Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Wednesday, March 17, 2010

Ceritera Kisah Kita episod 31



Ting tong!

Aleya angkat malas menuju ke arah pintu rumahnya.Siapalah yang tak boleh tengok aku senang nie?Dengusnya perlahan.

‘Hai..’

Di depan pintu tersengih tiga wajah padanya.Aizad, Shamsul dan Jojo.

‘Hai, apahal pula korang dating sini?Tak kerja ker?’

Selamba Aleya bertanya.Tiga wajah di depannya saling berpandangan dan menayang gigi padanya.

‘Ala Cik Comel, banyak tanyalah you nie.Tak nak ajak I masuk ker?Lenguh kaki lawa I nie, tahu!’

Merengek manja Jojo sambil memaut lengan Aleya.Hadoi, anak siapalah nie?Nasib baik kawan aku!

‘Yalah Leya, tak nak jemput kita yang macho ni masuk rumah ker?’

Usik Shamsul sambil tersengih.

‘Kalau Jojo nie tak waras, Leya boleh terima.Tapi yang Ad dan Sham takkan tak waras sama dengan Jojo nie jugak?’

Aleya masih berdiri tegak di depan pintu rumah.

‘Saja jer nak jenguk Leya.Amboi, tak nak ajak masuk ker Leya.’

Aizad bertanya selamba.Shamsul menyokong sambil menganggukkan kepalanya.

‘Yalah, yalah..masuklah.Buat macam rumah sendiri.’

Terus Jojo menyerbu masuk ke dalam rumah dan landing di sofa.Bantal Garfield milik Aleya lalu dipeluknya.Memang itulah kerjanya setiap kali bertandang ke rumah Aleya.

‘Hei Jojo, bantal Leya tue..Jangan peluklah!’

Dan seperti biasa juga Aleya akan menerkam dan merebut kembali bantal garfieldnya itu.Jojo tetap memeluk bantal garfield Aleya.Aleya yang mula hilang sabar terus menggeletek pinggang Jojo.

‘Haha..’

‘Bagus.’

Spontan bantal Garfield beralih peluk sebab Jojo memang pantang kena geletek.Dia akan menjerit kegelian.

‘Ada-ada ajer korang ni tau.’

Shamsul bersuara perlahan.Aizad hanya memerhati biasa.

‘Korang nak minum tak?’

Aleya bertanya lembut.Kalau tak kerana dorang bertiga nie, maybe dia takkan bersemangat semula.Tak seceria dahulu.Namun, dia lebih ceria bila Carl di sampingnya semula.Itu yang paling membahagiakan dirinya.Spontan senyuman terukir di bibirnya.

‘Takpelah Leya, lagipun kitorang tak lama jer singgah sini.’

Aizad berkata perlahan sambil matanya mengisyaratkan Jojo menyerahkan sampul surat yang berisi gambar Datin dan Carl.

‘Ehem..ehem..Cik Comel, ini untuk you.’

Dihulur sampul surat tersebut pada Aleya.

‘Apa nie?’

Aleya bertanya hairan.Tak pernah-pernah dorang bagi benda yang siap bersampul surat.

‘Take a look la, Cik Comel.’

Jojo mengarahkan sambil bermain-main dengan kukunya yang baru di colour hitam semalam.Aizad dan Shamsul sama-sama menanti reaksi Aleya.

‘Eh?’

‘Itu Carl, buah hati you kan?’

Jojo bertanya lagi.Sambil tangannya turut sama membelek gambar-gambar di situ.

‘Yup, it’s him.’

Ralit Aleya memerhatikan gambar-gambar di tangannya.Siapa pula bergambar dengan Carl nie?Bukan main mesra lagi.Siap peluk-peluk dan cium pipi pulak tue.Be positive Leya!Jangan fikir bukan-bukan.

‘Agak-agaknya siapa Datin sebelah Carl tue Leya?’

Shamsul bertanya, hampir tidak kedengaran suaranya.Takut kalau Aleya kecik hati atau marah.Orang perempuan kan memang sensitif sikit!

‘Mak dia kot.’

‘Mak?’

Serentak Aizad, Shamsul dan Jojo bertanya.Aleya ni buta ke apa, dah terang-terang dah penerangan gambar mesra itu!

‘That Datin told us, Carl was her ex-boyfriend.’

Jojo memberitahu Aleya, ingin menyedarkan Aleya dari terus dipermainkan.

‘Carl juga menipu Datin, lepas dia mendapat RM10,000.00 dari Datin itu, dia menghilangkan diri.’

Aizad menyambung kata-kata Jojo.Aleya menggelengkan kepalanya.

‘No, I’m not believe it!This lady must be his mother.’

‘Wake up, Leya! Datin itu beritahu juga..Carl berhutang dengan Ah Long dan dia juga bayarkan untuk dia seperti mana you bayarkan untuk dia.Lepas itu, dia akan menghilangkan diri juga.’

‘No..no…’

Spontan Aleya mencapai handsetnya.Mendail nombor hp Carl.Namun, hanya operator talian yang menjawab.Aleya mendail semula, tetap operator talian yang menjawab.

‘Carl, mana pula nie?’

‘Why?’

‘I can’t get him.’

‘See.’

Jojo berkata selamba.Memang betullah Carl buah hati Aleya adalah orang sama dengan ex-boyfriend Datin itu.Kalau tidak, takkanlah dia menghilang juga.

‘Carl, jawablah!Jawablah!.’

Namun, dia tetap hampa.Mungkin juga Carl telah menukar nombor handsetnya atau kehabisan batteri.

‘Better you bersiap sedia Cik Comel, I think he’s the same person.’

‘No..no….he won’t do that.’

‘Kalau dia tak buat macam itu, kenapa pula dia tak dapat dihubungi?’

Aizad menyoal pula.Aleya dah memerah matanya menahan tangis.Sungguh dia tak dapat menerima kalau-kalau Carl benar-benar menghilangkan diri.

‘Maybe handset dia low battery.’

‘Semalam dia ada contact you tak?’

Jojo pula menyoal.

‘No…dah dua hari dia senyap jer.’

‘See…totally dia menghilangkan diri punya.’

Aleya dah teresak-esak menangis.Takkanlah Carl nak buat hal lagi pulak!Apalah malangnya nasib aku nie!

**

Seminggu kemudian….

‘Papa.’

Aleya menerpa ke arah papanya yang baru balik bertugas di kawasan pedalaman.Menangis sayu di dada papanya.

‘Pa, he’s leave me again.’

‘Carl?’

‘Hurmm.’

‘How dare him, pa?’

‘Tenang..jom kita duduk dulu Leya.’

Aleya duduk di sofa ruang tamu sambil menangis teresak-esak di dada papanya.Air matanya seakan-akan tidak mahu berhenti.

‘Syhh..syhh….’

Aleya yang menangis sejak mendapat berita Carl menipunya serta menghilangkan diri merasakan dirinya sangat letih.Mungkin juga Carl memang bukan untuknya.Terlalu banyak pembohongan dalam hubungan mereka.Memang dia gembira dengan kehadiran Carl sebagai kekasih dan juga teman mendengar luahan setiap kata hatinya, namun jauh di sudut hatinya, dia tahu masih ada satu nama terpahat di situ.Apa khabar dia agaknya sekarang?

‘Pa…Leya sedih sangat..’

‘Papa tahu sayang…Dia memang unlucky melepaskan my girl nie.’

Perlahan ditepuk lembut belakang badan Aleya.

‘Leya sedih sebab..sebab duit Leya habis gara-gara mangkuk hayun tue..Geramnya!’

Jelas riak marah dan geram menggantikan riak menangisnya tadi.Papanya terkedu!

‘Kalau setakat cinta itu, Leya tak kisah sangat.Ini duit Leya pa..rugi tahu Leya gara-gara nak tolong mangkuk hayun itu.’

‘Takpe sayang…maybe ada hikmah di sebalik semua ini.’

‘Kalau Leya jumpa dia, siaplah!’

Berkobar-kobar Aleya yang mengerjakan Carl jika mereka terserempak.Lepas kebas duit aku, sesedap rasa jer kau blah!

‘Kalau papa cakap something, agaknya sesuai tak masa nie Leya?’

Aleya kalih pandang menghadap papanya.Keningnya dikerutkan!

‘Apa pa?’

‘Memandangkan Leya dah kembali single, nak tak try dengan anak kawan papa yang dah lama papa dan papa dia bercadang nak berbesan.’

‘Pa!!!’

‘Papa tahulah semua macam tiba-tiba tapi ini mungkin hikmah juga Leya sayang.Lagipun dia pun memang tunggu Leya bertahun-tahun lamanya.Hanya mampu memerhatikan Leya dari jauh walaupun dekat.Mungkin dia tak sehandsome mana, tapi orangnya boleh tahan sikapnya.Hormat orang tua.’

‘Pa…..’

‘Papa tak paksa Leya terus bagi jawapan sekarang.Leya ambillah masa memikirkan hal ini.Papa Cuma nak anak papa bahagia.Sekurang-kurangnya kalau papa takde bersama Leya, akan ada pelindung melindungi Leya nanti.Leya pun dah cukup umur juga nak mendirikan rumahtangga.Papa pun teringin nak ada cucu.’

Ala, papa nie pandai betul memujuk buat hati aku cair dan sedih jer dengar.Nafasnya ditarik dan dihembus perlahan.

‘Pa…maybe dah tersurat takdir Leya begini..Leya…terima pilihan papa.’

**

Haha..oklah semua…just tinggal 1 bab lagi.Hanna pun dah mampu senyum sebab CKK dah nak habis.Boleh pulak Hanna tumpukan perhatian pada blog lagi satu.

P/S : Zaty & Afaf..haha…saja jer akk letak nama Carl tuh..kot-kot jodoh zaty or afaf nanti..hehehe…wink2..and dush2..hahah..**evil laughing*

Tuesday, March 16, 2010

Ceritera Kisah Kita episod 30

Aleya duduk bersebelahan dengan Carl Iskandar.Menatap tenang wajah yang masih lebam-lebam di sebelahnya itu.

'Leya sepatutnya tak payah nak bayar duit itu untuk I.Lagipun I dah ada kumpul sikit-sikit nak pay diorang tuh.'

'Ala dear, I ikhlas nak tolong you lah..'

Aleya tersenyum memandang Carl.Hatinya kembali berbunga riang.

'I tak nak susahkan you. RM10,000.00 bukannya sikit pun.I nie memang menyusahkan you kan Leya?'

Carl mengusap kasar rambutnya ke belakang.Kesian Aleya!

'Takpe, I ikhlas, okay?Janji you takkan tinggalkan I lagi ya dear?'

Lirih suara Aleya menyentap hati Carl.Mampukah dia? Humm, perlahan dia mengeluh.

'I janji I akan bayar balik wang Leya tue.I janji, Leya!'

Aleya sentuh perlahan lengan Carl.Seakan-akan memberikan semangar kepada Carl.

''It's okay, dear. Janji you tak akan dan tak pernah tinggalkan Leya lagi.Never!'

Perlahan Carl menganggukkan kepalanya.Tapi dia sendiri pun tiada jawapan untuk janji yang dipinta oleh Aleya itu.

'Tapi Leya RM10,000.00 itu bukan sedikit nilainya pun.Carl janji akan bayar ansur-ansur ya?'

Carl memandang sayu wajah Aleya yang berkorban demi dirinya.Sungguh dia tak layak mendampingi Aleya!Betapa kerdilnya dirinya!

'Dear, kalau I ask something, boleh tak?'

'Apa dia?'

'Kenapa dear boleh berhutang dengan diorang tue?'

Spontan Carl meraup mukanya.Keluhan kasar dilepaskan.

'Itu kisah dulu.Tak tahu pula dia punya berkali-kali ganda bunga dia.Menyesal betullah.'

'Takpelah dear.Yang penting dear selamat dari mereka, okay.'

Aleya memandang Carl sambil menguntum senyum manis.

**

Aizad menghadap Jojo yang tengah menggunting rambut Aizad di salunnya.Cekap!

'Gunting sikit jer, Jojo.'

'Ala handsome, banyak songehlah.I tahulah nak buat macam manalah.'

Jojo masih cermat menggunting rambut Aizad.Kemas!

'Kau jangan nak mengada-ngada yer Jojo.'

'Ala handsome nie, sungguhlah tak sporting.'

Shamsul hanya mampu gelak dengan sikap Jojo dan Aizad.Ada-ada jer!

'Dahlah korang nie.Childish betul.'

'Siapa childish?'

Serentak Aizad dan Jojo menanya.Saling berpandangan kemudiannya.Huh!Copycat.

'Excuse me.'

Tanpa mereka sedari ada seseorang dah memasuki salun Jojo.Serentak Jojo, Shamsul dan Jojo memandang.Kelihatan seorang aunt yang ala-ala Mak Datin berdiri di situ.Matanya agak sepet dan make up nya memang Mak Datin punya make up la.

'Yes,May I help u, Datin?'

Jojo menanya sambil melenggok manja sambil menghampiri Mak Datin tersebut.

'I nak cuci rambut tapi I nak layanan first class.'

'Owh okay.Come.'

Mak Datin tersebut mengekori Jojo ke ruangan yang sepatutnya.Aizad dan Shamsul hanya memerhati.Saling mengjungkitkan bahu.

'I nak bukan apa nak cuci rambut hari ini, kot-kot bolehkan kurangkan kekusutan dalam kepala nie, hah.'

'Ala Datin..kalau Datin nak share, I nie boleh jer jadi pendengar.'

Jojo meramahkan diri sambil jarinya berfungsi membasahkan rambut Datin tersebut.

'I nie baru jer ditinggalkan my boyfriend.'

Erk...Shamsul dan Aizad yang mendengar berpandangan.Boyfriend?Agak-agaknya berapalah umur boyfriend dia?Tengok umur datin itu dalam lingkungan 50 lebih.

'Kenapa pula dia tinggalkan you, Datin?You nie kan cantik I tengok.Masih menggoda macam anak dara.'

Jojo mencucuk jarum pula.Tiba-tiba Datin tersebut menangis tersedu-sedu.Mereka bertiga dah saling berpandangan.Pelik betul Datin nie!

'Dia tipu I.Setelah dapat duit I, dia menghilangkan diri.Apalah nasib I nie.Huhu..'

Datin mengadu sambil mengonggoi lemah.Jojo menepuk-nepuk bahu Datin tersebut.

'Aduh, kejamnya dia Datin!'

'I hate him!I hate him!Dia tipu duit aku RM10,000.00.Ingat sikit ker?'

Spontan Datin tersebut mengambil sesuatu dari dalam beg nya lalu dilempar kasar.

'I hate him..'

Lemah suaranya.Jojo segera mengutip benda yang dilemparkan oleh Datin itu.

'Eh gambar!Dia nie ke boyfriend you Datin.'

'Yes, he is.'

'Haa..'

Shamsul, Aizad dan Jojo ternganga!Rahang masing-masing terjatuh!

'Yalah, nama dia Iskandar...'

'Iskandar?Carl..'

'Yes, Carl Iskandar.'

Sekali lagi Datin itu mengulang nama boyfriend nya yang menghilangkan diri.

'Hah????'

Ceritera Kisah Kita episod 29

Aizad duduk berdekatan dengan Jojo. Peristiwa yang mereka saksikan semalam menghantui fikirannya.

‘Takkanlah dia macam tue.’

Jojo yang mendengar Aizad menggumam sendiri mengalih pandang pada Aizad.

‘Apa yang handsome keluhkan tue?’

Santai mereka duduk bersama di atas bangunan yang selalu menjadi port dia, Aizad dan Shamsul bila inginkan ketenangan atau sekadar mengisi masa lapang.Lagipun hujung minggu.Tapi hari ni, dia Cuma ditemani oleh Aizad kerana Shamsul menemankan isteri tersayangnya di rumah.

‘Kau rasa betul ker apa yang kita nampak semalam?’

‘Yang mana satu handsome?’

Jojo menanya semula dengan lenggok manjanya.Aizad hanya memandang, dah lali pun.

‘Ala, ah long yang membelasah budak Carl tue?’

‘Mestilah real tue handsome.Kesian pretty boy tue tau.’

‘Yekk, pretty boy?Kau ni jojo pantang tengok lelaki lah.’

‘Well, kita haruslah menikmati panaroma alam yang indah tau.’

Aizad menggelengkan kepalanya.Parah kawan aku nie!

‘Handsome, can I ask you something?’

‘Hit. Wait, sejak bila pandai minta izin nie?’

Aizad melebarkan senyumannya hendak mengusik Jojo yang dah mula menayang muka masamnya.

‘Ala handsome, itu namanya berbudi bahasa, okay?’

‘Haha..okay..okay..cakaplah nak tanya apa tadi Cik Jojo?’

Aizad melambakkan ketawa kecilnya.Jojo menepuk lembut bahu Aizad.

‘Kenapa handsome menolak Cik Juliet yang umphh tue?’

‘You mean Jue?’

‘Yup.She’s hot and got everything that can attract man.Oh my God, apa kes I cakap omputih nie?’

‘Maybe…she’s not the one for me.My heart doesn’t beat whenever I see her.Is that enough answer?’

Aizad berkata perlahan.

‘You all dah kenal lama, takkan tak terdetik satu rasa pun.?’

Jojo masih menanya dengan muka tak puas hatinya.

‘Nope. Never.’

‘Ala handsome nie, hati tukul betullah.’

‘Haha..Hati tukul?Wei Jojo, kat mana kau cilok bahasa tue?’

‘Salah ker?’

‘For sure lah.’

Bergema gelak Aizad dan Jojo bergabung.Ada-ada jer la Jojo nie.

‘Handsome, you ada suka someone tak?’

Amboi, soalan cepumas betul Jojo nieh?Apa aku nak jawab yerk, bisik hati Aizad.

‘I don’t know.Maybe yes, maybe not.’

‘Tak sportinglah handsome nie.Malas nak layan tau.’

Aizad tersengih kecil.Biarlah hanya dia saja yang mengerti rahsia hatinya kerana harapan itu mungkin ada untuknya, mungkin juga tak ada!

**

‘Lu dah janji nak bayar hari nie?Mana duit?’

‘Sa..ya masih dalam proses mengumpul du..it…’

‘Apa?Lu mahu matikah?Hari itu lu berjanji nak bayar hari ini tapi hari nie pulak janji lain?’

Spontan kawannya menampar muka Carl dan dihentakkan meja makan kedai mamak itu.

‘So sor…ry…saya janji akan bayar..cu ma du..it belum mencukupi.’

‘Lu memang cari nahas?Sudah lama hidupkah?’

Sekali lagi kepala Carl dihentakkan ke meja makan tersebut.Carl mengerang kesakitan.

‘Sa..kit.’

‘Sakit?Tapi hati gua lagi sakit.Duit gua mana?’

Jerkahan di telinga Carl menyebabkan dirinya menggeletar ketakutan.

‘Cepat, gua nak duit gua hari nie juga?’

Serentak itu, kaki Carl menjadi mangsa tendangan pula..

‘Stop!Jangan belasah dia lagi.Saya akan bayar untuk dia!’

Tiga pasang mata memandang wajah si pemilik suara nyaring itu.

Wednesday, March 3, 2010

Ceritera Kisah Kita episod 28



Dah seminggu Aleya tak masuk kerja dan hanya berteleku di biliknya.Air matanya dah kering, tangisannya dah tiada maknanya.Masih terngiang-ngiang kata-kata akhir Carl.

'We're off.I mean ..kita putus.'

'Dear hanya berlawak kan?'

Aleya menyisip perlahan jus orennya kerana ingat Carl hanya mempermainkan dirinya.Tak mungkin Carl sekejam itu hendak menghadiahkannya 'gift' yang sebegitu pada hari bermakna mereka.

'No Aleya, i'm serious about that!We're off.Sorry and I've got to go.'

Aleya kaku dan dunianya serasa terhenti.Hanya matanya saja mampu menghantar pemergiannya Carl.Dia tak larat nak memanggil, bibirnya kaku nak bersuara.Terasa kekuatan dah diragut pergi.


'Sampai hati you buat I macam nie?Apa salah I?'

Aleya merintih lagi.Kelam malam ditatap lesu.Jiwanya mati.Cintanya hanya permainan saja kah?Susah sangatkah nak hidup bahagia?

'You.....ke mana you menghilang?'

Sungguh dia cuba menghubungi Carl namun tiada jawapan di pihak sebelah sana.Malah menurut rakan sepejabat yang menelefonnya, Carl dah berhenti 24 hours pada hari dia meninggalkan dirinya.

'Kejamnya you...'

Aleya berdiri dan duduk di meja soleknya.Kalendar yang ditanda 20/09 dipandang lama.Ahh, ingatkan hari itu hari yang bermakna dan istimewa tapi hanya kepahitan menjadi miliknya.Hanya kedukaan!Hadiah yang tak mungkin akan dilupakan seumur hidupnya!Hatinya menangis hiba.Handsetnya dicapai dan mendail nombor Carl.

'Pleasela jawab....'

Namun, hanya operator talian yang menjawab.Aleya hilang akal!Hilang kata!Seketika kemudian, ada incoming message masuk inbox handsetnya.

'Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.Setiap kedukaan akan pasti ada kebahagiaan di sebaliknya.Banyakkan berdoa kerana berdoalah penawar yang paling berkesan.-Ad'

Aleya tersenyum hambar.Tidak dinafikan ada beberapa kali juga Ad dan dua orang rakannya, Jojo dan Shamsul melawatnya.Memberikan kata-kata semangat dan pelbagai gurauan mereka pamerkan tapi dia hanya mampu memandang.Sungguh bukan dia berniat tidak melayan tapi hatinya sakit.Sakit yang teramat sangat bila ditinggalkan tanpa alasan yang kukuh.Sakit yang takkan ada penawarnya!

**

'Handsome, janganlah laju sangat berjalan.'

Jojo mengejar langkah Aizad yang laju meninggalkan dirinya.

'Cepatlah.Dah lambat kita nie.Nanti Sham membebel pulak tunggu lama-lama.'

Aizad berhenti sekejap menunggu Jojo yang termengah-mengah mengejarnya.Alahai, nasiblah kau nie kawan aku!

'Ala handsome...kesianlah kat kaki I nie.'

Jojo masih lagi dengan lenggok artisnya menghampiri Aizad.

'Jojo please la...jangan nak jalan mengalahkan model pulak.Tengok dah agak gelap dah nie.'

Aizad pandang jam di tangannya.Hampir pukul 7 malam.Janji nak melawat Shamsul di rumahnya.Lama dah tak menjenguk baby mereka.

'Woi, lu mau matikah?Ini dah empat bulan lu tangguh nak bayar duit.'

'Saya jan..ji akan ba..yarrr...'

'Lu janji-janji tapi tarak punya.Lu sudah lama hidupkah?Nak mati sangatkah?'

'Ma..afkan saya...saya jan..ji akan bayarr...'

Aizad dan Jojo yang melihat scene di depan mereka terkedu.Erk, ni real ker lakonan?Tapi mamat yang kena belasah tue dah lebam sana lebam sini.

'Handsome, I takutlah.'

Aizad tak mengendahkan Jojo lalu menghampiri dua orang mamat cina yang sedang membelasah mangsa mereka.

'Woi, lepaskan dia!'

Seorang mamat cina itu menghampiri Aizad dan merenungnya bagai nak menelan lagaknya.

'Lu sibuk apesal?Lu mau tempah maut juga kah?Lu tahu sapa kami?'

'Err...'

'Kami Ah Long..Lu berani nak ganggu hal kami kah?'

'Handsome, jomlah..I takut nie.'

Jojo berbisik perlahan.Lututnya dah terketar-ketar.Ah Long....menakutkan apatah lagi melihat keadaan mangsa.

'Aa..so sorry....'

Aizad cepat-cepat memaut lengan Jojo untuk berlalu.Sempat matanya melihat wajah mangsa belasah Ah Long tersebut.

'Eh, bukankah itu Ca....'

'Handsome....cepat.'

Jojo dah berlari-lari anak meninggalkan Aizad sampai terlanggar tiang elektrik di depannya.Aizad segera mendapatkan Jojo yang kesakitan.Namun, dia tetap memaut bahu Jojo untuk segera melarikan diri dari tempat itu.

Setelah agak jauh, Aizad menghentikan langkahnya diikuti oleh Jojo.

'Nasib baik..takutnya I handsome..'

'Yalah Jojo...Jap aku nak message someone...'

Keypad handsetnya ditekan dan menaip message untuk seseorang yang berhak tahu.Send.

Ceritera Kisah Kita episod 27



'Perasaan cinta pada sesuatu menyebabkan orang sanggup meninggalkan perkara yang-dicintai tidak suka. Perasaan cinta menyebabkan orang berusaha untuk suka pada perkara yang-dicintai suka. Perasaan cinta menjadikan seseorang itu bergantung kepada yang-dicintai. yang-dicintai adalah pelindungnya. Hilangnya yang-dicintai mampu menghilangkan kewarasan seseorang...'

Aleya membaca madah bicara pada sebuah blog yang dijumpainya di internet.Kepalanya diangguk-anggukkan tanda bersetuju dengan kata-kata itu.

'Sweetnyer...siapalah yang pandai sangat mengolah ayat nie...'

Aleya membaca semula madah bicara tersebut sebelum menutup blog tersebut.Ahh, tak terasa pula jam menginjak lunch time.Takpelah, siapkan sikit lagi database nie.Aleya kembali leka dalam dunianya.

'Babe....'

Carl menghembus lembut nafasnya ke arah leher Aleya yang tidak menyedari kehadirannya di dalam bilik itu.

'Dear, terkejut babe.'

Dibesarkan matanya memandang Carl yang tergelak kecil melihatnya.

'Ala, siapa suruh babe leka sangat sampai dear masuk pun tak sedar.'

'So sorry dear...ada apa dear ke sini?'

'Hai sejak pula kena ada sebab masuk bilik my babe nie?'

'Oppss...sorry dear...'

Aleya memohon maaf dengan membuat muka comelnya.Carl mengulum senyuman.

'Babe, lunch time la..'

Aleya pandang jam.Patutlah agak lapar...dah lunch time.

'Sorry dear..lupa pulak.'

'Apalagi jomlah babe..laparlah dear!'

Selamba Carl menepuk manja perutnya seolah-olah lapar sangat.Aleya tergelak.Ada-ada jer la dia nie!Tapi aku suka!hehe..

'Dear nak belanja babe makan kat mana?'

'Bukan babe yang belanja dear kah?'

'Dear..'

'Babe...'

'Dear.....'

'Okay..okay....gurau aje la babe.Jom, babe, cinta hati jantungku.'

Carl berseloroh.Aleya tergelak lagi.

'Cukup-cukuplah dear nak melawak.Sakit rahang gelak tahu.'

Aleya memaut lengan Carl lembut dan Carl menurutinya sambil tersenyum.

**

'Eee babe ni kalau makan mesti comot selalu.'

Carl mengambil tisu yang disediakan sebelum mengelap tepi bibir Aleya yang masih mengunyah makanan di dalam mulutnya.

'Ala, takpe kan..dear kan ada sebagai pengelap terhormat.'

Aleya membalas selamba.Carl masih mengelap bibirnya hanya dibiarkan.

'Kalau dear takde, macam mana?'

'Apa dear kata?Dear nak tinggalkan babe?'

Aleya menghentikan kunyahannya.Carl terdiam sambil otaknya ligat merencana jawapan.

'Kalau lah babe...'

'Kalau dear sebut macam itu lagi, siaplah.'

Carl menguis makanannya.Mencuba mencari kekuatan sebelum berkata-kata.Dia tak nak membagi harapan lagi, takut ada hati yang tak dapat disembuhkan lagi nanti.Nafas ditarik perlahan dan dihembus..

'Babe, I nak ucapkan thanks a lots atas layanan babe selama ini.Hari nie pun bulan keempat kita couple.Boleh dikira anniversary juga la tapi....'

Eh, Aleya mencongak dalam hati.Yalah, 20/09 la...lupa lagi.Nasib baik Carl ingatkan!Nie yang makin sayang!

'Tapi apa dear?'

Aleya dah hilang seleranya bila Carl di depannya serius mengungkap kata.Jus oren di depannya dihirup untuk menenangkan minda.

'We're off.I mean..kita putus!'

???

**

Credit madah bicara : http://joegrimjow.blogspot.com/2010/02/teka-dan-menang-di-weekendsheffield.html...sorry arr joe, copy ayat neh..best arr..

Ceritera Kisah Kita episod 26



Aleya duduk di sofa yang disediakan di lobi pejabat mereka sementara menanti buah hatinya yang masih sibuk di dalam bilik pejabatnya.Penat duduk, Aleya berdiri menghadap jalan raya.Rintik hujan mula membasahi bumi. Makin lama makin lebat.

'Adoi, hujanlah pulak.Dahlah payung dalam kereta.Macam mana nie?'

Aleya bersungut perlahan.Tapi matanya tetap leka memerhati rintik-rintik hujan.Terasa nak juga bermain hujan tapi dah besar panjang macam nie, tak sesuai rasanya.Ada yang pandang dia tak betul nanti. Aleya tergelak kecil.

'Lama lagi ke dear nie?'

Jam di tangan dipandang sekejap.Maknanya dah hampir setengah jam dia menunggu.Apalah kerja dia yang tak habis-habis tue?Tak boleh tunggu esok ke nak siapkan?Aleya mengeluh sendiri.

'Tak baik mengeluh.'

Satu suara menampan telinganya.Aleya kalih wajahnya ke kanan.Ai, mamat nie bila masa pulak berdiri sebelah aku?Tak sedar pun!

'Hemm..'

Aleya membalas tanpa nada.Malas nak melayan mamat yang pernah meluahkan perasaan padanya.Dia perasan pada perubahan pada raut wajah pemilik yang berdiri di sebelahnya tapi misai sejemput tetap maintain di wajah itu.Kenapa bila pandang macam nie, rasa macam pernah nampak?

'Hujan juga merupakan salah satu terapi dan juga membawa cerita berbeza pada setiap insan.'

'Err...kita pernah jumpa ker?'

'Jumpa?'

Pemilik suara itu menanya kembali soalan Aleya.Tanda dia belum dapat mentafsir makna kata Aleya.

'I mean..sebelum you kerja di sini, kita pernah terserempak kat mana-mana tak?'

Aleya bertanya sambil otaknya ligat berfikir.Pemuda di sebelahnya pula terdiam.

'I don't know.'

'Are you sure?'

Aleya bertanya untuk kepastian tapi hanya gelengan kepala pemuda tersebut menjadi jawapan kepada persoalannya.

'Babe, sorry.'

Carl menerpa mendapatkan kekasih hatinya yang seakan asyik berbicara dengan seseorang.Hatinya tak keruan.

'Dear, lama tau babe tunggu sini.Dah macam guard pun ada tahu.Nasib ada..'

Aleya pandang pemuda di sebelahnya.

'Hai, I'm Ai...eh, Ad..just call me Ad.'

'Thanks la Ad, temankan babe I nie.Kami minta diri dulu lah.'

Carl menyambut salam pemuda tersebut dan mengucapkan terima kasih.Aleya tersenyum.

'My pleasure.'

Pemuda tersebut hanya berdiri memandang pasangan yang mula menjauhi dirinya.Ah, awak dah takdir kita ke begini?Mungkin awak memang bukan ditakdirkan untuk saya....Matanya memandang sayu hujan yang makin lebat.Seperti memahami hatinya yang dilanda gelora.

**

'Babe, sorry yer, tadi ada some file yang kena siapkan hari nie jugak.'

Carl memaut lembut lengan baju kurung Aleya.Mereka berjalan beriringan hendak menuju ke kereta.

'Takpelah dear.Babe faham sangat-sangat dah sikap komited dear tuh.Cuma ada satu masalah jer la dear..'

Aleya pandang wajah Carl dengan mimik muka sayu.Carl pula pelik, masalah apa pula nie?Jangan bagitau yang dia terjatuh cinta pandang pertama dengan si Ad tue tadi dahla....

'Ada dia babe?'

'Hujan.'

'Hujan?'

Apa pulak kena mengenanya dengan hujan.Carl masih keliru memandang wajah Aleya yang semacam jer.

'Yalah hujan atau raining..Payung takde la dear.'

Spontan Aleya membantai gelaknya.Seronok dapat mengenakan buah hati yang masih terkebil-kebil.

'Ala babe main-mainkan dear ya?Nakallah.'

Carl mencuit hidung Aleya spontan.

'Betullah dear.Kita takde payung kan?Kereta dear tue kat parking luar sana.'

'Owh yelah babe.Babe tunggu sini, dear ambikkan payung.'

Aleya pegang hujung kot Carl.Langkah Carl terhenti dan memandang Aleya yang tersengih memandangnya.Mesti ada something la tue kalau dia dah tersengih-sengih.

'Apalagi babe?'

'Kita redah sama-sama lah dear, bolehlah, pleaseeee.'

Aleya merayu dengan mimik mukanya sekali.Carl serba salah, kang dua-dua sakit macam mana.

'Nanti sakitla babe...'

'Please dear, sekali nie jer.Promise?'

Aleya masih merayu sambil memegang lengan Carl pula.Carl dah menggaru kepalanya.

'Please.please.please.'

'Okaylah but just this time.Agree?'

'Thanks dear!I love you lah.'

Aleya mula berjalan sambil tangannya still memaut lengan Carl.Berlari-lari anak menuju kereta Carl.

'Bestnya dear!Yahoo!'

Aleya menjerit kecil, kegirangan.Carl tergelak dengan sikap keanak-anakan Aleya.

'Tapi babe orang dah pandang kita semacam lah.'

'Ala dear, buat bodo jer.'

'Apa babe kata?'

'Hehe..takde apa-apa.'

'Nakal betul la babe Carl nie.'

Dicuit hidung Aleya lantas berlari.Aleya mengejar sambil terjerit kecil.Tidak mempedulikan sepasang mata yang masih setia memerhatikan tingkah mereka.

**

'Achumm..'

Aleya pun dah tak dapat nak mengira berapa kali dia dah terbersin.Itulah masa nak main hujan, tidak pula memikirkan akibatnya.

'Achumm..'

Hendak tak hendak ubat panadol soluble yang sudah diletakkan dalam gelas yang berisi air suam diminumnya juga.Spontan matanya memandang kalendar pada meja soleknya.

'Eh, dua hari lagi nak 20.September....Tak terasa la pulak..tak sabarnya..'

Kepalanya dilabuhkan pada bantal sambil matanya dipejamkan.Bibir merahnya masih menguntum senyum mengingat kejadian petang tadi.Sweet!

'20/09....tunggu yer.'

Tuesday, March 2, 2010

Ceritera Kisah Kita episod 25



Aleya menatap bulan yang mengambang dari beranda biliknya. Beginilah tabiatnya bila rasa bersendirian. Bulan juga salah satu terapi menenangkan mindanya.Seakan-akan bulan berbicara dengannya.

‘Dear..’

Perlahan bibirnya menyeru nama kekasih hatinya.Carl Iskandar, seorang yang gentleman, selalu memanjakan dirinya, menyayangi dirinya sehingga dia hampir-hampir melupakan seseorang yang pernah bertakhta di hatinya. Sedar tak sedar dah berbulan-bulan mereka bercouple.Teringat bagaimana Carl melamar dirinya menjadi buah hati membuatkan Aleya tersenyum sendirian.

‘Ada apa ajak I keluar nie?’

Aleya bertanya pelik.Walaupun dia dan Carl mesra tapi Carl jarang mengajaknya keluar pun waktu hujung minggu macam nie.

‘Ala, apa salahnya kan?Lagipun you bukannya ada apa nak dibuat masa hujung minggu macam nie.’

Carl tayang muka comel di depan Aleya yang ternyata bengang bila pagi minggu diganggu.

‘Yalah, apa dia?’

Spontan melabuhkan duduknya di bangku yang berdekatan tempat berjogging itu.Carl turut sama melabuhkan duduknya.Nafas ditarik dan dihembus perlahan.

‘I think….hermm…’

‘What?’

‘I rasa, I sukakan one lady lah tapi tak tahu macam mana nak luahkan?’

Laa, Aleya tepuk dahinya.Ini jer ker masalah mamat nie.Kalau just pasal hati dan perasaan, janganlah sampai mengorbankan pagi minggu aku yang indah.

‘Kalau suka, ucap jer la.Takde berbayar pun nak luah tue.’

Nah, straight to the point jer aku jawab, Aleya mengulum ketawa dalam hati.Carl terkebil-kebil.

‘Masalahnya I tak sure dia suka I ke tak?Nanti I takut la kalau dia reject.’

‘Aik, begini punya macho boleh lak takut kena reject.Come on, dear, be yourself and tell her.That’s all.Punyalah senang, apalah you nie.’

Aleya memberikan pendapat tanpa memikirkan impaknya.Carl pula mula mengukir senyumnya.Dear?Cam best jer bila this lady panggil macam tue.

‘Tapi…’

‘Tapi apa lagi?’

Aleya memintas ayat Carl.Tangannya dibawa ke mulut, menahan ngantuk.

‘Macam mana nak sebut ye, Leya?’

Aleya menghadapkan badannya pada Carl yang tersengih.Aku cepuk kang mamat nie. Menyusahkan betul.Belajar tinggi-tinggi, nak mengayat pula zero.

‘Dear My Lady, will you be my special one?Lepas tue, dia accept ke tidak, itu belakang kiralah.’

Aleya memejam celikkan matanya yang masih mengantuk.Malam tadi tidur lewat gara-gara penangan drama korea.Tak boleh nak miss!

‘Tunggu kejap yer.I’ll be back.’

Spontan Carl berlari meninggalkannya.Aleya memandang pelik.Lantak hang la, Carl.Matanya dipejamkan kembali.Tenang!

‘Dear My Lady, will you be my special one?’

Bisikan di telinganya mengejutkan Aleya.Matanya dicelikkan dan terpampang wajah Carl yang tersenyum manis di depannya sambil tangannya menghulurkan sesuatu padanya.

‘Dear My Lady, will you be my special one?’

Carl mengulang semula ayatnya melihat Aleya yang termangu-mangu memandang dirinya.

‘Erk, I tak kena bang bang boom, right?’

Perlahan mengucap kata.Carl tergelak kecil.Ada ker this lady sempat lagi menyebut rancangan bang bang boom time dia meluahkan perasaan.

‘No lah babe, serious!Will you?’

‘Erk…’

Aleya menggaru kepalanya.Blur.Carl nie kot ye pun nak meluah kat admire dia takkan nak berlakon depan aku juga.

‘Will you?’

Carl masih menyua sesuatu di genggamannya pada Aleya.

‘Speechless.’

‘Will you, babe?’

Adeh, mamat nie dah masuk bab mengayat la pulak.Romantik, erk!

‘Apa dalam tue?’

‘You akan tahu lepas you bersetuju.’

‘Aik, system barter ker?’

‘Nakallah.’

Diusik hidung comel Aleya dengan jari telunjuknya.Aleya mengelak lembut.

‘Kalau I tak nak?’

‘Maknanya I kena rejectla…’

Carl berkata sayu.Aleya tersengih.

‘Kalau I accept….’

‘Maknanya I kena reject….eh, wait, you kata apa tadi?’

‘Boleh tahu apa benda itu dear?’

Aleya melunakkan suaranya, sengaja nak menduga Carl.Carl tersenyum senang.Tapak tangannya dibuka.

‘Wah, comelnya…’

Aleya memandang cincin yang diperbuat dari lalang yang dililit menjadi sebuah cincin.Kreatif!

‘So, I’ll take it as your answer.’

Perlahan Carl memasukkan cincin tersebut ke jari manis Aleya.Aleya hanya mampu tersenyum senang.Mungkin dah tiba masanya dia menikmati masa-masa begini dan berbahagia.Melupakan apa yang telah berlaku.


Deringan lagu Akon mengejutkan lamunan Aleya. Spontan dia angkat dan menuju ke dalam kamar tidurnya.Mencari handsetnya.Pandangan matanya tertancap pada LCD handsetnya.

‘Unknown caller.’

Ahh, nombor nie lagi? Dah seminggu dia mendapat panggilan dari nombor itu tapi tetap tiada jawapan bila dia menjawab.Siapalah yang tak bengang?Dibiarkan panggilan itu tidak berjawab.Sekali handsetnya berbunyi.Masih nombor yang sama.

‘Hello.’

Aleya menghulurkan salam namun tiada jawapan.Hanya hening.Aik, bisu kea pa orang nie?’

‘Hello, siapa di sana?’

‘Hello.Bisu ke apa?Jangan call kalau tak nak bercakap.’

Masih juga senyap.Akhirnya Aleya menutup handsetnya.

‘Menyusahkan betul.Kalau tak nak bercakap tue, tak payahlah nak gatal nak call sini?’

Aleya membebel sendiri.Geram.

**

Sesusuk tubuh menatap handsetnya.Baginya, walaupun dia hanya mampu mendengar suara itu, itu dah mencukupi baginya.

‘Awak, kalau lah awak tahu betapa saya rindukan awak..kalaulah….’

Tapi, dia sedar dia tak mungkin dapat memiliki empunya badan suara itu.Ahh, hidup ini memang banyak dugaannya!

‘Kalaulah masa boleh berputar…kalau…’

Akhirnya dia memandang lesu malam yang kian sunyi.