tersenyum hambar.

**

Aizad masih berdiri kaku di depan receptionist salun ‘Jojo’.Shamsul memandang Aizad dengan pandangan ‘apahal?’

‘Betul ker nie salun dia tue?’

Aizad bertanya dengan nada tak percaya.Gila tak percaya.Besar dan kemas.

‘Yalah, takkan aku nak tipu pulak.’

Shamsul menepuk bahu Aizad, menyakinkan Aizad dengan perlakuannya.

‘Owh.’

Aizad mengikuti langkah Shamsul dengan teragak-agak.

‘Rileks Chiko, dia tak makan orang punya.’

Seketika Aizad dan Shamsul duduk di ruang yang disediakan.Kelihatan seorang lelaki dengan lenggang-lenggoknya menghampiri mereka.

‘Hai, handsome.’

Aizad memandang bila mendengar sapaan yang penuh dengan nada lembut.Dibuat-buat pastinya!

‘Hai, Jojo.Kenalkan kawan Sham, Chiko.Chiko, inilah Jojo.’

Jojo menghulur salamnya dengan mimik menggoda.Aizad rasa nak pengsan melihat ‘keperempuanan’ Jojo di depannya.Disambut sekejap huluran tangan Jojo.Spontan jarinya disimpan di dalam poket seluar selepas itu.

‘Handsome, nice to meet you.’

Jojo masih lagi dalam lagak manjanya.Aizad membuang pandang keluar.Shamsul tersengih cuma.Dah biasa dah!

‘Okay.’

‘Handsome, janganlah dingin dengan Jojo.’

Jojo menepuk lembut peha Aizad.Aizad tersentak.

‘Jojo, boleh tak you make over Chiko nie?’

Jojo menilik muka Aizad yang berjambang.Tersenyum.

‘Handsome, berapa lama you simpan jambang nie?’

‘Jojo, kau buang segala jambang dia nie.Sakit mata aku tengok.’

Arah Shamsul.Jojo menganggukkan kepalanya.

‘Tapi aku nak simpan kumis nie.Yang lain kau boleh buang.’

‘Ala handsome, lembutlah sikit bercakap dengan I.’

Jojo bercakap dengan intonasi lembutnya dengan tangan yang tergapai-gapai sama.Aizad memandang Shamsul.Shamsul melempar senyum sebagai tanda ‘trust him’.

'Kalau boleh make over dia biar handsome ala-ala Twilight punya hero tuh, Jojo.'

Shamsul sekali mengarah.Aizad yang duduk di depan cermin, dipusing-pusingkan kepalanya.Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri.

'Boleh jugak tapi dengan syarat.'

Aizad hanya berdiam diri.Malas nak melayan Jojo dan Shamsul.

'Apanya?'

Shamsul bertanya.

'Kita tukar kepala dia dengan twilight hero tue la.'

Serentak Shamsul dan Jojo ketawa.Aizad mencebik.Namun, dia senang dalam diam dengan gurauan mereka.

**

Aleya menghampiri Atikah yang sedang khusyuk menghadap komputernya.

‘Ikah, fail yang Leya nak tue, dah siap ker?’

‘Dah, Leya nak tengok ker?’

Atikah memandang Aleya yang nampak ayu memakai baju kurung sutera bewarna putih lembut.Lembut mata memandang.

‘Taklah, nak pakai main bola.’

Atikah tergelak dengan jawapan Aleya.

‘Sorry..sorry, ini dia.’

Atikah hulur fail dan segera disambut oleh Aleya.Dibuka di situ juga hinggakan tidak menyedari ada seseorang berdiri di tepinya.Atikah yang melihat makin lebar senyumannya.Yalah, boleh cuci mata melihat pemandangan yang begitu indah.Haha.

‘Cik….’

Sapaan di sebelahnya mengejutkan Aleya, spontan dia berpaling hingga rambutnya yang lepas bersahaja mengenai jejaka tersebut.Atikah menyembunyikan senyumannya melihat adegan di depan mata.

‘Awak siapa?’

Aleya bertanya heran.Tak pernah nampak pun.

‘Leya, inilah staff baru yang Ikah bagitau semalam.’

Atikah mencelah sambil tersengih.

‘Hi, I’m Carl, Carl Iskandar.’

Carl mengenalkan dirinya.Tersenyum manis hingga membuatkan matanya yang sepet bertambah sepet.

‘Leya.’

Aleya menjawab ringkas.Boleh tahan.Chinese look!

‘Harap kita dapat bekerjasama dengan baik nanti.’

Carl meramahkan diri apabila melihat Aleya seperti tidak berminat sangat dengan ‘any kind of conversation’.But i like this one.Challenge!

‘Hope so.Leya busy sekarang nie.Got to go.’

Dilempar senyuman pada Carl dan Atikah sebelum berlalu membawa fail di tangan. Kalau dia berlama-lama di situ, risau hatinya akan mencair melihat mata sepet itu.Oh my….’mata sepet’ salah satu criteria lelaki diminatinya.Opps..secret!

Tuesday, December 1, 2009

Ceritera Kisah Kita episod 21

Grace segera mendapatkan Aleya yang jelas termenung tanpa menyedari kehadirannya di situ.

‘Oit.’

Sengaja Grace menyergah Aleya, membuatkan Aleya terbatuk kecil.

‘Ish amoi, nak tengok Leya pengsan ker?’

Marah Aleya tapi mulutnya mengukir senyuman pada Grace.

‘Ala aku saja jer nak kenakan kau.After five years, baru terfikir nak cari aku?Kau tahu tak Leya, aku nie terkilan dan kecik hati bila kau lupakan aku macam tu jer.Aku ingatkan aku kenal kau, tapi sebenarnya aku tak kenal kau pun.Sedih aku nie.’

Aleya melambakkan ketawanya.Grace nie nak meluah perasaan tapi muka yang pura-pura serius itu buat dirinya tak tahan nak menahan gelak.

‘Leya, serius nie.Merajuk ah,’

‘Okay..okay..I’m really sorry Grace.Aku takkan lupakan kaulah leng loi moi.’

Usik Aleya mengenakan Grace.Akhirnya Grace pun tergelak sama.

‘Nasib baik kau puji aku leng loi, kembanglah sikit hidung aku nie,Leya.’

‘Moi, taubatlah kembang semangkuk tuh.’

Aleya memeluk Grace.Masing-masing melepas rindu.

‘Miss you,Grace.How’s your life?Got any boyfriend?

‘Me too.Life?Okaylah, not bad as I imagine of.Haha,boyfriend?Emm..tunggu aku buat ‘marketing’ dulu la Leya.’

Serentak mereka tergelak lagi.

'Marketing?Nak advertise dalam newspaper ker?Haha?'

‘Berapa orang boyfriend kau sekarang nie Leya?’

Grace bertanya perlahan setelah ketawa mereka reda.Aleya terkedu.

‘None.’

‘Is it?I don’t believe it.Tengok kau sekarang nie, berderet yang tunggu giliranlah Leya.’

Dipandang Aleya yang sememangnya jauh berubah dari lima tahun lepas.Rambutnya panjang melepasi bahu,bawahnya digulung kasar dan dilepaskan.Mukanya pula tiada sebiji jerawat pun, tiada make up yang menghiasi wajah itu.Hanya lip gloss yang menghiasi bibir merekah itu.Pakaian pun berjenama.

‘Ehem..aku rasa pelik jer bila kau belek aku macam tue Grace.’

Aleya tertawa dengan ayatnya sendiri.Grace tersengih.

‘Itulah Leya,aku dah bagitau kau memang natural beauty punya.Kalau kau touch up muka kau tue, lagilah ramai yang akan masuk meminang kau nanti.’

‘Lawaklah kau nie Grace.Kau nak tahu tak muka macam aku nie, dah out of ‘marketlist’ punya.’

Selamba Aleya mengata dirinya sendiri.

‘Mengarutlah.Ramai yang usha kau kan Leya?’

Grace masih cuba mengorek rahsia Aleya.

‘None.Hati aku belum berjumpa pasangannya Grace,mungkin sebab itulah dia belum pernah berdetak mahupun berdegup kencang pabila melihat all guys sekeliling aku.Jawapan aku dah cukup padat tak Grace?’

Aleya tersenyum menanya Grace yang masih belum percaya yang dia masih bersendirian.Ya, single!

‘Samalah kita, Grace.Takpelah, nanti kalau kita tetap takde jodoh, kita ambil anak angkat jer lah Leya.’

‘Brilliant idea.’

Sekali lagi mereka tertawa.Rasa hanya mereka punya Dunkin Donut itu.

‘Ehem..Leya kau tak nak tahu kisah….’

Sengaja Grace tidak menghabiskan ayatnya.

‘Kisah siapa?’

Dahi Aleya berkerut bila melihat Grace yang membiarkan ayatnya tergantung.

‘Kisah dia..dia tue…’

Aleya cuba memproses siapa yang dimaksudkan oleh Grace.Mindanya menangkap satu bayangan yang ingin dan teramat ingin dilupuskan dari mindanya tapi selalu mengekorinya,menjadi bayang-bayangnya.Haa, bayang-bayang!

‘Kenapa?’

Tak sanggup nak menyebut nama.Makin ingin dilupa,makin sukar melupa!

‘Dia menghilangkan diri lepas kau pergi dulu.Jadi, Shamsul yang menguruskan tempat dia atas arahan Datuk Musthapa.Semua tak tahu ke mana dia atau pun Datuk Musthapa sengaja merahsiakan ke mana ex-boss kita pergi?Yang menjadi tanda tanya, kenapa tiba-tiba dia tak nak bekerja di situ lagi?Lagipun kau dah berhenti masa itu.Kalau diikutkan, tiada apa-apa yang memeningkan kepala batu dia tue.’

Ahh, Grace sudah membebel lagi.Masalahnya, bukan 'dia itu' yang mendengar tapi aku.Aleya mengusap pelipis telinganya.Memikir kata-kata Grace.

‘Hemm..entahlah Grace.Aku tak nak ambil tahu pasal dia tue.Aku dah lupakan dia.’

Erk, betul ker Leya, getus hati kecilnya sendiri.Grace hanya tersenyum.

‘Aku bukan nak buat gossip nie Leya tapi satu ofis juga heboh kata kau berdua ada affair.Yalah, kau berhenti, dia pun menghilangkan dari situ.’

‘What?Lawak betullah diorang nie.’

Aleya tergelak.Lawak betullah!Macamlah tak nampak bagaimana si Cakoi tue membuli aku dulu.Sakit hati aku bila kenang balik.

‘A’ah Leya.Sekarang nie kau kerja apa?’

‘Kerja kat company kawan papa aku.Oh ya, beberapa hari lepas ada musang berjanggut luah perasaan kat aku.Kenal pun tak tetiba mengaku cintakan aku.’

Grace membulatkan matanya.

‘Musang berjanggut?Orang ker?’

‘Oranglah.A guy I think.’

‘Kau rasa jer.Hai Leya,takkan yang separuh 'auww' tue pula.Kau panggil dia musang berjanggut, kenapa?’

Aleya tersengih kecil.

‘Sebab muka dia berjambanglah.Macam tak pernah cukur bertahun-tahun.Ee..’

‘Ee..entahlah macam mana kalau berjambang seluruh muka.’

‘Itulah pasal Grace.Lain kali nak juga tolong hantar dia pergi salun, untuk buang segala jambang dia tue.Biar senang mata pandang muka.Direct terus, takde corner-corner.’

Aleya berseloroh.Grace tertawa.

‘Okay apa!Kalau dah bersih muka dia, tetiba hati kau berdegup kencang pandang dia, macam mana lor?’

‘Aku propose dia jadi suami aku la Grace.Habis cerita!’

Aleya mengenakan Grace lagi.Saja, lama dah tak berbual-bual begini.

‘Masin mulut kau Leya, baru tahu nanti.Aku cuma mampu lihat jer.’

‘Ish, tak nak aku.’

Aleya menggelengkan kepalanya.Tak mungkin rasanya.Musang berjanggut, ish..

**

‘Leya, tadi ada new staff masuk sini.Rugi kau tak nampak.Handsome macam Lee Jun Ki.Chinese look.’

Rakan sepejabatnya, Atikah menyapa Aleya yang baru balik lunch dari luar.

‘Oo..’

Aleya masuk ke biliknya diikuti oleh Atikah.

‘Lepas tue kan Leya, dia macam tercari-cari seseorang tetapi tetap melayan pertanyaan kami semua.’

‘Okay.’

Aleya mula menatap komputernya.Dia tak berminat dengan hot story yang terjadi di sekeliling kerana dia di sini untuk bekerja.

‘Leya nie, penat Ikah bercerita tau.’

‘Oo sorry.Leya ada benda urgent nak kena buat nie.’

Aleya ukir senyuman pada Atikah.Atikah yang memahami mula meminta diri untuk keluar.Aleya meneruskan kerjanya yang tergendala.

Di bilik sebelah, ada seseorang yang tengah berfikir.

‘Handsome sangatkah staff baru tue?’

Bertanya pada komputer di depannya,yang sememangnya takkan pandai menjawab pertanyaannya.