Slm yer semua, akhirnya CKK tamat juga...senang skit hati hanna, dah abes, xyah ssh fikir nak update lagi.pas nie hanna nak tumpukan perhatian pd blog lagi satu pulak..hope korang enjoy ending CKK nie..kalau terkurang, tawar, x best....maybe itulah kelemahan hanna..peace all~

Nєω єηтяу :

END


♥♥Lσтѕ σƒ ¢αяє,

Hαηηa

Monday, February 23, 2009

Ceritera Kisah Kita episod 4


Jam loceng yang berbunyi nyaring membuatkan Aleya duduk menegak 180 darjah..pendek kata, tindakan refleks la! Perlahan digosok matanya sambil menguap kemalasan..dicapai jam loceng yang masih berbunyi, dipandang kabur..makin lama makin jelas, jelas dan….

‘Arghh….’

Aleya terjerit kecil bila melihat angka 7.55 am yang tertera di situ..melompat dari katil dan menuju pantas ke bilik air. Bukankah semalam dia dah set 6.30am..?

‘Ishh..macam mana boleh lupa aku on air nie..opps, on jobs..on apa entah..’

Pecah rekod bila tempoh mandinya tak sampai 10 minit pun sedangkan selama ini dialah manusia yang paling suka berendam lama-lama dalam bilik mandi.

‘Matilah kau Leya…’

Setelah selesai memakai baju kurung, Aleya bergegas keluar dan menuju bilik Aizad, hendak membangunkan Aizad, antara tugasannya sebagai seorang maid..

‘Tuan Cakoi!’

Pintu bilik tersebut di ketuk perlahan. Makin kuat dan kuat tapi tiada sahutan. Tombol pintu dikuak perlahan, katil menjadi perhatian matanya.

‘Takkanlah masih tidur…’

Digaru kepalanya yang tak gatal. Diambil pen yang terletak di atas meja di dalam bilik Aizad, kaki Aleya menuju ke katil. Dikuis-kuis comforter tebal tersebut.

‘Tuan Cakoi…bangunlah!’

Masih tiada respon. Makin Aleya mencucuk-cucuk pen tersebut.

‘Aik, takkan tidur mati kot!’

Diangkat pen tersebut setinggi mungkin dan….

‘Akar, awak buat apa tue?’

Sergahan kasar dari belakangnya menyebabkan Aleya hilang keseimbangan diri dan dia jatuh tersembam ke atas lantai berdekatan katil.Sempat jugalah dia membuat aksi kuak lentang versi atas lantai bila ingin menukar posisi dirinya..Mata Aizad membulat melihat kejadian di depan matanya.

‘Akar!’

Tempikan Aizad memantul di segenap ruang bilik tersebut. Aleya cepat-cepat angkat dan kain baju kurungnya pula tersangkut pada penjuru katil, menyebabkan dirinya hilang keseimbangan lagi dan..

‘Arghh..’

Jeritan Aizad yang turut sama terjatuh bersatu dengan jeritan nyaring Aleya menghempap dirinya yang tak bersedia dengan aksi stunt tersebut.

‘Akar!’

Tubuh kecil Aleya dikalih kasar ke tepi dan Aizad segera memegang tuala di badannya seerat mungkin..Nasib baik tak terlondeh, kalau tak mahu setahun dia tak boleh menghadap muka Aleya di hadapannya.

‘Sor…sorry tuan Cakoi..kamek sik sengaja..’

Terketar-ketar Aleya meminta maaf..sama ada dia takut dengan Aizad atau pun tersangat malu dengan insiden tak diduganya tadi..Hanya Tuhan yang tahu perasaannya tika ini.

‘Malunya!Mana nak letak muka nie?’

Aleya berkata-kata di dalam hati, sambil mukanya yang kemerah-merahan..Mana taknya, tak pernah dia sedekat itu dengan lelaki..apatah lagi bersentuhan!

‘Mata ada tapi letak kat lutut..Bodoh!’

Aizad melemparkan kata amarahnya sedangkan di dalam hati dia sendiri pun malu juga, nak tergelak pun ada melihat aksi kuak lentang Aleya dahlah dua kali dalam satu masa.

‘Sorry tuan Cakoi..’

Aleya menunduk sambil jemarinya bermain dengan baju kurungnya. Aizad mengalihkan badannya membelakangkan Aleya dan dia melepaskan sengihan di situ..

‘Lawak!Lawak!Hahaha..’

Aleya segera mengangkat kepalanya bila mendengar Aizad seperti berkata sesuatu di depannya.

‘Tuan Cakoi klaka apa ya?’

Aizad tersentak dan berpaling dengan muka seriusnya. Aleya menundukkan kepalanya semula.

‘Keluar!Aku nak bersiap bodoh!’

Terpinga-pinga seketika, kemudian muka Aleya memerah kembali, baru menyedari yang Aizad hanya bertuala di depannya.Seperti pelari pecut Aleya melangkah laju keluar bilik, menahan malu di dadanya.

‘Ya Allah, macam mana aku tak sedar Cakoi tue belum berbaju tadi..arghh…’

Setelah yakin sepenuhnya Aleya sudah jauh dari biliknya, Aizad melambakkan ketawa yang ditahan-tahannya dari tadi. Siap berguling-guling di atas katil. Pertama kali Aleya tersembam tadi amatlah lawak, macam nangka busuk yang jatuh jer..siap dengan aksi kuak lentang pula tue..nasib baik dia pakai baju kurung, kalau tak…huhu..Aizad bantai gelak lagi..

‘Tuan Cakoi…’

Kepala Aleya yang terjenguk di muka pintu biliknya segera dipandang dan sedaya upaya mengawal riak muka terkejutnya, ingatkan dah jauh tadi.Kacau daun betul minah pelat nie..

‘Apa?’

Jerkah Aizad kasar sambil bercekak pinggang. Aleya melongo dengan muka pucat dan terus menunduk menekur lantai seolah-olah Aizad di depannya akan membaham dirinya.

‘Tuan Besar nunggah kamek menghantar tuan Cakoi pergi kerja jam 8.00 am..kinek tok, kita dah lambat gilak..kamek tunggu tuan Cakoi kat debah..’

Selepas meluahkan kata-katanya, Aleya segera berpaling tanpa menoleh lagi. Sumpah dia takkan menoleh buat kali kedua..Azab sungguh!!

‘Apa yang Akar sebut tue?Bercakap sekali daa macam robot jer..laju betul..'


Aizad menggaru kepalanya yang tak gatal..berfikir...Aleya pula masih dalam 'trauma' nya...tak sanggup untuk memikirkan hal itu lagi..Kakinya laju melangkah menuju ke tingkat bawah..Seram sejuk badannya tika ini..

'Eh, apesal aku rasa sejuk semacam jer nie?’

Ditoleh badannya dan Aizad terjerit kecil…


'Makkk....'

Patutlah Aleya bercakap laju tahap puting beliung tadi, muka pun pucat semacam jer…tuala di badannya sudah melayang entah ke mana dan dia pula selamba bodoh jer bercekak pinggang di atas katilnya menghadap Aleya dengan boxernya..dicapai tuala yang terjatuh ke lantai, ni mesti jatuh masa dia berguling-guling mengetawakan Aleya tadi..Sekarang nie, siapa yang lebih lawak daripada siapa?Gelak ketawanya bertukar menjadi mimpi ngeri buat dirinya sendiri!!

‘Tidakkkkkkkkkkk………………’



Glossari :

Kinek - Sekarang
Debah - Bawah
Gilak - giler
Klaka - cakap

Tuesday, February 10, 2009

Ceritera Kisah Kita episod 3

Lama Aleya termenung di depan taman milik Datuk Musthapa, papanya baru saja beredar pergi meninggalkannya di banglo mewah ini. Baru dia tahu satu perkara, papanya dan Datuk Musthapa pun bestfriend rupanya, patutlah menghulur bantuan tapi jadi mangsanya diri Aleya pula.

‘Jauh Leya termenung..’

Sapaan Datuk Musthapa mengejutkan Aleya dari lamunannya.

‘Saja jer uncle..best juga menghirup udara segar macam nie..tak sangka ada tasik belakang sini..bestnye uncle…’

Aleya sudah melupai di mana dia berada, terasa seperti di depannya adalah papanya.Seketika teringat dia menepuk dahinya.

‘Sor..sorry uncle..Leya terover happy pula..’

‘Takpe Leya..uncle okay jer tapi kalau Chiko ade, panggil Datuk ya..lepas tue, Leya tukar nama juga..Leya pandai berbahasa Melayu Sarawak kan?’

Anggukkan Aleya membuatkan senyuman Datuk Musthapa makin melebar.

‘Nanti Aleya pura-pura tak tahu cakap Melayu biasa..biar Chiko anggap Leya betul-betul maid.’

‘Leya faham.’

‘Mestilah aku fasih berbahasa orang sana, dulu kan papa pernah posting sana, aku sempat sekolah sana pun.’bisik hati Aleya.

Deruman yang baru memasuki perkarangan rumah mengejutkan Aleya lantas dia berdiri, mungkin putera tunggal Datuk Musthapa yang muncul. Boleh kantoi kalau tak bertindak cepat! Melangkah seseorang keluar dari kereta BMW tersebut, Aleya menarik nafasnya dalam-dalam melihat si jejaka menuju ke arah dia dan Datuk Musthapa.

‘Pa..siapa dia nie?’

Uik, tak pandai bagi salam ker dia nie..harap jer muka comel-lote tapi….huh!

‘Chiko, meet our new maid..’

Kenyitan mata Datuk Musthapa menyedarkan Aleya untuk mempersembahkan lakonannya.

Kamek Haika, tuan Cakoi.’

‘Alamak, mati aku!Terlepas cakap pula…’

Terkulat-kulat Aleya menanti kalau-kalau disembur oleh Cakoi yang berdiri di depannya tapi kedengaran ketawa Datuk Musthapa pula yang meletus.

‘Chiko..tak payah ambik hati sangat dengan Haika nie, dia baru datang dari Sarawak, jadi masih pelat dengan bahasa diorang kat sana..’

‘Fuhh, selamat aku!’ getus hati Aleya.

‘Akar ker nama dia pa?’

‘Laa..slomo betul Cakoi nie..aku kata Haika la..bukan Akar..’kutuk Aleya lagi tapi tak terkeluar di mulutnya.

‘Haika, tuan Cakoi! Kawan-kawan kamek panggil Dove..’

‘Sabun Dove ker?’

Aizad sengaja mempermainkan maid baru di depannya. Dipandang begitu, cekeding betul! Betul ker mampu jadi maid nie..biar betul papa nie..

‘Haikadove jer la..Chiko nak masuk dulu pa…oh ya Haikadove, kalau boleh tue tukarlah nama kau tue..kampung betullah…’

Aleya pandang Datuk Musthapa yang kembali menyambung ketawanya. Masih geram dengan sindiran Aizad mengenai nama samarannya itu. Suka hati oranglah!

‘Apahal pula uncle gelak?’

‘Nasib baik Chiko tak mengamuk Leya panggil dia Cakoi tadi..’

Aleya turut tergelak sama namun sekejap Cuma bila Aizad kembali memandang. Berdiri tegak dan matanya dihadap ke langit. Nak cover la tue..

‘Nasib baik uncle pandai ubah sikit putaran angin tadi, kalau tak terkena tempiasnya Leya..Uncle, Leya masuk dulu, nak memasak apa yang patut.’

Aleya melangkah masuk dan menuju ke dapur.

‘Nasib baik aku ada ilmu dalam masakan nie..kalau tak, macam mana lah nak berlakon kat sini..pening-pening..’

Tergeleng-geleng kepala Aleya sambil tangannya lincah membersihkan ayam dan sayur-sayuran di sinki.

**

Aleya sedang leka menyusun frame gambar keluarga Datuk Musthapa ketika dia mendengar deheman seseorang di belakangnya. Segera berpaling.

‘Tuan Cakoi.’

‘Aduh, nahas kali nie..terlepas kata lagi…’marah Aleya di dalam hati.

‘Bagitau papa aku yang aku nak keluar.’

Dipandang jam di dinding..dah pukul 10.30 malam…

‘Nak merayap mana pula Cakoi nie…aku tak nak jadi pak supir malam-malam begini..Loh, kenapa aku bercakap Indon nie pulak?’ ditepuk dahinya.

‘Kau faham tak Akar?’

‘Haika, tuan Cakoi.’

Aleya masih menegakkan nama samarannya itu. Dipandang bersahaja Cakoi yang memandang tak suka dengan keceluparan mulutnya mungkin.

‘Chiko, nak ke mana nie?’

Datuk Musthapa menanya, kebetulan dia hendak ke bilik bacaannnya.

‘Nak keluarlah papa.’

Datuk Musthapa memandang Aleya dan dihantar bahasa isyarat yang semestinya difahami oleh Aleya. Aleya mengangguk dalam rela tak rela gamaknya. Langkah Cakoi diikutinya.

‘Akar, kau nak pergi mana nih?’

Terlompat Aleya mendengar pertanyaan kasar tersebut.

Kamek mok jalan-jalan tuan Cakoi..’

Aizad bertambah bengang bila Aleya sudah membuka pintu dan hendak duduk di tempat pemandunya.Bengang!

‘Takkan kau nak memandu kereta aku nie…kau tau tak..kau tue maid..maid kat sini..’

Sengaja ditekan perkataan maid..Jari telunjuk Aizad menunjal dahi Aleya. Aleya ketap bibirnya geram.

Kamek yang drive untuk tuan Cakoi..Tuan Besar nunggah kamek drive untuk tuan Cakoi.’

‘Hah?’

Sekali lagi Aleya terkejut dengan jeritan terkejut Cakoi di depannya sampaikan kepalanya terhantuk pada pintu kereta tersebut.

‘Tak boleh!’

Kamek hanya menurut arahan tuan Cakoi.Mun sik kerana Tuan Besar, kamek pun sik mok nangga muka tuan Cakoi tok..’


'Nah..amek kau Cakoi...bukannya kau faham pun..'Aleya tergelak kesukaan di dalam hati.

Aizad dah bengang dan geram. Pantang sungguh dia dengan orang yang suka menjawab. Sekali lagi dia menunjal dahi Aleya.

‘Aku tak suka orang gaji banyak mulut.’

Aok, tuan Cakoi.’

‘Bodoh!.’

‘Apa kau kata aku bodoh Cakoi..siaplah kau nanti.’Aleya berdendam di dalam hati.

‘Jalanlah bodoh! Nanti aku terlambat pula.’

Aleya menghidupkan enjin kereta dan memandu keluar dengan perlahan. Sudah agak jauh juga mereka dari banglo tersebut, namun dia masih memandu seperlahan yang mungkin. Sengaja hendak mengenakan Cakoi di sebelahnya.

‘Laju sikit bodoh..menyusahkan!’

Bentak Aizad kasar sambil tangannya menghentak pintu kereta.Aleya bersorak gembira di dalam hati.

‘Ooo nak laju ker..rasakan yer….’

Aleya tekan pedal minyak dan dipandu lebih laju tapi sengaja dia memandu ibarat orang mabuk..sekejap ke kanan..sekejap ke kiri..

‘Bodoh!Bodoh!Bodoh!’

Makin Aleya memandu dalam bentuk zig zag menyebabkan Aizad menunjal dahinya lagi..

‘Kau ni menyusahkan hidup aku jer bodoh!’

‘Hahaha..ini baru permulaannya la Cakoi sengal..’

Aleya menahan ketawa di dalam hatinya agar tidak meletus di luar sedarnya.

Glossari :

Kamek – saya / aku
Mok - nak

Aok - baik
Nunggah - menyuruh

Mun - Jika
Sik - tak / tidak
Nangga - melihat / tengok
Tok - Ini

Saturday, February 7, 2009

Ceritera Kisah Kita episod 2

‘Morning,pa!’

Aleya menyapa Encik Azhar yang sedang bersarapan pagi. Hanya dia dan papanya yang mendiami rumah itu setelah arwah mamanya,Puan Juliana meninggal dunia ketika melahirkannya.Papa nak kekal tinggal di sini, sayang untuk meninggalkan kenangan yang banyak terpatri di sini. Nasiblah dia masih mempunyai papanya yang menyayangi dirinya walaupun tegas, almaklumlah polis katakan.

‘Lewat bangun Leya.’

Alamak, papa nak start berceramahlah nie..Aleya tayang muka selamba nya sambil menuang susu ke dalam gelas.

‘Dah baca fail yang uncle Rahman bagi semalam tak?’

Burr…susu yang baru menjengah mulutnya tersembur keluar.Mana taknya, pagi-pagi dah ditanya pasal kerja..musnah harapan nak bersenang-lenang pagi nie.

‘Belum lagi,pa.’

Aleya menjawab sambil mengelap bibirnya dengan tisu yang dihulurkan oleh Encik Azhar.

‘Kalau macam tue,papa nak Leya mengkaji fail tue lepas nie sebelum mencari barang yang patut diguna atau dibawa sama.’

Terkulat-kulat mata Aleya memandang papanya yang memberi arahan padanya ibarat dia adalah antara penagih dadah yang mendapat ceramah motivasi pula.

‘Boleh pula dia melamun masa papa bercakap?’

Suara Encik Rahman menyedarkan Aleya dari berimaginasi yang bukan-bukan.Bukan dia tak sedar tabiat anaknya ini, selalu berfikir yang berlainan dengan maksud sebenar dan blur..Encik Azhar menggeleng kepalanya.

‘Sorry papa..melayang kejap..hehe.’

Segera dicium lembut pipi Encik Azhar sebelum berlari pergi tingkat atas dan pastinya ke biliknya sendiri. Tubuhnya dihempas lembut ke katil, mencuba menjana minda sebelum membaca fail tersebut. Yalah, Encik Rahman kan menyuruh dia menyiapkan diri sebelum melaksanakan tugas yang bunyinya sangat berat.

‘Kes nie berat sangatkah?’

Aleya menyelak anak rambutnya perlahan dan melangkah menghampiri meja tulisnya. Tangannya menyentuh lembut frame gambarnya dengan papanya yang tersenyum mesra.

‘I love you,pa.’

Bibirnya mengukir senyum dan tangannya mencapai fail biru tersebut.

‘Apa yang penting sangat nie?Berat sangatkah kes nie?’

Persoalan berlegar-legar di kepalanya seperti banyak pula tanda soal berpusing-pusing di situ. Diselak page pertama, tertera tugasannya di situ.Hampir tersembul mata Aleya memandang deretan tugasannya…

1- Menjadi maid
2- Menjadi driver peribadi
3- Menjadi kawan/teman
4- Menjadi staff di Syarikat AA
5- Menjadi student kat UITM


Wah..kalah tugasan sekolah kalau macam nie. Gile banyak!Aleya mengipas dirinya dengan tangan.Aircond yang on pun tak dapat menyejukkan hatinya.

‘Panas!Panas!Siapa tak panas diberi tugas entah apa-apa macam nie..boleh kuncup jantung aku kalau macam nie..’

Aleya membaca sekali lagi demi mengelakkan dia tersalah pandang atau tersilap baca..Ternyata dia belum rabun warna atau kornea matanya masih superb pandangannya.

‘Kalau setakat jadi kawan, line clear..kalau jadi student UITM pun line clear..’

Aleya tersengih membayangkan kehidupannya sebagai seorang penuntut UITM..mesti best punyer…

‘Tapi kalau jadi maid..hancuss hidup aku…apatah lagi jadi driver….oh, tidakkkkkk!!!’

Aleya menekup mukanya ke meja.

‘Payahlah kalau semua nie harus jadi tanggungjawab aku….seseorang boleh tolong ganti aku tak?’

Aleya menjerit kecil di dalam biliknya. Diangkat punggungnya dan mundar-mandir di biliknya. Mahu menjana kekuatan mental sebelum membaca page yang seterusnya.

‘Huh,sabar hati..anggap kau tengah menghadapi STPM jer..’

Aleya kembali duduk dan menyelak page seterusnya. Saat itu dia terpandang gambar passport seorang mamat..bolehlah..kalau ada lima bintang, mamat nie boleh terima 3 setengah bintang saja.Matanya menyoroti biodata mamat tersebut.

‘Aizad Aiman bin Musthapa..eh, Datuk Musthapa yang terkenal tue ker?..Nama panggilan dia Chikology..ape punye pelik nama panggilan dia nie..Cakoi jer ler..’

Aleya tergelak sendiri membaca biodata Cakoi..matanya terus membaca kandungan biodata tersebut.

‘Amboi…punyalah banyak ciri-ciri Cakoi nie..gastriklah kepala aku nak handle dia nie..eh, migrainlah…’

Antara ciri-ciri Cakoi :-

1-Keras kepala
2-Degil
3-Ego

4-Selalu ingin menang
5-Kaki clubbing
6-Suka mengarah


Aleya dah pening lalat membaca ciri-ciri Cakoi yang melebihi 30 lebih tue..Itu hanya mukadimah saja….belum lagi isi penting dia..

‘Tidakkkkk…’

Aleya menjerit lantang…Nasib baik suaranya bukan jenis tembus keluar..hanya bergema di dalam hatinya..

‘Apa punya kes nie? Kalau ya pun nak mengubah Cakoi tue..panggillah bomba ker..ambulans ker?Opps…panggil penceramah tak pun pakar kaunseling ker…Gastrik kepala aku nie..’

Fail biru ditatap dengan pandangan tak bermaya. Manalah dia dapat tersenyum, dia dikehendaki tinggal di rumah Datuk Musthapa sebagai maid..pagi Isnin hingga Jumaat menjadi driver peribadi sekaligus bekerja di pejabat. Hari Sabtu dan Ahad menjadi student UITM, part time student jer la merangkap driver Cakoi la tue..musnahlah kehidupan indah aku selepas ini..

‘Help!Help!.’

Tidak pernah terlintas dia akan memegang tanggungjawab yang entah apa-apa nie..Ini takde kena mengena dengan kerjayanya sebagai polis pun..

‘5 in 1…lima kerja dalam satu hari..darab lapan bulan…aku yang kecil molek nie kalau menanggung tugasan nie nampaknya akan makin melidi la aku.Dahlah penampilan pun kena tukar…’

Disembam mukanya ke atas katil.Mencuba menahan hatinya yang tidak setuju dengan isi kandungan fail tersebut. Aleya rasa dirinya hilang tenaga nak berfikir apatah lagi nak meneruskan niatnya mengkaji fail tersebut.

Ceritera Kisah Kita episod 1


Terkebil-kebil Aleya memandang Koperal Rahman di depannya. Otaknya bekerja keras ingin mencerna apa yang ingin disampaikan oleh ketuanya itu sebenarnya. Punyalah banyak bunga-bunga bahasa dia, naik pening Aleya mendengarnya.

‘Cubalah direct to the point terus..dahlah aku memang fail bab mencari isi tersirat nie..maklumlah dulu kelas science side..Kalau tak kerana papa yang beria-ia nak aku jadi buk polisi..opps, polis!Takde aku nak jadi polis nih. Tinggi pun cukup-cukup makan jer.’

‘Aleya, awak faham tak apa yang saya sebut nih?’

Aleya garu kepalanya sambil tersengih menayang giginya. Alah, mana tau boleh gak jadi model iklan Colgate apa!

‘Awak baca dulu apa di dalam fail depan awak tue. Start minggu depan awak dikehendaki menjalankan kerja di luar seperti yang terdapat di dalam fail itu. Hal yang lain dah saya aturkan, tinggal awak sendiri nak menyiapkan diri..’

‘Menyiapkan diri dari segi apa, tuan?’

Aleya masih blur tahap anak panda daa..Encik Rahman hanya tersenyum dengan gelagat anak buahnya ini. Inilah padahnya kalau kena paksa jadi polis.

‘Menyiapkan diri dari segi fizikal atau pun mental mungkin.Good luck ya!’

‘Ceh, sempat lagi ketua aku nie kenyit mata, perli aku la tue..Tahulah aku tak suka diarah macam ini. Kalau aku tolak mesti nak report papa la tue.Mentang-mentang bestfriend.Huh!’

Aleya merungut di dalam hati. Papanya juga seorang Koperal tapi berlainan tempat, di sini dia di bawah pengawasan Encik Rahman atas arahan papanya.

‘Parah betul takde abang nie, kalau tak mesti dah senang lenang hidup aku tak payah nak selesaikan kes-kes macam nie.’

‘Kalau dah takde apa-apa Aleya nak keluarlah.Assalamualaikum uncle..opps, Tuan!Hehe.’

‘Nakal.Kirim salam kat papa Leya nanti.’

Aleya mengenyit matanya dan tersengih sebelum berlalu dari bilik Encik Rahman.Hatinya mendongkol tak puas hati. Macamlah takde polis yang senior dihantar menyiasat dan menyelesaikan kes kat luar.

‘Uhh, tensen betul.Alamatnya cepat tue la aku kalau macam nie..’

‘Apa yang Leya bebel nie?Sekali dengar cam baca jampi serapah jer.’

Fikri mengusik muka kelat Aleya yang sudah duduk di mejanya.

‘Ni lagi sorang yang menyakitkan hati.Boleh tak main jauh-jauh.’

Marah Aleya memandang Fikri yang tersengih bak kerang busuk segala busuk.

‘Sharelah kalau ada anything Leya tak puas hati.’

Fikri cuba mengambil hati rakan sekerjanya itu. Bukan dia tak tahu kalau muka kelat Aleya terpamer, adalah yang tak betul kat dia.

‘No, thanks.’

‘Betul nie?’

‘Ee mamat nie aku pelangkung kang..aku kata takde, takde lah tue..Tak payah nak tunjuk bajet handsome kat sini..sini balai polis bukan pasar malam tau,’ bebel Aleya di dalam hati.

‘Apa pula tak betulnya?Kau takde kes ke hari nie?’

Fikri menggelengkan kepalanya sambil matanya ralit memerhati wajah keanak-anakan di depannya. Sayang betul pula jadi polis, dia membayangkan kalau Aleya bergaya feminim macam gadis-gadis kat luar mesti superb punyer..

‘Adoi Fikri, kalau dah dasar buaya pun, takkan nak baham rakan sekerja pula?’soal kata hatinya.

‘Apa salahnya?’akalnya membalas.

‘Ingat sikit apa slogan dan etika kerja.’

‘Ini hal luar waktu kerjalah.’

‘Kau nak kena bambu dengan papa dia ker?’

‘Tak naklah.’

Aleya memandang pening Fikri yang seakan macam orang gila bercakap sendiri di depannya. Sah, salah profession mamat nie.Maybe jadi pelakon lagi baik kot!

‘Weh, pahal kau nie?Semacam jer aku tengok..Makwe kau keempat dah lari ker?’

Aleya dah sedia maklum perangai playboy Fikri di depannya. Bukan dia tak sedar ada masanya mamat nie cuba mengayatnya.

‘Aku tengah berfikir tentang calon seterusnya Leya.’

‘Banyak kau punya calon..Laporan semalam dah buat ker?’

Fikri menepuk dahinya, terlupa mungkin.

‘Alamak, aku terlupalah Leya. Thanks coz ingatkan.’

Bergegas Fikri menuju mejanya. Aleya tergelak kecil dengan perangai Fikri, selalu jer terlupa, itulah terlampau ingat makwe keliling pinggang, kerja yang di buat pun takde dalam kepala.Aleya menyusun barang di mejanya, mungkin lepas nie dia akan jarang duduk di sini dan yang pastinya di akan merindui mejanya ini.

‘Leya, ganbatte kudasai!’

Setelah berpuas hati dengan barang yang penting untuk membuat laporannya nanti, Aleya melangkah dengan gagahnya padahal teramatlah longlai..Fail penting tersebut dipegang di tangan..esok jer la dia meneliti isi kandungan fail itu..Hajatnya ingin lepak di tepi pantai menanti matahari terbenam..alangkah indahnya menyaksikan matahari yang terbenam!!Aleya tersenyum dan memandu ke destinasinya..

Thursday, February 5, 2009

AKAN DATANG : CERITERA KISAH KITA


~Sinopsis Ceritera Kisah Kita~

Aleya kata :
Mampukah kita bersama?
Sedangkan terbentang jambatan yang memisahkan kita?
Kau adalah enggang yang terjaga rapi..
Sedangkan aku ibarat penjaga si enggang..

Aizad kata :

Mengapa aku terlewat menyedari?
Saat aku hampir kehilangan jejakmu..
Baru kusedari sesuatu..
Hanya kau yang mampu takluki hati ini..

Juliet kata :
Akan ku buru cintamu..
Kerana hanya aku yang layak disampingmu..
Memiliki hatimu yang keras bak kerikil..
Aku tak mungkin kalah dalam memilikimu..

Pertemuan yang bermula dengan kebencian di hati. Aleya mendekati Aizad hanya kerana satu amanah. Aizad rasa benci dan meluat, di mana saja muka Aleya yang akan muncul, rasa hilang kebebasannya. Juliet sentiasa mengejar langkah Aizad namun Aizad sentiasa beku padanya.Berjayakah Juliet memikat hati Aizad yang dingin bak kutub utara? Setelah segalanya berakhir,Aleya dengan rela hatinya melangkah pergi membawa sesuatu yang tak mungkin dimiliknya. Aizad pula terjatuh hati pada seorang gadis pada saat hampir kehilangan jejaknya,siapakah gadis yang mampu mencairkan kedinginannya?
P/S: N3 posting mayb akan lambat sedikit atau Hanna pun tak sure...sebab Hanna nak update blog yang satu lagi..hehehe...Nantikan kemunculan CKK yer...Hanna hargai sesiapa saje yang sudi singgah blog ini dan membaca story Hanna even tak seberapa..huhu..kalau rajin tue,sile yer tinggalkan komen yer kengkawan..TQ.

Warna Cinta Kita episod 26-END


‘Kita kahwin nak tak,honey?’

‘Bila?’

‘Esok?’

‘Tak nakla,Is..’

Baru jer bertunang takkan nak nikah esok pula,desis hati Farina.

‘Nak tak?’

Zamri menghulur dua biji buah ceri yang berbentuk hati.Pantas Farina menyambutnya dengan mata yang bersinar riang.Zamri tumpang tersenyum sama melihat kegirangan tunangnya itu, lagak macam budak-budak mendapat gula-gula Kiss Me jer..

‘Ceri?Wah..lawanya..berbentuk hati lagi tue..thanks, Is…’

Perlahan Zamri memasukkan ceri tersebut di jemari kanan Farina sambil tersenyum nakal.

‘That means honey nak kahwin ngan Is la tue…’

Akhirnya, Farina mengangguk jua.Mereka sama tersenyum bahagia sambil memerhati ceri yang tersarung indah di jari manis kanan Farina..

Tempias hujan yang memercik mukanya meyentakkan Farina daripada teringat kenangan saat dia dilamar oleh suaminya setahun yang lalu.Mana pernah dibuat orang melamar dengan buah ceri tetapi itulah keistimewaan suaminya itu pada pandangan matanya.Rintik-rintik hujan di luar rumah diperhati lama sambil bibirnya terus menguntum senyum manis. Tangan yang menjalar di pinggangnya menyebabkan Farina segera menoleh ke belakangnya..Dipandang suaminya yang masih berpakaian pejabat itu.Pasti baru balik dari pejabatlah tue…

‘Lama abang dah sampai?’

‘Honey yang tak sedar abang masuk,bukan main lagi dia termenung macam nak tembus jer hujan kat luar tue.’

‘Abang nie..’

Zamri memperketatkan lagi pelukan nya. Farina hanya membiarkan dan dia bahagia diperlakukan begitu.Tenang dan damai di dalam pelukan suaminya itu.Zamri turut sama leka memerhati rintik hujan kala itu.

‘Kenapa akhir-akhir ni abang selalu lewat balik?’

‘Abang cari nafkah untuk kita berdua la honey?’

‘Berdua?’

‘Yelah..untuk honey dan abang, faham tak honey?’

Dicuit lembut hidung Farina yang menepis lembut.

‘Kalau bertiga?’

Suara Farina yang perlahan cuba dicerna oleh Zamri.

‘Honey, serius ker?’

Zamri menanya dengan nada girang.Anggukkan isterinya mengiyakan sebagai jawapan kepada soalannya.

‘Yahoo….’

Zamri menjerit gembira sementara Farina hanya tergelak kecil melihat kegembiraan suaminya.Masih nakal dan bersahaja walaupun dah bakal menjadi papa. Dia tahu suaminya itu pasti seorang papa yang baik dan menyayangi dirinya dan anak-anak mereka yang bakal lahir nanti.

‘Next year sorang lagi ya honey…’

‘Abang ingat senang ker nak sorang setiap tahun, abanglah pregnant kalau macam tue..’

Zamri tergelak dengan rajuk isterinya.Hai, isteri abang nie..cepatnya berubah angin.

‘Abang berjanji akan sentiasa sayangkan honey dan anak-anak kita yang bakal lahir selagi hayat ini.Dah jadi tanggungjawab abang menjadi tunggak keluarga kita dan menjadi teladan keluarga saat abang melafazkan akad nikah pada honey.Sama-samalah kita mendidik anak-anak kita untuk menjadi insan yang berguna..’

‘Terima kasih bang atas segalanya. Ina bersyukur dengan kasih sayang dan apa saja yang abang beri selama ini.Abanglah yang mencorak warna cinta kita menyebabkannya terus hangat dan bersinar…’

Perlahan Zamri mengucup lembut dahi Farina yang tersenyum padanya. Farina berharap selamanya warna cinta ini mekar dan bersinar, takkan pudar walau dimamah peredaran masa. Akhirnya bahagia miliknya jua setelah puas berkelana mencari erti cinta sejati, dia akhirnya terdampar di kapal yang dikemudi oleh suami tersayang,Zamri Iskandar dan akan dihuni oleh bakal anak-anak mereka.Farina tersenyum bahagia yang tak dapat diungkap dengan kata-kata atau dibandingkan dengan harta kekayaan..Harapannya warna cinta mereka akan terus bersinar sebagaimana pelangi kala hujan di luar sana.Tetap begitu selamanya!

*E.N.D*

P/s: Akhirnya WCK sampai gak ending nyer..hehe..kengkawan semua, sila yer tinggalkan komen keseluruhan untuk WCK ye..just sebagai feedback untuk WCK nie..Dapatlah Hanna jadikan tulang belakang untuk next story…thanks coz sudi membaca WCK yer…especially Zatie…n all top commentors WCK...hehe….luv u all!! : p

Wednesday, February 4, 2009

Warna Cinta Kita episod 25


Akhirnya malam yang dinanti menjelma juga, namun Farina masih bermalas-malasan di biliknya. Dibelek dirinya di depan cermin. Dalam diam dia memuji pemilih gown yang dipakainya itu, gown tersebut sesuai benar dengan dirinya. Wajahnya hanya disolek ringkas, lagipun bukan dia pun yang nak bertunang malam ini.

Lagu ‘No One’ berkumandang menandakan ada incoming call.Segera dicapai handsetnya dan menjawab panggilan tersebut.

‘Ina, cepat datang ke majlis nie.Ada something happen la..’

Suara Susan jelas cemas pada pendengaran.

‘Ok..ok…kau tunggu kat situ..’

Cepat-cepat Farina mencapai purse nya dan memakai high heel sedondon..Langkahnya diorak pantas ke arah ballroom chalet mereka yang terletak tidak jauh dari biliknya. Dari kejauhan dia melihat hanya gelap gelita di situ.

‘Apahal pula nie…’

Makin cepat langkah kaki Farina menuju ke pintu utama tanpa menyedari dirinya diperhati oleh empat pasang pasang mata. Baru saja dia ingin menolak pintu tersebut, tiba-tiba saja matanya ditutup dengan sehelai kain hitam.

‘Arggh..’

Hanya itu yang sempat disebutnya bila didudukkan pada sebuah sofa di situ. Tak lama kemudian kedengaran seseorang memainkan piano dan mendendangankan lagu kegemarannya..'Perhaps Love' yang ditukar dalam bahasa Inggeris..

I don’t know when it all started
When my head became dizzy with thoughts of you
These thoughts would often pop up in my mind
I feel anxious as my heart expands towards you

Is it love?
If you feel the same way,
Is it a beginning?
My heart keeps saying its loves you
It screams out for the whole world to hear
Why has it taken so long for me to hear it?
We’ve finally met
Finally found love

If I wanted to show you how I feel
The only way would be for you to become me
I’m already inside of you
Just like you’re inside me
To each other [to each other]
We may already be too accustomed

Is it love?
If you feel the same way,
Is it a beginning?
My heart keeps saying it loves you
It screams out for the whole world to hear
Why has it taken so long for me to hear it?
We’ve finally met
Finally found love

I’ll be with you
I’ll only give you fond memories
Please don’t ever leave me again
Even shortest moments without you
Make me uneasy
Please stay by me

Sa – rang – ha – go
Wi – so - yo
[gu – dae – yo – ya – mahn]
I – mi…


Farina mendiamkan diri dan menghayati alunan suara orang yang turut memainkan piano tersebut.

'Eh, rasa cam kenal jer suara tue?Is it Zam?'

Tatkala ikatan di matanya terbuka, terpampang di pandangannya 3 rose merah, 8 rose kuning dan selebihnya rose putih dihiasi oleh cahaya malapan lilin yang menghiasi suasana. Farina kelu tanpa dapat mengucapkan kata-kata.Tenggelam di dalam dunia yang penuh warna-warni cinta..adakah ini namanya cinta?

‘You're not worth the tears.You're not worth the heartache. .I don't know why I give you the time. .You're not worth the pain.You're not worth the emptiness.. I don't know why I wish you were mine..but..Please be mine, Intan Farina…?’

Perlahan Farina memandang Zamri yang kelihatan kacak dalam sut tuxedonya itu. Zamri yang sedang menunduk dengan tangannya menyua cincin pada Farina manakala Farina masih lagi dalam dunia terkejutnya dan rasa tak percaya.

‘Zam..Ina tak bermimpi kan?’

Gemersik suaranya menanya Zamri yang tersenyum lawa di depannya.Anggukkan Zamri mengembalikan dia ke dunia nyata.

‘Please be mine, honey..’

Farina masih kaku tak berkata-kata.Ina, wake up!bisik kata hatinya..Mencuba sedar yang di depan nya bukanlah mimpi tapi realiti.

Lambat-lambat dihulur jemarinya ke arah Zamri sambil senyuman manis tak lekang di bibirnya.Sukar untuk dia menafikan kata hatinya lagi..seperti lirik lagu yang dimainkan Zamri tadi..finally found love..

‘Will you marry me, honey?’

‘Yes, I do..’

Agak perlahan Farina menuturkan ayat tersebut tapi dah cukup bagi Zamri.Hampir dia melompat kegembiraan kalau tak memikirkan ramai tetamu yang memandang dalam cahaya malap tersebut, Cuma Farina yang tidak menyedari.

‘Thanks, honey.’

Perlahan cincin bertatah berlian tersebut disarungkan ke jari Farina dan tika itulah cahaya menerangi ballroom tersebut.Mata Farina membulat bila menyedari ramai yang menyaksikan drama dia dan Zamri, yang pastinya muka dia pasti kemerahan itu.

‘You’re blushing,honey.’

Bisik Zamri dekat telinga tunangnya yang jelas kemalu-maluan dan terkejut itu.

‘Kenapa tak bagitau Ina ramai orang nie?’

‘Ada lagi surprise untuk Ina tau.’

‘Umi..abah…’

Farina segera menyalam dan mendakap erat umi dan abahnya.Sungguh dia tak sangka yang Zamri akan berfikir sejauh ini.Puan Karuni dan Encik Nazrin tersenyum senang melihat wajah bahagia Farina.

‘Kak Ina..’

Ecah dan Che Na tersengih di tepinya. Sekali lagi Farina terkejut tapi segera dia memeluk kembar tersebut.Baik Ecah mahupun Che Na masing-masing bergaya sakan dengan night gown sedondon.

‘Papa dan mama Ecah mana?’

‘Ina..’

Puan Amirah memeluk Farina dan meminta maaf.Farina membalas pelukan tersebut dan tersenyum dengan Encik Aslam.

‘Happy Birthday to you….
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to Intan Farina..
Happy Birthday to you…’

Suzana dan Zahid muncul dengan kek yang sudah dinyalakan lilinnya.Farina terharu dengan kejutan di hari jadinya. Dia sendiri pun terlupa pada hari jadinya sendiri. Tanpa disedari air matanya mengalir perlahan..

‘Make a wish, honey.’

Bisikan lembut di sebelahnya dipenuhi, Farina memejamkan matanya seketika dan kemudian meniup lilin tersebut.Tepukan jemputan yang hadir menggamatkan suasana.

‘Tibalah masanya kita mempersilakan Dato’ Imran untuk berucap tentang majlis pertunangan anak beliau sebelum meneruskan majlis ini.’

Aik, ini kan takde dalam kertas kerja aku pun...Sekali lagi Farina terkejut besar..malah hampir pengsan..Dipandang Zamri di sebelahnya.Ucapan Dato’ Imran menyedarkan Farina siapa Zamri di sebelahnya..

‘A…a…..’

Ish..sejak bila aku gagap nie?Farina mengomel dalam hati..

‘Ya..Is la Zombie Cerewet honey tue..Ingat senang ke Is nak tahan hati masa honey bersemangat mengutuk Is hari tue…’

‘Yarabi….Ina tak taula…but..why?’

Kejutan itu benar-benar mengejutkan dirinya.Anak Dato’ yang dikutuknya itu adalah…..dia pun tak tahu nak kata apa.

‘Ala, macam cerita P.Ramlee la honey..bukan senang nak cari wife ni tau..nasib baik Is tak bagi Mir try honey boleh tak asingkan ikan bilis dan cili dengan beras…’

‘Mir?’

Farina memandang dengan kerutan di dahi..Rasa cam pernah dengar jer…tapi di mana ya?

‘Congratulations Zam..at last, berjaya gak..penat Mir berlakon tau..tunang Zam ni degil tahap cipan batu tau..nasib baik makwe Mir ikut berlakon sama..’

‘Boss?Boss kenal Zam ker?’

Adui, berapa kali lah aku nak terkejut nie..boleh heart attack nie..

‘Bestfriend Is la honey..Mir, mana Huda?’

‘Huda?’

Farina menyebut hairan siapa pula Huda nie? Apa pulak kaitan Huda dalam hal ini?

‘Sorry..sorry dear..Huda ada hal sekejap tadi.’

Huda?Mata Farina sudah membulat memandang sandiwara di depannya.Huda mana pula nie sedangkan Susan yang berdiri dengan sengihnya sambil memeluk lengan Amir yang tak kurang segaknya malam itu.

‘Ina..Huda ni sebenarnya makwe Amir…dah lama convert Islam..just panggil Huda jer..’

‘Ish…boleh heart attack Ina kalau macam nie…banyaknya komplot dalaman nie..’

‘Sorry Ina..ni Mir punya pasal la nie..Huda pun berlakon sama..ada chance jadi pelakon tak?

‘Banyaklah pelakon sayang tue..Mir tak izinkan tau.’

Zamri tersenyum dan mengenggam erat jemari Farina, menyakinkan bahawa pertunangan mereka adalah realiti.Cinta mereka bukanlah hanya mimpi.

‘Lepas ni, honey kena panggil Is..baru lain dari yang lain.’

‘Kalau Ina tak nak?’

Terserlah kemanjaan Farina tika itu.Berkelip-kelip matanya memandang tunangnya yang tersenyum padanya.

‘Tahulah Is nak buat apa nanti…’

Farina tersengih memandang Zamri yang pura-pura tegas dengannya.Zamri Iskandar, aku pun tak sedar sejak bila hati ini menyanyikan lagu cinta buatmu…semoga kasih ini berkekalan selamanya..

Majlis tersebut diserikan lagi dengan pertunangan Zahid dan Suzana serta Amir dan Nurul Huda.Farina dalam diam mengalirkan air mata bahagia.Di hari jadinya, dia memperoleh cinta yang diimpi-impikannya, keluarga dan rakan-rakan yang menyayanginya.

‘Honey, Zaza kirim salam jer, mak dia sakit tenat sekarang nie, sebab tue dia tak dapat attend majlis kita.’

Farina menganggukkan kepalanya dan mengenggam erat tangan Zamri di sebelahnya. Zamri turut sama membalas genggaman tangan tunangnya itu.Saling berbalas pandang, menzahirkan rasa cinta di hati masing-masing.

‘Jom honey kita bersalam dengan papa.’

Farina menuruti langkah Zamri dan menyalami bakal papa mentuanya itu.Seketika mereka menjadi tumpuan wartawan.Farina tersenyum saja tika Zamri bercerita tentang kisah percintaan mereka.

‘Esok, mesti kalah artis kat kita Ina.’

Bisik Suzana di tepinya.Farina tersengih.

‘Kau pun komplot sama eh?’

‘Demi tunang dan bakal adik ipar la Ina oi..hehe.’

‘Apa yang bisik-bisik tu sayang?’

‘Abang Ayid jangan menyibuk la..’

Farina menjegilkan matanya memandang Zahid.

‘Honey, comelnya macam tue.’

Zamri sengaja turut campur mengenakan Farina yang mula menayang muka asam boi nya.

‘Memang pun honey sweet..that’s why I love you..all the way you are..’

‘Love you too dear.’

Farina mengucap syukur di dalam hatinya. Terima kasih ya Allah, atas kebahagiaan ini. Dia tersenyum memandang umi, abahnya yang leka berbual dengan bakal papa mentuanya. Pandangan nya berkalih pada Ecah dan Che Na serta keluarga, kemudian Suzana dan Zahid yang berbual-bual tanpa mempedulikan orang di sekeliling. Amir dan Huda yang enak menjamu kek sambil bercerita.

Akhirnya pandangan nya bersatu dengan Zamri yang tersenyum manis padanya.Perlahan dicapai tangan sasa itu dan dikucupnya lembut.

‘Terima kasih sayang atas segalanya.’

‘Sama-sama kasih honey..’

Saling berbalas pandang sambil tangan erat di genggaman.Tenggelam di dalam dunia ciptaan mereka sendiri.