Aizad duduk berdekatan dengan Jojo. Peristiwa yang mereka saksikan semalam menghantui fikirannya.
‘Takkanlah dia macam tue.’
Jojo yang mendengar Aizad menggumam sendiri mengalih pandang pada Aizad.
‘Apa yang handsome keluhkan tue?’
Santai mereka duduk bersama di atas bangunan yang selalu menjadi port dia, Aizad dan Shamsul bila inginkan ketenangan atau sekadar mengisi masa lapang.Lagipun hujung minggu.Tapi hari ni, dia Cuma ditemani oleh Aizad kerana Shamsul menemankan isteri tersayangnya di rumah.
‘Kau rasa betul ker apa yang kita nampak semalam?’
‘Yang mana satu handsome?’
Jojo menanya semula dengan lenggok manjanya.Aizad hanya memandang, dah lali pun.
‘Ala, ah long yang membelasah budak Carl tue?’
‘Mestilah real tue handsome.Kesian pretty boy tue tau.’
‘Yekk, pretty boy?Kau ni jojo pantang tengok lelaki lah.’
‘Well, kita haruslah menikmati panaroma alam yang indah tau.’
Aizad menggelengkan kepalanya.Parah kawan aku nie!
‘Handsome, can I ask you something?’
‘Hit. Wait, sejak bila pandai minta izin nie?’
Aizad melebarkan senyumannya hendak mengusik Jojo yang dah mula menayang muka masamnya.
‘Ala handsome, itu namanya berbudi bahasa, okay?’
‘Haha..okay..okay..cakaplah nak tanya apa tadi Cik Jojo?’
Aizad melambakkan ketawa kecilnya.Jojo menepuk lembut bahu Aizad.
‘Kenapa handsome menolak Cik Juliet yang umphh tue?’
‘You mean Jue?’
‘Yup.She’s hot and got everything that can attract man.Oh my God, apa kes I cakap omputih nie?’
‘Maybe…she’s not the one for me.My heart doesn’t beat whenever I see her.Is that enough answer?’
Aizad berkata perlahan.
‘You all dah kenal lama, takkan tak terdetik satu rasa pun.?’
Jojo masih menanya dengan muka tak puas hatinya.
‘Nope. Never.’
‘Ala handsome nie, hati tukul betullah.’
‘Haha..Hati tukul?Wei Jojo, kat mana kau cilok bahasa tue?’
‘Salah ker?’
‘For sure lah.’
Bergema gelak Aizad dan Jojo bergabung.Ada-ada jer la Jojo nie.
‘Handsome, you ada suka someone tak?’
Amboi, soalan cepumas betul Jojo nieh?Apa aku nak jawab yerk, bisik hati Aizad.
‘I don’t know.Maybe yes, maybe not.’
‘Tak sportinglah handsome nie.Malas nak layan tau.’
Aizad tersengih kecil.Biarlah hanya dia saja yang mengerti rahsia hatinya kerana harapan itu mungkin ada untuknya, mungkin juga tak ada!
**
‘Lu dah janji nak bayar hari nie?Mana duit?’
‘Sa..ya masih dalam proses mengumpul du..it…’
‘Apa?Lu mahu matikah?Hari itu lu berjanji nak bayar hari ini tapi hari nie pulak janji lain?’
Spontan kawannya menampar muka Carl dan dihentakkan meja makan kedai mamak itu.
‘So sor…ry…saya janji akan bayar..cu ma du..it belum mencukupi.’
‘Lu memang cari nahas?Sudah lama hidupkah?’
Sekali lagi kepala Carl dihentakkan ke meja makan tersebut.Carl mengerang kesakitan.
‘Sa..kit.’
‘Sakit?Tapi hati gua lagi sakit.Duit gua mana?’
Jerkahan di telinga Carl menyebabkan dirinya menggeletar ketakutan.
‘Cepat, gua nak duit gua hari nie juga?’
Serentak itu, kaki Carl menjadi mangsa tendangan pula..
‘Stop!Jangan belasah dia lagi.Saya akan bayar untuk dia!’
Tiga pasang mata memandang wajah si pemilik suara nyaring itu.
Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~
Nєω єηтяу :
END
♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,
Hαηηa
Tuesday, March 16, 2010
Ceritera Kisah Kita episod 29
ωяιттєη ву ❤❤sωɨт ɦɑииɑ❤❤ at Tuesday, March 16, 2010 2 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε
Wednesday, March 3, 2010
Ceritera Kisah Kita episod 28

Dah seminggu Aleya tak masuk kerja dan hanya berteleku di biliknya.Air matanya dah kering, tangisannya dah tiada maknanya.Masih terngiang-ngiang kata-kata akhir Carl.
'We're off.I mean ..kita putus.'
'Dear hanya berlawak kan?'
Aleya menyisip perlahan jus orennya kerana ingat Carl hanya mempermainkan dirinya.Tak mungkin Carl sekejam itu hendak menghadiahkannya 'gift' yang sebegitu pada hari bermakna mereka.
'No Aleya, i'm serious about that!We're off.Sorry and I've got to go.'
Aleya kaku dan dunianya serasa terhenti.Hanya matanya saja mampu menghantar pemergiannya Carl.Dia tak larat nak memanggil, bibirnya kaku nak bersuara.Terasa kekuatan dah diragut pergi.
'Sampai hati you buat I macam nie?Apa salah I?'
Aleya merintih lagi.Kelam malam ditatap lesu.Jiwanya mati.Cintanya hanya permainan saja kah?Susah sangatkah nak hidup bahagia?
'You.....ke mana you menghilang?'
Sungguh dia cuba menghubungi Carl namun tiada jawapan di pihak sebelah sana.Malah menurut rakan sepejabat yang menelefonnya, Carl dah berhenti 24 hours pada hari dia meninggalkan dirinya.
'Kejamnya you...'
Aleya berdiri dan duduk di meja soleknya.Kalendar yang ditanda 20/09 dipandang lama.Ahh, ingatkan hari itu hari yang bermakna dan istimewa tapi hanya kepahitan menjadi miliknya.Hanya kedukaan!Hadiah yang tak mungkin akan dilupakan seumur hidupnya!Hatinya menangis hiba.Handsetnya dicapai dan mendail nombor Carl.
'Pleasela jawab....'
Namun, hanya operator talian yang menjawab.Aleya hilang akal!Hilang kata!Seketika kemudian, ada incoming message masuk inbox handsetnya.
'Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.Setiap kedukaan akan pasti ada kebahagiaan di sebaliknya.Banyakkan berdoa kerana berdoalah penawar yang paling berkesan.-Ad'
Aleya tersenyum hambar.Tidak dinafikan ada beberapa kali juga Ad dan dua orang rakannya, Jojo dan Shamsul melawatnya.Memberikan kata-kata semangat dan pelbagai gurauan mereka pamerkan tapi dia hanya mampu memandang.Sungguh bukan dia berniat tidak melayan tapi hatinya sakit.Sakit yang teramat sangat bila ditinggalkan tanpa alasan yang kukuh.Sakit yang takkan ada penawarnya!
**
'Handsome, janganlah laju sangat berjalan.'
Jojo mengejar langkah Aizad yang laju meninggalkan dirinya.
'Cepatlah.Dah lambat kita nie.Nanti Sham membebel pulak tunggu lama-lama.'
Aizad berhenti sekejap menunggu Jojo yang termengah-mengah mengejarnya.Alahai, nasiblah kau nie kawan aku!
'Ala handsome...kesianlah kat kaki I nie.'
Jojo masih lagi dengan lenggok artisnya menghampiri Aizad.
'Jojo please la...jangan nak jalan mengalahkan model pulak.Tengok dah agak gelap dah nie.'
Aizad pandang jam di tangannya.Hampir pukul 7 malam.Janji nak melawat Shamsul di rumahnya.Lama dah tak menjenguk baby mereka.
'Woi, lu mau matikah?Ini dah empat bulan lu tangguh nak bayar duit.'
'Saya jan..ji akan ba..yarrr...'
'Lu janji-janji tapi tarak punya.Lu sudah lama hidupkah?Nak mati sangatkah?'
'Ma..afkan saya...saya jan..ji akan bayarr...'
Aizad dan Jojo yang melihat scene di depan mereka terkedu.Erk, ni real ker lakonan?Tapi mamat yang kena belasah tue dah lebam sana lebam sini.
'Handsome, I takutlah.'
Aizad tak mengendahkan Jojo lalu menghampiri dua orang mamat cina yang sedang membelasah mangsa mereka.
'Woi, lepaskan dia!'
Seorang mamat cina itu menghampiri Aizad dan merenungnya bagai nak menelan lagaknya.
'Lu sibuk apesal?Lu mau tempah maut juga kah?Lu tahu sapa kami?'
'Err...'
'Kami Ah Long..Lu berani nak ganggu hal kami kah?'
'Handsome, jomlah..I takut nie.'
Jojo berbisik perlahan.Lututnya dah terketar-ketar.Ah Long....menakutkan apatah lagi melihat keadaan mangsa.
'Aa..so sorry....'
Aizad cepat-cepat memaut lengan Jojo untuk berlalu.Sempat matanya melihat wajah mangsa belasah Ah Long tersebut.
'Eh, bukankah itu Ca....'
'Handsome....cepat.'
Jojo dah berlari-lari anak meninggalkan Aizad sampai terlanggar tiang elektrik di depannya.Aizad segera mendapatkan Jojo yang kesakitan.Namun, dia tetap memaut bahu Jojo untuk segera melarikan diri dari tempat itu.
Setelah agak jauh, Aizad menghentikan langkahnya diikuti oleh Jojo.
'Nasib baik..takutnya I handsome..'
'Yalah Jojo...Jap aku nak message someone...'
Keypad handsetnya ditekan dan menaip message untuk seseorang yang berhak tahu.Send.
ωяιттєη ву ❤❤sωɨт ɦɑииɑ❤❤ at Wednesday, March 03, 2010 4 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε
Ceritera Kisah Kita episod 27

'Perasaan cinta pada sesuatu menyebabkan orang sanggup meninggalkan perkara yang-dicintai tidak suka. Perasaan cinta menyebabkan orang berusaha untuk suka pada perkara yang-dicintai suka. Perasaan cinta menjadikan seseorang itu bergantung kepada yang-dicintai. yang-dicintai adalah pelindungnya. Hilangnya yang-dicintai mampu menghilangkan kewarasan seseorang...'
Aleya membaca madah bicara pada sebuah blog yang dijumpainya di internet.Kepalanya diangguk-anggukkan tanda bersetuju dengan kata-kata itu.
'Sweetnyer...siapalah yang pandai sangat mengolah ayat nie...'
Aleya membaca semula madah bicara tersebut sebelum menutup blog tersebut.Ahh, tak terasa pula jam menginjak lunch time.Takpelah, siapkan sikit lagi database nie.Aleya kembali leka dalam dunianya.
'Babe....'
Carl menghembus lembut nafasnya ke arah leher Aleya yang tidak menyedari kehadirannya di dalam bilik itu.
'Dear, terkejut babe.'
Dibesarkan matanya memandang Carl yang tergelak kecil melihatnya.
'Ala, siapa suruh babe leka sangat sampai dear masuk pun tak sedar.'
'So sorry dear...ada apa dear ke sini?'
'Hai sejak pula kena ada sebab masuk bilik my babe nie?'
'Oppss...sorry dear...'
Aleya memohon maaf dengan membuat muka comelnya.Carl mengulum senyuman.
'Babe, lunch time la..'
Aleya pandang jam.Patutlah agak lapar...dah lunch time.
'Sorry dear..lupa pulak.'
'Apalagi jomlah babe..laparlah dear!'
Selamba Carl menepuk manja perutnya seolah-olah lapar sangat.Aleya tergelak.Ada-ada jer la dia nie!Tapi aku suka!hehe..
'Dear nak belanja babe makan kat mana?'
'Bukan babe yang belanja dear kah?'
'Dear..'
'Babe...'
'Dear.....'
'Okay..okay....gurau aje la babe.Jom, babe, cinta hati jantungku.'
Carl berseloroh.Aleya tergelak lagi.
'Cukup-cukuplah dear nak melawak.Sakit rahang gelak tahu.'
Aleya memaut lengan Carl lembut dan Carl menurutinya sambil tersenyum.
**
'Eee babe ni kalau makan mesti comot selalu.'
Carl mengambil tisu yang disediakan sebelum mengelap tepi bibir Aleya yang masih mengunyah makanan di dalam mulutnya.
'Ala, takpe kan..dear kan ada sebagai pengelap terhormat.'
Aleya membalas selamba.Carl masih mengelap bibirnya hanya dibiarkan.
'Kalau dear takde, macam mana?'
'Apa dear kata?Dear nak tinggalkan babe?'
Aleya menghentikan kunyahannya.Carl terdiam sambil otaknya ligat merencana jawapan.
'Kalau lah babe...'
'Kalau dear sebut macam itu lagi, siaplah.'
Carl menguis makanannya.Mencuba mencari kekuatan sebelum berkata-kata.Dia tak nak membagi harapan lagi, takut ada hati yang tak dapat disembuhkan lagi nanti.Nafas ditarik perlahan dan dihembus..
'Babe, I nak ucapkan thanks a lots atas layanan babe selama ini.Hari nie pun bulan keempat kita couple.Boleh dikira anniversary juga la tapi....'
Eh, Aleya mencongak dalam hati.Yalah, 20/09 la...lupa lagi.Nasib baik Carl ingatkan!Nie yang makin sayang!
'Tapi apa dear?'
Aleya dah hilang seleranya bila Carl di depannya serius mengungkap kata.Jus oren di depannya dihirup untuk menenangkan minda.
'We're off.I mean..kita putus!'
???
**
Credit madah bicara : http://joegrimjow.blogspot.com/2010/02/teka-dan-menang-di-weekendsheffield.html...sorry arr joe, copy ayat neh..best arr..
ωяιттєη ву ❤❤sωɨт ɦɑииɑ❤❤ at Wednesday, March 03, 2010 4 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε
Ceritera Kisah Kita episod 26

Aleya duduk di sofa yang disediakan di lobi pejabat mereka sementara menanti buah hatinya yang masih sibuk di dalam bilik pejabatnya.Penat duduk, Aleya berdiri menghadap jalan raya.Rintik hujan mula membasahi bumi. Makin lama makin lebat.
'Adoi, hujanlah pulak.Dahlah payung dalam kereta.Macam mana nie?'
Aleya bersungut perlahan.Tapi matanya tetap leka memerhati rintik-rintik hujan.Terasa nak juga bermain hujan tapi dah besar panjang macam nie, tak sesuai rasanya.Ada yang pandang dia tak betul nanti. Aleya tergelak kecil.
'Lama lagi ke dear nie?'
Jam di tangan dipandang sekejap.Maknanya dah hampir setengah jam dia menunggu.Apalah kerja dia yang tak habis-habis tue?Tak boleh tunggu esok ke nak siapkan?Aleya mengeluh sendiri.
'Tak baik mengeluh.'
Satu suara menampan telinganya.Aleya kalih wajahnya ke kanan.Ai, mamat nie bila masa pulak berdiri sebelah aku?Tak sedar pun!
'Hemm..'
Aleya membalas tanpa nada.Malas nak melayan mamat yang pernah meluahkan perasaan padanya.Dia perasan pada perubahan pada raut wajah pemilik yang berdiri di sebelahnya tapi misai sejemput tetap maintain di wajah itu.Kenapa bila pandang macam nie, rasa macam pernah nampak?
'Hujan juga merupakan salah satu terapi dan juga membawa cerita berbeza pada setiap insan.'
'Err...kita pernah jumpa ker?'
'Jumpa?'
Pemilik suara itu menanya kembali soalan Aleya.Tanda dia belum dapat mentafsir makna kata Aleya.
'I mean..sebelum you kerja di sini, kita pernah terserempak kat mana-mana tak?'
Aleya bertanya sambil otaknya ligat berfikir.Pemuda di sebelahnya pula terdiam.
'I don't know.'
'Are you sure?'
Aleya bertanya untuk kepastian tapi hanya gelengan kepala pemuda tersebut menjadi jawapan kepada persoalannya.
'Babe, sorry.'
Carl menerpa mendapatkan kekasih hatinya yang seakan asyik berbicara dengan seseorang.Hatinya tak keruan.
'Dear, lama tau babe tunggu sini.Dah macam guard pun ada tahu.Nasib ada..'
Aleya pandang pemuda di sebelahnya.
'Hai, I'm Ai...eh, Ad..just call me Ad.'
'Thanks la Ad, temankan babe I nie.Kami minta diri dulu lah.'
Carl menyambut salam pemuda tersebut dan mengucapkan terima kasih.Aleya tersenyum.
'My pleasure.'
Pemuda tersebut hanya berdiri memandang pasangan yang mula menjauhi dirinya.Ah, awak dah takdir kita ke begini?Mungkin awak memang bukan ditakdirkan untuk saya....Matanya memandang sayu hujan yang makin lebat.Seperti memahami hatinya yang dilanda gelora.
**
'Babe, sorry yer, tadi ada some file yang kena siapkan hari nie jugak.'
Carl memaut lembut lengan baju kurung Aleya.Mereka berjalan beriringan hendak menuju ke kereta.
'Takpelah dear.Babe faham sangat-sangat dah sikap komited dear tuh.Cuma ada satu masalah jer la dear..'
Aleya pandang wajah Carl dengan mimik muka sayu.Carl pula pelik, masalah apa pula nie?Jangan bagitau yang dia terjatuh cinta pandang pertama dengan si Ad tue tadi dahla....
'Ada dia babe?'
'Hujan.'
'Hujan?'
Apa pulak kena mengenanya dengan hujan.Carl masih keliru memandang wajah Aleya yang semacam jer.
'Yalah hujan atau raining..Payung takde la dear.'
Spontan Aleya membantai gelaknya.Seronok dapat mengenakan buah hati yang masih terkebil-kebil.
'Ala babe main-mainkan dear ya?Nakallah.'
Carl mencuit hidung Aleya spontan.
'Betullah dear.Kita takde payung kan?Kereta dear tue kat parking luar sana.'
'Owh yelah babe.Babe tunggu sini, dear ambikkan payung.'
Aleya pegang hujung kot Carl.Langkah Carl terhenti dan memandang Aleya yang tersengih memandangnya.Mesti ada something la tue kalau dia dah tersengih-sengih.
'Apalagi babe?'
'Kita redah sama-sama lah dear, bolehlah, pleaseeee.'
Aleya merayu dengan mimik mukanya sekali.Carl serba salah, kang dua-dua sakit macam mana.
'Nanti sakitla babe...'
'Please dear, sekali nie jer.Promise?'
Aleya masih merayu sambil memegang lengan Carl pula.Carl dah menggaru kepalanya.
'Please.please.please.'
'Okaylah but just this time.Agree?'
'Thanks dear!I love you lah.'
Aleya mula berjalan sambil tangannya still memaut lengan Carl.Berlari-lari anak menuju kereta Carl.
'Bestnya dear!Yahoo!'
Aleya menjerit kecil, kegirangan.Carl tergelak dengan sikap keanak-anakan Aleya.
'Tapi babe orang dah pandang kita semacam lah.'
'Ala dear, buat bodo jer.'
'Apa babe kata?'
'Hehe..takde apa-apa.'
'Nakal betul la babe Carl nie.'
Dicuit hidung Aleya lantas berlari.Aleya mengejar sambil terjerit kecil.Tidak mempedulikan sepasang mata yang masih setia memerhatikan tingkah mereka.
**
'Achumm..'
Aleya pun dah tak dapat nak mengira berapa kali dia dah terbersin.Itulah masa nak main hujan, tidak pula memikirkan akibatnya.
'Achumm..'
Hendak tak hendak ubat panadol soluble yang sudah diletakkan dalam gelas yang berisi air suam diminumnya juga.Spontan matanya memandang kalendar pada meja soleknya.
'Eh, dua hari lagi nak 20.September....Tak terasa la pulak..tak sabarnya..'
Kepalanya dilabuhkan pada bantal sambil matanya dipejamkan.Bibir merahnya masih menguntum senyum mengingat kejadian petang tadi.Sweet!
'20/09....tunggu yer.'
ωяιттєη ву ❤❤sωɨт ɦɑииɑ❤❤ at Wednesday, March 03, 2010 2 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε
Tuesday, March 2, 2010
Ceritera Kisah Kita episod 25

Aleya menatap bulan yang mengambang dari beranda biliknya. Beginilah tabiatnya bila rasa bersendirian. Bulan juga salah satu terapi menenangkan mindanya.Seakan-akan bulan berbicara dengannya.
‘Dear..’
Perlahan bibirnya menyeru nama kekasih hatinya.Carl Iskandar, seorang yang gentleman, selalu memanjakan dirinya, menyayangi dirinya sehingga dia hampir-hampir melupakan seseorang yang pernah bertakhta di hatinya. Sedar tak sedar dah berbulan-bulan mereka bercouple.Teringat bagaimana Carl melamar dirinya menjadi buah hati membuatkan Aleya tersenyum sendirian.
‘Ada apa ajak I keluar nie?’
Aleya bertanya pelik.Walaupun dia dan Carl mesra tapi Carl jarang mengajaknya keluar pun waktu hujung minggu macam nie.
‘Ala, apa salahnya kan?Lagipun you bukannya ada apa nak dibuat masa hujung minggu macam nie.’
Carl tayang muka comel di depan Aleya yang ternyata bengang bila pagi minggu diganggu.
‘Yalah, apa dia?’
Spontan melabuhkan duduknya di bangku yang berdekatan tempat berjogging itu.Carl turut sama melabuhkan duduknya.Nafas ditarik dan dihembus perlahan.
‘I think….hermm…’
‘What?’
‘I rasa, I sukakan one lady lah tapi tak tahu macam mana nak luahkan?’
Laa, Aleya tepuk dahinya.Ini jer ker masalah mamat nie.Kalau just pasal hati dan perasaan, janganlah sampai mengorbankan pagi minggu aku yang indah.
‘Kalau suka, ucap jer la.Takde berbayar pun nak luah tue.’
Nah, straight to the point jer aku jawab, Aleya mengulum ketawa dalam hati.Carl terkebil-kebil.
‘Masalahnya I tak sure dia suka I ke tak?Nanti I takut la kalau dia reject.’
‘Aik, begini punya macho boleh lak takut kena reject.Come on, dear, be yourself and tell her.That’s all.Punyalah senang, apalah you nie.’
Aleya memberikan pendapat tanpa memikirkan impaknya.Carl pula mula mengukir senyumnya.Dear?Cam best jer bila this lady panggil macam tue.
‘Tapi…’
‘Tapi apa lagi?’
Aleya memintas ayat Carl.Tangannya dibawa ke mulut, menahan ngantuk.
‘Macam mana nak sebut ye, Leya?’
Aleya menghadapkan badannya pada Carl yang tersengih.Aku cepuk kang mamat nie. Menyusahkan betul.Belajar tinggi-tinggi, nak mengayat pula zero.
‘Dear My Lady, will you be my special one?Lepas tue, dia accept ke tidak, itu belakang kiralah.’
Aleya memejam celikkan matanya yang masih mengantuk.Malam tadi tidur lewat gara-gara penangan drama korea.Tak boleh nak miss!
‘Tunggu kejap yer.I’ll be back.’
Spontan Carl berlari meninggalkannya.Aleya memandang pelik.Lantak hang la, Carl.Matanya dipejamkan kembali.Tenang!
‘Dear My Lady, will you be my special one?’
Bisikan di telinganya mengejutkan Aleya.Matanya dicelikkan dan terpampang wajah Carl yang tersenyum manis di depannya sambil tangannya menghulurkan sesuatu padanya.
‘Dear My Lady, will you be my special one?’
Carl mengulang semula ayatnya melihat Aleya yang termangu-mangu memandang dirinya.
‘Erk, I tak kena bang bang boom, right?’
Perlahan mengucap kata.Carl tergelak kecil.Ada ker this lady sempat lagi menyebut rancangan bang bang boom time dia meluahkan perasaan.
‘No lah babe, serious!Will you?’
‘Erk…’
Aleya menggaru kepalanya.Blur.Carl nie kot ye pun nak meluah kat admire dia takkan nak berlakon depan aku juga.
‘Will you?’
Carl masih menyua sesuatu di genggamannya pada Aleya.
‘Speechless.’
‘Will you, babe?’
Adeh, mamat nie dah masuk bab mengayat la pulak.Romantik, erk!
‘Apa dalam tue?’
‘You akan tahu lepas you bersetuju.’
‘Aik, system barter ker?’
‘Nakallah.’
Diusik hidung comel Aleya dengan jari telunjuknya.Aleya mengelak lembut.
‘Kalau I tak nak?’
‘Maknanya I kena rejectla…’
Carl berkata sayu.Aleya tersengih.
‘Kalau I accept….’
‘Maknanya I kena reject….eh, wait, you kata apa tadi?’
‘Boleh tahu apa benda itu dear?’
Aleya melunakkan suaranya, sengaja nak menduga Carl.Carl tersenyum senang.Tapak tangannya dibuka.
‘Wah, comelnya…’
Aleya memandang cincin yang diperbuat dari lalang yang dililit menjadi sebuah cincin.Kreatif!
‘So, I’ll take it as your answer.’
Perlahan Carl memasukkan cincin tersebut ke jari manis Aleya.Aleya hanya mampu tersenyum senang.Mungkin dah tiba masanya dia menikmati masa-masa begini dan berbahagia.Melupakan apa yang telah berlaku.
Deringan lagu Akon mengejutkan lamunan Aleya. Spontan dia angkat dan menuju ke dalam kamar tidurnya.Mencari handsetnya.Pandangan matanya tertancap pada LCD handsetnya.
‘Unknown caller.’
Ahh, nombor nie lagi? Dah seminggu dia mendapat panggilan dari nombor itu tapi tetap tiada jawapan bila dia menjawab.Siapalah yang tak bengang?Dibiarkan panggilan itu tidak berjawab.Sekali handsetnya berbunyi.Masih nombor yang sama.
‘Hello.’
Aleya menghulurkan salam namun tiada jawapan.Hanya hening.Aik, bisu kea pa orang nie?’
‘Hello, siapa di sana?’
‘Hello.Bisu ke apa?Jangan call kalau tak nak bercakap.’
Masih juga senyap.Akhirnya Aleya menutup handsetnya.
‘Menyusahkan betul.Kalau tak nak bercakap tue, tak payahlah nak gatal nak call sini?’
Aleya membebel sendiri.Geram.
**
Sesusuk tubuh menatap handsetnya.Baginya, walaupun dia hanya mampu mendengar suara itu, itu dah mencukupi baginya.
‘Awak, kalau lah awak tahu betapa saya rindukan awak..kalaulah….’
Tapi, dia sedar dia tak mungkin dapat memiliki empunya badan suara itu.Ahh, hidup ini memang banyak dugaannya!
‘Kalaulah masa boleh berputar…kalau…’
Akhirnya dia memandang lesu malam yang kian sunyi.
ωяιттєη ву ❤❤sωɨт ɦɑииɑ❤❤ at Tuesday, March 02, 2010 6 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε
Tuesday, February 2, 2010
Ceritera Kisah Kita episod 24

Juliet tersenyum lebar melihat wajah-wajah di depannya.Sebulan dah dia menjadi guru grooming kepada Aizat.Itu sudah mencukupi baginya.Bahagia!
‘Okay, you punya penampilan dah improve.Cuma…’
Sengaja Juliet membiarkan ayatnya tergantung.Aizat dan Jojo memandang dengan perasaan ingin tahu.
‘I rasalah kan, kalau you shave you punya misai tue lagi macho.’
Juliet memanjakan suaranya sambil mengenyitkan mata pada Aizat.
‘Auww, betullah handsome.Apa kata you ikut jer saranan Miss Jue nie.’
Jojo menyokong dengan lenggok ayunya.Hancur habis!
‘Tak nak.’
Aizat menjawab lancar. Mana boleh buang nie, ni harta sepanjang zaman tahu, eh nie perisai!Haa, perisai la untuk tak dikenali oleh si dia.Si bayang-bayang!
‘Tapi kan bie, I rasa you lebih handsome…’
Alamak, dia dah start dah, bisik hati Aizat.Juliet ni memang tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang.
‘No.’
‘Bolehla handsome?’
Jojo masuk korum memujuk sekali.Juliet tersenyum menggoda, berharap Aizat mencukur misai nya.
‘No.Untuk masa sekarang, aku takkan shave misai nie.Tunggulah suatu hari nanti, bila sampai waktu aku akan shave jugak..’
‘Handsome nie tak sporting kan Miss Jue?’
Jojo terliuk lentuk di depan Juliet dan Aizat.Geram dengan kedegilan Aizat.
‘Jojo, please la duduk.Mencemarkan mata aku jer tengok kau macam tue.’
Aizat berkata lepas.Sengaja nak memprovok Jojo.Jojo memuncungkan bibirnya.
‘Alah, I tak nak kawan you lagi la, handsome.I nie sebagai wanita yang anggun dan bergaya haruslah selalu praktis lenggok-lenggok badan bak model.Manalah tahu suatu hari nanti jadi model.Handsome juga yang tumpang sekali glamour.’
Pantas duduk bersebelahan dengan Juliet.Kakinya disilangkan dengan penuh lemah lembut seperti Juliet.Tangannya disilang sama.Juliet cuma tersenyum.
'Adoi.'
Aizat menepuk dahinya melihat perangai Jojo.Nasiblah kawan aku!
**
Aleya berjalan beriringan dengan Carl Iskandar sambil berbual mesra.
‘Babe, thanks cause sudi temankan dear shopping nie.’
Aleya peluk lengan Carl Iskandar.Rasa bahagia dengan perhubungan mereka.
‘Takpelah dear, Leya pun boring juga kat rumah.Papa selalu jer keluar daerah.’
‘Itu yang dear makin sayangkan babe nie.’
Carl Iskandar cuit hidung Aleya sambil mengukir senyum manis.
‘Kita keluar shopping nie, kenapa dear?’
‘Nak beli birthday present untuk kawan perempuan, babe bolehla tolong pilihkan untuk dia.Nanti babe temankan dear maya birthday party dia, okay.’
Aleya memandang lama wajah Carl.Kawan perempuan???
‘Don’t worry babe, she’s just my friend and you are my special one.Trust me.’
Dikenyitkan matanya pada Aleya yang sudah memuncungkan bibirnya.
‘Ala comelnya babe nie, rasa nak kiss-kiss jer.’
Carl mengusik Aleya sambil tergelak.
‘Kiss?No way…kalau dah sah baru bolehla.’
Aleya membuat mukanya.Saja nak bermanja dengan kekasih hatinya.
‘Ala babe, dear gurau jer.Jom masuk Art Shop tue.’
Ditarik jemari Aleya supaya mengikutinya ke arah Art Shop.Aleya mengikut saja tanpa bantahan.
‘Babe, ni lawa tak?’
Ditayang frame gambar yang berbentuk dadu.Agak besar dan berwarna-warni.Boleh memuatkan banyak gambar.Unik!
‘Ok juga.’
Aleya memberikan pendapatnya.Tangannya mencapai sebuah cawan yang dihias cantik dengan reben seakan-akan akar kayu.Dua ekor burung dilukis pada bahagian tepinya.
‘Sweet.’
Komen Aleya perlahan.
‘Not sweet as you, babe.’
Bisikan perlahan di telinganya mengejutkan Aleya yang khusyuk membelek cawan tersebut.
‘Dear terkejut babe tau.’
Dibulatkan matanya memandang wajah Carl Iskandar.Carl tersengih.
‘Kita beli frame nie untuk birthday kawan dear nanti dan cawan nie untuk babe.Jom, dear bayar.’
‘Tapi…’
‘Babe apa salahnya dear nak belikan something untuk babe sebagai kenangan, mana tahu one day…..’
Carl Iskandar segera mematikan ayatnya.Rahsia tetap rahsia baginya, mujur akalnya pantas mengingatkan dirinya.
‘Apa dear kata tadi?Tak dengarlah..’
Aleya memandang pelik kekaksihnya.Peluh semacam dia nie!
‘Jom kita bayar.’
Aleya menurut juga langkah Carl yang menuju kaunter bayaran.Setelah membayar mereka keluar dengan membawa hadiah yang sudah berbalut.
‘By the way, kawan dear tue siapa nama dia?’
Aleya menanya Carl mesra.Carl Iskandar menguntum senyum bila mengingatkan tentang kawan perempuannya itu.
‘Juliet.’
‘Juliet?’
Aleya memikir di mana agaknya dia pernah mendengar nama itu.Juliet..Juliet…hai la Juliet, pernahkah kita bersua???
ωяιттєη ву ❤❤sωɨт ɦɑииɑ❤❤ at Tuesday, February 02, 2010 3 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε
Wednesday, January 6, 2010
Ceritera Kisah Kita episod 23
‘Apa yang babe senyum-senyum nie?’
Aleya menoleh memandang buah hatinya.Bibirnya spontan mengukir senyum manis.Tidak disangka dia akan bergelar kekasih kepada lelaki itu.
‘Babe..’
Lelaki itu mengulang semula pertanyaannya.Jelas kerut di dahinya,matanya pula makin menyepet.
‘Takdelah..saja jer nak membuat kerja ‘part time’ nie.’
Aleya tergelak kecil dengan kata-katanya sendiri.Spontan jemarinya menyentuh kolar baju buah hatinya, membetulkan kedudukan neck-tie nya.Kemas!
‘Pandailah nak loyar buruk.Cepat bagitau!’
‘Ala, Leya teringatkan first time jumpa buah hati Leya nie.’
Aleya melepaskan pegangan pada kolar baju buah hatinya.Rimas juga kalau rakan sekerja ternampak.Sekarang pun di sana sini bercerita pasal hubungan mereka berdua.Malah, dirinya sendiri pun tak menyangka akan jatuh cinta pada lelaki di depannya ini.
‘Entah-entah babe memang dah jatuh cinta pandang pertama masa first jumpa, tak?Mesti sebab wajah handsome ni kan?’
Dengan itu, dia menayang-nayang mukanya di depan Aleya.Aleya tergelak kecil dengan kata-kata buah hatinya.
‘Ee, santannya…cubalah derma santan tue pada yang memerlukan sikit.’
‘Nakal eh.’
Dicuit hidung Aleya sepintas sambil tergelak sama dengan Aleya yang seronok mengenakannya.Hatinya turut gembira melihat keriangan pada wajah Aleya.
‘Nakalnya tue tidaklah, naughty sikit adalah.’
Aleya menjawab dalam tawa riang.Memang tidak salah tindakannya menerima kehadiran lelaki ini di hatinya sekaligus menghilangkan sedikit demi sedikit bayangan yang selalu mengekorinya.
‘Babe, nanti lunch sama ya?’
‘Absolutely, dear.’
‘Kalau macam tue, boleh tak babe tolong dear, tak?’
Aleya memandang buah hatinya dengan pandangan ‘apa-dia?’
‘Hehe, tolong semak fail nie untuk dear?’
‘Alaa…..’
‘Babe, nanti uncle marah pula kalau kita buat kerja last minute, bukan uncle jer tapi papa juga.Please babe.’
‘Yalah.Leya keluar dulu.’
Aleya mengambil fail biru tersebut dan ingin berlalu.
‘Kalau babe nak semak kat sini pun boleh tapi takut dear pula tak boleh buat kerja.’
Aleya terdengar gumaman di belakangnya.Ditoleh dengan dahi berkerut.
‘Kenapa pulak?’
‘Yelah, mata tak nak pandang LCD computer, nak melekat kat satu tempat jer.Tak boleh beralih dah.’
Dikenyit matanya pada Aleya yang masih blur.
‘Tak fahamla!’
‘Adoi…tengok babe la.’
Dilambakkan ketawanya manakala Aleya memuncungkan bibirnya.Geram diperlakukan begitu.
**
Aizat menopang dagunya.Kecewa!
‘Benarkah bahagia sukar sangat digapai?’
Hatinya berbisik sendiri.
‘Dah..dah handsome jangan nak termenung lagi.Malam nie kita pergi kelas meningkatkan taraf hidup..eh salah, taraf keyakinan dan grooming.’
Jojo berkata dengan lenggok lembutnya.Shamsul hanya tersengih sumbing.Adoi, Aizat dah start dengan mode kecewanya lagi gara-gara ternampak dan terdengar ‘drama cinta’ pujaan hatinya sewaktu bekerja di pejabat.
‘Kelas grooming?’
Aizat menanya dengan nada pelik.
‘Yalah handsome.Dengar kata, cikgu grooming tue, cantik bak bidadari.Tak dapat nak berkelip mata melihatnya.’
Jojo bercerita dengan sepenuh hatinya.Matanya bersinar-sinar.
‘Kau pun berminat dengan berlainan jenis ker Jojo?’
Shamsul berseloroh.Jojo menepuk bahu Shamsul.
‘Of coursleh I suka perempuan cantik.Sedap mata memandang tahu.’
Aizat Cuma memerhati gelagat temannya itu.Jojo yang dikenalinya kurang dari dua bulan pun dah ibarat teman lamanya walaupun Jojo agak lembut sikit.
‘Ok, Jojo pukul berapa nak ke sana?’
‘Lepas nie.’
Aizat mengerutkan dahinya.Ditala mata menatap jam di tangannya, patutlah dah 7 malam.
‘Sham, dear kau tak kisah ker kau lewat balik?’
‘Dia faham lagipun mama ada jaga dia.’
‘Handsome, boleh tak you bagi I drive kereta sport you malam nie?Teringinlah.’
Jojo menggedik dengan Aizat.Aizat menggeleng kecil lalu menyua kunci keretanya pada Jojo.Jojo menjerit riang.Shamsul pula tergelak kecil.
**
‘Okay, dah sampai?’
‘Dah ker?’
Shamsul menanya Jojo lagi.Dekat jer paduhal.
‘Ahh, itu pun cikgu grooming yang bodynya bak nombor lapan.’
Jojo menjerit kecil sambil memegang kedua-dua jemarinya dengan nada riang.Aizat dan Shamsul menoleh sama.
‘Oh my…..it’s not her, right Chiko?’
Shamsul bertanya dalam nada perlahan.
‘Ju..Jue….’
Kata-katanya terhenti di situ. Tak dapat nak menyebut nama itu semula.Aizat berharap cikgu grooming kesukaan Jojo itu akan invisible dan bertukar menjadi Avril Lavigne atau pun Erra Fazira.Masalah..masalah!
**
Gomen ne all..Ini jer yang Hanna dapat fikirkan..hahha...slmt membace!!^_~
ωяιттєη ву ❤❤sωɨт ɦɑииɑ❤❤ at Wednesday, January 06, 2010 4 էﻪlĸﻨε-էﻪlĸﻨε
